Wednesday, February 6, 2008

BAB 13

Fairuz bingkas bangun. Aku hanya memerhatikan lagaknya.“Abang minta maaf, Wardah. Abang tahu abang salah. Abang nak Wardah kembali pada abang.” “Cukuplah, abang…belum puas lagi ke abang sakitkan hati Wardah? Dah setahun semua tu berlalu, bang. Abang dah tak ada erti lagi dalam hidup Wardah.” Aku bertegas. Untuk apa lagi lelaki ini ingin kembali dalam hidupku?“Wardah, abang sayangkan Wardah. Dulu abang mengaku, lepas kahwin abang macam buta. Tiap kali tengok Wardah abang sakit hati. Abang tak tahu kenapa. Mak kata mungkin Habsyah guna-gunakan abang untuk kahwin dengan abang.” MasyaAllah…sampai ke tahap itu, abang? Untuk apa abang burukkan Habsyah?“Ya Allah…abang. Cukuplah. Jangan tarik Wardah dalam permainan abang. Kalau abang nak burukkan Habsyah, jangan tarik Wardah masuk dalam dosa mengumpat tu. Wardah dah cukup bahagia tanpa abang. Wardah dah cukup tenang dengan Anis Maisarah dan ummi.”“Anis Maisarah…Wardah tak kasihankan dia ke tak ada ayah?”“Baru sekarang abang nak fikirkan dia? Lepas dia dah pandai bertatih? Lepas perkataan ‘abi’ dan ‘umi’ laju dari mulut dia? Untuk apa? Kenapa tak dari dulu,bang? Kenapa tak sejak Wardah mengandungkan dia lagi?” “Wardah..abang mengaku abang silap. Abang yang salah. Abang hanya nak peluang untuk baiki semua tu. Abang nak jadi suami yang baik untuk Wardah.”“Suami yang baik lepas apa yang abang lakukan pada Wardah? Tak cukup lagi ke seksaan yang abang bagi pada Wardah? Sampaikan Wardah dan ummi terpaksa cari abang untuk jatuhkan talak pada Wardah. Sampaikan kami terpaksa guna Habsyah sebagai umpan. Lelaki apa abang ni?” “Abang dah cakap tadi, abang tahu abang yang salah. Abang mengaku salah, Wardah. Izinkan abang betulkan semua tu.” Fairuz kembali duduk di hadapanku. Dia cuba memegang tanganku.“Jangan cuba pegang Wardah. Wardah bukan isteri abang lagi. Abang dah tak ingat ke dulu waktu Wardah masih isteri abang, usahkan nak pegang tangan Wardah, sentuh Wardah pun abang rasa jijik, kan? Abang tak sedar, abang yang ragut kesucian Wardah. Abang yang gelapkan masa depan Wardah. Sekarang abang nak apa lagi dari Wardah?”“Wardah, abang dah insaf…”“Huh, simpan saja insaf abang tu untuk Habsyah. Abang baliklah. Kasihan Habsyah tunggu abang kat rumah. Dia tengah mengandung tu. Jangan buat dia macam mana abang buat Wardah. Dia perempuan baik…”“Tapi tak sebaik Wardah…”“Subhanallah…abang. Kenapa ni? Cukuplah…Wardah kena balik. Anis Maisarah dan ummi tengah tunggu Wardah.”“Anis Maisarah dan ummi atau..”“Assalamualaikum Fairuz.” Ah, suara itu…Aidil Azhiim merapati kami dan memotong kata-kata Fairuz.“Saya yang menunggu Wardah balik. Anis Maisarah demam. Kami nak bawa dia ke klinik.” Aidil Azhiim memandangku dengan anak matanya.“Kau binatang! Kau nak buat apa dengan bini aku hah?” ya Allah, Fairuz mula menggila. Aidil Azhiim masih tenang berdiri di hadapannya.“Abang!” aku sudah tidak mampu menahan sabarku. “Jangan sesekali abang fikir nak sakitkan Aidil. Selama ni, dia yang menjaga Anis Maisarah. Tanggungjawab yang sepatutnya milik abang dia yang pikul! Dia yang azankan Anis Maisarah! Kalau abang sakitkan dia, Wardah takkan maafkan abang, seumur hidup Wardah!”Setelah itu, aku terus menarik tangan Aidil Azhiim keluar dari bangunan itu meninggalkan Fairuz. Laju aku berjalan,“Wardah,tangan ana…” ya Allah, ampunkan aku. Aku tidak sengaja, Ya Allah…ampunkan aku…serentak itu, kata-kata naqibahku dulu kembali di ingatan, Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "sekiranya seseorang itu mencucuk kepalanya dengan jarum besi, itu adalah lebih baik baginya dari menyentuh perempuan yang tidak halal baginya"- riwayat Tabrani dengan sanad yang soheh.“Err..maaf.” itu sahaja yang dapat aku katakan. Aku terus memasuki kereta dan duduk di tempat belakang. Tak mahu aku memandang wajah Aidil Azhiim. Malu yang aku rasakan tidak terkira. Dan Aidil Azhiim sepanjang perjalanan itu hanya tersenyum

……………………………………………………………………………………………………………..

Assalamualaikum akak, abang Fairuz balik dan mengamuk semalam. Habis badan Habsyah jadi mangsanya. Anak dalam kandungan ni pun dah semakin lemah, kak…tolong Habsyah.Mesej dari Habsyah itu ku tatap sekali lagi. Ya Allah, Kau peliharalah hambaMu itu…jangan biarkan dia menjadi mangsa Fairuz…“Apa yang Wardah nak buat?” ummi tiba-tiba duduk di sisiku. Aku memandang wajah tua itu. Keluhan kecil aku lepaskan. Keliru…aku benar-benar keliru.“Apa lagi mampu Wardah lakukan, ummi?” aku meletakkan kepalaku di bahunya. Ummi mengusap kepalaku, lembut…ya Allah, Kau tunjukkanlah padaku jalan yang benar…“Wardah nak kembali pada Fairuz?” aku tersentak dengan soalan ummi itu. Untuk apa, ummi…“Wardah takkan kembali pada dia.”“Sekalipun anak dalam kandungan Habsyah akan menjadi mangsa?”“Ummi nak Wardah korbankan diri Wardah sekali lagi?” mataku mula berkaca. Ummi memelukku.“Sayang, ummi tak pernah terniat nak tengok Wardah kecewa. Ummi hanya nak Wardah gembira. Dan ummi nampak sinar bahagia yang tak akan sirna pada Aidil.”“Ummi…cukuplah. Bagi Wardah lelaki semuanya sama. Baba, Fairuz…dan sekarang Aidil Azhiim…Wardah takut…” akhirnya aku menangis di bahu ummi. Esakanku semakin lama semakin kuat. Dan akhirnya, aku umpama anak kecil yang menangis di ribaan ibunya…ummi

………………………………………………………………………………………………………

“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan ke luar. Dan memberikan rezeki daripada arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (Ath-Thalaq:2&3) Aku mengagahkan diri melawat Habsyah di hospital. Setelah menerima mesej pagi tadi, aku terus bergegas ke rumah Habsyah dan seterusnya mengambil dan menghantarnya ke hospital. Badannya lebam, mukanya juga begitu. Fairuz memang tidak berhati perut. Sudahnya, tubuh Habsyah yang dijadikan mangsa tenpat dia melepaskan kemarahannya. Sekelumit rasa bersalah singgah di hatiku. Kalau bukan kerana aku menolak ajakan Fairuz untuk bersamanya kembali, mungkin Habsyah tak akan menerima nasib begini. Kata doktor, anak dalam kandungan Habsyah mulai lemah kerana sering ditendang Fairuz. Jika terpaksa, anak itu terpaksa digugurkan. Ya Allah, dengan kuasaMu, Kau selamatkanlah kedua-dua insan yang tidak berdosa ini. “Akak…” Habsyah bersuara, lemah pada pendengaranku. Aku segera menghampirinya. Aku pasti dia memerlukan sokongan seseorang ketika ini. “Habsyah…akak ada ni.” Aku menggenggam tangannya, mengharap agar ada kekuatan yang dapat aku salurkan padanya.“Biar saya yang pergi, kak…tapi selamatkan anak dalam kandungan ni…” aku kelu, tidak tahu apa yang harus ku jawab.“Akak takkan benarkan sesiapa pun pergi. Akak janji, Habsyah. Akak akan jaga Habsyah dan anak ni, sebagaimana akak jaga diri akak.” Kata-kataku mati di situ. Esakan Habsyah yang semakin menjadi-jadi membuatkan aku turut gelisah. Abang, abang kejam!!!

No comments: