Thursday, February 4, 2010

continued...

Salam seharum kasturi..
Tidak mahu menghampakan harapan teman tersayang, post daripada blog sy yang terbaru di 'paste' di blog ini. Bacalah kalian dengan hati...Hati yang tulus...




Mujahidah idaman syurga..

بسم الله الرحمن الرحيم
Ku tujukan kepadamu..
Wahai wanita yang telah meredhai Allah sebagai Tuhannya, Islam adalah agamanya dan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul-Nya..


Ummi Zaid berkata: ”Ya Rasulullah saw, kemahiran kami pandai menjahit dan bersama-sama kami ada bekalan ubatan.” Lantaran itu, beliau dibenarkan Rasulullah berada bersama di medan perang Khaibar bagi membantu para tentera yang berperang.

Sambil memegang pancang khemahnya, beliau menentang musuh sehinggalah tumbang seramai tujuh orang daripadanya tanpa ditangisi akan kesyahidan suaminya, khalid di medan perang. Itu kisah Ummi Hakim.

Ketika sebahagian orang Islam lari dari medan peperangan di saat ditimpa kekalahan, Sufiyyah r.anha dengan tombak di tangannya tidak rela melihat mereka lari lalu memukul mereka dengan tombaknya dan berusaha menyemarakkan semula semangat mereka untuk pergi berjuang.!! الله أكبر

Hebatnya Hawa!

...........................hmmm................. mengeluhkah hati???

Senyuman bertukar. Ada yang tak keruan di hati ini. Melihat teman-teman hawa di sekeliling yang lebih rela menghabiskan masa dengan mengkhatamkan filem dalam dan luar sehingga lupa Allah memanggil di sepertiga malam. Dirasakan menghiburkan fikiran. Teman, sayu benar hati ini mendengar riuh gelak tawa tanpa menyedari hakikatnya malaikat maut sentiasa menanti saat menarik nyawa kita. Kekasih hati pula sering menjadi pujaan.. Masihkah lagi mahu menunggu sehingga aurat dibakar di neraka? Tak terbayangkah andai Rasulullah datang melihat kita waktu ini?
Malu sungguh malu….

Wahai hawa, lemahnya kita…

.............................

............................................

…..Detik demi detik berlalu…Beruntunglah bagi orang-orang yang bertaubat….

Teman-teman yang sangat kukasihi,
Kita adalah pasukan di jalan Allah,
Kita bakal menjadi ibu kepada generasi yang datang,
Generasi yang diharapkan dapat meninggikan kalimah Allah di muka bumi,
Mengapa masih terleka sedangkan dunia menghampiri detik kehancuran,
Jangan biar kerana kita, mereka menjadi mangsa dunia…

Teman-teman hawa..
Kutahu diriku bukanlah sempurna dan entah di mana destinasiku kelak..
Namun,sebelum berakhir nafasku
Sungguh aku mencintai dirimu..cinta yang amat…
Aku ingin kita bersama ke syurga..
Tak sudikah kau bertemu Dia?


“Tangan yang disangka lembut menghayun buaian, menggoncang dunia mencipta sejarah…
Biarpun tangan ini hanya bisa menghayun pena, dan biarpun penaku hanya mampu menembus satu hati, kuharapkan satu hati itu bisa menggoncang dunia”



-Kepada muslimat..dijemput untuk ke blog saya y terbaru..sama-sama kita berkongsi wasilah menuju ke syurga abadi demi meraih gelaran BIDADARI..-:)

2 comments:

tok pulai chondong said...

sungguh menyentuh..Allahuakbar!!

ibtisam said...

subhanallah..
terjg daku dr Lamunanku..
syukran ya sohabaty ahibbak..
moge sentiasa dirahmati Allah..
teroskan Mujahadahmu..
GO GO cHaiyok.. :)