Wednesday, December 23, 2009

SETAKAT INI

Penulis sudah beralih ke blog lain..
syukran ala kulli hal

Saturday, October 17, 2009

CINTA YANG MALU....

Aku ingin
Jadi seperti Rabi’ah…

Saudara-saudaraku,khalwat merupakan ketenangan dan kebahagiaanku
Kekasihku selalu di hadapanku,tidak mungkin aku mendapat pengganti-Nya
Cinta-Nya kepada makhluk cubaan bagiku
Dialah matlamat hidupku
Oh, hati yang ikhlas
Oh, tumpuan harapan,berilah jalan untuk menghalau keresahanku
Oh Tuhan,sumber bahagia dan hidupku kepada-Mu sahaja
Kuserahkan hidup dan keinginan
Kupusatkan seluruh jiwa ragaku
Demi mencari redha-Mu
Apakah harapanku akan terwujud?

Akhirnya saya berkesempatan membuka kitab cinta Rabi’ah Al-Adawiyah… kitab yang sekian lama menjadi perhiasan di sudut katil.Merenung,menghayati lalu muncullah satu perasaan malu dalam diri..

Rabi’ah pernah ditanya: “Bilakah seorang hamba dipandang redha?” Jawabnya adalah: “Apabila bagimu penderitaan sama mengembirakannya dengan anugerah”.

Fikir dan fikir…

Salah seorang bertanya: “Wahai Rabi’ah,tolong jelaskan kepada kami mengapa engkau menyembah Allah?”
“Aku menyembah Allah kerana mengharap keredhaan-Nya.Nikmat dan anugerah yang diberikan-Nya kepadaku sudah cukup menggerakkan hatiku untuk menyembah dan beribadah kepada-Nya”.

Bermuhasabahlah duhai hati…

Kata Sufyan al-Thauri: pernah suatu hari aku berkunjung kepada Rabi’ah.Bertolak dari situ aku mengetahui bahawa ia sepanjang malam terus-menerus melakukan solat.Dan aku pun mengikuti Rabi’ah,melakukan solat sehingga fajar menyinsing.Selesai bersolat,Rabi’ah berkata: “Wahai Sufyan,kita harus berpuasa hari ini,yakni tanda berterima kasih kepada Allah yang telah memberi petunjuk kepada hati kita,sehingga semalaman boleh melakukan solat”.

Malu dan terus malu.Cinta saya tidak sehebat dia...

Friday, September 11, 2009

HATI INGIN BERBICARA

Saat hati ingin berbicara
Tangan mula melakar kata...

Mampukah aku melakar cinta sehebat Rabiatul Adawiyah?
Layakkah aku meraih gelaran sang bidadari di Taman Syurgawi?
Pabila diri sering memungkiri janji
Pabila ikhlas sering pudar di hati
Pabila cinta tak mampu terpatri
Maka siapalah jasad ini untuk bertemu Yang Abadi?

Aku,
ingin,
Menjadi Diriku....
21 Ramadhan 1430 H

Thursday, August 20, 2009

JAULAH IMAN di DARUL RIDZUAN


Ujian 1
Jiwa diteguhkan,tekad dikuatkan,semangat itu pastinya lebih hebat berbanding kerisauan merebaknya virus H1N1 di negeri Darul Ridzuan.Lantas apa sahaja halangan dlm perjalanan yg panjang dr Nilai ke Gopeng bak kata seorg sahabat,naik bas yg ‘beraircond semulajadi’ dan panas yg begitu terik pun kami tak hiraukan demi satu harapan utk 'duduk dlm iman' bersama adik2 SBPI Gopeng.

Ujian 2
Kita hanya merancang,Allah yg menentukan.Dan Allah adalah sebaik-baik Perancang.Cadangan untuk kami membuat program pd malamnya tiba2 tergendala oleh sebab adanya program lain oleh pihak sekolah.Maka bertebaranlah kami di bumi SBPIG mencari ustaz2 dan adik2 BASHAR utk berdiskusi.Tergambar wajah2 kepenatan…peluh masih membasahi baju.Namun dugaan ini sgt manis.Malah Allah memberi yg lebih baik buat kami krn akhirnya impian kami bertemu adik2 dikabulkan.Indahnya pertemuan krn Allah! :-)

Ujian 3
Hari ke-2,sandal saya didapati hilang sebaik shj hndk berangkat ke musolla.Maka selipar jepun pinjam menjadi pengganti..risau sungguh.Tak lama kemudian saya mendapat satu panggilan.Tiba-tiba hati jadi gembira dan serta merta bertukar sedih.Kenapa?Rupa-rupanya sandal kesayangan berjaya ditemui tapi telahpun ‘hancur’ diratah anjing liar.Hu..
“rasa macam nak balas dendam je kat anjing tu.Macamana nak balik Terengganu ni???”
”tak baik ckp macam tu.Td baru awk pesan kat adik2 tu lupakan 2 perkara dan satunya keburukan orang pd kita samala macam lupakan apa yg anjing tu dah buat”
Insaf.Syukran wahai sahabat.

'AHLI BASHAR MUSLIMAT SBPIG'



Demikianlah secebis ujian yang dianugrahkan Allah sepanjang perjalanan saya dan sahabat2 dalam kembara mencari redha-Nya di SBPI Gopeng.Sebuah perjuangan yg benar2 menguji sejauh mana keikhlasan hati2 kami.Bahkan diuji yakinkah kami dgn janji2 Allah buat pejuang agama-Nya.Alhamdulillah krn akhirnya harapan kami terlaksana jua dan pulangnya kami dengan senyuman yg penuh kesyukuran.Thank You Allah!

IKHLASKAN HATI MOHON KEMAAFAN LEBURLAH DOSA DI TAPAK TANGANMU LUPAKAN SEGALA SILAP DAN SALAH...INSAN BERSATU MEMBINA UMMAH...


Akhirul kalam,Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak!

Sunday, August 2, 2009

..BERKORBAN ITU INDAH....

Satu cerita yang memberi seribu makna buat diri.Biarpun hanya satu kisah kanak2.Perkongsian buat adik2 tercinta yg baru ingin memulakan langkah.Agar langkah itu tidak tersalah..Agar semangat dakwah terus mengalir di dalam jasad...Erti hidup pada yang memberi...


Telah dua bulan musim hujan berlalu sehingga di mana-mana pepohonan nampak menghijau. Kelihatan seekor ulat di antara dedaun menghijau yang bergoyang-goyang diterpa angin."Apa khabar daun hijau," katanya.

Tersentak daun hijau menoleh ke arah suara yang datang."Oh, kamu ulat. Badanmu kelihatan kurus dan kecil, mengapa?" tanya daun hijau."Aku hampir tidak mendapatkan dedaunan untuk makananku. Bolehkah engkau membantuku sahabat?" kata ulat kecil."Tentu.. tentu.. dekatlah kemari."

Daun hijau berfikir, "Jika aku memberikan sedikit dari tubuhku ini untuk makanan si ulat, aku akan tetap hijau. Hanya sahaja aku akan kelihatan berlubang-lubang. Tapi tak apalah.""Perlahan-lahan ulat menggerakkan tubuhnya menuju daun hijau.

Setelah makan dengan kenyang ulat berterima kasih kepada daun hijau yang telah merelakan bahagian tubuhnya menjadi makanan si ulat.Ketika ulat mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang penuh kasih dan pengorbanan itu, ada rasa puas di dalam diri daun hijau.Sekalipun tubuhnya kini berlubang di sana-sini namun ia bahagia dapat melakukan sesuatu bagi ulat kecil yang lapar.

Tidak lama berselang ketika musim panas datang daun hijau menjadi kering dan berubah warna. Akhirnya ia jatuh ke tanah, disapu orang dan dibakar.

Ya Allah, mampukah kita menjadi seperti daun hijau itu... berkorban demi kesenangan dan kegembiraan orang lain. mampukah kita berbuat seperti sedemikian? Mampukah?

Begitulah dalam dakwah dan tarbiyah. Sebenarnya dalam hidup ini kita perlu banyak memberi dari menerima...

Setakat manakah pengorbanan kita kepada Islam? Adakah kita mampu menjamin keberlangsungan dakwah dan tarbiyyah sedangkan kita sendiri liat untuk berkorban?

Kita tahu, suatu hari nanti kita pasti akan dijemput oleh Allah, sama seperti daun hijau itu, akan gugur ke tanah. Tapi sebelum dipanggil, terfikirkah apa pengorbanan kita kepada Islam..

InsyaAllah pengorbanan kita yang mungkin terlalu sedikit nilainya di sisi Allah itu, walaupun kita merasakan ia besar, akan menyebabkan generasi-generasi akan datang dapat merasai nikmat iman, nikmat islam dan nikmat tarbiyah dan dakwah...seperti mana berkembangnya generasi ulat hijau itu...

Adakah kita mahu menjadi seperti daun, yang berkorban dan memberi? atau ulat hijau yang menerima dan menghargai pengorbanan itu? Fikirkanlah....

Thursday, June 4, 2009

IDEALNYA SEORANG PEMUDA

Ia peribadi yang muslim,
Berhati emas,
Berpotensi prima,
Yang di kala damai
Anggun petaka kijang dari padang perburuan
Yang di kala perang
Perkasa bak harimau kumbang
Ia perpaduan manis hempedu
Satu kali dengan kawan
Lain kali dengan lawan
Yang lembut dalam berbahasa
Yang teguh membawa suluh
Angannya sederhana
Citanya mulia
Tinggi keutamaan dalam hati-hati
Tinggi budi,
rendah hati
Ia lah sutera halus di tengah sahabat tulus
Ia lah baja
Ditentangnya musuh durhaka
Ia ibarat gerimis atau embun tiris
Yang memekarkan bunga-bunga
Yang melambaikan tangkai-tangkai
Ia juga puting beliung
Yang melemparkan ombak menggunung
Yang menggoncangkan laut ke relung-relung
Ia lah gemercik air ditaman sari
Ia juga penumbang segala belantara
Segala sahara
Ia lah pertautan agung iman Abu Bakar
Perkasa Ali
Papa Abu Dzar
Teguhnya Salman
Mendirinya di tengah massa yang bergoyang
Ibarat lentera ulama di tengah gelita sahara
Ia pilih syahid fisabilillah atas segala kerusi dan penghormatan
Ia manuju bintang
Menggapai malaikat
Ia tentang tindakan kuffar
Maka nilainya pun membumbung tinggi
Harganya semakin tak terperi
Maka siapakah yang akan sanggup membelinya
Kecuali Rabb-nya?


Sunday, May 31, 2009

Jadilah Manusia Yang Berfikir.....

Sbnrnya post kali ini tentang ‘air dan wuduk’ tp berkait rapat utk kita sama-sama menjadi manusia yg berfikir.Subhanallah!Byk keistimewaan berwuduk spt amalan terbaik menghilangkan rasa letih,menyegarkan badan,mengembalikan keseimbangan tenaga ke seluruh tubuh badan,memulihkan tenaga yg hilang ,berperanan membersihkan diri seseorang drpd dosa,menghilangkan marah dan sebagainya.Antum pernah rasa tak tenangnya.. lepas berwuduk???
Ketika berwuduk pun kita tdk teliti sehingga berlaku pembaziran air.Kerapkali ketika menyapu air ke muka dan diulang 3 kali,terfikirkah kita yg paip air masih terbuka laju dan berlakulah pembaziran!Hati yg fokus akn ambil peduli terhdp perkara yg dianggap remeh ini. Kajian yg dilakukan oleh seorang saintis dr Universiti Yokohama,Jepun –Dr Emoto tlh mendapati bhw air bersih misalnya air zam zam akn terbentuk kristal yg cantik dan menakjubkan berlainan dgn air yg kotor.Samalah jika diberi rangsangan dr luar spt kata2 yg baik maka akn terbentuk kristal yg lebih cantik mnakala kristal akn spt pecah berderai jika dirangsang dgn muzik melampau!Dan ada gambar spt api apbl air itu disebut perkataan syaitan.

Justeru,jika semasa berwuduk kita masih berbual-bual maka air wuduk itu mungkin berubah ‘bentuk’ berbanding berwuduk yg dimulai dgn bismillah dan doa.Merujuk kajian Dr Emoto tadi,bolehlah kita bayangkan bentuk air di dlm badan manusia yg sentiasa dirangsang dgn muzik2 negatif,keterlaluan ,kata2 kesat dan sbgnya.

Renung-renungkan dan selamat beramal!(",)

Friday, May 29, 2009

Muhasabah Solat Kita...

Mungkin ada antara kita merasakan solat mereka sudah baik.Mereka sudah handal dan fasih bacaan dan pergerakan dalam solat.Namun bagaimana pula dengan kekhusyukan?Adakah kita rasa sudah khusyuk?Kita sendiri tidak akan mengetahuinya melainkan Allah SWT.Insafilah diri krn walaupun kita taat mendirikan solat tetapi tempatnya di neraka Wail apbl lalai dalam solat.Nauzubillahiminzalik….
SOLAT…
Ada yang lupa bilangan rakaat,resah bila imam membaca surah panjang,membaca dgn cepat dan rukuk-sujud juga dgn cepat sekaligus menunjukkan tanda2 org yg jemu bersolat!Yakinlah Allah mengetahui apa yang kita fikirkan ketika solat.Percayalah syaitan berjaya membengkokkan hati memikirkan tntg hal keagamaan,hal dakwah,hal2 yg baik semasa solat padahal ianya tetap dikategorikan LALAI.Malah syaitan boleh memberi kita ilham dan idea yg baik semasa solat.Brg yg hilang juga boleh diingati semula semasa solat!Sedarkah kita hny waktu solat kita benar2 terputus langsung dgn urusan dunia! Jika dalam solat yang singkat,kita masih jauh dgn Allah bagaimana pula di luar solat?Tepuk dada,tanyalah iman.

Muhasabahlah diri kita..Adakah kita tergolong dlm klgn yg sempat membaca dlm hati(niat solat),kemudian khayal semasa membaca doa iftitah,tdk mendengar Al-fatihah yg imam baca atau fikiran melayang semasa membaca surah?Atau msh di alam fantasi semasa rukuk dan sujud.Mgkn sedar skejap di tahiyat awal dan rakaat berikutnya terus lalai dan sedar semula bila ingin memberi salam!Sebaik memberi salam ,kita masih ‘selamba’ membaca astaghfirullahalazim krn sdh menjadi kebiasaan.Di mulut memohon maaf kpd Allah krn kelalaian td ttp tdk di hati.Terlintaskah di hati kita ,solat td kualitinya mcmn,diterima Allah atau tidak???

Kata Muaz bin Jabbar:
”Barangsiapa yg ketika solatnya blh mengenali siapa jemaah di sebelahnya maka dia sbnrnya tdk khusyuk”.
Dr saidatina Aisyah r.a.:”Rasulullah saw spt tdk mengenali kami ketika hampir masuk waktu solat dan kami juga tdk mengenali Baginda.”Begitulah keadaan emosi baginda nabi saw dan para shbat .Mrk mementingkan diri sendiri ketika hampir masuk waktu solat dan sedar akn berjumpa dan berkomunikasi dgn Allah ketika solat.

Justeru sebelum solat,mulakan memberi tumpuan dan menghayati azan yg berkumandang,yg membesarkan Allah,seruan mengajak solat dan mencapai kejayaan yg kekal.Cuba khusyuk solat sunat qabliah dan jika msh berbual slps iqamat,peluang utk tdk khusyuk sgt tinggi.Dan membaca surah An Naas bbrp kali sblm dan slps iqamat.Sekiranya ketika hampir masuk waktu kita masih kalut,besar kemungkinan solat kita pun akn kalut.


Waakhiran,tdk sama sekali ingin dinyatakan bhw solat diri ini sudah sempurna.
Tidak!!Ana hny ign berkongsi ilmu yg diperoleh agar kita dapat sama-sama muhasabah solat kita…

Saturday, May 9, 2009

Putera Puteri Mei....



Dan saatnya sudah tiba untuk kuucapkan SELAMAT HARI LAHIR buat SYIDA dan JANNAH....tak lupa buat adik yg sgt nakal..MUHD ZUL FADHLI.Turut buat juniOr2 yg amat dirindui,HASINAH,YASMIN,HUSNA...Semoga terus sabar berjuang...pun buat sahabat USIM yg baik hati,IZATI dan teman2 SBPIT lg...MIZAH,AMALINA(YNA),AYU..-mcm buat ucapan kt IKIM pulak hehe~


Selamat Hari Lahir...

Semoga panjang umur...

Moga dimurahkan rezeki...

Tiada hadiah dapat kuhulurkan...

Hanya doa titipan buat kalian...

Thursday, May 7, 2009

Ketika Cinta dan Dakwah Berpadu...



“Film AAC tidak seratus persen Islami, terus terang ada beberapa hal yang saya tidak setuju, terutama yang berbeda dengan novel aslinya.” Terang kang Abik.


Kang Abik optimis, film keduanya ini akan lebih Islami. Ia menekankan: “Insya Allah film kedua 100% Islami. Mohon do’a umat muslim agar proses pembuatan filmnya berjalan dengan lancar dan hasil filmnya benar-benar Islami.”


“Termasuk pemilihan tokoh sebagai pemeran utama, sejatinya adalah yang bisa menjadi teladan, teladan tidak hanya di film tapi juga dalam kehidupan sehari-hari.” Tegas kang Abik.


Beliau mensibghah atau mewarnai seni dengan caranya sendiri. “Seni jangan sampai melalaikan, melenakan, mempromosikan kemaksiatan, menawarkan demoralitas, bahkan tindak kriminal. Hal inilah yang seharusnya menjadi tanggung jawab moral pegiat seni dan budayawan.” tambah kang Abik.


Ana telahpun selesai membaca Ketika Cinta Bertasbih 1 dan 2.Sungguh hebat karya Habiburrahman!Subhanallah!Perjalanan hidup seorang Azzam yg amat terkesan di jiwa.Kali ini pengambarannya betul2 bertempat di Mesir.Harapannya tinggi moga2 film KCB lebih baik berbanding AAC.Moga lebih islami dan menjadi jalan untuk penyebaran dakwah...syabas Kang Abik!
Tertanya-tanya juga bila pula Malaysia mampu menerbitkan film yg betul2 islami....???


Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku pada-Mu...




Monday, May 4, 2009

menghitung hari...








persis semalam segalanya terjadi
permulaan episod sebuah persahabatan
jalinan disimpul meniti persekolahan
semakin lama semakin erat
syukur Tuhan mempertemukan kita
kusedar kini jarak memisahkan jasad
namun bukannya noktah untuk sebuah kerinduan
terima kasih sudi menerima diri ini
moga kita teguh menempuh arus duniawi
moga kita sabar meraih srikandi sejati
moga kita dipertemukan kesekian kali
jika bukan di dunia kupasti nanti di sana
dengan izin Dia Sang Pencipta..

sajak ini kutulis khas buat teman baikku syida dan Jannah
kenape special yerk???nantikan saja....
sayang kamu kerana Dia (”,)
"zahirkan rasa cinta dalam memantapkan ukhwahfillah"

Tuesday, April 21, 2009

Senyum Syuhada Ghaza...

Seorang yang tepercaya bercerita: Kami diberitahu oleh seorang komandan jihad, “Kami bersama beberapa ikhwan berada di medan tempur. Lalu, tiba-tiba seorang ikhwan berteriak kepada kami, “Surga! Lihatlah, itu surga!” Ia menunjukkan tangannya ke depan, dan tidak berselang lama peluru meleset dan mengenai kepalanya, lalu ia pun tersungkur mati. Semoga Allah merahmatinya!




“Sesungguhnya orang yang mati syahid itu memiliki beberapa tanda..(Di antaranya adalah) Ia melihat tempat tinggalnya di surga..” (HR Tirmidzi, Shahih).


Dr. Muawiyah Hassanein, Direktur Ambulan Darurat dan Departemen Kesehatan di Gaza menceritakan: “Para syuhada yang meninggal berhari-hari dan berminggu-minggu masih menorehkan darah segar dari tubuhnya. Kami dan semua orang di sini sangat terkejut.”


Syahid ‘Iyan berkata: “Saya menyaksikan orang yang gugur syahid tersenyum, meskipun kondisi tubuhnya hancur, lagi juga darahnya masih segar.”


Semua ini terjadi dalam waktu yang singkat di mana semua orang takut menghadapinya. Itulah detik-detik ujian… Waktu yang amat singkat yang dilalui orang mukmin yang tangguh saat ia melihat darahnya lalu sekejap sesudahnya ia melihat hasil jerih payahnya.



Belum kering tanah dari darah syahid, hingga kedua istrinya (bidadari) menjemputnya. Keduanya bak burung yang mengepakkan sayapnya. Keduanya lalu mendarat ke tanah. Dan di tangan masing-masing bidadari itu ada perhiasan yang lebih baik daripada dunia dan seisinya. (HR Ahmad)



Tidakkah dua bidadari cukup bagimu wahai sang syahid? Apakah engkau mengharapkan kemuliaan yang lebih besar? Demi Allah, engkau mendapat apa yang kauinginkan. Dari Jabir bin Abdullah, ia berkata: Ayahku dibawa kepada Rasulullah saw sedangkan tubuhnya sudah terpotong-potong. Lalu diletakkan di hadapan Rasul saw. Aku bermaksud membuka penutup wajahnya, lalu kaumku melarangku. Lalu terdengarlah suara wanita yang berteriak. Dia adalah putri ‘Amr—konon saudari ‘Amr. Rasulpun bersabda: “Mengapa kamu menangis—atau: janganlah kamu menangis! Karena para malaikat senantiasa menaunginya dengan sayap-sayapnya!” (HR Bukhari)



Alangkah agungnya seorang yang syahid… Di akhirat ia memperoleh kebesaran luar biasa. Dia tidak meninggalkan dunia ini kecuali dengan barisan yang mulia. Manusia menangis, sedangkan syahid tertawa… Orang-orang ketakutan, sementara syahid di surga hidup nikmat. Delegasinya mulia dan uruannya amat besar. Dia hadir ke dunia sebagaimana manusia lainnya.. Sedangkan keluarnya dari dunia ini membuat nafas ini terhenti.. Ah.. Alangkah indahnya mati syahid… Siapa yang meraihnya berarti ia meraih surga dan siapa yang lari darinya maka pasti ia mengalami kekurangan… Kita berlindung pada Allah dari kerugian…..





AKU JUGA INGIN ALLAH TERSENYUM MELIHATKU...



ALLAHUMMA AMITNI ALA SYAHADATI FI SABILIK....

Sunday, April 19, 2009

ManiSnya CiNta.......

Petang yang redup,hati ini terpanggil untuk menulis sesuatu.Barangkali ada yang mentafsirkan bhw ana telah jatuh cinta bila membaca tajuk di atas.Tak usah “jatuh” kerana ana sememangnya sudah memiliki “cinta” itu..Bukankah cinta adalah ‘hadiah’ terbesar Allah untuk manusia..?Sebenarnya timbul juga rasa kagum kepada penulis2 buku spt Aidh Al Qarni,Habiburrahman,Faisal Tehrani yang boleh menulis tentang Cinta Tuhan sekaligus melahirkan pencinta2 Tuhan.Subhanallah!

“Awak dah jatuh cinta kat seseorang ke?”

Tanya seorang teman bila melihat buku CINTA di tangan ana.Ana hanya tersenyum dan kadang kala menidakkan.Kadang2 akal manusia terlalu cepat mentafsirkan cinta itu hanya spesifik kpd yang lawan jenis.Namun ana tak menyalahkan sesiapa krn sememangnya rasa itu anugrah Allah kpd setiap hamba-Nya sejak zaman nabi Adam a.s.

CINTA....

Diri ini pernah dibangkitkan dengan persoalan benarkah dgn mencintai Allah,kita dihalang drpd mencintai yang lain?Dan persoalan itu sedikit demi sedikit terjawab.Cinta itu kurniaan Allah di hati setiap insan dan mana mungkin Dia menjadikan sesuatu dengan sia2.Dia menciptakan ibu bapa,teman2 untuk kita cintai krn-Nya.Biar dengan mencintai mereka turut membawa kita mencintai Allah.Oleh itu,apa sahaja dan sesiapa sahaja yang boleh menyampaikan kita kpd cinta Allah sewajarnya dicintai.Kukuhnya perhubungan sesama makhluk apbl Allah dijadikan pengikat hubungan.Justeru,jika berlaku sebarang perkelahian dlm perhubungan,maka dengan asas cinta kpd Allah,kita akan kembali ke pangkal jalan.

Ada yang menjadikan rupa sbg sebab.Tak kurang juga yang menjadikan kekayaan,kedudukan,
kepandaian sbg faktor utk mencintai menunjukkan asas cinta krn Allah terlalu rapuh.Sesungguhnya cinta kpd Allah hny akn lahir kpd org yg sudah cukup kenal akan Allah.Kejarlah cinta Allah krn selangkah mendekatinya,1000 langkah Dia menghampiri.Dekati bermaksud ign mengenali Dia lebih mendalam lalu sering ingat kpd-Nya agar cinta Allah itu semakin membara,mengharum dan manisnya smkn dirasai.hehe...segan pula bermadah.

Kaitkan pula dengan situasi bbrp org teman yg sudah mempunyai “kekasih hati”.Apbl kesusahan,mudah shj menutur “nasib baik ada.....,so tak kisahlah susah pun.Dia ada tolong...” lalu cinta itu pun smkn mendalam.Lahirlah kelalaian dek krn bunga2 cinta.Kuranglah pergantungan kpd Allah.Di mana cinta Allah kat situ?? Saat kecewa krn “cinta” itu,menangis tak henti2 sampaikan bengkak mata.Alangkah baiknya andai bengkak itu krn tangisan takut kpd Allah tidakpun krn tdk mampu menangis krn takut kpd Allah.Sesungguhnya cinta Allah pasti berbalas dan tdk mengecewakan.Allah adlh KECINTAAN yang tak pernah memungkiri janji-Nya...

Sekian shj dari Pencinta Cinta..Percayalah,hny cinta DIA yang memungkinkan kita bercinta dgn hamba-NYA.. wallahualam...

CINTA KALAU BAHASANYA HATI...ITULAH CINTA HAKIKI

KASIH JIKA DASARNYA RABBI.....ITULAH KASIH SEJATI

CINTA INI PASTI DIUJI...KRN ITU SUDAH TRADISI JANJI..

Sunday, April 5, 2009

..SemanGaT...

Permulaan yang indah,bismillahirrahmanirrahim...

Menulis bukan untuk memberi TAHU, tetapi berusaha mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU...

Ana bahagia...

Kenapa ya???

Sebenarnya ana bersyukur dpt menghadiri kelas khat terakhir sem ini stlh beberapa minggu x
dpt menghadirkan diri atas sebab kesibukan dan kepenatan yang apalah sangat nak dibandingkan dgn kepenatan dan kesibukan ustaz..Subhanallah..ana sgt terkejut saat melihat
jadual ustaz-1 BULAN YANG FULL!!! Ana kagum dengan kesungguhan ustaz yg tetap meluangkan masa mengajar biarpun makin lama biasalah..makin sikit pulak yang
menghadirkan diri...Macam biasa,sambil2 menulis khat kami dihidangkan dgn kisah perjalanan
hidup ustaz dari kecil sampailah sekarang...Ustaz yg persis ayah bg kami x lekang
bibirnya menuturkan kata2 nasihat dan insyaAllah pembangkit semangat meneruskan
kehidupan...Konklusinya,moga ana juga miliki semangat macam ustaz!!!
-Tak sabar nak belajar khat jenis lain pulak sem depan..hehe

Bercerita pasal SEMANGAT,sedar x sedar dah nak habis pun sem 2...imtihan nihaie pulak
bakal menjelang 13 April ni...Justeru,buatlah yg terbaik,ikhlas kerana Allah,tawakkal dan
moga2 kita mendapat kejayaan yg diredhai bukan kejayaan yg terhasil melalui taktik2 kotor...
waAkhiran,maafkan ana atas segala kekhilafan kerana ana hanyalah manusia biasa yang x lari
dari salah dan silap... Doakan juga kejayaan buat ana di dunia dan akhirat...

Wassalam...

Tuesday, January 27, 2009

Menyerlah jauh dari yang biasa...


Bila menulis,tulislah dengan suara hatimu....

Jantung berdegup kencang,bulu roma tiba2 meremang dan terasa ingin pitam saat itu juga.
Namun kutahan dan kukuatkan hatiku.
"Eh sejuknya kaki ni..apa ni???Bau apa ni??"
"Pergh..bau kapur barus...."

Satu persatu soalan dari malaikat ditanya kpd si mati.Dan jawapannya...
"Aku tak tahu!!!!!"
Serentak dengan itu,terdengar jeritan si mati dan bbrp sebatan rotan.Makin lama makin kuat maka makin deraslah debaran di hati ini.Soalannya cukup mudah tp mengapa
begitu susah utk si mati menjawabnya....kerana yang menjawab itu adalah 'iman'...

"Allahuakbar Allahuakbar!!!!.."
Laungan azan tiba2 memecah keheningan malam..Dan aku terus melangkah ke arah suara azan itu.Di situ aku terduduk kaku.Lantas kubuka ikatan mataku perlahan-lahan dan...

"Subhanallah...ada kubur benar2 di hadapanku...!!!"
Mudah benar air mata mengalir saat itu.Bersyukur masih dipanjangkan umur...
Org beriman rindukan kematian.Tp aku sgt takutkan kematian krn aku tahu terlalu banyak dosaku pd-Nya dan pd makhluk-Nya.Apkh amalan yg dpt kubawa kelak??

Alhamdulillah...kerana dipilih oleh Allah menyertai program cuti begini...Bersyukur dpt
merasai keindahan bersama Allah,Rasulullah,ibu ayah dan teman2....

Malam program....

"Sekarang abang akan memanggil nama2 yg telah melanggar peraturan program.."

"Siti Zulaikha"

"Gulp..!.biar benar.Nama akukah itu???Relaks2..."

Aku pun berjalan dgn muka penasaran ke hadpn hadirin...

"Kamu telah melanggar peraturan yang keenam.Abg bagi masa bbrp minit dan fikirkan kesalahan kamu...Kalau kamu gagal menyatakan kesalahan kamu maka kami akn memaparkan di slide apa kesalahan yg kamu lakukan..."Kata Abg Bai seriously...

"Kak Nina,apa ek??huhu.."
Kak Nina buat muka tak tahulah pulak...Aiseyh...

"Dah ingat??"
Aku menggeleng tenang..Ceewah...tenangnye...

"Baik,mari kita saksikan apa kesalahan kamu..."

GULP!

"Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan kamu!!!"Bergema kuat nyanyian nasyid 'Selamat Hari Lahir'...

"Ya Allah..surprise apakah ini...???"
Kak Nina terus memelukku yg masih dalam keadaan cuak...segan pula rasanya...
Tak baiknye depa....Tak tergambar rasa di hati....Alhamdulillah..

Konklusinya,inilah sambutan hari lahir yg paling mendebarkan....
The moral of the story 'berani krn benar,takut krn salah'

Cerita di atas sekadar perkongsian rasa bersyukur krn dikurniakan teman2 yg baik...

Wallahualam..









Saturday, January 24, 2009

Muhasabah Cinta



Sejak download lagu di bwh ni dr blog seorg ukht..hati ini dh tertarik dgn tajuk,lirik lagu dan muziknya.. Insya-Allah..memberi semangat saat lelah menghadapi dugaan hidup...

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu

Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu

Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung do’a ku
Sakit yang ku rasa biar
Jadi penawar dosaku

Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Ilahi Muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu

Edcoustic-Muhasabah Cinta

Friday, January 23, 2009

StaNd Up


Lama sungguh rasanya tak melakar sst buat antum.Mugkin kesibukan telah membataskan pergerakan.Benarlah wasiat Hassan Al Banna:'Kewajipan sebenarnya lebih banyak daripd masa yg ada pd kita'.Tapi,manusia sering kali memenuhi masa mrk dgn perbuatan sia2 termasuklah diri ini...Ingin rasanya diulang masa yg lalu tp sgtlah mustahil melainkan dengan izin Allah.Makanya,hargailah setiap saat yg berlalu!!

Sabda Nabi s.a.w bermaksud:
'Sesiapa yg tidak mengambil berat tentang umatku maka dia bukan dari kalangan umatku'

Sptmana yg kita tahu,Hamas dan ikhwah Palestin telah mengisytiharkan Intifadha' ke-3 krn tindakan kejam zionis.Pembunuhan secara besar-besaran kpd rakyat Palestin yg terburuk telah berlaku.Mgkn tahun 2009,1430h menjd tahun tekad Israel untk menewaskan Palestin.Bangsa Arab pula buat tak tahu krn masing2 ada matlamat dan kepentingan tersendiri.Sikap ego mrk tlh membuatkan mrk sanggup memberi laluan kapal perang hanya utk menjaga periuk nasi mrk.Bangunan pentadbiran Hamas,Hospital,Sekolah telahpun diserang oleh Israel laknatullah.Namun aku percaya Islam pasti menang!!Israel??Mrk pasti kalah dan mendapat keaiban.Hanya Allah yg tahu bila masanya....

'Milik-Nyalah apa yang ada di langit dan apa yg ada di bumi.Dan Allahlah benar2 Maha Kaya,Maha Terpuji'-Al Hajj:64

Apa yg harus kta lakukan???
Sumbanglah sekadar yg termampu sama ada melalui wang,sokongan moral atau doa.

Drpd Abu Darda' sabda Rasulullah saw bermaksud"
'Tidaklah berdoa seseorang muslim terhadap saudaranya secara ghaib(tanpa pengetahuan) melainkan berkatalah para malaikat,engkau juga akan beroleh seumpama dengannya,'

Marilah sama2 kita berusaha demi melahirkan generasi yg bakal mewarisi perjuangan Hamas.
In Islam there is no word for 'Hands up',there is no word for 'surrender' but there are only two things ; 'win' as a 'mujahid' or 'die' as a 'syahid'.IMMA SA'ADAH WA IMMA SYAHADAH.

Apa cerita di USIM??
senyum..senyum..jgn sedih2....
Alhamdulillah bersykur krn berjaya melibatkan diri dalam Kelab Kesenian Khat yg dipimpin oleh Pengerusi Biro Pendidikan Persatuan Seni Khat Kebangsaan,Al Ustz Muhammad Asrak.

Kenapa pilih Khat??
Seni khat ialah salah satu ilmu wahyu.Al-Quran tlh memartabatkan ilmu ini sampai kemuncak kegemilangannya dalam sejarah islam.Sebanyak 121x kalimah TANGAN dalam Al-Quran dr berbagai surah yg memberi maksud peranannya sama dgn akal fikiran dan hati.Mungkin kte tak pnh terfikir bhw khat dpt meluaskan cabang dakwah seseorang dai'e.Insya-Allah...
'Sesungguhnya Allah mencintai seorang mukmin yg kreatif'

Wa akhirul kalam,moga tgn ini tdk penat mencoret kalimah2 pemanis iman.Renungan buat kader2 dakwah...
Hassan Al Banna:
Karakteristik pejuang dakwah adalah org yg tdk tidur sepenuh kelopak matanya,makan seluas mulutnya,tertawa selebar rahangnya dan menunaikan waktu dgn senda gurau dan permainan yg sia2.Jika itu terjadi mustahil ia termasuk org2 yang menang atau org2 yg tercatat sbg barisan mujahidin.

Wallahua'alam...