Saturday, October 17, 2009

CINTA YANG MALU....

Aku ingin
Jadi seperti Rabi’ah…

Saudara-saudaraku,khalwat merupakan ketenangan dan kebahagiaanku
Kekasihku selalu di hadapanku,tidak mungkin aku mendapat pengganti-Nya
Cinta-Nya kepada makhluk cubaan bagiku
Dialah matlamat hidupku
Oh, hati yang ikhlas
Oh, tumpuan harapan,berilah jalan untuk menghalau keresahanku
Oh Tuhan,sumber bahagia dan hidupku kepada-Mu sahaja
Kuserahkan hidup dan keinginan
Kupusatkan seluruh jiwa ragaku
Demi mencari redha-Mu
Apakah harapanku akan terwujud?

Akhirnya saya berkesempatan membuka kitab cinta Rabi’ah Al-Adawiyah… kitab yang sekian lama menjadi perhiasan di sudut katil.Merenung,menghayati lalu muncullah satu perasaan malu dalam diri..

Rabi’ah pernah ditanya: “Bilakah seorang hamba dipandang redha?” Jawabnya adalah: “Apabila bagimu penderitaan sama mengembirakannya dengan anugerah”.

Fikir dan fikir…

Salah seorang bertanya: “Wahai Rabi’ah,tolong jelaskan kepada kami mengapa engkau menyembah Allah?”
“Aku menyembah Allah kerana mengharap keredhaan-Nya.Nikmat dan anugerah yang diberikan-Nya kepadaku sudah cukup menggerakkan hatiku untuk menyembah dan beribadah kepada-Nya”.

Bermuhasabahlah duhai hati…

Kata Sufyan al-Thauri: pernah suatu hari aku berkunjung kepada Rabi’ah.Bertolak dari situ aku mengetahui bahawa ia sepanjang malam terus-menerus melakukan solat.Dan aku pun mengikuti Rabi’ah,melakukan solat sehingga fajar menyinsing.Selesai bersolat,Rabi’ah berkata: “Wahai Sufyan,kita harus berpuasa hari ini,yakni tanda berterima kasih kepada Allah yang telah memberi petunjuk kepada hati kita,sehingga semalaman boleh melakukan solat”.

Malu dan terus malu.Cinta saya tidak sehebat dia...

Friday, September 11, 2009

HATI INGIN BERBICARA

Saat hati ingin berbicara
Tangan mula melakar kata...

Mampukah aku melakar cinta sehebat Rabiatul Adawiyah?
Layakkah aku meraih gelaran sang bidadari di Taman Syurgawi?
Pabila diri sering memungkiri janji
Pabila ikhlas sering pudar di hati
Pabila cinta tak mampu terpatri
Maka siapalah jasad ini untuk bertemu Yang Abadi?

Aku,
ingin,
Menjadi Diriku....
21 Ramadhan 1430 H

Thursday, August 20, 2009

JAULAH IMAN di DARUL RIDZUAN


Ujian 1
Jiwa diteguhkan,tekad dikuatkan,semangat itu pastinya lebih hebat berbanding kerisauan merebaknya virus H1N1 di negeri Darul Ridzuan.Lantas apa sahaja halangan dlm perjalanan yg panjang dr Nilai ke Gopeng bak kata seorg sahabat,naik bas yg ‘beraircond semulajadi’ dan panas yg begitu terik pun kami tak hiraukan demi satu harapan utk 'duduk dlm iman' bersama adik2 SBPI Gopeng.

Ujian 2
Kita hanya merancang,Allah yg menentukan.Dan Allah adalah sebaik-baik Perancang.Cadangan untuk kami membuat program pd malamnya tiba2 tergendala oleh sebab adanya program lain oleh pihak sekolah.Maka bertebaranlah kami di bumi SBPIG mencari ustaz2 dan adik2 BASHAR utk berdiskusi.Tergambar wajah2 kepenatan…peluh masih membasahi baju.Namun dugaan ini sgt manis.Malah Allah memberi yg lebih baik buat kami krn akhirnya impian kami bertemu adik2 dikabulkan.Indahnya pertemuan krn Allah! :-)

Ujian 3
Hari ke-2,sandal saya didapati hilang sebaik shj hndk berangkat ke musolla.Maka selipar jepun pinjam menjadi pengganti..risau sungguh.Tak lama kemudian saya mendapat satu panggilan.Tiba-tiba hati jadi gembira dan serta merta bertukar sedih.Kenapa?Rupa-rupanya sandal kesayangan berjaya ditemui tapi telahpun ‘hancur’ diratah anjing liar.Hu..
“rasa macam nak balas dendam je kat anjing tu.Macamana nak balik Terengganu ni???”
”tak baik ckp macam tu.Td baru awk pesan kat adik2 tu lupakan 2 perkara dan satunya keburukan orang pd kita samala macam lupakan apa yg anjing tu dah buat”
Insaf.Syukran wahai sahabat.

'AHLI BASHAR MUSLIMAT SBPIG'



Demikianlah secebis ujian yang dianugrahkan Allah sepanjang perjalanan saya dan sahabat2 dalam kembara mencari redha-Nya di SBPI Gopeng.Sebuah perjuangan yg benar2 menguji sejauh mana keikhlasan hati2 kami.Bahkan diuji yakinkah kami dgn janji2 Allah buat pejuang agama-Nya.Alhamdulillah krn akhirnya harapan kami terlaksana jua dan pulangnya kami dengan senyuman yg penuh kesyukuran.Thank You Allah!

IKHLASKAN HATI MOHON KEMAAFAN LEBURLAH DOSA DI TAPAK TANGANMU LUPAKAN SEGALA SILAP DAN SALAH...INSAN BERSATU MEMBINA UMMAH...


Akhirul kalam,Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak!

Sunday, August 2, 2009

..BERKORBAN ITU INDAH....

Satu cerita yang memberi seribu makna buat diri.Biarpun hanya satu kisah kanak2.Perkongsian buat adik2 tercinta yg baru ingin memulakan langkah.Agar langkah itu tidak tersalah..Agar semangat dakwah terus mengalir di dalam jasad...Erti hidup pada yang memberi...


Telah dua bulan musim hujan berlalu sehingga di mana-mana pepohonan nampak menghijau. Kelihatan seekor ulat di antara dedaun menghijau yang bergoyang-goyang diterpa angin."Apa khabar daun hijau," katanya.

Tersentak daun hijau menoleh ke arah suara yang datang."Oh, kamu ulat. Badanmu kelihatan kurus dan kecil, mengapa?" tanya daun hijau."Aku hampir tidak mendapatkan dedaunan untuk makananku. Bolehkah engkau membantuku sahabat?" kata ulat kecil."Tentu.. tentu.. dekatlah kemari."

Daun hijau berfikir, "Jika aku memberikan sedikit dari tubuhku ini untuk makanan si ulat, aku akan tetap hijau. Hanya sahaja aku akan kelihatan berlubang-lubang. Tapi tak apalah.""Perlahan-lahan ulat menggerakkan tubuhnya menuju daun hijau.

Setelah makan dengan kenyang ulat berterima kasih kepada daun hijau yang telah merelakan bahagian tubuhnya menjadi makanan si ulat.Ketika ulat mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang penuh kasih dan pengorbanan itu, ada rasa puas di dalam diri daun hijau.Sekalipun tubuhnya kini berlubang di sana-sini namun ia bahagia dapat melakukan sesuatu bagi ulat kecil yang lapar.

Tidak lama berselang ketika musim panas datang daun hijau menjadi kering dan berubah warna. Akhirnya ia jatuh ke tanah, disapu orang dan dibakar.

Ya Allah, mampukah kita menjadi seperti daun hijau itu... berkorban demi kesenangan dan kegembiraan orang lain. mampukah kita berbuat seperti sedemikian? Mampukah?

Begitulah dalam dakwah dan tarbiyah. Sebenarnya dalam hidup ini kita perlu banyak memberi dari menerima...

Setakat manakah pengorbanan kita kepada Islam? Adakah kita mampu menjamin keberlangsungan dakwah dan tarbiyyah sedangkan kita sendiri liat untuk berkorban?

Kita tahu, suatu hari nanti kita pasti akan dijemput oleh Allah, sama seperti daun hijau itu, akan gugur ke tanah. Tapi sebelum dipanggil, terfikirkah apa pengorbanan kita kepada Islam..

InsyaAllah pengorbanan kita yang mungkin terlalu sedikit nilainya di sisi Allah itu, walaupun kita merasakan ia besar, akan menyebabkan generasi-generasi akan datang dapat merasai nikmat iman, nikmat islam dan nikmat tarbiyah dan dakwah...seperti mana berkembangnya generasi ulat hijau itu...

Adakah kita mahu menjadi seperti daun, yang berkorban dan memberi? atau ulat hijau yang menerima dan menghargai pengorbanan itu? Fikirkanlah....

Friday, June 12, 2009

Bilakah DETIK itu???


"Nak p dah ni.."

Tepat jam 12 mlm,tiba2 sebuah kereta yg sdg berlumba melanggar motosikal itu dr arah belakang dan.......motosikal dan penunggangnya tercampak.Mukanya hampir hancur.Tangan dan kakinya patah..Berlaku gegaran hebat di otaknya.Setelah koma beberapa hari lalu dia disahkan meninggal dunia.Meninggal dunia pada usia yg masih muda.

Ana dan keluarga bergegas ke Alor Setar,Kedah dan inilah kali pertama ana menjejakkan kaki ke bumi Darul Aman ini.Suasana masih hiba di rumah si mati.Masing2 mula bercerita tanda2 kematiannya dan bagaimana ngerinya kemalangan yg berlaku.Itu kisah sepupu ana.Belumpun tiba di rumah,ana mendpt satu lagi berita kematian guru sekolah menengah ana.Juga kerana kemalangan.Al-Fatihah buat mereka...

Sepanjang cuti ini,ana rasa lebih byk menerima berita kematian berbanding jemputan walimah.Seorang demi seorang ditarik nyawa dlm pelbagai keadaan.Bagaimana pula keadaan kematian kita nanti?Semua mengharapkan husnul khatimah tp apakah kita benar2 layak utk meraihnya?Adakah kita bisa menjamin bhw kita hidup seminit mahupun sesaat lagi?Ya,kita sangat lemah dan kpd Allah jua kita pohon agar diberi kekuatan utk taat kpd-Nya.Moga2 kita menjadi insan terpilih oleh Allah utk mendapat husnul khatimah dan akhirnya berjaya melangkah ke syurga Dia..

Sedarlah,kita hak Allah dan kepada-Nya kita akan kembali pasti..Jangan dipersoalkan kenapa kita diberi ujian yg begitu besar di dunia padahal kita ini milik Allah.Redhailah apa jua.Sesungguhnya ujian itu penghapus dosa.Bersyukurlah dosa kita dibalas di dunia berbanding di akhirat yg berganda azabnya.Sabar dan terus sabar menghadapi dugaan sehingga kita meninggalkan dunia ini dengan senyuman..Menanti syurga janji dr pemilik kita Yang Esa.

Marilah sama2 kita merenung ayat 34 dr surah Al-A'raf bermaksud:"Tiap-tiap umat mempunyai batas waktunya,maka apabila datang waktunya maka mereka tidak dapat mengundurkannya walau sesaat pun dan tidak dapat(pula) memajukannya."
Wallahualam..

Thursday, June 4, 2009

IDEALNYA SEORANG PEMUDA

Ia peribadi yang muslim,
Berhati emas,
Berpotensi prima,
Yang di kala damai
Anggun petaka kijang dari padang perburuan
Yang di kala perang
Perkasa bak harimau kumbang
Ia perpaduan manis hempedu
Satu kali dengan kawan
Lain kali dengan lawan
Yang lembut dalam berbahasa
Yang teguh membawa suluh
Angannya sederhana
Citanya mulia
Tinggi keutamaan dalam hati-hati
Tinggi budi,
rendah hati
Ia lah sutera halus di tengah sahabat tulus
Ia lah baja
Ditentangnya musuh durhaka
Ia ibarat gerimis atau embun tiris
Yang memekarkan bunga-bunga
Yang melambaikan tangkai-tangkai
Ia juga puting beliung
Yang melemparkan ombak menggunung
Yang menggoncangkan laut ke relung-relung
Ia lah gemercik air ditaman sari
Ia juga penumbang segala belantara
Segala sahara
Ia lah pertautan agung iman Abu Bakar
Perkasa Ali
Papa Abu Dzar
Teguhnya Salman
Mendirinya di tengah massa yang bergoyang
Ibarat lentera ulama di tengah gelita sahara
Ia pilih syahid fisabilillah atas segala kerusi dan penghormatan
Ia manuju bintang
Menggapai malaikat
Ia tentang tindakan kuffar
Maka nilainya pun membumbung tinggi
Harganya semakin tak terperi
Maka siapakah yang akan sanggup membelinya
Kecuali Rabb-nya?


Sunday, May 31, 2009

Jadilah Manusia Yang Berfikir.....

Sbnrnya post kali ini tentang ‘air dan wuduk’ tp berkait rapat utk kita sama-sama menjadi manusia yg berfikir.Subhanallah!Byk keistimewaan berwuduk spt amalan terbaik menghilangkan rasa letih,menyegarkan badan,mengembalikan keseimbangan tenaga ke seluruh tubuh badan,memulihkan tenaga yg hilang ,berperanan membersihkan diri seseorang drpd dosa,menghilangkan marah dan sebagainya.Antum pernah rasa tak tenangnya.. lepas berwuduk???
Ketika berwuduk pun kita tdk teliti sehingga berlaku pembaziran air.Kerapkali ketika menyapu air ke muka dan diulang 3 kali,terfikirkah kita yg paip air masih terbuka laju dan berlakulah pembaziran!Hati yg fokus akn ambil peduli terhdp perkara yg dianggap remeh ini. Kajian yg dilakukan oleh seorang saintis dr Universiti Yokohama,Jepun –Dr Emoto tlh mendapati bhw air bersih misalnya air zam zam akn terbentuk kristal yg cantik dan menakjubkan berlainan dgn air yg kotor.Samalah jika diberi rangsangan dr luar spt kata2 yg baik maka akn terbentuk kristal yg lebih cantik mnakala kristal akn spt pecah berderai jika dirangsang dgn muzik melampau!Dan ada gambar spt api apbl air itu disebut perkataan syaitan.

Justeru,jika semasa berwuduk kita masih berbual-bual maka air wuduk itu mungkin berubah ‘bentuk’ berbanding berwuduk yg dimulai dgn bismillah dan doa.Merujuk kajian Dr Emoto tadi,bolehlah kita bayangkan bentuk air di dlm badan manusia yg sentiasa dirangsang dgn muzik2 negatif,keterlaluan ,kata2 kesat dan sbgnya.

Renung-renungkan dan selamat beramal!(",)