Wednesday, February 6, 2008

BAB 8

“Abang…bangun, bang…subuh dah nak habis ni.” Aku mengejutkan Fairuz, lelaki yang telah aku nikahi 6 bulan yang lalu. Selepas peristiwa hitam itu, aku nekad memutuskan pertunanganku dengan Aidil Azhiim. Biarlah antara kami hanya tinggal sejarah. Sebulan selepas itu, aku dinikahkan dengan Fairuz. Aku kira lelaki itu sahaja yang layak untuk memperisterikan aku selepas apa yang telah dilakukannya. Walaupun ummi membantah, namun untuk menjaga nama baik keluarga ku sendiri, ummi terpaksa akur. Baba juga begitu. Apatah lagi Aidil Azhiim. Aku tahu payah baginya menerima hakikat ini namun mungkin ini yang terbaik untukku.Fairuz liat di pembaringan. Aku cuba mengejutkannya lagi. Perutku yang kian memboyot aku usap lembut. Anak ini tidak seharusnya menjadi mangsa. Dia langsung tidak berdosa. Walaupun dia adalah hasil perbuatan keji bapanya, tapi dia tetap tidak berdosa. Seawal usia 22 tahun, aku sedang menanti kelahiran anakku, biarpun tanpa kerelaanku. Pengajianku ditangguhkan. Mungkin jua aku akan terus berhenti untuk menjaga rumahtangga ku. Aku tahu tindakanku bodoh. Biarlah…aku percaya selagi aku masih bekerja di jalanNya, Dia takkan membiarkan aku sendiri. InsyaAllah… Fairuz masih kaku. Aku geram melihatnya begitu. Setahu aku, tidak pernah aku melihat dia menunaikan kewajipannya yang satu itu semenjak pernikahan kami. Mengimamkan solatku apatah lagi. Ya Allah, berikanlah hidayahMu pada suamiku…“Abang…dah dekat pukul 7 ni…” aku duduk di sisinya, masih cuba mengejutkannya. “Ape ni? Tak nampak ke orang tengah tidur? Penatlah!” Astaghfirullah… Fairuz membentak kerana dikejutkan. Dia menekup wajahnya dengan bantal. Aku semakin geram.“Abang, abang tak nak solat ke? Abang nak jadi apa ni?” aku bangun, cuba melangkah keluar dari bilik itu. Ketenangan bukan lagi jadi milikku sejak 6 bulan yang lalu. Bukannya senang nak ku lupakan sumpah seranah yang ditaburkannya sejak hari pertama kami dinikahkan. Aku hairan, dia yang mencabul kehormatanku. Dia yang memusnahkan masa depanku supaya aku menjadi miliknya namun setelah dia berjaya, aku diabaikan. Aku disia-siakannya. Berbual denganku pun tidak pernah, apatah lagi menyentuhku. Jijik benar aku pada pandangannya…sungguh aku tidak mengerti akan takdirku sendiri…“Wardah…” panggilan ummi mengejutkan aku. Berhati-hati aku menuruni tiap anak tangga menuju ke arah ummi yang menanti di meja makan.“Selamat pagi, mawar berduri…” ummi mengucup dahiku. Mawar berduri…lama aku tidak mendengar panggilan itu…“Selamat pagi, ummi…” aku tersenyum melihat keceriaan ratu hatiku hari itu. Perutku ummi usap lembut. Sepatutnya Fairuz yang sering buat begitu tetapi hakikatnya, dia tidak pernah mengendahkan anaknya di dalam kandungan ini. Aku mengeluh kecil…“Kenapa ni, sayang? Tak elok orang mengandung selalu mengeluh. Nanti cucu ummi pun kuat mengeluh. Ummi tak nak cucu ummi macam tu. Senyum sikit, sayang…” ah, ummi sahajalah penghibur hatiku sejak dulu hingga kini. Air mata yang ku tahan sejak tadi mengalir jua membasahi pipiku. Ummi mengusapnya, perlahan.“Sabar, sayang…ummi yakin Allah ada janji yang lebih baik untuk Wardah. Anak ummi kuat, kan?” aku mengangguk lemah. Sejak 6 bulan yang lepas, air mata ini tidak putus-putus mengalir. Aku sendiri tidak tahu apa yang aku tangisi. Takdirku, atau nasibku. Dan sejak 6 bulan yang lepas, Aidil Azhiim tidak pernah putus mengirimkan kata-kata semangat padaku samada melalui emel ataupun nota ringkas yang dikirimkan pada ummi. Dia tetap sama seperti ketika kami mula mengenali…Lelaki itu sering sahaja menenangkan aku ketika aku gundah. Lelaki itu sering sahaja menghilangkan gelisah yang bermain di hatiku. Malah kandungan ini pun sudah menjadi anak angkatnya, biarpun masih ada 4 bulan lagi sebelum dia keluar menjenguk dunia ini.

To : wardatulsyauqah@yahoo.com
From : qanaahbilqalil@yahoo.co.uk
Subject: kuatkan semangat!!!
Assalamualaikum mawar berduri…Cak? Baby buat apa ana harap hari ini jua seperti hari-hari yang lalu. Semoga anti sentiasaJtu? di dalam rahmatNya, insyaAllah. Kaifa haluki? Hurm, ana harap anti sihat. Sebab ana tak nak anak angkat ana yang masih dalam kembara menuju ke dunia ini turut tidak sihat kerana ibunya…na’uzubillahi min zalik. Boleh ana bahasakan diri ana ‘Abi’ pada anak itu nanti? Ana harap anti tak marah…okaylah, enough of that. Ni sebenarnya yang nak ana sampaikan pada anti…hayatinya, okay? Take care! Wassalamualaikum…Sudut-sudut jihad wanita1.. Menjadikan rumahtangga tempat yang bahagia untuk keluarga berkumpul.2.. Mewujudkan suasana Islam dalam proses pendidikan dan pembesaran anak-anak.3.. Menyempurnakan segala urusan rumah tangga menurut syara' dengan penuh keikhlasan semoga akan beroleh keberkatan.4.. Mengajak kaum wanita lain memahami prinsip-prinsip Islam dan cara hidup yang Allah tetapkan.5.. Memerangi perkara-perkara bid'ah, khurafat serta pemikiran yang salah dan adab-adab yang buruk yang mengusai wanita masa kini.6.. Menyertai rancangan kemasyarakatan yang berfaaedah untuk umat manusia amnya, seperti tadika, menjaga anak-anak yatim, kelab pemudi, sekolah-sekolah dan bantuan untuk keluarga miskin."Apakah kamu mengira bahawa kamu akan dibiarkan (begitu saja) sedang Allah belum mengetahui (dalam kenyataan) orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil wali (teman rapat) yang setia selain Allah, Rasul-Nya dan orang yang beriman. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (At-Taubah : 16)Emel itu aku simpan di dalam folder yang aku buat khas untuk emel-emel yang dikirimkan Aidil Azhiim. Dia tidak pernah jemu mengingatkan aku pada indahnya kasih sayang Allah. Syukurlah aku mempunyai sahabat sepertinya. Walaupun dulu sia agak kecewa dengan keputusanku, namun dia tabah menghadapi kenyataan. Dia tidak pernah mengungkit setelah itu, sebaliknya dia sering memberikan kata-kata semangat kepadaku. Sungguh, dia benar-benar sahabat ku yang paling memahami…“Wardah!” panggilan itu mengejutkan aku. Fairuz ku lihat sedang menghampiri meja makan.“Aku lapar.” Sepatah sahaja ayatnya yang berbaur perintah dituturkan. Aku akur akan arahan suamiku, biarlah aku menjadi seorang isteri yang taat walaupun pada Fairuz. Umpama Siti Asiah, biarpun suaminya adalah Firaun, dia tetap taat sebagai isteri.Aku hidangkannya dengan sarapan yang ummi sediakan. Ummi keluar setelah menikmati sarapannya sebentar tadi, mungkin ke pasar seperti biasa. Fairuz hanya membisu menghabiskan mi goreng di hadapannya. Aku seperti tidak wujud di hadapannya. Usai makan, dia bingkas bangun melangkah keluar.“Abang, nak ke mana?” aku membontotinya.“Yang kau sibuk ni kenapa? Suka hati akulah nak ke mana pun. Kau tu jangan menggatal kat rumah ni. Aku tak nak kau contact bekas tunang kau tu. Entah-entah yang dalam perut kau tu pun benih dia!” Tuhan, pedihnya ayatnya itu, terasa menusuk terus ke dalam hatiku. Aku kelu, tidak membalas. Bimbang akan menimbulkan kemarahannya sekiranya aku menjawab. Abang, ini kan anakmu? Anak yang bakal lahir kerana perbuatan abang sendiri? Kenapa berat benar tuduhan yang abang jatuhkan pada Wardah? Apa salah Wardah, bang? Fairuz terus keluar, menghidupkan enjin keretanya dan berlalu pergi. Aku terkesima, terduduk aku di sisi pintu rumahku. Tidak ku sangka Fairuz akan jadi begini. Kononnya dia mencintaiku, kononnya dia benar-benar memerlukan aku. Aku masih ingat kata rayuannya ketika ingin memilikiku dulu. Pelajarannya juga ditangguhkan, katanya dia sudah malas mahu meneruskan pelajarannya. Kini, dia hanya bergantung makan di rumah ini, hasil titik peluh ummi. Ya Allah, terasa diri ini benar-benar terkurung, antara suami dan ibu sendiri. Di kanan ku ummi, dan kiri ku suami. Tuhan, berilah aku petunjuk dan hidayahMu…

No comments: