Sunday, December 7, 2008

Hanya Pasrah Menanti....


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Moga setiap perkataan dan niat hanyalah keranaMu.

CEMBURU???

sudah ternyata itu bisikan syaitan untuk menyesatkan umat manusia agar jauh dari Allah,
agar mengeluh dengan ketentuanNya..masyaAllah siapalah aku untuk mempersoalkan takdirNya padahal aku sudah mengerti tiada yg sia-sia dalam ketentuanNya..sekali2 Dia tdk
membiarkan hambaNya kerana Dia Maha Penyayang melebihi segala-galanya...cuma hambaNya yg sering shj melupakannya..Ya Allah ampunkan aku...Ku tahu masanya pasti tiba..Kata Abusaif, kehidupan kita ini tidak dapat lari dari ujian-ujian Allah kerana ujian itulah sebenarnya kehidupan kita.Ya,redho...redhailah kerana redha itu manis!


‘Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata ‘kami beriman’ sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu ujian) ‘– (Surah al-Ankabuut ;2)


Tak mahu kuturutkan hati lalu ku melihat ke sekeliling...melihat bencana yg berlaku di bukit antarabangsa..harta benda musnah,rumah-rumah mewah,kereta yang sering dibangga banggakan semuanya hilang sekelip mata..itulah hebatnya Sang Pencipta bahkan kurasakan satu tarbiyah buat manusia..Mengapa???Renung-renungkan musibah ini..
Semoga musibah ini menjadi pahala buat mereka dan jalan untuk lebih merapatkan diri kepada Allah.Aku fikir,begitulah dunia..muncul dan hilang..dan akhirat itu yang kekal selama-lamanya..
Mengapa perlu dikejar-kejar dunia ini padahal kehidupan akhirat itu lebih baik..?Ya Allah,letakkan dunia di tanganku bukan di hatiku...Cinta dunia itu sukar benar dikikis..
Dan itulah yg seringkali melanda diri ini...astaghfirullah....
Kuberalih pula melihat musibah banjir di negeri tercintaku Darul Iman...membuatkan hatiku pilu..tdk setakat itu, kejadian kemalangan ngeri bas ekspress di Johor yg meragut nyawa 10 orang memberi ibrah bahawa kematian itu sangat dekat sekali..semakin hari semakin hampir kita pada saat kematian kerana kematian itu pasti akan hadir walau sekuat mana kita cuba mengelak...Bersediakah kita??


Ku berpaling ke arah kaca televisyen...alat yg sering melalaikan manusia drp mengingati Allah..
Sebak melihat rancangan realiti terutamanya melibatkan kanak-kanak...Sejak kecil diasuh untuk menyanyi,menari yg kebanyakan terdiri drp umat islam!lalu siapakah yg bakal memimpin negara pada masa hadapan yakni yg akan mempertahankan syariat islam??maka pupuslah pengganti pemimpin persis Salahuddin Al Ayubi,Khalid AlWalid..remaja-remaja yg mengagung agungkan kemaksiatan di mana-mana..mempertikaikan syariat Allah..muncul juga filem-filem yg semakin mengajak manusia melakukan kemungkaran..dengan pakaian wanita-wanita muslim yg amat menyedihkan,pergaulan bebas,kebergantungan kpd selain Allah,percintaan yg tdk syarak.Apakah ini yg mahu ditonjolkan kepada org ramai??Tak terfikirkah apakah yg timbul di benak yg bukan islam??Sedih memang sedih...


Aku tdk sempurna..kita tdk sempurna..tiada yg sempurna melainkan Allah..Inilah luahan hati seorang hamba Allah yg masih memburu redha dan cintaNya..yg seringkali melakukan kesilapan..Dikesempatan ini ku ingin memohon kemaafan atas segala kesalahan yg pernah dilakukan...semoga kita termasuk ke dalam golongan yg beruntung dan mendapat hidayah Allah..Oh Tuhan tabahkan hati kami untuk meneruskan perjalanan hidup ini...
wallahualam...


Sedikit p'kongsian nasihat ust Zawawi,mari perbanyakkan membaca:
Ya muqollibal qulub sabbit qalbi a'la dinika watoa'tik
selepas bacaan tahiyat akhir,sblum memberi salam..moga2 dikuatkan iman..amin...









Saturday, November 29, 2008

Monday, November 17, 2008

...KiTA NaK jaDi sOleH sOleHah kaN??....

Peribadi Soleh-Solehah - Anda Mampu Milikinya -

Em... Zaman ini, zaman yang penuh dengan fitnah terhadap kita semua. Maksiat dan kerosakan sangat berleluasa. Wanita dan lelaki kelihatan sama sahaja, tiada jurang perbezan yang ketara lagi.

Pakaian?
Em, kelihatan seakan-akan sama saja.

Agama?
Em, entah... macam mereka dah tak peduli je... Ada masa ke nak fikir pasal agama ni? Em, kerana apa yer? Kerana lenyapnya peribadi soleh dan solehah agaknya... Ku tinjau-tinjau, Tak kira jantina, ada saja di mana-mana. Bersesak-sesak di pasar? Yup, ada... ramai sangat... di pawagam? Yup, ramai juga... em, di tempat melepak dan restoran? Lagi ramai! Laki dan wanita, campur aje...

Em, di pesta buku pulak? Em, alhamdulillah masih ramai (harap-harap tidak silap beli buku)... Em, di masjid? ...sedih, tak ramai, sikit sangat. Di kuliah-kuliah ilmu? Macam dah tak minat jer nak datang... Ya Allah, Sukarnya mencari wanita yang solehah... Manakala bagi wanita, sukarnya mencari lelaki yang soleh...

Aii... iyeke? Kesiannya anda sekalian. Yang lelaki susah nak cari yang solehah. Yang wanita pula, susahnya nak mencari yang soleh! Hehe... Teringat cabaran sahabat-sahabiyah yang baru grad yang duk tengah sibuk nak cari calon pasangan suami atau isteri. Ke mana sang soleh-solehah menghilang yer? Takkan pupus kot? Takdelah... mana boleh pupus pulak... Takkan pupus punya.

Hai sahabat, kalaulah anda yang jadi soleh, tak kan timbul lagi perkara ni. So, senanglah si solehah nak cari anda. So, persoalannya andalah yang kena mulakan, kena ada mahu. Letakkan iltizam. Then, muslimat... macam mana dengan anda? Takkan nak suruh lelaki je yang mula dulu? Anda bagaimana? Bila nak mula? Tak adillah sebelah pihak jer... Ingat... anda kena mula juga... Anda perlu tahu, orang yang soleh akan mencari wanita yang solehah. Tak nak lah wanita yang diluar standard solehah! Lelaki soleh... tentu mahu pasangannya wanita solehah! Ha, barulah kena kan? So, sebagai kesimpulan. Anda-anda semualah yang kena mulakan! So, jom berlumba-lumba jadi insan soleh-solehah. Bukan kerana nak cari pasangan yer? Tapi, mestilah kerana Allah... then, insyaAllah, tenang jiwa anda... damai... Bersama redha Ilahi pastinya... Insan soleh-solehah pun akan datang cari anda... Emm.. jangan berlumba-lumba jadi mat rempit pulak yer... maklumlah, mat rempit pun dah tukar profession.. . dah jadi penerjun di kutub utara tu! So, anda bila lagi? Jom lah jadi insan soleh-solehah. .. insan yang mulia di sisi Allah mahupun manusia... Ok?

Em, wahai insan yang bernama wanita, sahabat yang bergelar lelaki, jangan buang masa. Marilah kita check or semak semula, apa dia prinsip soleh-solehah tu yer? Ada ker dalam diri kita prinsip-prinsip tu? Ade ke personaliti soleh-solehah tu pada kita? Takkan sikit pun tak ada? Sedihnya kalau tak ada. Rugilah anda nanti. Baik cepat-cepat setlekan! Jangan lambat... Em... sebagai basic... mulakanlah dengan mengenali asas-asas Islam... Iman mesti mau dijaga. Lakukanlah solat dengan sempurna - cukup lima waktu, tonjolkan imej-imej insan yang Islami. Di samping melakukan solat sempurna... tambahkanlah sedikit-demi- sedikit solat-solat sunat... Then, belajar-belajarlah praktikkan personaliti (adab-adab) insan soleh-solehah. .

Em, mulakanlah dengan memakai pakaian yang sopan, bertingkah-laku dengan baik dan jauhi perkara-perkara yang tidak berfaedah. Yang solehah, tinggalkanlah pakaian-pakaian sempit tu! Belajar-belajarlah pakai tudung. Cari baju yang labuh. Kasi tutup lebih rapat dan sempurna daripada biasa. Jangan beri orang tengok percuma lagi. Barulah nampak yang diri anda tu mahal dan bukan bahan lelongan free-show. Orang lelaki pasti rasa insaf dan tunduk malu bila tengok anda nanti..erm,'ana' nk tambah sikit,pastikan yg bertudung tu menutup dada dan jgn pulak pakai yg jarang2 yea!

Em, seterusnya.. . perlu difahami, bahawa... semua tu perlukan bimbingan ilmu yang jelas. Jadi, jangan lupa selalu-selalukanlah hadir ke majlis-majlis dan kuliah-kuliah ilmu. Amal tanpa ilmu, takut-takut tersesat pulak nanti. Niat di hati nak jadi baik, lain pulak jadinya nanti. Jadi, untuk menjadi insan soleh-solehah, anda perlukan ilmu. Banyakkanlah membaca, di samping jangan lupa mendapatkan bimbingan... supaya tak tersalah ilmu pulak karang!

Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya).

Em... susah ke? Senang je ni... basic semua ni... InsyaALLAH.. . anda mampu lakukan... Ingat! Anda perlu mulakan... jangan biarkan golongan yang tidak soleh-solehah bertambah di luar sana. Sesak nafas kan kita tengok!!! Bukan kesan baik yang terhasil... bukan sahaja manusia yang susah... Haiwan dan tumbuhan, malahan objek-objek tak bernyawa pun menerima akibatnya... Kalau perbuatan tu dah dilarang oleh agama, tak mungkinlah ia wajar lagi dipandang baik, dan mustahillah kesannya akan baik dan disenangi... Ayuh... tanamkan azam, tambahkan ilmu, tingkatkan amalan, tunjukkan personaliti Islami... Bergerak ke arah peribadi insan soleh-solehah. .. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya).

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu). (Al-Hujuraat)

-seronok bc artikel ni..moga sama2 dpt jd soleh-solehah..
sumber: iluvislam.com

Tuesday, November 11, 2008

hati retak..dlm mencari cinta yg SATU..


sejuk hati ana saat membaca dan menyelami puisi2 islami yg indah tentang hidup,tentang kematian..semuanya tentang DIA...seakan-akan ayat-ayat cinta yg sedang bercerita
dan memujuk diri kerdil ini...


aku rindu satu pertemuan
pertemuan yg akan meninggalkan
segala apa yg diperolehi
kerna yg tinggal hanya diri ini
yg mengharap utk dilupai
oleh setiap insani
kerna diri ini berserah diri
pd yg HAKIKI

bila terasa emosi bergolak
segala percampuran akan ditolak
ini kerana sifat yang tamak
yang boleh merosakkan akhlak
aku hanya seorang hambayg mengharap redhaNYA
walaupun diri ini menanggung seksa
AKU X BERDAYA
bantulah aku yg masih bernyawa
sebelum aku menutup mata,,

aku hanya ibarat kayu
yang rapuh lagi luluh
yg x harap utk mengeluh
kerna mengeluh satu tanda
diri ini berputus asa
dr mendapat rahmatNYA

alangkah x berguna diri ini
andai sering kufur nikmat ilahi
segala nikmat x dihargai
yg pergi meminta lagi
yg jauh minta dijauhi
bagaimana andai roh dlm jasad tiada lagi
sediakah diri ini menghadap ILAHI?

layakkah bertemu TUHAN wahai diri ini
sempatkah aku rentasi akhirat bertiti
andai nafasku terhenti....
aku berharap semuanya sedia menerima kehilangan..
yg x kan kembali~

wahai insani sedarilah dirimu milik TUHAN
yg berhak mencabut nyawamu
memori indah x berlagu
impianku hanya SATU
MENGGAPAI SYURGA TERTINGGIMU
andai diberi peluang
akanku menjemput ahli2ku di hadapan pintu syurgaMU....
TUHAN...

....JaLaN Ke HaTi.......






Alhamdulillah..skrg baru berpeluang menulis..hmm seronok sgt lawatan di trg
wlpn sendiri tggl di trg..tambah2 dpt lihat sndr kes perbicaraan d mhkamh syariah.ukhwah pun makin terasa manisnya bila tggl serumah dgn sahabat2 akhOwat TSU.Syukran buat ajk2 yg bersusah payah utk lawatan tu..tahniah buat antum!

“Dakwah?”

Kata2 As-Syahid Imam Hasan Al-Banna,mursyidul am ikhwanul muslimin berbunyi:Sebuah buku yg diletakkan d dalam perpustakaan boleh dibaca oleh seorang individu sahaja.Tetapi seseorang muslim sejati adalah buku yg boleh dibaca oleh semua orang.Ke mana shj dia berjalan maka dia sebenarnya adalah dakwah yg bergerak…

Ana nk ambil satu analogi deria dan hati umpama dua talian telefon yg sentiasa bersambung manakala zikrullah pula adalah nombornya.Apabila kedua-dua talian ini berhubung maka suatu daya magnet yg kuat akan terhasil dan daya ini akan dapat pula menarik hati dan perasaan orang lain supaya mengikutnya.

Setiap manusia ada daya magnet ni.Bezanya hanya sama ada kuat atau lemah shj.Seorang pendakwah yg diberikan taufiq dan ma’unah oleh Allah akan memperolehi daya magnet yg tinggi jika mrk benar2 taat pd segala perintah Allah dan berusaha memperhambakan diri kpdNya…

Pendakwah yg hebat ialah orang yg dpt menyeru orang lain dlm semua keadaan dan tempat.Dia tidak mengutuk dan mempersendakan orang lain ttp berusaha mengikut arus peredaran masa dan tempat tanpa membiarkan dirinya hanyut dengan kealpaan duniawi.Ana suka utk ambil contoh dr kisah As-Syahid Hasan Al-Banna..saat suasana tak terkawal dan hiruk pikuk melanda di tempat beliau berceramah,lalu Syeikh Umar berkata:aku cukp tdk selesa dgn suasana kelam kabut dan bising d majlis..”lalu As-Syahid berkata:”Kita sekarang mengikut jejak langkah Rasulullah,baginda berceramah d pasar2 shg nabi dipersenda dan dipermainkn oleh org ramai…kita perlu bersabar dagn sambutan yg dingin,jikalau seorang shj yg menerima dakwah dalam ribuan manusia itu sbnr lebih baik dr dunia dan isinya…”

Ana ingin berkongsi satu pengalamn sewktu menyertai PERKID S’ngor utk malam sambutan merdeka d klcc,wah ramai benar pemuda pemudi melayu yg berpelesern di hdpn bngunan klcc…Astaghfirullah..gerun pun ada.. dsebabkn ini first time,so ana hanya mengikut senior2 yg dh berpengalaman…Selesai berdakwah dgn beberapa org lalu kata akak senior pd ana:
“apa lagi,tryla pulak..”Alamak…mulalah jd kalut diri ini dan tak terluah apa yg nk disampaikan..entah kenapa jd terdiam…
Inilah kelemahan yg ana sedari mmg mudah untk bercerita pasal dakwah,berceramah tntg amar makruf nahi munkar..tp bila berdepan situasi sebenar yg memerlukan kita bertindak,kita tak berjaya..apa yg perlu dilakukan..’method dakwah’..kena kaji lagi dalam utk mcm2 situasi dan keadaan…
Rasanya setakat ini dulu tulisan ana..satu warkah tarbiyah buat teman2 ..salah dan silap harap dimaafi kerna ana hanya insan biasa yg tak terlepas dr melakukan kesilapan…


“Sesungguhnya kamu tdk akan dpt memberi petunjuk kpd org yg kamu kasihi,ttp Allah memberi petunjuk kpd org yg dikehendakiNya (Surah Al Qasas:56)

Buat para dai’e jgn sekali2 berputus asa dalam menyeru..serulah dan terus menyeru…
Teringat sms drp ukhti senior yg bisa mentarbiyah diri ini:
"Hidup sebagai pejuang bukan sekadar seronok berkata-kata atau membincangkan pengalaman semata-mata,malah lebih dari itu sebenarnya adlh penghayatan diri para pejuang utk merenung sama ada betul atau tidak niat d hati untuk berjuang demi agama Allah yg syumul..."


wassalam…








Wednesday, October 29, 2008

....FiQh kEUTamAAn.....


Bismillah…
Baru-baru ini selesai membaca buku berjudul Fiqh Awlawiyyat tulisan Al-Qardhawy…Rasanya lama benar tak membelek buku Fiqh selain untk pelajaran mabadi’.Alhamdulillah…lalu dilihat-lihat secara rambang isi kandungannya..wah,ilmu baru yg sgt menarik..rasa sayang bila tdk berkongsi so terlintas d fikiran untk menulis wlpn ana bukanlah terlalu faqih…


Awwalan…

Prof. Al Syeikh Yusuf Al Qardhawi seorang tokoh ilmuan dan daie yang ternama pada abad ini telah mengemukakan pandangan secara terbuka bahawa Gerakan Dakwah Islam pada masa ini dan masa akan datang hendaklah memahami serta melakukan implikasi
"fiqh Al-Aulawiyat" dalam Gerakan Dakwah, menurut Al Syeikh Yusuf Al Qardhawi hilangnya dimensi fiqh Al Aulawiyat di kalangan para daie telah mengakibatkan pelbagai kesilapan dan kekeliruan berlaku.

Menurut Al Syeikh Yusuf Al Qardhawi fiqh Al Aulawiyat itu bererti meletakkan suatu pertempatan dengan adil. Segala jenis hukum hakam, amal dan nilai-nilai dalam Islam oleh terikat dengan fiqh Al Aulawiyat ia harus didasarkan kepada prinsip mengutamakan suatu perkara ke atas suatu perkara yang lain. Justeru itu, suatu yang kurang penting tidak wajib dipentingkan. Apa yang wajar didahulukan hendaklah diketengahkan suatu yang wajar dikemudiankan hendaklah dikemudiankan, perkara yang kecil tidak wajar dibesar-besarkan, sementara perkara yang penting tidak wajar dipermudah-mudahkan. Denga lain perkataan tiap-tiap suatu hendaklah diletakkan pada tempatnya secara berimbangan. Allah S.W.T berfirman : "Dan Allah telah meninggikan langit dan meletakkan neraca keadilan, supaya kamu jangan melampaui batas tentang neraca itu, dan tegakkanlah timbangan itu denagn adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu. (Surah Ar Rahman, Ayat 7-9):

Antara pertimbangan..

1)Keutamaan kemaslahatan y telah diyakinkan terjadinya ke atas kemaslahatan y belum dapat diyakinkan berlakunya
2)Keutamaan kemaslahatan y besar ke atas y lebih kecil
3)Keutamaan kemaslahatan jamaah ke atas individu
4)Keutamaan kemaslahatan golongan y lebih banyak ke atas golongan y lebih sikit
5)Keutamaan kemaslahatan y kekal abadi ke atas kemaslahatan y bersifat sementara dan terhad
6)Keutamaan kemaslahatan y asasi dn mendasar ke atas kemaslahatan sampingan dan pinggiran
7)Keutamaan kemaslahatan masa depan y kuat ke atas masa depan y lemah
8)Keutamaan amalan hati ke atas amalan badan
9)Keutamaan hak-hak manusia ke atas semata-mata hak Allah

Kalau antum berminat,bolehlah dapatkan buku tu…insyaAllah..banyak ilmu antum dapat..selamat membaca!

Saturday, October 11, 2008

Pimpini aku dalam redhaMu....


Org beriman itu menakjubkan,
Jika mendapat nikmat dia bersyukur,
Jika ditimpa musibah dia bersabar
Hidup baginya adalah ujian
Senang atau susah tiada masalah
Kaya atau miskin tdk menjadi soal
Krn pd kedua kutub itu terhampar kesempatan
memburu redha Allah
Krnnya org paling bahagia
Dia bisa teguh dlm segala keadaan
-Dr Aidh Abdullah Alqarni-
satu pencarian yg tdk akn berakhir...
pencarian yg memerlukan pengorbanan..
Aku mencari redhaMu Tuhan..

Air Mata Hasan al-Basri

"Abu Said al-Hasan bin Abil Hasan al-Bashri adalah nama lengkap beliau. Seorang zuhud yang sering risau akan segala perbuatannya di setiap nafasnya.Wajahnya sering memendam airmata kerana ayat-ayat Cinta Sang Cinta yang senantiasa dibacanya hingga selalu tergetar hatinya di setiap langkahnya.

Suatu ketika Hasan al-Bashri lah.a berjumpa dengan seorang pemuda yang sedang tertawa bahkan sesekali tawanya itu terbahak-bahak. Lalu ia bertanya kepada sang pemuda." Wahai pemuda, sudahkah engkau melalui shirath ? "" Belum, " jawab pemuda ituHasan pun bertanya lagi, " Apakah kau tahu, termasuk golongan manakah engkau, apakah ahli syurga ataukah ahli neraka ? "" Tidak. saya tidak tahu, " jawab sang pemuda." Lalu, Kenapa engkau tertawa sedemikian rupa ? " tanya Hasan al-Bashri lagi.Pemuda itu pun terdiam, tak mampu berkata apa-apa, tersedar akan kekhilafannya dan, sejak saat itu ia tak mahu lagi mengumbar tawa.

Hasan al-Bashri lah.a pun berkata," Orang yang menyedari bahawa dia pasti akan menemui mati dan selalu ingat bahawa kiamat itu telah dijanjikan-Nya dan pasti ia hadapi serta dirinya pastilah diminta pertanggungjawabkan oleh-Nya akan segala yang ia lakukan di setiap nafasnya maka pastilah ia akan banyak sekali menangis dan lupa untuk tertawa. "

Saturday, October 4, 2008

..AidilFitri....


Salam Alayk...

Mcmn ye nk diceritakan Aidilfitri tahun ni?Sambutannya spt tahun2 lepas..."sederhana.."
Tp seronok + terharu dpt jumpa ustaz sekolah rendah yg dh 5 thn lebih x jumpa sjk
pindah..ustaz yg byk memberi dorongan,yg byk kali menguatkan semangat ana,
rasa rindu pulak waktu skolah rendah dulu....waduh!!
Duit raya???????skrg x sampai 100 pun..hehe dh besar kan...raye thun ni juz jln2 di kemaman,Dungun dan KT...Semua berkumpul di Dungun lps tu baru berarak ke rumah yg lain,gamat rumah tu dibuatnya...tambh2 dgn anak2 ayh teh yg nakal2!!
Semalam baru hntr adik ke SHAMS,dan air mata pun berlinang..mgkn sbb dia takut sgt dgn PMR yg bakal menjelma.Raya thun ni sememangnya x mnjd raya buat dia.. mana taknya..duduk dlm bilik je n studi...dia kecewa sgt dgn trial yg x memuaskn.. Usah dirisau dik,janji Allah itu pasti buat org yg berusaha..hrp sama2 dpt berdoa buat dia..
Syukur alhamdulillah dgn nikmat dunia yg dikurnia Allah...semoga keluargaku sntiasa di dlm redha Ilahi... Amin..

Saturday, September 27, 2008

APALAH YG ADA PADA DUNIA......

Assalamualaikum wbt..
Moga sentiasa bernafas dalam keikhlasan mencari keredhaanNYA diakhir tujuan setiap amalan Insya Allah. Moga juga sentiasa kekal diatas jalanNya dan tidak sekali-sekali berputus asa untuk terus berjalan.
Sabda Rasulullah S.A.W : "Celuplah jarimu ke dalam air laut...air yang menitis di jarimu adalah nikmat dunia, baki yang terbentang luas itulah nikmat syurga..."

'Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan janganlah (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman' ALI-'IMRAN :139
sejak akhir2 ini pelbagai mehnah datang menimpa...ujian yg terkadang sungguh berat dirasakan tp bila mengingati sirah Rasulullah,subhanallah betapa kecilnya dugaan itu...
Ana sedih dgn pemergian sahabat baik ana ke mesir tp apalah daya ana utk menyangkal takdir Allah..Tawaran itu pun ana dpt,saat itu berlakulah kekeliruan yg amat.3 hari ana istikharah tanda2 jawapan itu belum hadir,mengapa?lantas diberatkan hati ana untuk memilih usim bukannya mesir...keputusan yg ana rasa sgt baik untuk diri,keluarga dan kehidupan ana sendiri.Ada amanah penting juga yg harus diselesaikan di usim.Namun,siapalah ana utk membuat keputusan tnp petunjuk Allah,hanya Dia yg tahu apa yg terbaik untuk ana dan tak semua yg diimpi akn dimiliki.Dugaan yg berlaku bagai memberi jawapan kpd kekeliruan itu.Sedih memang sedih..apatah lg mesir menjadi tmpat yg diidamkan sejak bertahun yg lalu shgga sekarang ditambah dgn course yg diminati(medic)...Mungkin rezki ana belum tiba.Hanya itu yg mampu diungkapkn saat diterjah dgn persoalan dr teman2...Ana redha dgn ketetapan Dia..Namun,ana akan terus berharap dan berdoa,moga2 kaki ini berjaya menjejaki bumi anbiya' itu....
"Ya Allah. Aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu, dengan kemaafanMu daripada siksaanMu, dan aku berlindung denganMu daripada tidak mampu memujiMu seperti Engkau memuji diriMu sendiri.", Ya Allah, Ya Tuhanku, perbaikilah untukku akan agamaku yang menjadi pegangan segala urusanku. Perbaikilah duniaku yang padanya tempat penghidupanku. Perbaikilah akhiratku sebagai tempat terakhir untukku. Jadikanlah hidup ini sebagai bekalan untukku pada semua kebajikan. Jadikanlah mati bagiku yang sejahtera dari segala kejahatan." Amiin Ya Rabbal 'Alamin.....

Jika tidakku perhatikan hikmahnya dengan mata hati,
Jika tidakku zuhud dalam pencarian cintaku,
Jika tidakku teguh mengukir senyum buat pengubat kerunsingan,
Jika tidakku seikhlas jiwa semurni sanubari memohon keampunan-Nya,
Jika tidakku titiskan air mata keinsafan,
Jika tidakku renung dan resapkan keyakinanku pada-Nya,
Jika tidakku pasrah dengan ketentuan-Nya,
Mana mungkin ku dambakan kasih-Nya dalam iman?
Bagaimana pula bolehku harap redha dari-Nya?
Seandainya diri ini
Mampu meraih cinta dan keredhaan-Mu
Seandainya akulah insan yang terpilih
Pimpini hidupku....

Friday, August 8, 2008

WALIMATUL URUS


Akhirnya " MAWAR BERDURI " mengikat "TAUTAN HATI " dengan " SYABAB " yang direstui.. Moga2 ikatan Baitul Muslim ini mampu memberikan impak kepada perjuangan Islam..

Alhamdulillah,penulis faveretku akhirnya bertemu rijalnya...


Monday, August 4, 2008

.....HiDupKu Kini,,,,,,,




Seronok lihat buku2 di library PALACE OF JUSTICE..Sudut yg ana cari tentunya islamic law.
Wah!ta'jub dgn buku2 begini..Seandainya saja ana boleh baca kesemuanya...hehe pandai2 je....
Inilah realitinya hidup ana kini,harus mengadap buku2 law walakin ana bahagia begini!
Tak percaya rasanya,dulu ana berharap menjadi seorang doktor sakit puan.Harapan
mak ana juga.Tiba2,ana membuat keputusan mengambil jurusan syariah dan undang2.Berjaya mengejutkan keluarga dan teman2.Benarlah,Kita hanya merancang,tp Allah penentu segala.....Apapun,alhamdulillah....Ana bersyukur Allah memilih ana sbg student law n syariah...
Ya Allah..gembirakanlah aku dengan ketentuan-Mu....
Doakanlah ilmu2 yang ana peroleh berguna untuk dunia dan akhirat.....

Lepaskanlah...kalau itu memang cinta...






Kisah insan yang marak dengan kasih dan sayang,
namun berpisah atas dasar cinta,
apabila masing-masing mengerti,
cinta mereka mengundang penderitaan lebih parah,
serta hati masing-masing,
diikat cinta dan janji oleh yang maha esa.

Walaupun berat hati melepaskan,
walau terpaksa menangis saban malam,
tetapi demi Allah yang menguasai segala batasan,
dikuatkan dan dimuktamadkan perpisahan,
menjunjung tinggi fiqh aulawiyat.

Jika benar mengasihi seseorang,
tak semestinya perlu dipegang,
tetapi kadang-kadang perlu dilepaskan...

Friday, August 1, 2008

.......MoNoLoG SriKanDi.......



ASSALAMUALAIKUM.....

Hendak kuluah,takut dibenci...Hendak kukongsi,takut ditOlak...Lumrah hidup
sang pejuang..kerna aku ingin menjadi srikandi yg tetap tegar dlm derapan langkahnya.
Terus mantap membawa panji wasilah islam.Menghayunkan langkah mara ke hadapan.Menepis segala ranjau yg bersimpang siur....Duhai teman..dengarlah rasa hatiku....

BAHAGIA,SYUKUR...Alhamdulillah..kerana ana dpt ke ISK.Syukran jazilan kasiran ntuk akhawat yg sudi berkongsi ilmu utk sama2 bermujahadah.Ana jd makin kagum dgn sirah2 Rasulullah sejak kelahiran Baginda seterusnya islam diteruskan oleh para sahabat yg sanggup membawa islam kerana keimanan dan ketaqwaan.Belajar sirah juga menjadi asbab hati tertaut dgn kekuatan dan kecekalan para mujahid.Graf sejarah menunjukkan permulaan dakwah Rasulullah saw di Mekah,Madinah seterusnya disambung khulafa' arrasyidin,zmn umaiyah,Abasiyah1 dan 2 akhirnya zmn turki Uthmaniyah..lalu islam terus jatuh.Persoalannya di mana kita sekarang???Tepuk dada tanya iman.Melihat kesungguhan Rasulullah menyebarkan dakwah,mengambil hati umat manusia bertahun2 lamanya,sabar dan terus bersabar membawa satu pertanyaan kpd diri ana sendiri.Kenapa baru ditolak sikit,dh tak tahan,tak boleh nak sabar,cepat putus asa?MasyaAllah..khilafnya diri ini...

Kata2 org barat "Islam tak boleh dijatuhkan dgn material tp jatuhkan islam dgn pisahkan mrk dgn islam,"Waakhiran,inilah realiti umat islam masa kini.Semakin hanyut dibuai arus duniawi,menentang satu sama lain...Nauzubillahimin zalik...Jadi sama2 kita fikir tntg mslh umat yg kian banyak melanda,semakin lama semakin berat seterusnya cara penyelesaiannya.Tak perlulah memikirkan hal2 yg menyebabkan kita jauh dr Allah..Fikir2kanlah natijahnya teman2..Teringat kata2 al-ukh MPP usim sewaktu kuliah di surau."Kita ni agen2 yg akan menyumbang utk islam.Fikir keadaan umat islam,mampukah untk kita sediakan umat islam yg cemerlang pd masa depan?Adakah p'kara yg kita lakukan sekarang boleh menyumbang utk islam?Apa yg kita nak di universiti?Adkh kejayaan cemerlang dlm akademik semata-mata?"

Hidup ni untuk 2 matlamat seperti yg termaktub dlm Al-Quran.sbg "KHALIFAH" dan "BERIBADAH KPD ALLAH" sekaligus kita mencari keredhaan Allah,juga kasih sayang dan cinta-Nya...Persis Rabiatul Adawiyah-Ana kagum dgn srikandi ini!!Kisahnya menakjubkan-study antr alat untk capai matlamat ini.

Izinkan ana berkongsi hasil pembacaan ana bertajuk "RONA BOSPHORUS" karya Zaid Akhtar-penulis faveret-mumkin antum dh baca.(silakan berkongsi di ruangan komen)Novel berlatarkan Turki ini menceritakan Isu hijab yg diharamkan di Turki serta Bahasa Arab.Mahasiswa Turki tdk dibenarkan bertudung ke pejabat.Malah lebih dahsyat org awam yg mahu berurusan di kaunter2 awam dan premis2 kerajaan untk membayar bil dan sebagainya turut dilarang memakai hijab.Satu reformasi bahasa pula diadakan di Turki demi mengikis pengaruh islam drpd drpd kehidupan rakyat Turki.Segala istilah Arab yg menjiwai bhs Turki Uthmaniyah tlh dilenyapkn penggunaannya.Alasannya?Mentamadunkan bahasa Turki agar setanding dgn bahasa2 Eropah.Lantas tulisan2 rumi tlh diwajibkan dan huruf2 Al-Quran diharamkan.Untuk itu,kita umat islam perlu bersyukur keadaan ini td berlaku di sini.Di negara kita.Utk antum yg belum beli buku ini,ana yakin tdk rugi...

Ana rasa telah jatuh cinta.Ya,kepada Sultan Muhammad Al-Fateh.Pemimpin muda kerajaan Turki Uthmaniyah yg memimpin tentera islam untk menawan Kota Konstantinopel yang akhirnya menjadi Istanbul.Sgt ta'jub tntg perjlnn hidup pemimpin ini.Kpd sesiapa yg tahu cerita selanjutnya tntg pemimpin ini..Ayuh berkongsi!!!!

Maaf tak terkira ana pohon atas kesalahan2 ana.Seharusnya ana menulis lebih banyak.Semoga antum dpt ambil iktibar...

DIMANAKAH UMAR AL-KHATTAB MASA KINI?
SIAPAKAH PEWARIS SALAHUDDIN AL-AYUBI?
MASIH ADAKAH PERSIS SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH?
ADAKAH KITA HANYA INGIN MELIHAT APA YG BERLAKU PD UMAT ISLAM DAN MENUTUP MATA?

Thursday, July 17, 2008

Ijazah vs Risalah

“Ana ada satu soalan untuk antum semua,” Akh Safwan menghentikan sekejap ayatnya dan kemudian menyambung kembali, “Kalau antum berada dalam keadaan untuk memilih antara dakwah dan pelajaran yang mana kedua-duanya sangat penting. Apa pilihan antum?”
Antara menyampaikan risalah dengan ijazah, yang mana menjadi pilihan? Saya tergamam seketika memikirkan jawapan. Kalau hendak diberikan jawapan skema dan menyejukkan hati memanglah terlalu mudah.
Terus sahaja kita katakan, lakukan sahaja kedua-duanya. Tetapi sekadar kata tanpa perbuatan, saya rasakan itu amat tidak patut sekali. Terlalu mudah menyebut badan jadi binasa. Terlalu cepat mengambil keputusan, segala perkara serba tidak kena.
Seorang demi seorang ahli usrah saya yang lain menjawab, dan saya masih lagi merenung memikirkan jawapan. Mendengar jawapan daripada mereka semua memang sangat sesuai dengan apa yang mereka lakukan. Dan memang dirasakan jawapan itu datang daripada hati mereka.
Saya pula masih lagi berfikir-fikir apakah jawapan yang patut diberikan.

Menyampaikan risalah

Telah menjadi tanggungjawab bagi setiap orang muslim itu untuk mengajak ke arah kebaikan dan mencegah segala perkara yang tidak baik. Tidak kira walau apa jua keadaan, belajar atau bekerja atau menganggur atau berkahwin, tanggungjawab ini tetap mesti ditunaikan.
Dakwah itu wajib, maka ia mesti dilaksanakan. Dakwah sebetulnya bukanlah aktiviti dalam jemaah sahaja. Malah kalau kita berseorangan pun, dakwah tetap mesti dijalankan. Ya, meski kita tidak masuk mana-mana jemaah sekali pun.
Tetapi bagaimana cara berdakwah yang dianjurkan? Ada orang kata, “Saya bukanlah tahu macam-macam. Apatah lagi nak kata alim.”
Kita lihat kembali kepada ayat ‘Amar Ma’ruf Nahi Mungkar’. Mengajak kepada kebaikan dan mencegah keburukan. Kita berdakwah bukan untuk menunjukkan yang diri kita tahu tentang perkara tersebut tetapi adalah untuk mengajak ke arah kebaikan.
Dan biarlah diri kita berdakwah kerana kemahuan dalam diri untuk mengajak ke arah kebaikan. Bukannya sekadar untuk memberi tahu apa yang kita tahu. Apabila kemahuan dalam diri itulah yang menyuruh kita supaya menyampaikan risalah, maka dari situlah timbulnya istiqamah atau berterusan menyampaikan risalah.
Bukannya susah untuk mengajak orang berbuat sesuatu perkara. Kalau kita sudah boleh ajak dia pergi makan, cuba kita ringankan mulut ajak solat berjemaah juga. Dan bukannya kita perlu menukar imej kita, teruskan dengan penampilan diri pun boleh juga. Dari situlah kita dapat kepuasan dalam berpesan-pesan.
Kalaupun apa yang kita ajak itu ditolak, tetapi janganlah mengalah. Bukankah kadang-kadang kalau ajak makan pun kawan kita itu menolak? Berdakwah untuk ‘memberi’ bukannya untuk ‘menerima’.
Soalnya adalah mahu atau tidak mahu.

Perlukah masuk mana-mana jemaah?

“Ada ke patut si ‘mamat’ tu kata aku tak nak menjalankan urusan agama. Kemudian dia salahkan aku belajar pula,” Saf yang baru sahaja masuk ke bilik melepaskan buku-bukunya ke atas meja dengan suara yang marah-marah.
“Eh, sebab apa dia kata macam tu?” Soal saya kehairanan.
“Sebabnya aku tak mahu masuk usrah dia. Sebab paling utama sebab aku tak nak join jemaah dia. Ada ke patut sebab aku tak nak join jemaah sahaja terus dilabel antijemaah,” jawabnya dalam nada suara yang masih marah.
“Erm. Itulah sebabnya kalau kita buat sesuatu perkara janganlah kita terlalu taksub, nanti semua perkara yang orang lain buat dan kita rasa tak kena, maka kita katakan dia salah,” Saya cuba menenangkannya.
Ini perkara biasa yang pernah juga timbul kepada saya suatu masa dahulu. Semasa saya masih lagi di sekolah menengah. Saya pernah dilabel begitu kerana saya menolak untuk masuk ke dalam satu jemaah tersebut, tidak mahu pergi tamrin dan sebagainya.
Bagi saya berdakwah bukannya dengan pergi tamrin, pakai kopiah, masuk jemaah dan sebagainya. Banyak cara untuk kita menyampaikan risalah. Kalau mahu lebih baik, apa yang kita belajar, itulah yang kita sampaikan. Tetapi kita masukkan unsur-unsur Islam.
Itu lebih baik saya rasakan.

Risalah dan Belajar

Pernah dulu seorang rakan saya yang suka menggunakan ilmu-ilmu sains yang dia belajar untuk dia jadikan satu bahan dalam tazkirahnya. Sangat seronok dan sangat menyenangkan. Kadang-kadang terasa seperti satu bentuk humor pula.
Antaranya yang masih saya ingat, “Hati kita ini seperti spring. Ada had kenyalnya. Kalau terlalu diregangkan mungkin tidak boleh kembali kepada bentuk asal. Begitulah dalam hidup kita.....”
Lebih kurang begitulah antara ayat-ayat yang digunakan dalam tazkirahnya. Sangat menarik dan sangat berkesan. Menyampaikan risalah dengan belajar boleh disatukan!
Tetapi tidak ramai rasanya yang mampu melakukan demikian. Ada yang ingin belajar sahaja. Itu tidak mengapa. Ada yang ingin berdakwah sahaja, itu pun tidak menjadi kesalahan bagi saya kalau memang itu yang dia inginkan.
Dan beginilah jawapan saya kepada naqib saya, “Kita lihat apa keadaannya pada waktu itu. Lain keadaan maka lainlah jawapannya. Mungkin saya akan pilih 'ijazah' atau mungkin saya akan pilih ''risalah. Dan mungkin juga saya akan pilih kedua-duanya. Saya perlu lihat di mana kemampuan saya pada masa itu. Dan yang mana lebih utama."

Apa pula pilihan anda?

Tuesday, July 15, 2008

......~suara HAWA~.....

Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam...
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu.
Namun... terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu. Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini. Aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam...
Mengapa kau biarkan aku begini. Aku jadi ibu. Aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama. Aku ke muka menguruskan hal negara. Aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam...
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam...
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam....pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu.

bantulah aku menuju ke landasan yang benar, ADAM RENUNGKAN......

Thursday, April 10, 2008

.............akU sAYaNg ALLAH..........


~~~~KiSaH CiNtAkU~~~

Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang melihat mentari terbit. Aaah.. kecantikan alam ciptaan Allah memang tiada tolok bandingnya. Sedang aku memerhati, aku puji Tuhan atas segala keindahan yang telah Ia sajikan .aku duduk dan terasa kehadiranNya di sisiku. Dia bertanya kepadaku, “Adakah kamu mencintai Aku?” Aku menjawab, “Sudah tentu! Engkaulah Penciptaku, masakan aku tidak mencintaiMu.” Kemudian Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan cacat anggota, adakah kamu akan mencitaiKu?” Aku tergamam seketika. Aku lihat tangan,kaki dan seluruh anggotaku; aku teringat pelbagai kerja yang mustahil aku lakukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak kusedari kepentingannya.Kemudian aku jawab, “Tentunya ia amat sukar bagiku, tetapi aku akan tetap mencintaiMu.” Kemudian Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan menyayangi segala ciptaanKu?” Bagaimana mungkin bagiku untuk mencintai sesuatu yang di dunia ini yang tak mampu aku lihat? Kemudian aku berfikir...ramai orang yang ditakdirkan buta di dunia ini, dan mereka masih mencintai Allah dan segala ciptaanNya. Lantas aku menjawab, “Amat sukar bagiku membayangkan keadaanku yang sedemikina rupa, namun begitu aku akan tetap menyintaimu Ya Allah.” Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar kepada kata-kataKu?” Bagaimana mungkin bagiku mendengar jika aku pekak? Kemudian akutersedar bahawa mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga; tetapimenggunakan hati. Aku jawab, “Walaupun takdir itu amat berat bagiku, namun aku akan tetap menyintaiMu.”

Dia menyambung lagi persoalanNya, “Jika kamu ditakdirkan bisu adakah kamu akan terus memujiKu?” Aku tertanya lagi, bagaimana aku boleh memuji tanpa suara? Aku terfikir kemudian yang Allah mahu kitame mujiNya dari dalam hati dan jiwa kita; tidak penting bagaimanakah bunyinya. Kemudian aku menjawab, “Sungguhpun aku tidak mampu untuk mambunyikan pujian bagiMu, aku akan tetap memujiMu.” Dan... Dia terus betanya lagi, “Adakah kamu benar-benar menyintaiKu?” dengan nada yang tegas dan penuh keberanian. Aku jawab dengan yakin, “Ya, benar Tuhanku, aku menyintaimu kerana Engkaulah satu-satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar!” Aku fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk menjawab soalanNya tadi, tetapi Dia terus bertanyakan lagi, “Kalau begitu kenapa kamu masih melakukan dosa?” Aku jawab, “Kerana aku cuma manusia bisa yang selalu lalai; aku tidak sempurna...aku bukan maksum.” “Kalau begitu, kenapa ketika kamu senang dan gembira...kamu lupakanKu; kamu lari jauh daripadaKu? Dan kenapa ketika kamu susah dan mahukan bantuan...kamu terus ingat kepada Aku; kamu datang dekat dan merayu kepada Aku?” Aku tidak mampu berkata-kata. Yang kusedari...titisan panas turun membasahi pipiku. Dia sambung lagi, “Mengapa kamu buat begini...kadang-kadang sujud menyembahKu, dan kemudian membelakangiKu; tidak pedulikanKu? Mengapa kamu hanya datang mencariKu hanya ketika kamu nengingatiKu? Mengapa kamu meminta kepadaKu sedang kamu tidak setia kepadaKu?” Kurasakan titisan panas mengalir deras membasahi pipiku tanpa henti. “Mengapa kamu malu kepadaKu? Mengapa kamu tidak mahu menyebarkan suruhanKu? Mengapa ketika kamu dizalimi kamu adukan kepada yang lain sedang Aku sedia mendengar segala rintihanmu? Mengapa kamu sering membuat alasan ketika Aku memberimu peluang untuk berkhidmat di jalanKu?”
Mengapa kamu sering membuat alasan ketika Aku memberimu peluang untuk berkhidmat di jalanKu?
Ku gagahi bibirku untuk mengucapkan patah-patah perkataan bagi menjawab segala soalan yang bertubi-tubi diajukan kepadaku. Tetapi aku tidak punyai jawapan bagi persoalan-persoalan tadi. Lidahku yang selama ini lancar berkata-kata, kini kelu. Otakku ligat mencari jawapan... atau alasan... namun tiada apa yang kutemui sebagai jawapan. Dia berkata-kata lagi... “Kamu diberikan sebuah kehidupan. Aku jadikan dalam dirimu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu berjuang di jalanKu, tetapi kamu tetap berpaling dari jalanKu. Aku tunjukkan kepadamu kata-kataKu sebagai panduan kamu dalam hidup ini, tetapi kamu tidak mahu mempelajari atau menghayatinya. Acap kali Aku berkata-kata kepadamu, tetapi kamu berpaling daripada melihatnya. Aku turunkan kepada kamu pesuruhKu, tetapi kamu tidak ambil peduli ketika sunnahnya ditinggalkan. Aku dengar segala permintaan dan rayuanmu kepadaKu... dan semuanya telah Aku perkenankan dengan pelbagai cara.”

SambungNya lagi, “Kini... adakah kamu menyintaiKu?” Aku tidak mampu menjawabnya lagi. Bagaimana harus aku jawab persoalan ini.. Dalam tak sedar, aku malu dengan segala apa yang telah aku lakukan selama ini. Aku tidak lagi punya alasan bagi menyelamatkan diriku. Apa yang boleh aku jawab bagi persoalan itu? Ketika hatiku berteriak menangis, dan bercucuran airmata mengalir turun di kedua-dua belah pipiku, aku merintih, “Oh Tuhanku... ampunkanlah segala dosaku. Aku tidak layak menjadi hambaMu Ya Allah...” ..Kemudian Dia menjawab, “Sifatku pengampun...barangsiapa yang memohon keampunan dariKu, nescaya Aku ampunkannya. Dan Aku ampunkan kamu wahai hambaKu.” Aku bertanya kepadaNya, “Mengapa Engkau tetap mengampunkanku sungguhpun aku melakukan kesalahan berulangkali dan memohon ampun berulangkali? Sampai begitu sekalikah cintaMu terhadapku?” Dia menjawab “Kerana kamu adalah ciptaanKu. Aku sekali-kali tidak akan mengabaikanmu. Apabila kamu menangis aku akan bersimpati kepadamu dan mendengar segala rintihanmu. Apabila kamu melonjak kegirangan Aku akan turut gembira dengan kegembiraanmu. Apabila kamu berasa gundah dan kesepian, Aku akan memberikanmu semangat. Apabila kamu jatuh Aku akan membangkitkanmu. Apabila kamu keletihan Aku akan membantumu. Aku akan tetap bersama-samamu hinggalah ke hari yang akhir dan Aku akan menyayangimu selama-lamanya.”Seingat aku... aku tidak pernah menangis sebegini. Aku sendiri tidak mengerti kenapa hatiku ini begitu keras; tidak mampu menangis menyesali segala dosaku selama ini. Dan..buat kali pertamanya dalam hidupku ini... aku benar-benar solat dalam ertikata yang sebenar. Ya Allah..betapa indahnya dapat merasakan kehadiran-Mu di setiap waktu..

....LELAKI IDAMAN MUSLIMAH......


Biarlah dia seorang yang buta

Kerana matanya sunyi dari melihat perkara-perkara maksiat dan laghah

Kerana kedua matanya terpelihara dari memandang aurat wanita ajnabi

Asalkan kedua matanya terang dalam memerhati keagungan ciptaan Allah

Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin,

Bosnia, Ambon dan seumpamanya


Biarlah dia seorang yang bisu

Bisu dari pujuk rayu yang bisa mengoncang keimanan

Bisu dari mengungkapkan ungkapan yang bisa meracun fikiran

Bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran

Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan

Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran

Asalkan dia petah membangkang kemungkaran dan dia lantang

menyuarakan kebenaran


Biarlah dia seorang yang bakhil

Bakhil dalam memberi senyuman pada wanita yang bukan mahramnya

Bakhil dalam meluangkan masa untuk membuat temujanji dengan wanita

ajnabi yang boleh dinikahinya

Bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya kerana seorang wanita yang

tidak sepatutnya

Tetapi dia begitu pemurah meluangkan masanya untuk beribadah dengan

Khaliqnya

Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya

Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran

Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya bahkan nyawanya demi

melihat kalimah syahadah

Kembali megah di muka dunia


Biarlah dia seorang yang papa

Papa dalam melakukan perkara maksiat

Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedah dan tidak bermanfaat

Papa memiliki akhlaq mazmumah

Tetapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan

Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlaq dan budi pekerti yang mulia

Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya

Dan dia seorang yang kaya dalam menanam impian untuk menjadi seorang

syuhada yang syahid di jalan Allah

Saturday, February 9, 2008

BAB 20

MONOLOG HATI…WARDATUL SYAUQAH BINTI KHAIRUDDIN

Akhirnya aku kembali lagi ke dunia ini, dunia yang telah lama aku tinggalkan. Aku tahu banyak jiwa yang terseksa sepanjang pemergianku namun aku rasakan, hanya itu jalan yang terbaik untuk melepaskan diriku dari asakan keadaan ketika itu. Aku yakin Aidil Azhiim mampu mengemudi bahtera yang aku tinggalkan seketika. Buktinya, dia memang mampu. Anis Maisarah, puteri yang amat aku rindui selamat di sisinya. Permaisuri hatiku jua begitu. Ummi tampak tenang di sampingnya. Abi, Baba, Mak cik Alia, Habsyah…dan anaknya, jua anakku…A’bid Shuhaimi…semuanya selamat di sisi seorang Aidil Azhiim…aku tahu keputusanku tidak salah…Khairunisa’ Nadia yang meyakinkan aku tentang lelaki ini. Usahanya menghubungiku sewaktu Aidil Azhiim masih di Jordan tidak sia-sia. Akhirnya, aku ke Jordan untuk menetap bersamanya dalam mencari ketenangan. Aku tahu segalanya yang berlaku di bumi ini, melalui Khairunisa’. Dia telah terlalu banyak membantu aku, dan berkorban untuk aku. Aku tahu perasaannya pada Aidil Azhiim, yang dia korbankan kerana Anis Maisarah. Aku juga tahu akan kesanggupannya untuk mengundur diri demi kebahagiaan aku dan Aidil Azhiim. Dan yang paling penting, kesanggupannya untuk membenarkan aku makan pakai di rumahnya selama tempoh aku mencari ketenangan ini. Aku juga tahu nasib yang menimpa Fairuz. Biarlah…aku kira hanya itu yang mampu menginsafkannya. Abang, maafkan Wardah. Wardah bukan sengaja memungkiri janji Wardah tapi Wardah sudah tidak sanggup menjadi permainan nafsu yang cuba abang mainkan. Wardah dah penat melawan takdir sendiri. Wardah perlukan rehat, rehat yang lama dari segala apa yang terjadi. Kerana itu Wardah serahkan Anis Maisarah pada Aidil Azhiim, kerana Wardah tahu dia mampu membentuk anak kecil itu menjadi Anis Maisarah yang sekarang. Maafkan Wardah, abang…Ummi, anakmu kembali lagi. Maafkan Wardah atas segala kesilapan Wardah. Ampunkan Wardah, ummi…Wardah yakin ummi memahami apa yang Wardah lakukan. Bukan Wardah tak rindu, bukan Wardah tak kasihkan ummi. Kerana terlalu kasih, Wardah terpaksa mengambil keputusan begini. Wardah tak sanggup melihat wajah tua ummi meratapi nasib Wardah. Ummi sepatutnya bahagia pada usia begini, bukan turut sama menderita kerana Wardah…ummi, Wardah sayang ummi…Baba, Wardah mohon ampun. Terima kasih atas nasihat Baba seketika dulu. Kata-kata Baba benar-benar memberi kesan pada Wardah, bahawa Wardah berhak mengejar kebahagiaan sendiri…Wardah doakan kebahagiaan Baba bersama Mak Cik Alia…biarpun Baba katakan yang Baba menyintai Mak Cik Alia, Wardah tahu cinta Baba pada ummi…Baba jangan bimbang, Wardah akan jaga Ummi bagi pihak Baba…Habsyah, akak kembali…tapi akak kembali bukan untuk merampas Fairuz, tetapi menyerahkan kebahagiaan itu kepada kamu. Akak harap Habsyah akan terus bahagia menjadi sebahagian dari keluarga kami. Pada akak, apa yang telah terjadi biarkan terjadi. Kini, Habsyah adalah anak angkat ummi, sekaligus adik akak, biarpun hakikatnya tali yang mengikat kita adalah ‘madu’. Akak redha dengan apa yang telah terjadi…semoga Habsyah akan terus kuat untuk menjadi seorang ibu pada seorang Abdullah…A’bid Shuhaimi…Khairunisa’ Nadia, syukran…itu sahaja yang mampu ana katakan pada anti. Telah terlalu banyak yang anti korbankan pada ana selama setahun lebih ini. Bukan setakat makan pakai, perasaan anti juga anti korbankan pada ana. Syukran jazilan…semoga Allah membalas segala pengorbanan anti, insyaAllah…terima kasih kerana sudi mengundang ana untuk mencari ketenangan di bumi Jordan, dan membawa ana mengenal apa itu erti persahabatan yang telah lama ana tinggalkan. InsyaAllah, amanah anti pada ana untuk menjaga ‘hati’ anti akan ana tunaikan. Ukhti, syukran…jazakillahu khairan kathira…Anis Maisarah, puteri hati umi…maafkan umi meninggalkan Sarah terlalu lama. Bukan umi tak rindu, sayang…tapi umi perlu lakukan semua ini agar segalanya tenang seperti sekarang. Satu hari nanti Sarah akan mengerti mengapa umi terlalu lama meninggalkan Sarah bersama abi…Abang, Aidil Azhiim bin Saifullah…Kasih ini amanah kita. Kasih ini adalah erti cinta yang kita cari selama ini. Semoga kita akan terus kuat untuk menentang badai kehidupan yang seringkali mengganas melambung ombak dalam lautan yang bahteranya terlalu lemah! _Wardatulsyauqah_
………………………………………………………………………………………………………………

“Abang…”

“Hmm…?”

“Cinta itu apa?”

“Cinta itu Wardatul Syauqah binti Khairuddin
BAB 19

Lama benar pemergian Wardatul Syauqah aku rasakan. Habsyah telahpun selamat melahirkan anak sulungnya, walaupun tanpa Fairuz di sisi. Lelaki itu akhirnya telah ditahan polis, lantaran tindak ganasnya pada Habsyah, dan aku sendiri. Abi memaksaku membuat laporan setelah aku cedera dibelasah teruk olehnya dan aku hanya menurut. Sudahnya, dia berada di bawah pengawasan pihak polis, sehinggalah dia memukul Habsyah sekali lagi kerana menurut amarahnya. Kini, dia disumbat ke penjara, kerana Habsyah turut akur dengan pujukan Abi untuk membuat laporan dan mendedahkan apa yang Fairuz lakukan selama ini kepadanya. Tambahan, Fairuz pernah mengugut untuk terus membunuh anaknya sebaik sahaja dia dilahirkan. Kudrat Allah tiada siapa yang tahu. Habsyah selamat melahirkan A’bid Shuhaimi, walaupun dia sedang keseorangan di rumahnya. Saat ini, aku rasakan betapa kerdilnya aku di mata Yang Esa. Anis Maisarah yang semakin menginjak usia, kian mengerti yang umi nya menghilangkan diri. Aku semakin bahagia dengan hidupku, biarpun masih diganggu cinta semalam Khairunisa’ Nadia. Pada Borhan, aku telah berjanji untuk mengembalikan Khairunisa’ kepadanya walaupun dia menolak. Pada Borhan, dia tidak layak untuk memiliki cinta Khairunisa’ namun aku yang beriya memujuknya. “Assalamualaikum Aidil.” Salam itu mengejutkan aku. Aku berpaling, seraya melihat ummi menghampiriku. Dia tersenyum.“Alaikumussalam, ummi. Bila ummi sampai?” “Tadi. Saja teringatkan Anis Maisarah. Ummi sampai je, Bibik cakap dia baru je tidur. Aidil sihat?” aku tersenyum lagi. Sudah lama Ummi membiarkan Anis Maisarah tinggal bersamaku. Mujur ada Bibik yang membantuku untuk mengasuhnya ketika pemergianku ke tempat kerja. Wardatul Syauqah sehingga kini belum ada khabar. Aku pula sudah semakin berputus asa untuk mencarinya. Semakin dekat aku rasakan, semakin jauh dia lari. Pernah suatu ketika dia menghubungi ummi namun apabila mendengarkan suaraku, dia memutuskan panggilannya. Aku tak tahu di mana dia sekarang. Aku sendiri bingung, atas alasan apakan Wardah melarikan diri…“Aidil…” ummi mengembalikan aku pada realiti. Aku tersenyum lesu.“Ummi tahu Aidil fikirkan Wardah. Jangan risau, Aidil. Ummi yakin, Wardah dah semakin hampir pulang. Lagipun ummi tahu Wardah dah maklum tentang penangkapan Fairuz. Wardah hanya takutkan Fairuz, sebab tu dia larikan diri. Percayalah, Aidil.” Ummi menenangkan aku.“Aidil tahu, ummi. Tapi salah Aidil juga, dah dua kali Wardah jadi macam ni. Dulu kerana Aidil tak jaga dia dengan elok, dia jadi mangsa Fairuz. Sekarang, sebab Aidil tak ada waktu dia memerlukan, dia larikan diri. Aidil rasa bersalah pada ummi, pada Anis Maisarah…”“Bukan salah Aidil pun…ummi tak pernah salahkan Aidil. Ummi tahu Aidil dah sedaya upaya cuba jaga Wardah. Anak ummi tu je yang degil. Biarlah dia berfikir, Aidil. Biar dia ambil masa selama mana yang dia nak untuk timbangkan mana yang baik dan mana yang buruk. Ummi yakin dia akan kembali nanti.”“Ummi tahu Wardah di mana?”“Ummi tak pernah tahu, Aidil. Tapi dua minggu lepas, dia ada telefon ummi. Bila ummi tanya dia di mana, dia tak jawab pun. Dia banyak tanyakan Anis Maisarah. Dia tahu Fairuz dah kena tangkap. Dia pun tahu Anis Maisarah bersama kamu sekarang.”“Dia ada cakap bila dia nak balik, ummi?” “Tak, Aidil. Ummi pun dah malas nak tanya. Biarlah bila pun dia nak balik, Aidil. Kamu tu, dah selesai masalah dengan Nisa’?” ya Allah, hampir saja aku terlupa akan wanita itu…yang masih mengharapkan aku…“Dia ada hantar emel 3 hari yang lepas. Katanya dia masih menunggu saya. Entahlah, ummi…tak pernah terbuka hati saya untuk dia…”“Kamu dah buat istikharah, Aidil?”“Alhamdulillah, dah ummi…bayangan Nisa’ langsung saya tak nampak. Saya hanya nampak Anis Maisarah.” Aku memandang ummi, melihat wajah tua yang masih lagi kuat mengharungi ujian dan dugaan. “Baba ada hubungi kamu?”“Ada…Baba tanyakan Anis Maisarah.”“Sarah je?” ummi tersenyum penuh makna.“Baba tanyakan ummi, dan Baba tanyakan Wardah. Apa lagi yang perlu saya jawab tentang Wardah, ummi?”“Sabarlah, Aidil. Kalau Wardah tu betul-betul jodoh kamu, insyaAllah tak akan ke mana.”“Abi…” panggilan itu membuatkan aku berpaling. Anis Maisarah yang masih merah matanya kerana menangis terus aku dapatkan.“Kenapa anak abi, ni?” dia merangkul leherku, dan meletakkan kepalanya di bahuku.“Sarah rindu umi…” ya Allah, sabarlah sayang…umi akan pulang nanti, percayalah…abi janji…sabar,
sayang
…………………………………………………………………………………………………

SETAHUN BERLALU…

Tawa Abi dan Ummi jelas di pendengaranku. Aku ke luar halaman untuk menyertai mereka. Lagak Anis Maisarah yang sedang mengusik A’bid Shuhaimi menggelikan hati kami semua. Alhamdulillah, segalanya sudah beransur pulih. Trauma yang Habsyah alami sudah hilang kini. Dia bahagia dengan kehidupan barunya. Ummi yang mengambil Habsyah sebagai anak angkat turut merasakan tempias kebahagiaannya. Fairuz masih meringkuk di penjara. Biarlah, biar dia rasakan padannya balasan itu dengan tindakannya selama ini. Baba dan Mak Cik Alia juga ralit memerhatikan Anis Maisarah. Bagi kami, dia lah satu-satunya insan yang sering mengubat kerinduan kami pada Wardatul Syauqah. Wardah…rindu ini masih ada buat anti. Bila lagi anti akan pulang dan mengubat sendiri kerinduan yang telah lama bersarang di hati kami? Anis Maisarah sudah dewasa, Wardah…dia sering menanyakan anti. Apa lagi jawapan yang harus ana berikan? Ana sudah terlalu sering menipunya, Wardah. Sehinggakan ana rasakan ana sudah tidak mampu untuk menipu Anis Maisarah lagi. Pulanglah, Wardah…pulanglah dan berilah jawapan pada penantian Anis Maisarah ini…dan berilah jawapan pada penantian ana…pulanglah… “Abi…” Anis Maisarah berlari mendapatkan ku. Aku lekas mendukungnya. Dia ketawa melihatkan A’bid yang tidak dapat mengejarnya. Ah, anak kecil ini benar-benar menghiburkan hati kami semua. Anis Maisarah lekas mengerti yang A’bid Shuhaimi adalah adiknya. Dia menerima, namun sering dia bertanya mengapa bukan umi nya yang melahirkan A’bid dan mengapa Habsyah pula yang melahirkannya. Kami sering keliru untuk menjawab soalan ini, bimbang juga Habsyah akan terasa namun bila Habsyah sendiri yang menjelaskannya pada Anis Maisarah, kami mengerti yang Habsyah sudah mula redha dengan nasibnya. “Abi…Sarah nak umi. Kenapa Abid ada mak, tapi Sarah tak ada umi?” Tuhan, soalan itu lagi yang ditanya. Aku memandang ummi dan Baba, cuba meraih simpati agar membantuku. Baba akhirnya menghampiri kami dan mengambil Anis Maisarah dari tanganku.“Cucu datuk pandai, kan?” Baba mengumpan Anis Maisarah. Dia mengangguk perlahan.“Kalau cucu datuk ni pandai, tunggu umi balik, ya? Umi gi kerja…nanti umi balik…”“Datuk tipu! Abi pun tipu! Nenek, Atuk Abi pun tipu! Mak Habsyah tipu! Nenek Alia pun tipu! Bibik tipu! Adik pun tipu! Semua tipu Sarah! Umi tak kerja! Umi lari dari rumah! Semua tipu Sarah! Semua jahat!” Sarah terus melarikan diri dari kami semua selepas menjerit begitu. Aku panik, tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Anis Maisarah terus berlari memasuki rumah sambil menangis. Aku memandang wajah ummi, wajah abi, wajah Baba, wajah Habsyah…semuanya kelu dan bisu. Mereka juga terkejut seperti aku. Dari mana Anis Maisarah punya kekuatan untuk berkata begitu? Ya Allah…Kau bantulah hambaMu ini…serentak itu, sebuah kereta memasuki perkarangan rumah kami…“Abi…umi…” suara itu membuatkan aku mengangkat wajahku memandangnya. Ya Allah, benarkah aku tidak bermimpi? Betulkah aku di alam realiti?
BAB 18

Pedih yang ku rasa menusuk hingga ke hati. Ya Allah, sabarkan hambaMu ini. Tumbukan Fairuz yang singgah di pipi sebentar tadi benar-benar menguji sabarku. Lelaki ini sememangnya tidak layak untuk bersama Wardah! “Hei binatang, mana kau sembunyikan Wardah, hah?” Astaghfirullahal a’zim…sabarkan aku, Ya Tuhan…padamkan api neraka di hatiku ini…“Ya Allah, Fairuz. Ana dah cakap ana tak tahu ke mana dia pergi.” Aku cuba berlembut dengan lelaki ini.“Tak payah cakap macam tu depan aku. Aku kenal kau siapa. Depan Wardah kau boleh tunjuk alim tapi bukan di depan aku. Mana kau sembunyikan Wardah?!” ya Allah, Kau berilah petunjuk pada hambaMu ini…“Astaghfirullahal a’zim…cuba kau beritahu aku apa yang aku dapat kalau aku sembunyikan Wardah?” akhirnya aku mengikut rentaknya, aku ralat dalam keadaan begini.“Aku tahu kau memang sukakan bini aku tu. Dahlah kau rampas dia dari aku, sekarang kau sembunyikan dia pula. Kau fikir siapa kau?”“Ya Allah, siapa yang rampas Wardah? Dia tak pernah beritahu dia milik kau waktu aku meminang dia dulu. Dan dia bukan isteri kau lagi, Fairuz. Dia bekas isteri kau!”“Ah! Dia isteri aku. Dia dah janji nak kembali pada aku. Kau tengoklah nanti, kalau kau berdegil nak sembunyikan dia lagi, kau jangan menyesal tengok mayat Habsyah dan budak sial tu depan rumah kau!”“Fairuz, kau jangan gila untuk mengorbankan nyawa orang lain demi nafsu kau!” dan dengan kata-kata itu, sekali lagi pipi ku menjadi mangsa tangannya yang telah lama digenggam. Aku terjatuh kerana pukulannya yang kuat itu. Bukan aku tak mahu membalas serangannya tapi memikirkan untuk apa, aku biarkan saja Fairuz melayani api kemarahannya itu. Baru saja aku cuba untuk bangun, sekali lagi dia menendang tubuhku. Aku semakin lemah dek pukulannya itu. Ya Allah, Kau kuatkanlah benteng sabarku ini… Aku cuba untuk bangun lagi, dan kali ini, perutku pula menjadi destinasi seterusnya untuk kakinya singgah. Aku terperosok jauh ke belakang. Ya Allah, sakitnya…Fairuz menghampiriku, aku hanya diam memandangnya dan menanti tindakan seterusnya. Dia mengangkat wajahku menghadapnya,“Ini baru sedikit yang kau dapat. Kau tunggulah nanti. Selagi Wardah tak kembali pada aku, kau akan tahu apa yang aku akan buat nanti. Kau tunggu, Aidil Azhiim!” dia terus berlalu meninggalkan aku selepas kata-kata itu. Aku hanya duduk, menahan rasa sakit yang amat. Perutku yang senak ditendang aku pegang. Ya Allah, Kau selamatkanlah hamba-hambaMu dari menjadi mangsa pada nafsu Fairuz yang menggila itu

………………………………………………………………………………………………………

“Abi…cakit tak?” suara Anis Maisarah sayup kedengaran di telingaku. Aku membuka mata, dia hanya tersenyum di sisiku.“Aidil…ok tak?” abi pula yang bertanya. Aku hanya mengangguk lemah. Kerana terlalu lemah untuk bergerak, aku menghubungi abi melalui telefon bimbit yang kebetulan berada di dalam poket seluarku untuk mengambilku tadi. Sudahnya, Abi terus membawaku ke hospital dan menelefon ummi dan Anis Maisarah. “Ummi…” aku bersuara, agak lemah suara ku aku kira ketika itu. Ummi merapatiku dan Anis Maisarah.“Ya, Aidil. Ada apa?” ummi yang umpama ibu kandungku sendiri itu aku tatap penuh harapan. Mata kami berbicara seketika. Ummi hanya menggeleng. Aku kira ummi faham apa yang ingin aku tanyakan.“Belum lagi, Aidil. Semalam ummi ada cuba telefon kawan dia, diorang pun tak tahu ke mana dia pergi. Ummi hampir putus asa, ummi fikir nak buat laporan polis je tapi Baba tak izinkan. Dia yakin Wardah tak apa-apa.” Mendengarkan nama itu, Anis Maisarah segera berpaling pada ummi,“Umi? Umi mana, nenek?” soalan itu lagi yang menjerat kami. Ummi hanya mengusap kepala anak kecil itu dan terus berlalu pergi. Ummi, tabahkan hatimu…“Umi kerja, sayang…” ringkas jawapanku padanya. Anis Maisarah mengeluh kecil. Dia menyentuh tanganku, dan aku menggenggam tangan kecilnya itu. Walaupun dia masih kecil, namun mulutnya sudah cukup petah berkata-kata. Aku yakin anak kecil ini akan menjadi seorang yang amat pintar kelak.“Dulu umi kat rumah, abi gi kerja. Sekarang Abi ada kat rumah, umi pulak yang tak ada. Bila umi nak balik, abi? Sarah nak gi KLCC…” ya Allah, pintar sungguh anak kecil ini. Abi dan Ummi tersenyum memandang kami. Aku tergelak kecil namun kerana sakit yang aku rasa di bahagian perutku, aku terdiam.“Sayang, sabar ye…kita tunggu umi balik dulu baru kita gi KLCC,ya?” aku cuba memujuk Anis Maisarah yang memuncungkan bibirnya. Aku faham dia merajuk.“Sarah rindu umi.” Serentak itu, air matanya mengalir. Wardah, dengar tak apa yang Anis Maisarah katakan? Dia rindukan anti…baliklah, Wardah…“Shh…” aku memeluknya, cuba menenangkan anak kecil itu. Sakit ku tidak ku pedulikan, selagi aku mampu menenangkan Anis Maisarah…Wardah, baliklah…“Assalamualaikum.” Suara itu mengejutkan kami semua yang berada di dalam bilik itu. Aku memandang ke arah pintu yang telah dikuak ummi. Ya Allah, apa lagi yang cuba Kau duga pada hambaMu ini?Usai bersalaman dengan ummi, dia menghampiriku, seraya mengusap lembut kepala Anis Maisarah. Pada Abi, dia hanya tersenyum. Abi memandangku penuh tanda tanya. Ummi juga begitu. Anis Maisarah kian erat menggenggam tanganku. “Bila anti sampai?” akhirnya aku bersuara, memecahkan kebuntuan yang bersarang di antara kami.“Tadi. Ana bertolak pagi semalam. Sampai rumah, ibu cakap anta ada kat sini.” Ringkas jawapannya. Dia memandangku. Aku cuba memohon kepastian dari abi tentang kata-kata ibunya.“Abi yang bagitau tadi.” Abi menyokong kata-katanya tadi. Aku membalas pandangannya namun segera dia mengalihkan matanya. “Borhan tak ikut sama?” aku cuba memancing perhatiannya.“Oh ya, dia sampaikan salam pada anta dengan lafaz Assalamualaikum. Dia tak dapat ikut sama. Katanya peperiksaan final dia dah terlalu hampir.”“Anti pun ada peperiksaan juga,kan?”“Hmm…tapi ana tak tenang. Ana balik untuk bertemu ibu. Kebetulan pula ibu maklumkan anta di sini. Ana ambil peluang menjenguk anta.” Anis Maisarah masih bingung memandang aku dan dia.“Oh ya, yang anti bersalam sebentar tadi tu ummi, mak Wardah.” Dia memandang ummi dan tersenyum. Ummi juga begitu.“Ini Anis Maisarah, anak Wardah.” Anis Maisarah menghulurkan tangan kecilnya untuk menyalami dia dan dia menyambutnya.“Abi, sape ni?” anak kecil ini benar-benar menghiburkan aku. Belum sempat aku menerangkan, dia telahpun bertanya.“Ni kawan abi, Mak cik Khairunisa’. Sarah boleh panggil Mak Cik Nisa’ je.” Khairunisa’ tersenyum lagi, barangkali terkejut mendengar aku membahasakan diriku ‘abi’ pada Anis Maisarah.“Mak cik Nisa’ datang sini buat ape?” Anis Maisarah lekas benar mesra walaupun pada orang yang baru dikenalinya. Nisa’ aku lihat tersenyum memegang pipi Anis Maisarah.“Mak cik datang jenguk abi. Tak salah,kan?”“Nanti umi marah.” Ringkas ayat itu, namun cukup bermakna. Anis Maisarah menggenggam erat tanganku, seolah ingin memastikan yang aku masih ingat akan umi nya. Wardah, anti di mana…“Sayang, tak baik cakap macam tu. Salam tangan mak cik, minta maaf.” Aku cuba memujuk anak kecil itu. Anis Maisarah hanya menurut arahanku. Usai bersalaman dengan Khairunisa’, Anis Maisarah terus turun dari katilku dan mendapatkan neneknya. Ummi hanya tersenyum dan merangkul tubuh kecil Anis Maisarah. Khairunisa’ hanya memandang, bisu…“Ana rasa ana salah pilih masa untuk jenguk anta. Takpelah, take care. InsyaAllah nanti ana contact anta.” Khairunisa’ terus berlalu sesudah mengucapkan kata-kata itu dan bersalaman dengan ummi. Aku hanya diam, mengekorinya dengan ekor mataku. Nisa’, maafkan ana…hati ana tak pernah terbuka untuk orang lain melainkan Wardah…asif, ya ukhti…asif

………………………………………………………………………………………………………

To : qanaahbilqalil@yahoo.co.uk
From : srikandi_kharunisa@yahoo.com
Subject: Assalamualaikum Aidil Azhiim…

Aidil, Ana pulang ke Malaysia, tanah air yang telah lama ana tinggalkan. Ana pulang kali ini, bukan setakat kerana ana tidak tenang berada di Jordan, tapi juga kerana ana ingin bertemu anta, untuk meleraikan kekusutan di hati ana. Ana tahu ana melampau, ana korbankan hati Borhan untuk hati anta yang ana belum pasti akan jadi milik ana atau tidak. Takdir menemukan kita di hospital, kerana ibu mengkhabarkan pada ana akan keadaan anta yang dibelasah teruk oleh bekas suami Wardah. Wardah…ana pasti wanita itu terlalu istimewa untuk anta sehinggakan anta sanggup dibelasah dan menanggung kesakitan kerananya. Ana faham perasaan itu, Aidil. Kerana ana juga menyintai insan yang belum tentu menyintai ana. Tapi bila melihatkan betahnya Anis Maisarah mempertahankan umi nya di depan ana, ana mulai sedar, ana tak sepatutnya berada di tengah-tengah ‘keluarga bahagia’ ini. Tapi ana takkan berputus asa, Aidil. Ana akan terus menanti pintu hati anta terbuka untuk menerima ana. Cinta itu memang buta, Aidil. Dan cinta itu telah membuatkan ana buta dalam menilai erti pengorbanan.

Aidil Azhiim,aasif.
Khairunisa’ Nadia bt Shaharudin.
BAB 17

MONOLOG HATI…Aidil Azhiim bin Saifullah.
Hari ini aku kembali pada dunia asalku. Bumi Jordan telah seminggu aku tinggalkan. Tanpa aku sedari, rijal yang Khairunisa’ maksudkan adalah diriku sendiri. Antara aku dan Borhan, dia minta agar Borhan mengundur diri. Demi persahabatan, Borhan akur. Ya Allah, apa lagi yang mampu aku lakukan? Pada Borhan Khairunisa’ katakan dia telah lama mencintai aku. Dia menerima Borhan suatu ketika dulu pun kerana aku. Kerana aku yang berusaha untuk menyatukan mereka walhal hatinya ketika itu hanya tertulis namaku. Walaupun secara kinayahnya mereka telah pun mengikat tali pertunangan namun pada Khairunisa’, ikatan itu tidak memberi makna. Bila aku maklumkan padanya cintaku pada Wardah tidak berbalas, semakin kuat hatinya mendesak agar memutuskan hubungan bersama Borhan agar dapat bersamaku. Sayangnya hatiku hanya ada nama Wardah. Cinta yang aku landaskan semata-mata kerana Allah ini hanya pada seorang nisa’ yang bernama Wardatul Syauqah binti Khairuddin…maafkan aku, Khairunisa’… “Aidil…” suara Abi mengejutkan aku. Diari yang sering menjadi saksi isi hatiku aku letakkan di tepi. Abi mengambil tempat di sisiku. “Abi…” aku memandang wajah lelaki ini. Dia kuat…dia terlalu gagah untuk menjadi seorang abi. Setelah Ibu pergi meninggalkan kami, abi lah bapa, abi lah emak. Abi tidak pernah mengeluh dengan takdir hidupnya. Abi tidak pernah menyesali takdirnya. Abi adalah kekuatanku, sepertimana ummi adalah kekuatan Wardah. Wardah, di mana anti kini?“Ummi call abi tadi. Katanya puas dia cuba menghubungi kawan-kawan Wardah tapi tak seorang pun tahu Wardah di mana. Ummi hampir-hampir berputus asa, Aidil. Baba pun begitu. Puas dia cuba menjejak Wardah tapi gagal. Bayang Wardah pun mereka tak ketemu.” Abi mengeluh perlahan. Aku faham kekacauan yang melanda hidup Ummi dan Baba kini. Satu-satunya anak mereka, satu-satunya puteri mereka telah menghilangkan diri. Kini masuk seminggu Wardah hilang tanpa jejak. Puas kami mencarinya namun hampa. Pada Anis Maisarah dia hanya tinggalkan sepucuk surat yang menyatakan dia pergi mencari ketenangan. Tapi di mana? Wardah, di mana anti? Ana bimbang akan anti…“Aidil yang silap, Abi. Sepatutnya Aidil check emel Aidil waktu di Jordan dulu. Kalau Aidil reply emel Wardah, mesti Wardah takkan buat keputusan terburu-buru macam ni.” Aku juga mengeluh perlahan. Benar, jika aku membalas emel Wardah secepat mungkin dan merasionalkan dia, pasti dia takkan hilang begini. Aku tahu hanya aku yang sering mengawal emosinya. Aku tahu Wardah sebenarnya memerlukan aku untuk menenangkannya. Ya Allah, Kau peliharalah tiap langkah hambaMu itu. Kau lindungilah dia dari sebarang perkara musibah.“Jangan salahkan diri, Aidil. Abi tahu Wardah takkan buat benda yang akan merosakkan diri dia sendiri. Mungkin benar dia mencari ketenangan. Aidil pergilah rumah ummi, Anis Maisarah dah rindu benar nak jumpa Aidil.” Abi bingkas bangun meninggalkan aku setelah menuturkan kata-kata itu. Anis Maisarah…abi rindukan Maisarah!

……………………………………………………………………………………………………

Sampai sahaja ke rumah ummi, Anis Maisarah terus berlari mendapatkanku. Ya Allah, sudah besar puteri tunggalku ini rupanya. “Abi!!!” Anis Maisarah menjerit memanggilku. Aku hanya tersenyum, cuba menyembunyikan resah di hati. Anis Maisarah, tahukah kau akan kehilangan umi mu? “Assalamualaikum, sayang abi…” lantas aku mengucup pipi anak kecil itu penuh kasih. Ummi di belakang hanya memerhati, sejak dari dulu lagi ummi hanya menjadi pemerhati dalam hubungan kami. “Assalamualaikum, ummi…” ummi tersenyum dan menjawab salamku itu. Anis Maisarah masih erat memelukku. Barangkali rindu sungguh dia padaku sepanjang ketiadaanku. “Abi, umi mana?” Tuhan, lancar sungguh anak kecil ini menuturkan pertanyaan di mana umi nya. “Umi kerja, sayang…” aku berbohong lagi. Aku tahu, Anis Maisarah inginkan umi dan abi nya duduk bersama melayan keletahnya. Ya Allah, walau di mana pun Wardah berada, Kau peliharalah dia. Kau permudahkanlah setiap urusannya. “Ummi, Aidil minta maaf.” Ummi memandang wajahku penuh kasih. Rasa sayang seorang ibu mula menyerap di tubuhku. Bagiku, Ummi ibarat ibu yang telah lama meninggalkan aku dulu. Ya Tuhan, rindunya aku pada seraut wajah yang melahirkan aku itu… “Aidil, ummi tak salahkan Aidil. Ummi tak salahkan sesiapa pun. Ummi tahu, Wardah buat apa yang dia fikirkan betul. Ummi yakin dengan Wardah, sebab tu ummi tak buat laporan polis. Ummi yakin Wardah takkan buat benda bodoh. Dia sayangkan Anis Maisarah, Aidil…dan dia sayangkan Aidil.” Ah, kata-kata itu lagi. Aku tidak peduli siapa yang Wardah sayangi sebenarnya. Cukuplah dia selamat walau di mana pun dia berada. Aku tidak mengharapkan dia menerimaku kali ini. Cukuplah bebanan perasaan Kharunisa’ yang aku perolehi kini. Bagiku Borhan benar-benar seorang rijal yang baik. Walaupun Khairunisa’ memutuskan hubungan kerana aku, dia tidak langsung berdendam padaku malah dikhabarkan pada Khairunisa’ untuk membantunya supaya aku menerima cinta perempuan itu. Sahabat…niatmu suci benar namun sayangnya hatiku ini telah tertutup untuk nisa’ yang lain…cukuplah hanya aku menyayangi seorang Wardatul Syauqah yang masih menjadi bunga larangan di taman yang indah milik ummi ini. Pada Anis Maisarah akan ku cuba curahkan sepenuh kasih seorang bapa kepadanya. Aku tahu Anis Maisarah tidak pernah faham kedudukan aku dan Fairuz. Kami mencintai nisa’ yang sama, yang berbeda hanya Fairuz pernah menggunakan kudrat lelakinya untuk mengikat Wardah. Aku tidak sanggup merampas takhta itu. Aku tidak sanggup meragut mahkota yang Wardah khaskan pada lelaki yang bakal menjadi suaminya yang sah itu…maafkan ana, Wardah…ana gagal menjaga anti…maafkan ana…anti di mana…Hari itu aku habiskan di rumah ummi bersama-sama Anis Maisarah. Tidak jemu aku melayan dan memenuhi kehendaknya. Baru seketika tadi dia melelapkan matanya setelah penat bermain. Aku mengerti, pada siapa lagi dia ingin menumpang kasih kalau bukan padaku. Ummi aku lihat sudah cukup penat menahan perasaannya sendiri. Wajahnya yang cengkung membuatkan aku bertambah kasihan padanya. Tadi aku bawa mereka berdua bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur. Sudahnya kerana tidak tahu ke mana harus ku tuju, aku bawa saja mereka ke KLCC. Anis Maisarah suka benar dibawa ke sana. Padanya, aku berjanji untuk membawanya ke sana lagi bersama umi. Umi? Wardah…baliklah…anak kecil ini sudah terlalu merinduimu!…………………………………………………………………………………………………………
To : qanaahbilqalil@yahoo.co.uk
From : srikandi_kharunisa@yahoo.com
Subject: Assalamualaikum Aidil Azhiim…

Aidil, Ana tahu kedatangan emel ni anta tak pernah nantikan. Ana cuma nak anta tahu, walau apa pun yang anta katakan, ana takkan berhenti menyayangi anta. Ana tahu ana buta, ana tersilap menilai antara anta dan Borhan. Ketahuilah, ana menerima Borhan dulu kerana anta. Ana tak pernah cintakan dia. Kerana itu walaupun Borhan meminta agar dipercepatkan tarikh pernikahan kami, ana tak pernah bersetuju. Ana tahu, anta masih menanti seseorang. Sehinggalah Borhan memaklumkan pada ana yang wanita itu tidak pernah menerima anta, barulah ana yakin dengan keputusan ini. Ana minta diputuskan kerana ana sudah tidak sanggup membohongi perasaan ini. Ana sudah lama jatuh cinta pada anta-sejak zaman sekolah lagi. Ana pendam perasaan itu, ana simpan untuk diri ana sendiri kerana ana tidak yakin pada anta ketika itu. Bagi ana, cukuplah anta sanggup menganggap ana sebagai sahabat baik anta. Namun di hari ana ingin berlepas ke Jordan dulu, ana kecewa kerana anta mengenalkan ana pada Borhan. Ana tahu anta cuba memberikan yang terbaik pada ana tapi hati ini tak boleh dipaksa,Aidil. Ana tak minta ada perasaan ini pada anta. Ana tak minta untuk jatuh cinta pada anta. Ana sendiri tak sukakan perasaan ni. Terlalu lama ana menyimpan perasaan ni, Aidil. Maafkan ana. Pada Borhan, ana dah katakan bahawa sehinggalah anta benar-benar diijabkabulkan bersama Wardatul Syauqah atau nisa’ yang lain, barulah ana akan kembali bersamanya. Itupun jika dia sanggup menunggu ana.Aidil Azhiim,Maafkan ana. Khairunisa’ Nadia bt Shaharudin.Ya Allah, emel itu benar-benar menyentap hatiku. Sanggup Khairunisa’ berkata begitu pada Borhan. Apalah perasaan sahabatku ketika ini…rasa bersalah yang amat segera menyelubungi ku. Aku terbayangkan wajah tenang Borhan sewaktu berhadapan dengan Khairunisa’ di Jordan dulu. Walaupun Khairunisa’ mengaku yang dia menaruh perasaan terhadapku di hadapannya, dia langsung tidak marah. Malah, dia tersenyum pada perempuan itu. Tuhan, tabahnya hati seorang Borhanuddin! Aku beristighfar perlahan, tidak tahu apa lagi yang harus aku lakukan. Kenapa di saat aku mula ingin melakar bahagia bersama Wardah, Khairunisa’ pula yang hadir. Kenapa di saat aku mula ingin membina istana buat Wardah dan Anis Maisarah, Khairunisa’ mula menagih kasihku? Puas aku terangkan padanya ketika di Jordan yang aku hanya mencintai Wardah namun dia tetap berdegil. Tidak pula ku tahu dia sanggup berjanji pada Borhan untuk menunggu saat aku diijabkabul. Sanggupkah Borhan menunggunya? Sanggupkah Borhan menahan perasaannya? Sampai bila Borhan akan berdiam diri?
Ya Tuhan…berikan aku petunjukMu…barangkali inilah perasaan Wardah ketika ingin memilih antara aku dan Fairuz dahulu. Walaupun aku tahu Wardah tidak mencintai Fairuz, namun aku yakin dia menyayangi lelaki itu, lelaki yang pernah menjadi suaminya yang sah. Aku cuba menenagkan diriku, aku cuba merasionalkan diriku. Wudhu’ aku sempurnakan, sejadah aku hamparkan. Semoga munajat ku pada Allah malam ini akan beroleh sesuatu. Ya Allah, tuntuni ku menggapai redhaMu dalam mencari teduhan di bawah rimbunan kasihMu!