Wednesday, February 6, 2008

BAB 7

“Anak Puan selamat. Cuma mungkin yang tinggal hanya trauma. Lagipun, kami temuinya dalam keadaan yang…hurm, Puan jangan bimbang. Sekarang dia masih tak sedarkan diri. Mungkin dalam beberapa jam lagi dia akan kembali seperti biasa. Apa-apa pun, Puan, do not put her under pressure. She had gone through a lot.” “Tapi Doktor, anak saya…dia…”“Hmm…setelah kami jalankan pemeriksaan ke atas dia, kami dapati dia dicabul. Jangan bimbang, Puan. Kami telahpun menghubungi polis. Laporan akan dibuat nanti.” Perbualan ummi dan doktor itu masih jelas terngiang-ngiang dalam ingatanku. Aku tidak pengsan ketika itu. Ya Allah, kenapa Fairuz sanggup melakukan aku begini? Seingat aku, selepas rakannya tiba, mereka menghentak kepalaku. Kepalaku…aku meraba kepalaku, Tuhan, berbalut! Dan selepas itu…aku langsung tidak dapat mengingati apa yang terjadi. Bila ku buka mata ini, aku hanya dapat mendengar perbualan ummi dan Tuan Doktor. Baru ku tahu apa yang telah terjadi. Sampai hati Fairuz. Kau hancurkan masa depanku! Ya Allah, tabahkan hatiku…ampunkan dosa-dosa hambaMu, Tuhan…“Wardah…bangun sayang…jangan buat ummi macam ni…” suara ummi jelas di telingaku. Dapat ku dengar esakan ummi yang menyayat hatiku. Aku pura-pura masih tidak sedarkan diri. Tak sanggup aku menghadapi wajah ummi.“Sayang…kuatkan diri…ummi tahu Wardah kuat…Aidil pun ada sama ni,sayang…abi pun ada…Baba pun ada…bangun,sayang…” Aidil Azhiim? Ya Allah…tunangku itu…masihkah aku layak untuk menikahinya? Tuhan…berilah aku petunjukMu!“Mar, mungkin Wardah masih lemah…” itu suara Baba. Dia juga di sini? Ya Tuhan…kotornya diri ini untuk berhadapan dengan mereka…jijiknya tubuh ini untuk berdepan mereka…“Wardah…ana tahu anti dapat dengar suara ni. Bangunlah, Wardah. Kasihan Ummi…kami dah lama menanti…kuatkan diri, Wardah…ana tahu anti kuat…” ya Allah, suara itu…suara tenang itu…rindunya aku pada suara yang sering menenangkan aku itu…Aidil Azhiim… Aku membuka mataku, Ummi terus menggenggam erat tanganku. Dapat ku lihat dengan jelas wajah Aidil Azhiim yang tenang, seolah tiada apa yang terjadi…wajah Abi, wajah Baba…wajah ummi…ya Allah…gagahkanlah hatiku ini…air mataku mengalir, sederas gelodak rasa yang bercelaru di hati ini. Ummi juga begitu, sama-sama menangis bersamaku. Ummi, maafkan Wardah… “Aidil…” Aidil Azhiim merapati katilku sejurus mendengar panggilanku. Ummi memandang wajahku, cuba mentafsir kata yang bakal aku luncurkan. “Maafkan ana.” Aku menyentuh cincin bertatah berlian di jari manisku dan cuba untuk melucutkannya. Serentak itu Aidil bersuara,“Ana tak terfikir untuk putuskan pertunangan kita.” Tegas suara itu berbunyi bersama tekadnya. Aidil Azhiim serius memandangku. Cincin yang aku hulurkan tidak disambut.“Ana bukan lagi mawar berduri yang harum, Aidil. Duri ana dah dicantas. Tolonglah…ana yakin masih ada mawar yang lebih harum untuk anta di luar sana.” Aku masih lagi menghulurkan cincin pertunangan itu. Maafkan ana, Aidil…maafkan ana…“Wardah…kenapa ni,sayang?” ummi cuba memujuk.“Wardah nak bersendiri. Tolong.” Air mata ku tidak tertahan lagi. Aku menangis, meratapi nasibku sambil memerhatikan seorang demi seorang meninggalkan aku. Yang terakhir, ummi…ummi mengucup dahiku sebelum keluar. Aku yakin ummi memahami tindakanku. Cincin di tanganku diambilnya. Aku benar-benar tertekan… Ya Allah, aku tahu dugaan ini sebagai tanda sayangnya Engkau kepadaku. Aku tahu ujian ini sebagai tanda kasihnya Engkau kepada hambaMu…jangan pikulkan aku yang tidak aku terdaya, Tuhan…ampunkanlah dosa-dosaku…rahmatilah hidupku, Tuhan…ya Allah, permudahkanlah jalan yang terbentang di hadapanku…seandainya ini takdir hidupku, pasrahkanlah hatiku menerima suratanMu. Astaghfirullahal’azim…

No comments: