Wednesday, February 6, 2008

BAB 11

Fairuz kejam!
Fairuz dayus!
Fairuz…Sampai hati abang…kenapa abang buat Wardah macam ni? Dua bulan abang abaikan Wardah, dua bulan abang menyepi. Hujungnya abang hadiahkan Wardah madu yang berupa racun!“Ukhti…” Aidil Azhiim cuba menenangkan aku.“Ana tak nak dengar apa-apa lagi. Cukuplah apa yang ana lalui selama ni. Baba menghukum ummi tanpa sebab, Fairuz mendera ana tanpa alasan. Sekarang anta nak apa?” ya Allah, mengapa Kau hujani aku dengan taufan dugaan begini. Aku sesekali tidak menyalahkan takdirMu, Tuhan, tetapi apakah nasib anakku kelak? Apa yang akan aku dapat dari semua ini, Ya Allah?“Ukhti, sesungguhnya Allah telah memberi dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” Ah, Aidil Azhiim…mengapa sering saja kau mengerti apa yang aku rasakan? Damai kata-kata itu menghembus ribut resahku. Aku memandang wajah yang tenang miliknya itu. Langsung tiada gelodak celaru terlakar di wajah itu.“Akhi, ana rasa lemah sangat…” aku menangis lagi untuk ke sekian kalinya. Apa yang Fairuz lakukan kali ini benar-benar menguji imanku. Sekiranya dijatuhkan talak ke atas aku sekalipun, aku tidak akan resah begini. Ini tidak, dia balasi kebahagiaan aku dengan madu yang amat pedih. Tuhan…“Wardah, demi Anis Maisarah, kuatkan diri anti. Ingatlah Wardah, Allah takkan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Anti cuba melawan takdir Allah ke?” kata-kata Aidil Azhiim bagai membakar semangatku. Aku cuba mengesat air mataku bila ummi tiba-tiba mendekatiku.“Puteri ummi sayang, jangan lemah macam ni. Ummi tahu Wardah kuat.” Ummi memelukku, lembut. Terasa aura kasih tuanya menjalar di tiap urat nadiku.“Tapi Wardah tak sekuat itu untuk dimadukan!” aku membentak tiba-tiba. Ummi dan Aidil Azhiim terkejut melihatkan aku. Mungkin terkejut mendengar jeritanku itu, Anis Maisarah yang sedang terlena terjaga dan menangis. Aku hanya memandangnya lemah. Langsung tiada kekuatan untuk aku membelai anakku yang seorang itu seperti biasa. Terasa seolah-olah baru semalam dia dilahirkan. Terasa seolah-olah baru semalam segala-galanya terjadi. Ummi bergegas mendapatkan cucu tunggalnya itu. Sedaya yang mungkin, dia cuba menenangkan Anis Maisarah dan memujuknya. Aku hanya memandang, bisu. Aidil Azhiim mengeluh memandangku. Tuhan, pertama kali ciptaan Mu itu aku lihat seolah berputus asa dengan ku…ya Allah… “Ana tak sangka anti selemah ini. Ana kecewa!” dengan ayatnya yang terakhir itu, dia melangkah keluar meninggalkan aku bersama ummi dan Anis Maisarah yang masih belum henti tangisannya. Aku terpaku, tidak menyangka Aidil Azhiim setegas itu sedangkan sebelum ini dia tidak pernah berputus asa untuk menguatkan aku. Aku memandang ummi dengan pandangan yang kosong. Ummi turut terpaku, barangkali masih cuba menafsir riak tindakan Aidil Azhiim sebentar tadi. Dan tika itu, telefon tanganku berbunyi meminta aku untuk membaca mesej yang baru tiba.“Jika mereka berpaling dari keimanan, maka katakanlah, ‘Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung’.”-At-Taubah,129. Ana nak anti kuat seperti dulu! –Abi Maisarah- Air mataku menitis lagi. Ya Allah… Dan dengan tidak semena-mena, perbualan antara aku dengan wanita yang mengakui dirinya sebagai isteri kedua Fairuz kembali menerjah ruang ingatanku…“Apa maksud awak dengan mengatakan awak isteri kedua Fairuz?” aku memandang wajahnya yang putih bersih itu. Dalam kecelaruan aku cuba mengawal amarahku.“Fairuz dan saya bernikah di Thailand sebulan yang lepas, waktu akak dan dia bergaduh.” Sebulan? Ya Allah…abang, kenapa buat Wardah macam ni? Air mata ku jatuh tiba-tiba.“Akak, saya bukan datang untuk menyakitkan hati akak. Semalam saya pegang handphone Fairuz. Kebetulan ada mesej yang sampai, saya baca dan mesej itu pulak mengatakan akak berada di hospital ni, dan baru melahirkan anak Fairuz. Saya cuma nak minta hak saya sebagai isteri kedua Fairuz.” Hak? Aku memandangnya lagi. Air mata yang rancak mengalir ku kesat perlahan.“Hak apa yang awak maksudkan?” tenang aku cuba mengawal emosi. Aidil Azhiim menghampiri kami bersama Anis Maisarah. Ummi juga begitu bersama Abi. Wanita itu diam seketika. Lama kami menunggu, akhirnya dia bersuara,“Fairuz pernah berjanji pada saya untuk menceraikan akak jika saya setuju bernikah dengannya. Tapi sampai sekarang dia masih belum menunaikan janjinya.” Tuhan, terasa seolah-olah ada beban yang amat berat jatuh di pundakku. Aku terdiam, tidak tahu apa lagi yang harus aku katakan. Cerai? Sesudah memberi aku madu, dia ingin menghadiahkan aku talak? Ya Allah…“Err…maaf ana mengganggu. Macam mana dengan Fairuz? Awak pasti dia nak ceraikan Wardah?” Aidil Azhiim tiba-tiba bersuara. Ummi memelukku erat, cuba memberi aura kekuatannya kepadaku.“Mengikut janjinya begitulah. Akak, tolonglah…saya dibuang keluarga kerana Fairuz. Kami bernikah bukan atas dasar cinta tapi sebab maruah saya yang pernah tercemar kerananya.” Masya Allah…apa yang cuba abang lakukan ni? Kenapa perlu abang meragut kesucian wanita lain? Ya Allah… Kami sama-sama memandang wanita itu. Dia tunduk, air matanya dapat ku lihat perlahan-perlahan menghujani pipinya. Aku faham perasaannya, kerana aku jua begitu. Fairuz juga menikahi ku kerana pernah meragut kesucian yang selama ini aku pertahankan. Tapi kenapa perlu dia ulangi kesilapannya itu?“Maaf, tapi boleh saya tahu nama kamu?” aku bersuara, memecahkan keheningan yang ada di bilik itu. Wanita itu akhirnya mengangkat kepalanya memandangku.“Habsyah.” Pendek jawapannya. “Macam mana kamu kenal suami saya?”“Kita sama-sama belajar di kolej yang sama, kak. Cuma saya ambil course lain dan saya adalah junior akak. Saya tahu akak dah berkahwin dengannya. Saya mula rapat dengannya sebelum akak dan dia berkahwin. Mulanya saya hanya anggap dia sebagai abang. Hari itu tak tahu kenapa dia menghubungi saya setelah lama mendiamkan diri dan ajak saya berjumpa. Saya tak nak tapi dia rayu dengan mengatakan dia sedang dalam masalah. Katanya akak dan dia sedang bergaduh. Saya setuju, tapi selepas itu dia bawa saya ke rumah yang kosong dan…” dia berhenti di situ. Aku beristighfar di dalam hati. Ya Allah, suamiku rupanya binatang! “Akak faham, Habsyah. Kamu betul-betul nak akak dan dia bercerai?” aku cuba merasionalkan fikiranku. Ya Allah, kuatkanlah hatiku…Habsyah memandangku. Dari matanya yang berkaca itu, aku tahu dia benar-benar inginkan perceraian antara aku dan Fairuz. Aku mengambil Anis Maisarah dari tangan Aidil Azhiim. Ummi hanya membisu, membiarkan aku mengawal keadaan ini sendiri. Jangan rebah tersungkur, umi! Tabahkan hati menempuh semua ini! Mata Anis Maisarah berbicara. Aku mengucup dahi anakku penuh sayang. Ya Allah, agung sungguh kuasaMu…aku pasrah, ya Allah…aku redha…“Kamu nak anak yang akak pegang ni tak ada ayah?” soalan perangkap yang aku jeratkan padanya. Habsyah tunduk kembali.“Akak, saya tahu saya pentingkan diri saya bila mintak akak bercerai dengan abang Fairuz. Tapi sekurang-kurangnya akak masih ada anak tu. Dan orang-orang dalam bilik ni. Saya dah tak ada sesiapa, kak. Mak dan ayah saya terus buang saya lepas mereka tahu perkara sebenar. Dan saya tak boleh melahirkan anak…” suara itu berhenti lagi. Kali ini esakannya pula yang ku dengar. Wajah Anis Maisarah yang sedang terlena aku tatap penuh kasih. Iras Fairuz yang ada pada wajahnya mengingatkan aku padanya.“Habsyah, baliklah dulu. Nanti akak akan hubungi kamu. Tinggalkan nombor telefon kamu pada handphone akak.” Aku menyerahkan telefonku padanya. Habsyah menyambutnya dan akur pada arahanku. Sesudah bersalam denganku dan ummi, dia terus meninggalkan kami.Air mataku mengalir lagi. Ummi, Abi dan Aidil Azhiim hanya diam memandangku.
………………………………………………………………………………………………………………

Aku kembali ke alam yang nyata. Tangisan Anis Maisarah telah hilang. Ummi hanya duduk di satu sudut memangku Anis Maisarah dan memandangku. Aku membalas pandangan itu, cuba tersenyum namun aku air mata ini mengalir lagi. Ummi tunduk, mungkin dia memahami keadaanku. Ummi, pada siapa Wardah harus mengadu selainNya? Haruskah Wardah menyusahkan ummi lagi selepas ini? Maafkan Wardah, ummi…maafkan Wardah…

Bila mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan, beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku
Tuhan, dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan, ada yang dapat ku gagahi
Dan ada yang gagal ku hindari
Tuhan, dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku takku tepati
Tuhan, rahmat-Mu melangit luas
Lalu sedikit ku bersyukur
Kini ku kembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Moga kan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Kutetap berkasih pada-Mu
Kerna ku yakin kasih-Mu kekal tiada sudahnya

*Epilog Silam-Haikal*

No comments: