Tuesday, December 4, 2007

BAB 6

Segalanya berlaku dalam masa yang amat pantas. Berita pertunanganku dengan Aidil Azhiim sudah tersebar luas di kampusku. Aku sendiri tidak pasti dari mana mereka mendapat cerita itu. Setahu aku, aku hanya mengkhabarkannya pada Hajar, teman rapatku di dalam kelas yang sama. Entah bagaimana, Khairiyah juga mendapat berita yang sama, begitu juga rakan-rakanku yang lain. Alhamdulillah, telah hampir sebulan ikatan pertunangan antara aku dan Aidil Azhiim dilangsungkan. Dalam tempoh itu, aku amat bersyukur kerana ditemukan dengan insan sepertinya. Dalam peti masuk emelku penuh dengan tazkirah yang dikirimkannya padaku. Begitu juga dalam peti masuk mesej di telefon tanganku, penuh dengan mesej peringatan yang dia kirimkan setiap waktu. Hingga kini, aku masih tidak percaya akan statusku sebagai tunangan orang. Nyata Aidil Azhiim tidak bergurau bila dia katakan yang dia akan menyuntingku. Kini, kami hanya menanti masa dan ketika untuk disatukan. InsyaAllah dalam masa tiga bulan dari sekarang. Kata Abi, dia tidak mahu kami ditunangkan terlalu lama. Bimbang pelbagai cubaan dan dugaan yang bakal kami tempuhi akan menggugat hubungan kami. Dan dalam tempoh itu, kami tidak pernah keluar bersama. Kalau dikatakan kami bertemu janji pun pasti Abi dan Ummi akan menyertai kami. Baba juga begitu, kadangkala bersama kami. Sejak berita pertunanganku disebar luas, Fairuz langsung tidak menggangguku lagi. Aku sendiri ada ketikanya bila bertembung dengannya, akan menyapa kerana dia pasti akan cuba mengelakkan diri dari bertemu denganku. Ah, aku berangan lagi. Tak ku sedar azan Asar telah berkumandang. Bingkas aku bangun menuju ke bilik air untuk berwudhu’. Masih jelas di ingatanku, ummi pernah berpesan untuk sentiasa menunaikan solat di awal waktu. Ummi sering berkata, apa perasaan kita apabila kita memanggil seseorang namun dia berlengah-lengah untuk menyahut panggilan itu. Begitulah bandingannya dengan azan dan solat. Seruan untuk solat itu andainya dilengahkan, pasti mengundang kemurkaan Allah. Na’uzubillah, aku tak rela hidupku dimurkai kekasihku yang satu itu."Maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang dicintaiNya dan mereka juga mencintai Tuhan; mereka pula bersifat lemah lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya. Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang.(Al-Maidah: 54-56)Usai solat, aku merenung nota pemberian tunangku. Tafsir ayat dari surah Al-Maidah itu benar-benar menyentuh hatiku. Betapa agungnya kasih dan sayang Allah pada hambaNya yang benar-benar mencintaiNya dan berjuang di jalanNya. Subhanallah…terasa diri ini benar-benar kerdil di sisiNya. Ya Allah, ampunkanlah dosa hambaMu yang hina dina ini…amin…Telefonku berbunyi minta dijawab, aku melihat nombor yang tertera di skrin, 017-2048961. Rasanya belum pernah nombor ini menghubungiku. Aku menjawabnya, “Assalamualaikum.” Salamku dibalas bisu. Aku bersuara lagi, “Cari siapa?” akhirnya soalanku berjawab, “Wardah.” Suara itu…Fairuz!“Wardah, saya nak jumpa awak. Tolonglah. Saya ada di depan kolej. Saya tunggu awak biar berapa lama pun awak mahu. Tolong, Wardah. Saya tunggu awak di hadapan pintu masuk kolej. Tolong datang, Wardah.” Panggilan itu tamat di situ. Tidak pernah aku mendengar suara Fairuz begitu. Seolah-olah dia sedang di dalam kesusahan. Aku terus mencapai kunci keretaku. Ah, ummi pula tiada di rumah. Ingin cepat, aku hanya meninggalkan nota ringkas di atas meja makan. Assalamualaikum ummi sayang, Wardah keluar ke kolej. Urgent. Ada panggilan dari kawan Wardah. Jangan bimbang, Wardah akan segera pulang. Sayang Ummi.Sejurus itu, aku terus menuju ke kolej walaupun telah hampir senja. Perasaan bimbang dan ingin tahu menguasai perjalananku tika itu. Apa agaknya yang dihadapi Fairuz. Saat ini, tidak langsung terlintas di fikiranku akan keburukan yang mungkin terjadi. Aku hanya bimbang seandainya Fairuz benar-benar di dalam kesukaran. Setibanya aku di sana, Fairuz ku lihat sedang duduk sambil menutup mukanya. Ku gagahi langkahku menghampirinya.“Assalamualaikum Fairuz.” Salam ku hulurkan, dia masih tunduk, tidak memandang wajahku.“Fairuz, awak ok tak?” soalan bertubi-tubi ku hulurkan kerana dia masih tunduk berdiam diri. “Ya Allah, Fairuz. What’s wrong with you?” aku semakin hilang sabar.“Kalau awak suruh saya datang sini untuk tengok awak diam macam ni, thank you so much, Fairuz. As if I don’t have anything to do!” sabarku hilang. Fairuz akhirnya mengangkat wajahnya memandangku. Matanya kemerahan, wajahnya juga begitu. Aku kira dia menangis. Menangis? Tuhan…“Wardah…” katanya yang sepatah itu diiringi azan Maghrib. Ya Allah, berdosanya hambaMu ini.“Fairuz, dah Maghrib ni. Kita solat dulu, ya?” dia hanya mengangguk lesu. Kami menuju je pasaraya Giant yang berada tidak jauh dari kolej kami untuk menunaikan kewajipan kami itu. Ummi pasti sedang bimbang menanti kepulanganku. Tidak penah aku pulang selewat ini. Usai solat, Fairuz membawaku keluar kembali ke hadapan UNITAR. Katanya ada sesuatu yang amat penting untuk dibincangkan.“Kenapa ni, Fairuz?” aku memulakan bicara. Ku lihat Fairuz sedang menghubungi seseorang menerusi telefon bimbitnya.“Wardah, awak akan jadi milik saya malam ni.” Ayatnya itu menimbulkan rasa gerun di dalam diriku. Miliknya?“Apa maksud awak ni, Fairuz?” “Sudah, Wardah. Tak cukup lagi ke awak dera perasaan saya? Saya cintakan awak. Awak faham tak? Tapi awak terima pinangan lelaki tu kenapa? Apa yang awak nak buktikan pada saya? Awak nak saya terhegeh-hegeh lagi ke?” Tuhan, kata-kata itu menusuk hingga ke kalbuku. Itu bukan niatku, Fairuz. Itu kehendak orang tua kami!Sedetik itu, aku lihat rakan-rakan Fairuz menghampiri kami. Hatiku berdebar, seolah-olah ada sesuatu yang buruk akan terjadi. Ya Allah, apakah ini…bantulah hambaMu ini, Ya Allah. Lindungilah hambaMu ini!!!
BAB 5

Hari ini berlalu seperti hari-hari yang biasa. Kuliahku berjalan normal, begitu juga dengan Fairuz. Sebelum aku pulang tadi, sempat dia berkata padaku yang dia rindukan bidadari syurga yang ditakdirkan untuknya. Sayangnya Fairuz, aku bukanlah bidadari syurga yang dijanjikan untukmu. Ummi juga seperti biasa, tetap dengan aktiviti yang mengikatnya pada cinta Illahi, cinta yang paling agung. Cuma yang berbeza hari ini adalah ketibaan e-mel yang tidak pernah aku undang. E-mel yang tidak pernah aku nantikan kehadirannya. Ya Allahu Robbi, apakah yang telah Kau suratkan pada takdirku? E-mel itu aku tatap lagi, cuba mentafsir tiap bait kata yang terungkap…

To : wardatulsyauqah@yahoo.com
From : qanaahbilqalil@yahoo.co.uk
Subject: Salam ukhwah fillah…
Salamun’alaik, mawar berduri…semoga sentiasa berada di dalam rahmatNya,insyaAllah. Ana harap kehadiran emel ini tidak menimbulkan syak wasangka di hati ukhti, kerana itu bukanlah niat ana. Terdetik di hati setelah ummi memberikan nombor telefon dan alamat emel anti untuk ana menghantar sesuatu. Mungkin bait bicara yang akan menitipkan sebuah persahabatan, atau mungkin sekadar sebuah bicara bisu yang akan mengingatkan ukhti tentang indahnya sebuah ikatan yang diikat Lillahitaala, insyaAllah. Namun bukan kehendak diri untuk meneruskan tindak tanduk tanpa panduan Illahi, subhanallah. Keberanian yang timbul di hati adalah berkat munajat dan istikharah yang ana persembahkan pada Al-Kholiq sebelum ini.(MasyaAllah, moga dijauhkan dari setitik pun noda riak di dalam hati ini)Harapan Abi, impian ummi adalah sama. Walaupun mereka orang yang berbeza namun hasrat mereka adalah satu. Ana pasti anti memahami kata-kata ana. Tapi, apakan daya seorang nisa’, yang menyembunyikan rahsia agung kurniaan Illahi untuk memulakan segala sesuatu. Siapa lagi kalau bukan ana untuk memulakan setapak langkah pertama untuk meyakinkan hati ini bahawa mawar berduri yang pernah ana lihat itu adalah bakal suri hati ini. Sejak pertemuan pertama, diikuti pertemuan seterusnya, Abi semakin yakin yang anti adalah bakal suri hati ana. Jika naluri hati seorang ayah yang telah membesarkan anaknya selama 24 tahun ini berkata begitu, apa lagi anak yang tidak pernah mengharap sesuatu ini mampu berbicara?Ukhti fil islam, Katakanlah pada hati, bicarakanlah pada naluri, sabarlah. Andai tiba masa, ana akan hadir membawa khabar gembira buat anti. Maafkan ana. Ana tidak pandai bersimpang siur untuk menyatakan sesuatu. Dari kecil hingga sekarang, Abi hanya mengajar ana untuk berterus terang. Apa yang mampu ana katakan, bila tiba masanya, bila sampai waktunya dan bila tentu tikanya, ana akan hadir, menyunting mawar berduri yang sedang mekar di taman milik ummi untuk terus berbau harum di taman yang ana diami…Jaga diri, ukhti. Jangan difikirkan keterlaluan perkara ini. Ana tak mahu ia menjadi asbab anti lalai dari mengingati Allah. Yakinlah pada takdir ketentuanNya kerana Dia adalah pengarang novel hidup kita yang Maha Mengetahui. Ingat Allah selalu. Salam ukhwah, ukhti habib. Assalamualaikum…Ya Allah…emel itu ku tatap lagi. Berbagai perasaan yang berkecamuk di hatiku. Gembirakah aku? Atau semakin tidak yakinkah aku? Namun pesanan terakhirnya menjadi peganganku, aku juga tidak mahu perkara ini menjadi asbab untuk aku lalai dari mengingati kekasihku yang Agung itu. Pintu bilikku dikuak, ummi berdiri di sisinya. Ummi ku hampiri, cuba berkata sesuatu namun ratu hatiku seolah mengerti akan apa yang cuba aku sampaikan. Ummi terus memandangku, dan menghulurkan sekeping nota. Pemberian Aidil Azhiim katanya. Ya Tuhan, mengapa dia di mana-mana sahaja?Nota itu aku renungi, hampir menitis air mataku membacanya. Peringatan yang diberikannya kali ini benar-benar membuatkan aku jatuh cinta pada ciptaan Allah yang sempurna ini. Subhanallah…inikah perasaan yang lahir dari setitik cinta yang Kau hadiahkan pada setiap ciptaanMu?

Assalamualaikum Mawar Berduri,
puteriku sayang…
Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati
Di sebalik bersih wajahmu
Di sebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung, tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Illahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri…
Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri
Ketegasanmu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya

WAHAI PUTERIKU SAYANG KAU BUNGA TERPELIHARA
Mahligai syurga itulah tempatnya…

Ya Allah, tidak cukup dengan emel, nota pula yang dihadiahkan padaku. Kau peliharalah hati kami agar sentiasa merindukan kasih sayangMu, Tuhan…amin…“Ummi…” aku capai tangan ummi, aku kucup tangan tua itu, lantas aku menggenggamnya erat.“Ummi rasa apa yang Wardah rasa?” aku memandang wajah tenang milik ummi. Ummi mengangguk, lembut. Dia mengusap kepalaku.“Sayang, mungkin dah sampai masanya.” Masa? Masa untuk apa, ummi? Aku hanya merenung wajah yang amat aku sayang itu. “Selama ni, Wardah selalu tanya ummi apa itu cinta. Macam mana ummi nak jawab sedangkan ummi sendiri tak tahu apa itu cinta. Perasaannya sukar ditafsir, payah diertikan. Tapi bila abi Aidil jumpa ummi, berbicara soal Wardah dan Aidil, ummi yakin Aidil dapat bagi erti cinta pada Wardah. Ummi takkan halang Wardah. Ummi yakin Wardah tahu apa yang terbaik untuk Wardah.” Aku masih membisu, keliru apa yang perlu aku jawab. “Sayang, ummi yakin Aidil dapat bahagiakan Wardah.” Selepas menuturkan ayat itu, ummi mengucup dahiku dan terus meninggalkan aku sendirian di kamar itu.
BAB 4

Ya Allah,jauhilah aku dari cinta panahan syaitan,berikanlah cintaku ini kepada seseorang yang sangat mencintaiMu...lapangkanlah hati ku ini dengan cintaMu yang sejati...sekiranya dia bukan Kau ciptakan buatku, maka Kau jauhkan lah dia dari pandanganku dan berikanlah aku kekuatan untuk terus bercinta denganMu…amin…
Aku merenung skrin komputerku. Walau aku cuba untuk melupakannya namun tidak pernah sekali pun wajah itu hilang dari pandangan mataku. Ya Allah, aku tidak meminta begini…ampuniku,Tuhan…aku takut seandainya ini adalah cinta. Jika benar ini adalah cinta, aku tak ingin ia melalaikan aku dari mengingatiMu. Sungguh aku rasa bersalah bila begini, Tuhan…Pintu bilikku diketuk, aku terjaga dari lamunanku. Ya Allah, hanyutkah aku dengan perasaan ku sendiri? Aku bingkas bangun dan membuka pintu bilikku, ummi tersenyum memandangku.“Anak ummi sibuk ke?” “Tak,lah ummi. Wardah saje je surf internet tadi. Check emel. Nape, ummi?”“Erm…ada orang datang,sayang. Turun temankan ummi boleh?” aku mengangguk,lemah. Aku tahu diriku sendiri belum bersedia untuk berjumpa sesiapa dalam keadaan begini. Aku menuruti langkah ummi menuruni anak tangga. Sampai di ruang tamu, aku terpinga. Cuba menggapai tangan ummi namun ummi jauh di hadapan meninggalkan ku. Wajah itu tersenyum, dan sekali lagi senyuman itu menusuk terus ke dasar hatiku. Ya Allah…“Assalamualaikum Wardah.” Salam dihulurkan. Aku membalas, lemah. Ummi meninggalkan kami untuk ke dapur menyediakan minuman. “Err…dah lama sampai?” itu sahaja yang terkeluar dari mulutku. Untuk memandang wajahnya pun aku gentar, inikan pula untuk bertutur.“Dah lama…ana singgah sini sekejap. Kebetulan ana lalu kawasan ni, abi yang suruh singgah. Katanya rumah Mak Cik Mar kat sini. Anti sihat?” Aidil Azhiim seolah mengerti yang aku kelu. “Alhamdulillah. Anta?” aku cuba mengintai kelibat ummi. Ya Allah, lamanya ummi di dapur…“Alhamdulillah aidhan, ana bil khair. Anti tengah busy ke tadi?” “Tak lah. Ana tengah check emel tadi, pastu ummi suruh ana turun. Ada orang datang katanya. Tak tahu pulak…”“Ana yang datang?” Aidil Azhiim menyambung kataku. Dia tersenyum. Ah, lelaki ini…apakah dia sengaja mahu mengujiku?“Maaflah, Aidil. Ni je yang ada kat rumah ni…” Alhamdulillah, akhirnya ummi tiba jua. Hampir kelu aku berhadapan lelaki ini. Ummi mengambil tempat di sisiku dan menghulurkan minuman pada Aidil. Aidil?“Tak apalah, Mak Cik…ni pun kira rezeki. Kalau nak dibandingkan orang-orang di Palestin, jauh bezanya dengan kita.” Ah, pandai dia berkata-kata.“Panggil ummi je, Aidil. Lagipun tak salah kan kalau ummi ada anak lelaki…kan Wardah?” Ummi? Aku hanya mengangguk, tidak sangka secepat itu ummi mula mesra dengan lelaki ini. Aidil Azhiim hanya tersenyum.“Abi sihat, Aidil?” ummi bersuara lagi. Aku di sisinya hanya diam memandang skrin televisyen yang kosong.“Alhamdulillah, sihat seadanya. Ummi tak keluar ke mana-mana ke?” cepat benar perkataan ummi itu sebati meniti di bibirnya. “Macam mana nak keluar, Aidil? Ummi bukannya reti nak drive kereta. Kalau Wardah terbukak hati nak bawak ummi keluar, dapatlah jugak ummi tengok dunia luar tu.” Ummi dan Aidil ketawa, aku hanya membisu, memekakkan telingaku dari melibatkan diri dengan mereka berdua. Janggal rasanya melihat ummi bermesra dengan orang asing. Mungkin kerana aku telah biasa menjadi anak tunggal selama ini. Hampir 30 minit ummi bersama Aidil Azhiim, akhirnya lelaki itu meminta izin untuk mengundurkan diri. Katanya abi sedang menanti di pejabat untuk diambil. Aku hanya menghantar kepulangannya dengan anak mataku, berlainan dengan ummi yang membontotinya hingga ke pagar rumah. Sesudah itu, aku mengemaskan gelas-gelas di meja dan terus sahaja ke bilikku. Sekali lagi aku termenung. Wajah itu…senyuman itu…suara itu…mengapa, YA Allah? Aku bimbang andai ini adalah cinta. Aku tahu aku belum bersedia untuk menghadapinya andai ini adalah cinta! Seketika itu, telefon tanganku berbunyi, memberi tanda ada pesanan ringkas yang tiba. Aku membacanya,“Cinta itu cahaya sanubari kurniaan Tuhan, fitrah insani. Dan di mana terciptanya cinta, di situ rindu bermula…” take care,Mawar Berduri…biar iman di batanganmu terus memelihara kecantikan mu.InsyaAllah…Mesej itu ku tatap lagi. Petikan dari lagu kegemaranku, ‘Kerana cinta’ nyanyian In-Team dan Mestica terus menjejaki lubuk hatiku. Mesej dari Aidil Azhiim…kenapa dia seolah-olah faham akan gelodak hatiku yang bergelora?Tanpa ku sedari, alunan zikir dari komputerku mengulitku sehingga terlena, dalam cuba mentafsir perasaan ku sendiri…
BAB 3

Langkah ku atur pantas, tak mahu aku bertembung dengan Fairuz hari ini. Cukuplah dugaan dan badai yang menghempas hatiku kebelakangan ini. Ya Allah, ku pohon dariMu perlindungan dari berputus asa pada nikmatMu! “Wardah! Wardatul Syauqah!” nama ku jelas dilaungkan oleh siapa, aku tidak pasti. Aku berpaling. Ya Allah, kenapa dengan lelaki ini? Fairuz menghampiriku. “Assalamualaikum, Wardah.” Dia berdiri di hadapanku. Aku tidak memandangnya. Dalam hatiku rancak berzikir, biar Zikrullah memadamkan api kemarahan yang menyala di hati ini. “Wardah, saya nak minta maaf tentang hari tu. Saya tak bermaksud nak tengking awak tapi, awak pun tahu kan bila manusia dikuasai nafsu amarah, macam-macam benda boleh jadi. Saya harap awak dapat maafkan saya.” Fairuz cuba memujuk hatiku. Ya Allah…tabahkan aku. “Wardah, saya tahu saya bersalah. Saya tak patut buat awak macam tu tapi saya kecewa sangat, Wardah. Awak tahu saya sayangkan awak. Awak tahu saya cintakan awak tapi awak tak bagi saya peluang langsung.” Sayang? Huh, tahukah kau kerana sayang itu hidup ummi tergadai? “Wardah, sebab awak, saya dapat semangat baru untuk belajar. Saya dah banyak berubah sejak kenal awak. Saya teruskan pengajian saya pun kerana awak. Banyak perubahan pada diri saya sejak kenal awak. Tolonglah, Wardah. Saya harap awak sudi jadi teman hidup saya.” Ya Allah, mengapa ujian ini yang Kau berikan padaku? Astaghfirullahal’azim…tenangkan ombak yang deras berkocak di hatiku ini, Tuhan… “MasyaAllah…kenapa awak ni, Fairuz? Kenapa awak niatkan semuanya kerana saya? Awak tahu tak betapa bersalahnya saya pada Allah? Allah selayaknya menerima segala pujian tu. Tolonglah, Fairuz. Saya tak nak jadi penyebab pada fitnah seorang lelaki. Awak pun tahu kan fitnah terbesar untuk seorang lelaki adalah wanita? Betulkan niat awak, Fairuz. Saya tak layak terima cinta awak tu. Awak serahkanlah pada Allah, Dia selayaknya menerima cinta tu. Percaya pada takdir Allah, Fairuz. Percayalah toiyibun diciptakan untuk toiyibat dan toiyibat diciptakan untuk toiyibun.” Aku terus beredar setelah menuturkan kata itu. Aku tahu jika aku menunggu, masih banyak yang akan Fairuz bicarakan. Aku sudah tidak sanggup untuk berhadapan dengannya. Perasaan bersalah pada Allah menggunung di hatiku. Astaghfirullah, ya Allah swt jauhilah diriku dari menjadi punca fitnah kepada hambaMu yang lain. Ya Allah swt sesungguhnya aku memohon perlindungan dariMu kuatkanlah iman dan ketaqwaan kepadaMu dalam menempuh dugaan ini dan yang akan datang. Hijabkanlah diriku dengan perkara yang mendatangkan kemurkaanMu. Sesungguhnya aku memohon rahmat dan barakah dariMu wahai Tuhan yang Maha Penyayang dan Pengasih. “Wardah, tunggu!” ya Tuhan, apa lagi yang lelaki ini mahukan dari aku? “Wardah, saya sedar, saya tak layak untuk bersama awak. Saya tahu saya bukan orang-orang yang baik untuk bersama awak. Saya tahu saya siapa. Tapi, siapa yang tak nak orang sebaik awak untuk jadi bakal isteri? Saya betul-betul dah jatuh cinta pada awak, Wardah. Bukan senang saya nak meluahkan perasaan saya ni. Tolonglah, Wardah.” Fairuz cuba meraih tanganku. “Fairuz! Jangan sekali pun awak cuba untuk sentuh saya. Cinta? Atau nafsu yang bersarang di hati awak tu? Cukuplah, Fairuz. Erti cinta pun tak dapat awak berikan pada saya. Awak fikir saya ni apa? Sudah, Fairuz. Jangan berharap lagi pada saya. Tak mungkin saya akan terima cinta awak tu. Saya dah lambat, izinkan saya balik. Assalamualaikum.” Aku melukis langkah pantas mendapatkan kereta ku. Sampai di keretaku, aku terus menguncikan diriku. Biar aku mengasingkan diri sementara dari dunia ini. Aku sudah penat melarikan diri dari Fairuz. Sejak semester pertama lagi, lelaki itu cuba meraih cintaku. Namun selama dia mencuba itu, sekali pun hati ini tidak pernah terbuka walau dipujuk rayu. Aku serahkan segala-galanya pada Allah, pengarang novel hidupku ini. Setiap malam, aku pastikan Istikharah, solat sunat hajat dan taubat menjadi penutup pada hariku. Aku yakin pada janji Allah, aku yakin pada aturan Allah yang cukup sempurna. Seandainya ditakdirkan aku tidak bersama mana-mana rijal hingga akhir hayatku, aku pasrah. Biarlah aku menjaga ummi hingga akhir nafasnya. Ya Allah, seandainya hati ini yang ada pada diriku lalai dalam mengingatiMu maka gantikanlah hati ini dengan hati yang bercahaya yang sentiasa mendahulukan cintaMu ya Ilahi dari segala sesuatu..ya Allah kurniakanku dengan hati yang selalu mengingati nikmat-nikmatMu dan selalu mensyukurinya. Telefon tanganku berbunyi minta dijawab. Aku memerhatikan nombor yang tertera, milik Fairuz. Tuhan, mengapa lelaki ini tidak pernah berputus asa? Aku hanya membiarkan telefonku senyap sendiri. Biar Fairuz tahu aku tak ingin menjawab panggilannya. Setelah 2 percubaan, dia berhenti. Namun, nada dering mesej pula yang berbunyi. Aku membacanya,Assalamualaikum Wardah, maafkan saya. Walaupun awak masih tidak sudi menerima saya, saya akan tetap menunggu. Saya cintakan awak, Wardah. Sungguh! -Fairuz Tunggulah, Fairuz. Tunggulah sehingga dirimu sendiri lelah dengan permainan yang kau mulakan. Pelangi itu untuk ditatap, Fairuz. Bukan untuk dimiliki…maafkan aku. Aku terus menghidupkan enjin kereta, Ummi pasti menunggu aku di rumah. Kereta ku pandu perlahan. Hati ini masih berombak deras, umpama gelora Tsunami yang menghempas pantai dan menghadiahkan bumi selautan bencana. Aku gelisah, tidak tenang dalam menghadapi dugaan itu. Subhanallah, terasa begitu kerdilnya aku di sisiNya. Cubaan yang begitu kecil aku rasakan begitu besar. Rapuhnya imanku bila dicemari bisikan syaitan laknatullah. Astaghfirullahal’azim… Akhirnya aku tiba di hadapan rumah. Ummi dapat ku lihat sedang menanti di halaman. Aduhai, gerangan apa pula permaisuri ku ini menunggu kepulanganku? “Assalamualaikum, ummi.” Aku mendapatkan ummi dan menyalami tangan tuanya, tangan yang tidak pernah berputus asa dengan ujian dan cubaan Allah. Ummi, sesungguhnya ummi ratu hati Wardah yang menjalar di tiap urat nadi…“Alaikumussalam. Mari, sayang. Temankan ummi minum kat luar.” Ummi menarik tanganku. Aku hanya menurut. Seingat aku, jarang ummi berada di rumah pada masa begini. Biasanya dia sedang berada di masjid.“Kenapa ni, ummi? Biasanya ummi di masjid,kan?” aku memulakan bicara.“Hmm…hari ni Ustaz Syed tak dapat datang. Jadi, ummi buat keputusan nak duk kat rumah je. Lagipun, dah lama sangat ummi tak sembang ngan puteri ummi ni. Wardah tak suka ke?”“Eh, ada pulak macam tu. Lagilah Wardah suka, ummi. Memang dah lama Wardah tak bermanja ngan ummi. Banyak yang Wardah nak ceritakan pada ummi.” Aku menggenggam tangan ummi.“Ummi tahu. Hari-hari ummi tengok kalau Wardah balik dari kuliah, mesti muka monyok. Kenapa, sayang? Ada apa-apa yang tak kena ke kat Unitar tu? Atau Wardah tak suka belajar kat sana?”“Bukanlah, ummi. Wardah suka belajar kat sana. Ramai yang jadi kawan Wardah, study pun okay. Lecturer semua baik. Bukan sebab Unitar, ummi…tapi sebab sorang rijal tu…”“Ummi tahu, dia minat kat anak ummi ni,kan? Tapi sayangnya hati anak ummi ni pada orang lain. Betul tak?” ummi memotong cakapku. Ah, sememangnya kau ibu yang memahami, ummi. Apa saja di hatiku walaupun aku rahsiakan tetap kau tahu.“Hmm…gitulah ceritanya. Tapi yang ending tu salah sikit. Hati Wardah bukan dekat orang lain tapi hati Wardah memang tak terbuka untuk mana-mana rijal pun…”“Termasuk Aidil Azhiim anak Tuan Saiful tu?” Err…nama itu? Apa pula kaitannya dengan ummi ku?“Aidil Azhiim? Kenapa pulak ummi sebut nama dia?” dapat ku lihat senyuman sinis di bibir ummi. Ya Allah…tidak pernah hatiku berkocak begini deras.“Baba telefon ummi tadi, ceritakan tentang makan malam hari tu.” Menantikan jawapanku namun aku masih bisu, ummi menyambung,“Fatwa Saiyidina Umar r.a :Orang yang bijaksana,tidaklah dia mahu mencari sahabat melainkan orang-orang yang panjang fikirannya,kuat agamanya, luas ilmunya, tinggi akhlaknya, lanjut akalnya, dan di waktu mudanya bergaul dengan orang-orang yang soleh. Barangsiapa yang melalaikan keteguhan percintaan dari sahabatnya, maka tidaklah dia akan merasai buah persaudaraan orang itu terhadapnya. Barangsiapa yang memutuskan persaudaraan sebab takut dikhiyanati, maka hiduplah dia dengan tidak bersaudara. Tidaklah ada kesenangan hati yang menyamai kesenangan bersahabat, dan tidaklah ada kedukaan yang melebihi kedukaan apabila putusnya persahabatan itu.” aku tersenyum, senang mendengar kata-kata ummi kerana aku tahu, tiap apa yang dikatakan ummi pasti disokong mana-mana dalil. Aku gemar meluangkan masa bersama ummi begini, sekurang-kurangnya terisi ruang hatiku dan mengelakkan titik hitam dari bersarang di dalamnya. Teringat aku akan kata-kata Naqibahku ketika usrah di sekolah menengah dulu, “Sehari kita tidak mendengar tazkirah, akan terbit satu titik hitam di dalam hati”. Na’uzubillah…“Wardah, ummi rasa Wardah faham kan apa yang ummi cakap tadi?” kata-kata ummi mengembalikan aku pada kenyataan. Tuhan, jauhnya aku mengembara mengenang kenangan bersama ahli usrahku dulu.“Faham,ummi. Syukran ummi. Terisi jugak hati Wardah hari ni.” Aku membalas, pendek. Ummi memegang tanganku lembut, aku membalasnya.“Sayang, ummi tak kisah siapa pun pilihan Wardah. Yang penting, menantu ummi tu nanti yang akan mengimamkan solat Wardah, yang akan berkongsi tazkirah, yang akan mengingatkan Wardah tentang Islam, yang akan menjaga Wardah, dan yang paling penting, akan menjadi nakhoda pada kapal kehidupan Wardah. Faham, sayang?” aku mengangguk, lemah.“Wardah faham,ummi. Memang itu yang Wardah impikan. Wardah impikan suami yang akan bersama-sama Wardah berjuang menegakkan agama, suami yang akan bersama-sama Wardah dalam berjihad. Wardah impikan untuk menjadi sayap kiri pada suami Wardah. Wardah nak jadi pendokong dan pendorong,ummi…bukan sekadar pengikut.”“Alhamdulillah, sejuk hati ummi mendengar semua itu. InsyaAllah, sayang…doa ummi sentiasa bersama Wardah. Berdoa itu penting,sayang. Allah paling suka hambaNya merayu dan merintih. Sebab tu Allah selalu uji kita, selalu duga kita. Kadang-kadang kita sendiri tak sangka kita sebenarnya kuat untuk menempuh segala ujian tu. Sebab tu Allah uji kita, Dia nak kita sedar, kita sebenarnya kuat.” Aku memandang wajah ummi. Tidak sedikit pun wajah itu terganggu dengan ujian dan dugaan dari Allah. Ya Tuhan, Kau tabahkanlah hati ibuku. Kasihi dia sebagaimana dia mengasihiku ketika aku masih kecil, Tuhan. “Eh, dah dekat Maghrib ni. Mari masuk, nak. Wardah bawa sekali cawan tu ke dalam. Ummi nak bersiap ke masjid ni. Wardah nak ikut ke?” “Boleh jugak,ummi. Lagipun dah lama sangat Wardah tak ikut ummi ke masjid. Ummi tunggu Wardah, ya?”“InsyaAllah. Cepat, sayang. Pergi mandi dulu. Wardah tak rehat pun hari ni.”Aku berlalu ke dapur. Ummi terus sahaja ke kamarnya dan menyiapkan diri. Mujur tiada tugasan yang perlu aku siapkan hari ini. Bolehlah aku mengikut ummi ke masjid malam ini. Tambahan pula, hari ini hari Khamis. Malam ini pasti ada ceramah sesudah Isya’. Beginilah hidup ummi sehari-hari semenjak Baba meninggalkannya. Aku tidak pernah bimbang dan runsing akan keadaan ummi kerana aku tahu, dia benar-benar kuat. Aku harap aku juga akan jadi sepertinya, kuat dan tabah! InsyaAllah…

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahuTak siapa pinta ujian bertamu
Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandangMempunyai berbagai tafsiran
Segala takdir, terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatnya
Allah rindu mendengar rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah
Menghadapi segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu…
*rahmat ujian-mestica
BAB 2

Kad itu ku belek lagi untuk ke sekian kalinya. Aidil Azhiim..nama itu seindah wajahnya. Tuhan, apa di hatiku ini? Serentak itu pintu kamar ku diketuk. Aku yakin itu ummi. Belum sempat aku menyuruh permaisuri hatiku itu masuk, dia telahpun membuka pintu itu. “Assalamualaikum sayang.” Umi tersenyum. Senyum ummi itu…ah, sukar diertikan maksudnya. “Alaikumussalam,ratu hati. Ada apa Puan? Boleh saya bantu?” aku cuba bergurau. Ummi menyambutnya dengan senyuman. “Wardah, kenapa cakap macam tu dengan Baba semalam?” ummi melabuhkan punggungnya di sisiku. Aku bingkas meletakkan kepalaku di ribanya. Jarang benar aku berpeluang bermanja dengan ummi begini. Aku hanya membisu. Yakin ummi tahu akan jawapanku. “Sayang…ummi tahu Wardah marahkan Baba, tapi itu bukan caranya,sayang…ummi tak ajar mawar berduri ummi buat macam tu. Malu ummi pada Tuan Saiful dan anaknya.”Tuan Saiful? Aku memandang wajah ummi dengan seribu soal. “Tuan Saiful tu peguam yang uruskan kes ummi dan Baba. Baba mengeluh semalam depan dia, terus Tuan Saiful tanya. Kebetulan pulak anak teruna dia masuk waktu tu. Apa lagi, glamor lah anak ummi ni semalam dalam pejabat tu.” Ha? Aku bingkas bangun dan mengadap ummi. Anak Tuan Saiful? Terus aku teringatkan kata-kata Aidil Azhiim tentang abi nya…mungkinkah… “Anak Tuan Saiful…Aidil Azhiim…” ummi menambah, seolah-olah mengerti dengan isi hatiku. Ya Allah..malunya aku! “Err…anak dia kata apa,ummi?” aku mencapai tangan ummi dan ummi tersenyum. “Aidil cakap, dia terjumpa kamu di bawah. Katanya tak sangka mawar berduri ummi ni keras hati. Nampak macam lembut je…” ummi tergelak kecil. Dapat aku rasakan wajahku panas ketika itu. “Dahlah tu. Apa yang nak Wardah malukan dengan Aidil tu…dia faham apa yang terjadi. Hurm, kes ummi dan Baba dah selesai. Ummi bukan isteri Baba lagi tapi Wardah kena ingat, Wardah tetap anak Baba. Dan Baba masih Baba Wardah.” Ummi menyentuh wajahku. Baru aku ingin menjawab, “Esok Baba datang ambil Wardah keluar makan. Ummi nak Wardah layan Baba baik-baik. Wardah kan anak solehah? Jangan kerana ummi hubungan Wardah dan Baba keruh. Ummi tak suka. Ummi dah biasa tanpa Baba. Tapi ummi tak nak nanti Baba cakap ummi tak pandai mendidik Wardah. Faham tak,sayang?” “Tapi…” “Tak ada tapi-tapi lagi,sayang. Wardah sayang ummi tak?” aku mengangguk,lemah… “Kalau sayang, tolong…demi ummi, kerana Allah…boleh tak?” ummi pandai menggunakan senjatanya. Akhirnya aku mengangguk, tewas dengan pujukan ummi. Ya Allah, kuatkan hatiku, Tuhan…hanya padaMu tempat aku memohon sesuatu! Aku tak tahu mengapa ummi beria benar menyuruhku bersiap malam itu. selalunya ummi tidak begitu. Kata ummi, mungkin malam ini aku akan bertemu tetamu istimewa. Ummi…kenapa buat Wardah macam ni? Ummi tahu Wardah tak nak pergi,kan? Ummi… Aku masih memandang wajah ummi kala Baba tiba dengan Waja nya. Aku bermalasan untuk melangkah di pintu sehinggalah ummi menegur. “Wardah, pergi cepat. Kasihan Baba menunggu tu. Tak baik biar tetamu menunggu,kan sayang?” Ummi menghulurkan tangannya, minta disalami. Aku salam tangan itu, ku kucup penuh sayang. Ummi…aku masih cuba meraih simpatinya namun ummi seakan-akan membutakan matanya dari memberi simpati yang aku tagih itu. Dan aku akur, aku mengorak langkah menuju ke arah kereta Baba. Kereta yang telah setengah tahun tidak aku naiki! “Assalamualaikum mawar berduri.” Baba menghulurkan tangan tuanya, mengharapkan aku menyambutnya dan menyalaminya. Aku memandang wajah itu. Ah, wajah Baba tidak dimamah waktu. Mungkin kerana itu ada wanita lain yang merampas tempat ummi! Aku menyambut huluran itu, serentak menjawab salamnya dan duduk di sisi lelaki itu. Lelaki yang terlalu dicintai ummi satu ketika dulu. Ingin saja aku tanyakan Baba mengapa diperlakukan ummi begitu. Ingin saja aku hunus Baba dengan jutaan soalan dan pertanyaan agar dia kembali pada ummi. Tapi, berbaloikah? “Wardah nak makan di mana,sayang?” Baba bersuara,memecahkan keheningan di atmosfera keretanya. Aku tidak banyak bertutur malam itu. “Ikut suka Baba lah. Wardah tak merancang apa-apa malam ni.” Aku menjawab,sekadar mencukupi syarat. Lagipun, janji ku bersama ummi semalam untuk melayannya dengan baik masih kukuh dalam ingatanku. “Baba bawak Wardah makan seafood,ya? Wardah mesti dah lama tak makan di Kelana Seafood,kan?” Aku mengiyakan kata Baba walaupun hakikatnya baru minggu lepas aku membawa ummi makan malam di situ. Ya Allah, aku mohon padaMu,Tuhan…kuatkan benteng sabarku. Akhirnya kami tiba di sana. Bukanlah jauh benar rumahku dari tempat makan itu. Aku hanya mengikut langkah Baba mengambil tempat di satu sudut restoran itu. Seperti biasa, orang di situ tetap ramai. Tidak hairanlah, restoran itu memang terkenal hinggakan sahabatku di Melaka juga tahu akan kewujudannya. Apa yang akan kami makan malam itu, ku serahkan sebulatnya pada Baba untuk memutuskan. Aku, hanya akur dan mengangguk. Lagak Baba malam itu seperti tiada apa yang telah terjadi. Lelaki itu seolah-olah tidak langsung merasa sedih dengan perpisahan yang terjadi antara dia dan ummi. Wajahnya seolah-olah tidak langsung mencerminkan perasaan bersalahnya membuat keputusan yang sebegitu. “Bukan Baba tak rasa bersalah, sayang.” Baba bersuara, membuatkan aku sedikit terkesima. Dia seperti mendengar suara hatiku. Aku memandangnya. “Baba tahu, Baba memang salah buat ummi macam tu. Tapi, tolonglah faham keadaan Baba. Baba terpaksa, Baba tiada pilihan lain.” Baba cuba meraih simpatiku. Ah, tak mungkin Wardah menyokong Baba! Ummi nyawa Wardah, ummi segalanya bagi Wardah! Aku memberontak di dalam hati. “Kalau Baba tak tinggalkan ummi, Wardah sanggup tengok ummi dimadukan?” Baba melontarkan soalan yang membuatkan aku tersenyum. “Kenapa mesti bermadu, Baba? Baba tahu kan madu tu perkara manis yang amat pahit untuk seorang nisa’?” akhirnya aku bersuara. Baba masih berlagak tenang. “Atas sebab itu Baba terpaksa meninggalkan ummi. Baba tak sanggup tengok ummi menelan madu yang pahit.” “Dan untuk menggantikan madu yang pahit itu, Baba berikan ummi racun? What do you expect from her, Baba?” Baba diam, membalas soalan aku itu dengan keluhan. Aku tahu Baba mati akal untuk menjawab soalanku. “Wardah dah besar, Wardah berhak tahu apa yang terjadi. Jangan anggap Wardah masih kecil, Baba. Apa yang ummi rasa, Wardah turut rasa. Baba ingat senang ummi nak setabah itu? Dua tahun, Baba. 24 bulan Baba hilang. Belum cukup ke Baba seksa perasaan ummi? Sepanjang 24 bulan tu, ada Baba tanyakan khabar ummi? Tak, kan? Khabar Wardah apatah lagi. Entahkan Baba masih hidup atau tak, kami langsung tak tahu. Seingat Wardah, kali terakhir Baba telefon ummi, setengah tahun yang lepas. Tiba-tiba, Baba hantar surat, jatuhkan ummi talak satu. Lelaki apa Baba ni? Wardah bukan nak kurang ajar. Ummi tak pernah ajar Wardah macam ni. Tapi, Wardah tak sanggup nak tengok ummi menderita.” Perlahan-lahan, air mataku mula membasahi pipi. Baba hanya memandangku,kelu. “Dalam tempoh tu, macam-macam benda yang terjadi kat keluarga kita, kat ummi. Macam-macam fitnah yang jiran-jiran taburkan di muka ummi. Ummi tak pandai jaga suami, ummi tak pandai jaga rumahtangga, suami ummi larikan diri, suami ummi tinggalkan ummi untuk perempuan lain, ummi isteri derhaka, ummi segala-galanya! Dan dalam tempoh itu ummi cukup kuat. Wardah nampak kekuatan ummi. Wardah nampak kegagahan ummi. Wardah tak pernah nampak ummi menangis, Wardah tak pernah nampak ummi merintih. Yang Wardah nampak setiap hari selama 24 bulan tu, hanyalah ummi yang sentiasa tersenyum. Ummi yang tidak pernah meninggalkan tasbihnya. Ummi yang tak pernah tertinggal satu pun kuliah agama di masjid. Mana Baba tika ummi memerlukan? Mana Baba saat ummi hampir terjatuh?” air mata yang ku tahan jatuh jua. Baba masih bisu memandangku. Biar, biar dia rasa bersalah. Biar dia menyesali tindakannya! “Baba tahu ummi kuat, sebab tu Baba yakin apa yang Baba buat ni betul. Wardah, kadang-kadang kita perlu korbankan sesuatu untuk dapatkan sesuatu. Baba bukan sengaja nak korbankan ummi.” “Dan untuk dapatkan kebahagiaan Baba, Baba korbankan hidup ummi?” Baba baru sahaja hendak membalas kata-kataku bila makanan yang kami pesan tiba. Serentak dengan itu, 2 lelaki menghampiri kami. Yang seorang itu, aku tidak pasti siapa tetapi di sebelahnya, adalah lelaki yang sering bermain di mataku sejak kali pertama aku memandangnya! Tuhan, janji apakah ini? Baba melambai, menggamit mereka untuk menyertai kami. Aku memandang Baba dan akhirnya Baba bersuara, “Baba yang ajak Tuan Saiful dan anaknya join kita.” Anaknya? Aidil Azhiim? Tuhan…

Mencari Erti Cinta -mujahidah-

BAB 1

Aku terjaga agak lewat hari ini, Subuhku jua agak di hujung waktu. Kalau Ummi tahu aku menunaikan kewajipanku yang satu itu selewat ini, habislah aku dileterinya. Selesai berpakaian, aku melihat jam di meja solekku. Ya Allah, sudah terlewat rupanya aku untuk ke kuliah. Langkah kaki ku deraskan. Ummi yang sedang menikmati sarapannya di ruang makan agak tergamam dengan kekalutan ku itu. Namun aku kira ummi pasti memahami anaknya ini sudah terlambat. Aku hanya sempat menyalami dan mencium dahi ummi sebelum ku gapai kunci Satria GTI kesayanganku, hadiah pemberian Ummi sempena hari lahirku yang ke-20 tahun lepas. Ummi seolah-olah merestui pemergianku apabila dia mengusap kepalaku penuh kasih. Aku sering merasa syahdu apabila Ummi melakukan begitu. Terasa dalamnya kasih sayang Ummi meresap ke dalam lubuk hatiku. Tanpa sepatah kata pun, aku berlalu meninggalkan rumahku menuju Universiti Tun Abdul Razak, yang letaknya hanya sepuluh minit dari kawasan tinggalku. Telah dua tahun aku di sini, dalam usaha menamatkan pengajianku di bidang perniagaan. Bukan pintaku untuk terus belajar di sini tapi mengenangkan ummi yang akan keseorangan jika aku memasuki mana-mana institusi pengajian tinggi awam yang lain, aku memilih hanya untuk melanjutkan pengajianku di sini, supaya aku tidak perlu meninggalkan ummi sendirian di rumah. Besar pengorbananku? Aku kira tidak sebesar pengorbanan Ummi dalam membesarkan aku selama 21 tahun ini. Sudah cukuplah selama ini Ummi menghabiskan titik-titik peluhnya dalam membesarkanku, aku kira sudah sampai waktunya aku pula yang membalas segala jasanya. Aku meletakkan kenderaanku di tempat seperti biasa. Langkah ku atur kemas dan pantas menuju ke kelas ku. Pasti hari ini seperti hari-hari yang lepas, Puan Aisyah akan lewat untuk kuliah seperti biasa, bisik hati kecilku penuh yakin. Sebaik sahaja aku menyelak daun pintu yang memisahkan antara ruang rehat dan kelas ku itu, aku terpana. Ya Allah, mimpi apa pula Puan Aisyah tiba lebih awal hari ini? Ya, aku menjadi barang perhatian hari itu. Puan Aisyah hanya tersenyum sinis memandangku. Wajahku hangat tiba-tiba. Malunya aku,Ya Allah! "Err..Assalamualaikum Puan. Maafkan saya. Saya terlewat." Itu sahaja yang mampu aku tuturkan. Selebihnya,aku kelu. Mataku penuh tabah menatap wajah Puan Aisyah yang tenang itu. Bergelodakkah hatinya di sebalik ketenangan itu? Aku cuba mentafsir riak wajahnya. "Saya nampak itu, Wardah. Duduklah. But promise me,not to repeat it again." Tegas suaranya. Mujurlah dia tidak menghukumku. "Insya Allah,Puan. I'll try my best." Aku membalas arahannya bersama anggukan kepala dan terus mencari tempat duduk. Aduh, tempat yang biasa aku pilih telah diambil orang. Mataku melilau ke bahagian belakang bilik kuliah. Hanya ada satu tempat kosong, dan letaknya di sebelah Fairuz! Allah,apa pula ujian Mu kali ini? Mahu tidak mahu, aku terpaksa duduk di situ. Fairuz tersenyum,seolah-olah meraikan kemenangannya kerana aku di sisinya. Ah,lelaki ini memang tak tahu malu! Sepanjang kuliah itu, aku langsung tidak dapat menumpukan perhatianku. Sesekali anak mataku dapat mencuri pandangan Fairuz yang sering singgah di wajahku. Isk, tak belajar ke dia ni? Aku bersoal dengan hatiku sendiri. "Okay class, I want all of you to submit the assignment by next week. Assalamualaikum." Kata-kata Puan Aisyah itu menamatkan kuliahnya. Eh, aku terjaga dari termenung ku. Puan Aisyah dah keluar? Aku memandang buku nota di hadapanku, kosong. Masya Allah...tiada apa yang aku dapat untuk kuliah hari ini. Semuanya kerana Fairuz! Aku memandangnya,geram namun dia membalasnya dengan tersenyum. Benci aku melihatnya begitu. Baru sahaja dia ingin berkata sesuatu, aku bingkas bangun meninggalkannya terpinga-pinga. Ya Allah,hanya Dikau tempatku mengadu, dengarkanlah sendu rayuku. Tiada aku tanpa Mu oh,Tuhan...berkatilah hidup ini..rahmatilah tiap langkah hamba Mu ini... Aku mengeluh lagi untuk entah yang ke berapa kalinya. Serabut kepala ku memikirkan soalan Fairuz semalam.Aku tahu dia menuntut jawapan dariku hari ini. Ralit aku memikirkan permasalahan itu, tanpa ku sedari Fairuz telah pun berada di hadapanku. Lelaki ini, apa lagi yang kau mahukan dariku? Tanpa menunggu persetujuanku, Fairuz mengambil tempat duduk di hadapanku. Aku memalingkan wajah. Bimbang juga tercipta fitnah dan khabar angin apabila rakan-rakan kuliah ku melihat aku bersama dengannya di kafeteria ini. Fairuz terus merenungku. Seram sejuk aku dibuatnya. Wahai muslimin, tidak malukah engkau berbuat demikian pada seorang muslimah? Lantas aku teringatkan pesan Ummi untuk tidak berduaan bersama muslimin kerana yang akan hadir menjadi orang ketiga adalah syaitan. Aku ingin bingkas bangun namun ditahan oleh kata-katanya. "Nanti dulu, Wardah. Bila awak nak berhenti dari melarikan diri? Penat saya kejar awak,tau. Awak ingat saya ni apa untuk awak main kejar-kejar? Awak anggap saya ni adik-adik awak?" Aku tersenyum sinis. Kau silap,wahai lelaki. Aku tidak ada adik. Aku tersenyum lagi. Mungkin bengang dengan tindakku yang membisu, Fairuz bersuara lagi, "Wardah, saya ikhlas tentang apa yang saya katakan semalam. Awak dah pertimbangkan ke?" Telah ku agak soalan itu yang akan dibangkitkan. Aku tidak membalas kata-katanya. Dapat ku lihat dari anak mataku kemarahan yang ada di riak wajahnya. "Wardatul Syauqah, saya tahu apa yang cuba awak lakukan. Awak nak saya tergila-gilakan awak,kan? Awak fikir awak siapa untuk dapat semua tu? Sekali awak menolak saya, sepuluh perempuan lain yang akan mengejar saya, Wardah!" Astaghfirullahala'zim...istighfar panjang aku mendengar ayatnya itu. Dengan sifat sebegini kau cuba meraih cintaku, Fairuz? Lelaki dayus apakah engkau ini? Sabarkan aku, Ya Allah...kuatkan hatiku menerima ujianMu ini. Selepas melepaskan amarahnya itu, Fairuz terus berlalu. Tanpa menunggu lama, aku pun turut meninggalkan kawasan kafeteria itu lantaran ada segelintir mata yang sedang memerhatikan aku. Mungkin mereka tertanya-tanya mengapa Fairuz tiba-tiba mengamuk sedemikian rupa. Fikiranku tidak tenang. Kata-kata tohmahan Fairuz sebentar tadi asyik terngiang-ngiang di ruang telingaku. Apa lagi yang lelaki itu cuba buktikan padaku? Semalam dia melafazkan cinta, hari ini dia melampiaskan kemarahannya kepadaku. Lamunan ku terhenti ketika kereta yang aku pandu hampir-hampir merempuh pembahagi jalan. Ya Allah, syukur ke hadrat Mu kerana menyedarkan aku. Alhamdulillah. Aku tidak mahu begini akhirnya hidupku. AKu masih ingin bertemu Ummi dan Baba. Aku mengucap panjang mengenangkan apa yang mungkin terjadi padaku jika aku masih terus mengingati apa yang dikatakan Fairuz kepadaku. Kembara ku teruskan, hampir saja aku ke kawasan perumahanku, telefon tanganku berbunyi. Aku memandang skrin.Ah,Ummi. Tidak pernah dia menelefonku waktu-waktu begini. Pasti ada hal yang penting. Aku memberhentikan keretaku di sisi jalan lantas ku capai telefon ku itu dan menekan butang OK. "Assalamualaikum ratu hatiku." Salam ku hulurkan. Ummi masih membisu. Tidak lama begitu, ku dengar esakannya pula. Hatiku berdebar. "Ummi,kenapa ni? Ummi kat mana? Kenapa ummi? Kenapa Ummi menangis?" Soalan bertalu-talu aku hulurkan namun Ummi masih menjawabnya dengan esakan. Ya Allah, lindungi ibuku dari bala bencana. "Ummi, Wardah dah dekat dengan rumah. Lagi 5 minit Wardah sampai. Ummi tunggu,ya? Sekejap je lagi." Aku mengambil jalan penyelesaian. AKu tahu Ummi takkan mungkin menutur kata tika sedang menangis. Faham benar aku dengan sifat ratu hatiku itu. Aku menamatkan panggilan,terpaksa berbuat demikian untuk terus memandu. Tiba saja aku di hadapan rumah, aku tidak terus memarkirkan keretaku di halaman rumah sebaliknya aku terus berlari mendapatkan Ummi. Salam ku hulurkan, pintu ku ketuk namun Ummi masih membisu. Dadaku semakin berombak kencang. Aku teringatkan kunci simpanan milikku di dalam tas tangan. Laju tanganku mancapai kunci itu dam membuka pintu rumahku itu. Mataku liar mencari Ummi di ruang tamu namun hampa. Langkah ku atur ke bahagian dapur namun tidak ku temu Ummi di situ. Hatiku terdetik untuk ke ruang telefon yang terletak di sudut tangga dan akhirnya, aku melihat Ummi terduduk di situ, dengan air matanya yang berjuraian. Ya Allah,dugaan apa yang Kau berikan pada Ummi ku? "Ummi, kenapa ni? Wardah di sini, Ummi...anakmu di sini."Aku terus berlari memeluk Ummi. Aku cuba mengangkatnya namun Ummi berdegil untuk terus di situ. Ummi,jangan lemah,Ummi...Ummi kekuatan Wardah...Lama Ummi memelukku. Aku faham, Ummi memerlukan seseorang untuk menjadi bahunya menumpang tangis dan aku lah bahu nya itu. Aku mengusap belakang Ummi penuh kasih. Ya Allah,kurniakanlah kekuatan pada Ummiku. Sungguh Kau sajalah tempat sebaiknya untuk hamba-hambaMu memohon sesuatu. Lama begitu, barulah Ummi berhenti. Dia memandang wajahku,merenung tepat ke dalam mataku. Dapat ku rasakan kesedihannya tika itu namun tidak ku tahu apa puncanya. Kami berbicara mata, dan dapat ku fahami yang Ummi menyuruhku untuk membaca warkah yang berada di sampingnya. Warkah itu ku ambil, Ummi menggenggam erat tanganku tika aku menyusur satu persatu kandungan warkah itu.

Assalamualaikum…
Bidadariku, Ainul Mardhiah.
Abang tahu Mar mungkin terkejut bila menerima warkah abang. Abang tahu Mar dah lama cuba cari abang. Di mana abang sekarang, biarlah hanya Allah dan abang yang tahu. Mar percayakan takdir Allah,kan? Abang tahu bidadari abang yang abang cintai ini akan selalu kuat menerima dugaan dan ujian dari Allah. Bukankah dulu Mar pernah berkata yang ujian itu tanda kasih Allah pada hambaNya?
Bidadari…
Sungguh, abang akui. Abang benar-benar cintakan Mar sepenuh hati abang. Bagi abang, Mar adalah bidadari, umpama nama Mar sendiri, Mar adalah bidadari yang menjadi idaman para syuhada’. Mar seharum kuntuman di taman syurga yang menanti hadirnya seorang lelaki untuk menjadi bukti cinta sejati. Dan abang tahu, jika abang kehilangan Mar, abanglah orang yang paling bodoh. Bodoh kerana tak pandai menilai intan yang berkilau yang sememangnya milik abang. Lelaki mana yang tidak bangga punya isteri sepertimu,Mar? Dan abanglah orang itu. Abanglah lelaki yang berjaya menyuntingmu dari laman mawar kedua ibu dan ayahmu. Pandai ibu dan abah menamakanmu sebagai Ainul Mardhiah.
Sememangnya kau bidadari,sayang…
Isteriku…
Abang hanya harapkan Mar kuat dan terus kuat untuk mengharungi dugaan yang bakal mendatang. Abang tahu wanita yang abang pilih untuk menjadi ibu dan pendidik buat satu-satunya puteri abang ini adalah wanita yang kental,yang kuat dan yang tidak pernah mengalah pada ujian yang tiba. Wardatul Syauqah…puteri milik kita itu pasti benar-benar bergelar puteri kini. Jaga Wardah bagi pihak abang, Mar…abang tak berdaya untuk ketemu Wardah lagi kini. Abang malu. Malu pada Allah, malu pada Mar, malu pada ibu dan abah, malu pada Wardah…dan malu pada diri abang…
Maafkan abang,sayang…abang tak pandai berkata-kata. Abang bukanlah pujangga untuk mengukir sajak puisi indah untuk tatapan Mar. Abang hanyalah pengemis cinta yang hina yang tidak lagi mampu membahagiakan Mar. Abang benar-benar memohon maaf, Mar. Maafkan abang, ampunkan segala kesalahan abang. Halalkan makan minum abang ketika masih bersama Mar. Merdu suara Mar mendodoikan abang hingga terlena, lembut tangan Mar menghilangkan lenguh penat abang dulu, enak air tangan Mar menghidangkan santapan abang dulu, basah lidah Mar menenangkan abang tika abang gelisah dulu, takkan mungkin abang lupakan. Sungguh, Mar…Mar adalah isteri sebaik-baik isteri yang pernah abang temui. Namun Mar, abang harus akur. Benar kata Mar dulu, “Toiyibat untuk toiyibun dan toiyibun untuk toiyibat”…mungkin abang dah ketemu toiyibat yang abang impikan. Sayangnya, abang bukanlah toiyibun untukmu,sayang…maafkan abang…hinalah abang, caci makilah abang, abang tahu semuanya silap abang. Redhalah, sayang…ini takdir kita. Ini ketentuan yang ditetapkan buat kita.Ainul Mardhiah binti Mohd Azizan,Dengan ini, ana, Kharuddin bin Muhamad menjatuhkan talak satu ke atas dirimu.Maafkan abang. Sebab musababnya, biarlah hanya Allah dan abang yang tahu.Wallahua’lam bissawab.Sampaikan salam abang pada mawar berduri kita dengan lafaz Assalamualaikum…Sekali lagi, ampunkan abang…
Insan hina,
khairuddin

Air mata yang ku tahan jatuh satu-persatu. Ya Allah, lelaki apa yang Kau takdirkan buat Ummi, Ya Allah? Kenapa baba? Baba kejam!!! Lelaki apa baba ini Ya Allah? Lelaki dayus apa yang telah Kau takdirkan untuk menjadi keluarga kami? Ya Allah…tabahkan hati kami,kuatkanlah semangat kami mengharung dugaanMu!!!“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati. Padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman.” (Ali-Imran:139) Ummi terjaga dulu dari aku pagi itu. Semalam kami tertidur dalam pelukan masing-masing setelah selesai solat Isya’ berjemaah. Benar, Ummi benar-benar kuat. Itulah kegagahan wanita bagiku, kegagahannya bila dia tabah menerima sebuah kehilangan. Aku hanya bangun bila Ummi selesai mandi dan berwudhu’. Ah, tak sanggup aku lepaskan peluang untuk solat berjemaah bersama Ummi kali ini. Aku bingkas menuju ke tandas dan berwudhu’. Aku pasti Ummi menanti aku. Amin…aku mengaminkan doa Ummi…sayu ku dengar rintihan hati Ummi kali ini. Aku menyalami tangan Ummi, ku kucup tangannya penuh sayang dan dia mencium dahiku seperti biasa. Aku memandang matanya, dapat ku kesan bengkak tangisannya yang tidak henti dari semalam. Belum sempat aku berkata-kata, Ummi dulu yang memulakan bicara, “Wardah sayang, tak ada seorang muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lain-lainnya melainkan kerananya Allah akan menghapuskan keburukan sebagai mana pohon yang menggugurkan daun-daunnya.” Ummi mengusap lembut kepalaku. Aku mengangguk, faham akan maksud kata-kata Ummi itu. “Dan orang-orang mukmin itu jiwanya damai dan tak mudah tergoncang. Ujian Allah baginya fitrah, sebagai mehnah didikan terus daripadaNya sebagai tanda kasih sayang dan penghapus dosa.” Ummi menyambung lagi. Aku memeluk Ummi dan Ummi membalas pelukanku itu. Lama kami begitu, ralit bersama perasaan masing-masing. Akhirnya, Ummi meleraikan pelukanku dan berkata, “Ummi nak keluar hari ni. Nak pergi mahkamah syariah. Ummi nak failkan perceraian Ummi ni. Wardah nak ikut?” Dapat ku dengar riak tenang di balik kata-kata Ummi. Aku cuba mencari kekuatan untuk berkata-kata. Rasanya aku masih tertampar dengan warkah yang aku baca semalam. Baba pengecut! Baba dayus! “Wardah ikut Ummi.” Itu sahaja jawapanku. Aku tidak mampu untuk terus berkata-kata kerana bimbang wajahku dihujani tangis lagi. Cukuplah. Lelaki memang tidak pernah tahu apa itu cinta. Selesai menyiapkan diri, aku menunggu Ummi di dalam keretaku. Malas aku memandu kereta Ummi kerana aku kini lebih senang dengan kereta panduan auto. Lama juga aku menunggu barulah Ummi tiba. Aku cuba mencari bias resah dan kecewa di wajah Ummi namun hampa. Ummi benar-benar tabah. Aku sendiri tidak tahu bagaimana Ummi boleh menjadi setabah itu. Kenderaanku pandu cermat, tiba sahaja di mahkamah, Ummi tidak membenarkan aku mengikutnya ke dalam. Disuruhnya aku menunggu di dalam kereta. Aku hanya bersetuju bila Ummi mengatakan peguamnya adalah muslimah, itu lebih selamat fikirku. Aku ralit memikirkan perihal Ummi dan Baba bila telefon tanganku bingit minta dijawab. Lagu “Demi Cinta Suci” memenuhi ruang dengarku tika itu. Pantas tangan aku mencapai telefon dan menerima panggilan itu tanpa melihat nombor di skrin terlebih dahulu. “Assalamualaikum.” Seperti biasa, aku memulakan bicara. Tiada sahutan. Aku hanya menunggu malas. “Alaikumussalam Wardah.” Suara itu, ya…suara yang telah hampir setengah tahun tidak ku dengari. Aku diam, menanti kata-kata seterusnya dari pemanggil. “Wardah sihat?” soalan itu ku biarkan bisu. Hati ini masih tidak dapat menerima hakikat yang dia menghubungiku. Tetapi untuk apa? “Baba tahu Wardah marahkan Baba.” Akhirnya dia membahasakan dirinya ‘Baba’. Baba? Layakkah dia digelar bapaku? “Mawar berduri…jangan diam,sayang.” Sayang? Siapa engkau untuk memanggilku sayang? “Wardah…Baba di atas,bersama Ummi.” Oh, jadi kerana itu Ummi menegah aku dari mengikutnya. Aku tahu mengapa,Ummi bimbang aku akan bertindak di luar batasan jika bertemu lelaki ini. Ya Allah, tinggikan tembok sabarku! “Wardah…biar apa pun yang Wardah fikirkan tentang Baba, Baba cuma nak Wardah tahu bukan niat Baba untuk mengabaikan Wardah. Baba ada sebab tersendiri,sayang.” Dan aku juga punya sebabku sendiri untuk tidak menerimamu sebagai Baba! “Wardah..” belum sempat lelaki itu meneruskan kata-katanya aku telah mematikan penggilan itu,sekaligus mematikan telefon tanganku. Ah, dia bukan ayahku! Dia bukan orang yang layak untuk aku panggil baba! Bukan! Aku meletakkan kepala ku di stereng kereta. Masa dirasakan begitu lambat berlalu.Umi…cepatlah,Wardah dah tak sanggup berada di sini… Baru saja aku ingin memejamkan mataku, cermin tingkap ku di ketuk. Aku memandang gerangan yang mengetuk tingkap kereta ku itu. Dia mengisyaratkan agar aku menurunkan cermin dan aku akur. Bimbang juga andainya dia ingin meminta pertolonganku. “Assalamualaikum ukhti. Anti tak apa-apa ke?” suaranya menusuk hatiku sebaik sahaja aku menurunkan cermin itu. Aku memandangnya. Tak tahu mengapa sejuk benar mataku memandang ciptaan Allah yang sempurna di hadapanku itu. Mungkin bimbang dengan kebisuanku, dia bertutur lagi, “Ukhti, ana bukan nak kacau ukhti tapi ana bimbang jugak sebab ana tiba-tiba ternampak anti tertidur dalam kereta ni. Ana takut anti pengsan ke..ape ke..anti ok ke?” suara itu lagi yang menusuk terus ke dasar hati ku. Tuhan, bidadara kah yang Kau turunkan ini? Aku terpinga, tidak tahu apa untuk dijawab. Dia masih sabar berdiri di sisi kenderaanku. “Ah, ana tak apa-apa. Ana okay. Ana cuma kebosanan menunggu ummi ana dari dalam sana.” Akhirnya aku bersuara. Mendengarkan itu, dia tersenyum. Mujur aku telah biasa bertutur menggunakan kata ganti diri seperti itu. kebiasaan yang aku dapat ketika aku menuntut di sekolah menengah, dan semenjak aku mula aktif dalam gerakan islah. “Aidil Azhiim. Ini kad ana. Ummi anti di dalam,ya? Mungkin bertemu janji dengan abi. Anti tak mahu masuk dulu? Kasihan pula pada anti menunggu di tengah panas ni.” Aku menyambut kad hulurannya. Tanpa melihat,aku letakkan kad itu di dalam tas tanganku. “Syukran. Tapi ana rasa biarlah ana tunggu di sini. Lagipun, tak panas pun. Ana kan dalam kereta?” dia tersenyum lagi. Senyuman itu…Subhanallah..manisnya… “Baiklah,ukhti. Ana masuk dulu ya? Semoga selamat. Assalamualaikum.” Dia terus berlalu sebaik melafazkan salamnya aku. Aku menyambut salam itu dan terus menaikkan kembali cermin tingkap kereta ku. Wajah itu…tak mungkin akan aku lupakan!

Thursday, October 11, 2007

Kegagalan mengajar erti kesabaran...

SALAM ALAIK.....
Trial kedua SPM baru selesai.So amacam???Spm pulak beberapa minggu je lagi...
Bagaimana dgn result ana?walaupun tidak memuaskan,memang ana agak kecewa kerana usaha
ana masih kurang apatah lg SPM terlalu hampir....Dgn bbrp lagi subjek killer yg belum dicover.
Namun,bg ana kegagalan adalah ujian Allah untk ana supaya ana lebih kuat berusaha dan merasai kemanisan perjuangan.Ana pernah dipesan:Jangan sesekali bersangka buruk dgn Allah.Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.Bersyukurlah atas segala yang menimpa kita..Sesungguhnya kita insan terpilih dan tanpa kita sedari doa kita spy diberi kekuatan oleh Tuhan telahpun diperkenankan oleh-Nya.Justeru,bagi sesiapa yang kecewa untuk trial 1 atau kedua nnt,jgn sesekali putus asa kerana Allah membenci orang yang berputus asa.Berusahalah wlpn dirasakan sudah tidak punya kekuatan.Moga2 Allah memberkati usaha kita.Insya-Allah....Percaya dan terus yakin kepada Allah,jika bukan skrg impian kita menjadi kenyataan,dgn usaha+doa+tawakal+solat tdk mustahil suatu masa nanti yg Allah tetapkan...
Smkn hari semakin hampir untuk hr perpisahan form 5.Berdebar pulak rasanya...segala kenangan spnjg 5 thn perkenalan akan terus tersemat di kalbu...After this,mungkin agak susah untuk bertemu...buat teman2 dan diri ana yg tdk terlepas dr kekhilafan jaga iman baik2 krn kita akan bertemu dgn dunia luar yang lebih besar mehnahnya.Pohonlah ditetapkan iman dan diberikan petunjuk oleh Allah dlm meniti hari2 selepas alam persekolahan.Kitalah yang akan memilih mana yang terbaik untuk kita...
Akhirul kalam,Selamat menyambut hari raya Aidilfitri,maaf zahir dan batin dan moga2 lebaran kali ini lebih diberkati dan diredhai Allah.....Jadilah muslim yang sentiasa mencintai Allah....

KENALI NABI MUHAMMAD SECARA LAHIRIAH

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan orang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah :

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah.
- Aku melihat cahaya dari lidahnya..
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA : Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Semulia-mulia insan di dunia...

Wednesday, October 10, 2007

........KaSiH ImAN NuRMuJAHaDaH..........

Sesungguhnya cintailah insan yang mampu menyinari cinta kita pada Ilahi... walaupun dalam diam itu lebih baik daripada terangan yang membawa seribu kemungkinan... Suasana dingin yang mencengkam tubuhnya sejak 2 jam tadi serasa bagaikan menggigit hingga ke tulang hitam. Kurung biasa dan tudung litup yang membalut tubuhnya tidak mampu untuk mengurangkan kedinginan. Hampir 2 jam dia bertapa di dalam bilik belajar 24 jam Perpustakaan Sultanah Bahiyah ini. Selesa walaupun kadangkala kekusyukannya setiap terjejas lantaran ada pelajar yang tidak “mendiamkan” handphone mereka. Dia selesa mengunjungi PSB pada waktu-waktu pagi dan juga petang kerana tika ini tidak ramai pelajar yang sanggup untuk menghabiskan masa di PSB, masa-masa sebegini lebih sesuai untuk beradu di atas katil asrama. “Assalamu'alaikum Ilmi…”, dia mendongak seraya membalas salam teman baiknya itu, Iman Nurmujahadah. “Adah pun study jugak ker?”, hairan dia melihatkan wajah sugul teman nan satu ini. “Erm… Adah cari bahan…”. “Adah cari bahan ker cari orang?”,aqal nakal Raudhatul Ilmi mula memainkan peranannya diikuti dengan kenyitan mata. “Ilmi..”, pantas jemari runcing itu mencari sasaran. “Dia tak dak la Ilmi… Erm, Adah lapaq la jom pi makan..Jom la..”, bagai budak kecil Iman Nurmujahadah merengek pada teman baiknya, sebenarnya dia tidak ingin terus menjadi bahan usikan Raudhatul Ilmi lagi… “Yelah tue…jab Ilmi nak kemas”, tak sampai hati rasanya untuk menghampakan harapan sahabat ni. ************************************************************************
Dia sukakan akhlak yang ditunjukkan oleh muslimin itu. Dia bukanlah seorang yang begitu mudah untuk jatuh hati. Malah, perkara inilah yang seringkali cuba dielakkan sepanjang usianya hampir 23 tahun. Bukan menolak jodoh tetapi dia masih terikat dengan amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul dan dilaksanakan sebaik mungkin pada ibu dan abahnya. Dia masih belum bersedia lagipun rahsia hatinya biarlah hanya Dia yang tahu…jangan memberikan harapan kepada insane sedangkan kita sendiri masih mencari-cari harapan untuk meneruskan perjuangan di bumi Allah ini. Tetapi kini…Pertemuan pertamanya semasa menghadiri Kursus Pengurusan Organisasi JPPK tidak lama dahulu masih berbekas di hatinya. Alunan ayat-ayat suci kalamullah yang dibacakan semasa qiammulail masih terngiang-ngiang lagi… mengusik nurani kewanitaannya…Dia terhutang budi dan nyawa pada Najmi Haqimie. Najmi Haqimie, itulah nama yang berjaya mengetuk pintu hatinya. Namun, rahsia ini disimpan sekejab mungkin hanya pada raudhatul Ilmi sahaja dicurahkan rahsia hati ini. Kesopanan dan ketertiban Iman Haqimie dalam menjalinkan ikhwah dihormati. Kepimpinannya dalam meletakkan Islam sebagai asas perjuangan dikagumi. Aduhai, itulah anugerah Ilahi buat insane yang bernama Najmi Haqimie. Puas sudah dia berdoa agar nama dan ingatan terhadap muslimin pilihan itu dilupuskan daripada kanvas hatinya. Tadahan doa dan solat hajat terusan dilakukan. Namun ingatan nuraninya semakin kuat. Apakah ini ketentuan Ilahi? Ahh, tidak..Mungkin ia hanya mainan syaitan laknatullah yang cuba untuk menipiskan iman di hatinya… Dia sedar saingannya terlalu hebat. Ukhtie Najihah, graduan diploma Pengajian Islam KIPSAS yang kini melanjutkan pengajian dalam bidang Psikologi juga khabarnya menaruh hati pada Iman Haqimie, lagi, Umi Farhana, hafizah Maahad Tahfiz Derga alor Setar, penuntut tahun 2 jurusan Pendidikan juga merisik ruang kosong di hati Iman Haqimie. Dia apa yang dia ada..? Hanya mimpi dan doa… atas satu sebab yang kukuh yang hanya dia dan Ilahi tahu mengapa dia berusaha bersungguh untuk melupakan adam itu. Lantaran itu, dia lebih senang untuk mendiamkan diri.

***********************************************************************
Pertanyaan Ustaz Shamsuri mengenai masa depannya masih menjadi persoalan. Ya Allah, rupanya desas desus mengenai beberapa siswi yang merisik khabar dia daripada ustaz-ustaz di Pusat Islam terbukti ada benarnya, bukan sekadar usikan rafik-rafiknya. Siapalah dia? Dia hanyalah insane biasa, serba kekurangan. Dia sendiri masih terkapai-kapai mencari jalan keredhaan biarpun sudah terang disuluh ilmu yang dicari. Amanah Ilahi bukanlah suatu yang main-main. “Enta, ana ni sekadar nak menyampaikan hasrat orang,” tenang sekali bicara Ustaz Shamsuri, lulusan Jordan berusia 35 tahun itu. “Ada yang bertanya khabar. Memilih enta sebagai peneman hidup pembimbingnya menuju ke jalan Ilahi. Kalau enta sudah mempunyai calon, beritahulah, kalau belum cuba-cubalah pertimbangkan hal ini,”. Bertemankan Syaiful Syahid, dia menunaikan juga janji untuk bertemu dengan ustaz yang dia hormati itu setelah diberitahu oleh seorang teman melalui sms. Rupanya ini yang ingin dibincangkan. Aduh, bersediakan dia…? “Tak sangka pulak aku,siapalah agaknya yang menjadi Siti Khadijah ke2 nie. Beraninya dia…,” kagum Syaiful Syahid dengan tindakan muslimat itu. Seakan menyamai dan mungkin boleh dikatakan bahawa dia mencontohi kisah Siti Khadijah r.a yang meminang Rasulullah saw. Jarang terjadi dalam sejarah mereka, muslimat membait muslimin. Selalunya muslimin yang akan menggunakan ustaz-ustaz di Pusat Islam, Darul Syifa’ untuk merisik seterusnya taqdim muslimat terpilih di hati. Lain pulak dengan kisah sahabat baiknya yang sorang nie. Syaiful Syahid tersenyum. “Wallahualam..tak tahu lah..dalam ramai mengapa mesti Qimie…masalah-masalah...,” Syahid hanya mampu menggelengkan kepalanya.

************************************************************************
Pening kepalanya… Khabar yang disampaikan Amal Hayati mengenai fitnah yang terjadi ke atasnya sudah menjadi berita sensasi. Pada Raudhatul Ilmi, dia titiskan air mata… ya Allah, , mengapa semua ini terjadi. Dia dikatakan perempuan yang tak tahu malu, perigi buta yang mencari timba…macam-macam tohmahan dilemparkan padanya.. “Sabarlah Adah, biar Allah sahaja yang membalas perbuatan mereka ini,” simpati Raudhatul Ilmi tercurah pada sahabat baiknya ini. Entahla siapa yang menyebarkan fitnah kononnya Iman Nurmujahadah telah merisik Najmi Haqimie. Kononnya lagi…mereka pernah ternampak Iman Nurmujahadah berbual mesra dengan Ustaz Shamsuri. Paling teruk, mereka mengaitkan kisah pertolongan Najmi Haqimie kepada Iman Nurmujahadah semasa gadis itu terkapai-kapai terjatuh di dalam kolam semasa menjalankan aktiviti kayak, peristiwa yang terjadi semasa kursus KPO sedikit masa lalu. Tak tahukah mereka bahawa dosa fitnah itu lebih buruk daripada zina…masyaAllah..getus hati Raudhatul Ilmi. Sayu dia memandang wajah sugul Iman Nurmujahadah. Sabarlah sayang, ada rahmat di sebalik semua ini. Patutla, semalam semasa usrah, ramai muslimat yang berbisik sesame mereka. Paling menyakitkan hatinya, sahabatnya itu dikatakan sengaja memancing perhatian Ustaz Shamsuri untuk memudahkan laluan memikat Najmi Haqimie. Bukan itu sahaja, Iman Nurmujahadah juga dipulaukan oleh ahli usrah yang kebanyakkannya menyokong seandainya Umi Farhana yang menjadi suri hati Najmi Haqimie. Ya Allah, Kau berilah kekuatan pada sahabatmu itu…doa Raudhatul Ilmi.
***********************************************************************
Semalam berpampasan dengan Najmi Haqimie dan Syaiful Syahid, terasa ada pandangan sinis Syaiful Syahid, manakala Najmi Haqimie hanya tersenyum. Riak ketenangan masih berbekas pada wajah pemuda berusia 24 tahun itu. Kalaulah kau tahu getarnya di hati ini. Dia tidak bersalah,apa yang perlu dimalukan. Ahh, pedulikan…Allah itu Maha Adil. Itu janji Dia. Kata-kata semangat yang Raudhatul Ilmi pasakan pada hatinya masih tersemat, dia takkan goyah..betul juga tu, mungkin dia insane terpilih oleh Ilahi untuk menguji sejauh mana ketaqwaan dia menghadapi mehnah ini. Sedangkan Rasulullah sendiri pernah menerima fitnah yang lagi hebat, inikan pula dia. Takkan hanya kerana acahan sekecil ini dia akan mudah untuk melatah..Tidak!!! Setiap malam dia akan bersolat hajat, mohon diberikan ketenangan, diberikan petunjuk agar dia akan tabah dalam mengharungi segalanya. Qalam suci itu tak pernah sunyi daripada amalan dia. Zikir, tahmid dan tasbih bagaikan sudah sudah sebati…benarlah, setiap yang berlaku ada rahmat yang tersembunyi disebaliknya. Syukurlah…dia takkan menyalahkan sesekali taqdir atas apa yang terjadi. ************************************************************************
Benarkah tindakannya ini..Moga apa yang dia lakukan adalah benar.. “Enti, ana minta maaf..Cuma ana rasa enti janganlah berharap pada sesuatu yang tak pasti. Ana minta enti tolonglah ana, fitnah telah tersebar. Ana takut ana tak tahan sabar. Tolonglah, lupakan ana. Ana tak nak amal ana terganggu dengan semua ini, lagipun ana rasa sebagai seorang perempuan ana memaklumi aqal 1 nafsu 9,”. Ya Allah, apakah benar apa yang dia dengar ini. Terluah daripada mulut muslimin yang selama ini mencuri hatinya. Dia menuduh seolah-olah aku… Ya Allah, mengapa terjadi semua ini. Sekali lagi, ketabahan dia diacah mehnah. “tentang Ustaz Shamsuri biarlah ana yang jelaskan padanya. Enti janganlah risau. Cuma kalau boleh janganlah dicanangkan peristiwa pertolongan ana pada enti semasa kursus hari tu. Kalau orang lain pun, ana yakin mereka mesti akan mengambil jalan yang sama jugak.” Laju lidah itu menuturkan bicara tanpa sedar ia telah melukakan hati seorang gadis. masyaAllah …berilah kekuatan untukku..Iman Nurmujahadah memohon dalam diam. *********************************************************************
itulah langkah nekad Najmi haqimie, maafkan ana Iman Nurmujahadah.. Ana dah tak sanggup untuk menghadapi semua ini. Berbekalkan semangat dan keyakinan dia mengatur pertemuan dengan gadis itu, walaupun debar di dada hanya Tuhan yang tahu. Dia tahu dia telah melukakan hati gadis itu, tapi dia sendiri bingung…fitnah itu seolah-olah mempermainkan kisah dia dengan gadis itu. Ketika berbicara tadi, dia tahu dia seolah-olah tidak memberikan peluang untuk gadis itu membela diri. Zalimkah dia? Entah lah dia sendiri pun tidak pasti. Lama dia berteleku di atas sejadah, menyelak qalam mulia itu, memuliakannya…moga hatinya akan menjadi tenang setenang air di kali. ************************************************************************

“Enta, ana mintak maaf atas apa yang telah terjadi. Kalau lah ana berterus terang tentu semua ini takkan terjadi. Ana betul-betul tak sangka,” terluah juga akhirnya penyesalan daripada Ustaz Shamsuri. Fitnah tentang Najmi Haqimie bertiup kencang dan dia tahu salah dia. Kesian Iman Nurmujahadah…dia tidak bersalah. “Tak pa lah Ustaz, ana dah selesaikan dengan muslimat tersebut, Cuma ana rasa peristiwa yang terjadi ini sedikit sebanyak mengoncang kesabaran ana…Ana terpaksa bersemuka juga walaupun ana tahu muslimat itu mungkin terkejut dan terluka. Tapi, ana rasa itulah jalan yang terbaik untuk kami berdua.” “Maksud enta, Iman Nurmujahadah?” “Na’am ustaz kenapa?” aneh. Bukankah dia yang… “Ya Allah, enta dah salah orang…,” ustaz Shamsuri melepaskan satu keluhan yang maha berat. “Sebenarnya bukan dia yang meminta ana menyampaikan hasrat itu. Orang lain tapi, semenjak peristiwa itu terjadi, muslimat berkenaan telah meminta pada ana untuk menjelaskan kepada enta, ukhtie tersebut telah pun menerima lamaran melalui keluarganya.mungkin jodohnya bukan dengan enta…” Bunyi ketukan lembut pada pintu menyentak kedua-dua mereka. Daun pintu yang terbuka menyerlahkan wajah tenang dan susuk tubuh seorang gadis berjubah ungu. “Assalamu'alaikum…abang long…”, Mata mereka bertembung, Ya Allah apakah benar apa yang dia dengar ini. “Inilah adik kandung ana, Iman Nurmujahadah,” ************************************************************************
Kebenaran telah terbukti, rupanya Iman Nurmujahadah adalah adik kandung berlainan ibu pada Ustaz Shamsuri, patutlah ada yang pernah menyampaikan tentang kemesraan kedua beradik itu. Kebenaran tentang fitnah itu juga sudah terjawab. Dia sendiri tidak pasti apakah perasaan dia sekarang. Masih terngiang lagi bicara manis, lembut tapi penuh hikmah terluncur daripada bibir Iman Nurmujahadah. “Aqal yang sembilan masih belum mampu untuk menilai antara kebenaran dan kebatilan. Walaupun aqal yang satu namun, yakinilah bahawa yang satulah yang akan mengatakan kebenaran melalui aqalnya.” MasyaAllah…benar aqal sembilannya itu masih belum mampu untuk membantu dia menilai erti ketulusan dan kejujuran seorang insane. Apa butakah dia, semasa liqa’ dengan gadis itu, tak terlihatkah dia akan cahaya kejujuran pada wajah gadis itu…Ya Allah…
************************************************************************
Cuti semester telah pun bermula, sudah sebulan peristiwa hitam berlalu. Yang menyebarkan fitnah itu sudah mengaku akan kesalahannya, dia sedia memaafkan semua nya. Bukankah kemaafan itu lebih baik daripada saling bermasam muka. Sesungguhnya Islam itu terlalu indah… Sebentar tadi pramugari MAS datang menghulurkan minuman fresh oren padanya. Ajakan abangnya, Ustaz Shamsuri untuk menunaikan umrah diterima dengan senang hati. Baru sebentar tadi, Raudhatul Ilmi datang menghantarnya. Ada rahsia yang diserahkan pada Raudhatul Ilmi, mohon disampaikan pada yang berkenaan. Pada Raudhatul Ilmi, sahabat baiknya dia memohon agar dihalalkan segalanya. Entah kenapa, hatinya terlalu gembira untuk menjejakkan kaki ke tanah suci.
************************************************************************

Ya Allah, mengapa wajah itu yang muncul dalam mimpinya? Ya Allah..sudah 3 hari hanya wajah itu yang hadir…Berita tentang keberangkatan gadis itu bersama keluarganya ke Tanah Suci sudah diterima, namun terasa sayu melepaskan gadis itu pergi… Dan pada 3 malam yang lepas, dia bermimpi gadis itu datang dengan wajah yang paling tenang paling manis dengan telekung putih…seolah-olah ingin menjengah satu kerinduan. Apakah dia jodohku? Ya Allah, hatinya kuat menyatakan bahawa benarlah bahawa itulah yang disediakan untuknya. Calon permaisuri hatinya. Rindunya pada gadis itu tidak terucap. Dia akan setia menantikan kepulangan gadis itu, akan dicurahkan rahsia hatinya kerana dia yakin bahawa itulah gadis pilihannya. Dia tersenyum..membina cita-cita. Ketegasan gadis itu ketika pertemuan di kamar kerja Ustaz Shamsuri menarik hatinya. BUtakah dia selama ini? Ya, Allah berilah peluang… ***********************************************************************

Ya Allah, apakah benar berita ini? Janganlah kiranya semua ini terjadi… masih terngiang-ngiang bicara Iman Nurmujahadah padanya semasa dia wida’ gadis itu bersama keluarganya ke Tanah Suci. “Ilmi, Adah mohon maaf kat Ilmi. Halalkan makan minum Adah, ilmu yang Ilmi kongsikan dengan Adah…Ada peluang Adah ingin meninggal di sana..Bersama-sama dengan para syuhada’ dan syahidah.” Ya Allah…perkhabaran yang disampaikan oleh keluarga Ustaz Shamsuri sebentar tadi benar-benar menjadikan dia tidak keruan. Serasa bagai semalam Iman Nurmujahadah tersenyum padanya…Bicara gadis itu masih terdengar-dengar lagi. Tak mungkin, hampir dia rebah tatkala menerima berita itu. Mujurlah pada abah dia berpaut.. Iman Nurmujahadah sudah kembali ke rahmatullah. Hasrat dia untuk bersama-sama sanjungan agama tercapai… Iman Nurmujahadah sudah meninggalkan diri. Dia meninggal kerana sakit barah otak, yang dirahsiakan. Ya, Allah…betapa kuatnya semangatmu wahai sahabat. Mengapa tinggalkan Ilmi… airmata yang dialirkan tidak mampu untuk mengubah ketentuan yang sudah pasti… ************************************************************************
terasa bagai diawangan ketika Raudhatul Ilmi menyampaikan berita itu. Gelap pandangannya…Dia memerhati dengan pandangan kosong. Iman Nurmujahadahnya, sudah pergi tinggalkan segala angan-angan indah yang telah diukirkan pada kanvas impian. Bungkusan yang diserahkan padanya oleh Raudhatul Ilmi masih di dalam gengaman. Benarkah? Ya Allah, berikan daku ketabahan… Sehelai jubah putih dan kitab suci kiriman pertama dan terakhir daripada Allahyarhamah Iman Nurmujahadah dijamah dengan pandangan sayu. Apakah kehadiranmu dalam mimpiku sekadar untuk mengucapkan selamat tinggal? Mengapa aku terlewat untuk menilai erti kasihmu… Surat yang menceritakan rahsia dan kisah kasih seorang gadis mengungkap segala rahsia..
Bismillah… Assalamu'alaikum…
Buat pejuang di jalan Ilahi… Semoga enta sentiada di dalam rahmat Ilahi. Tatkala warkah ini sampai kepadamu, mungkin hanya nama Iman Nurmujahadah menjadi tatapan. Mengasihi enta dalam diam adalah rahsia kasih ana. Namun, badai gelombang yang melanda seolah-olah menguji keyakinan kasih ana pada enta…Seandainya ada jodoh kita, ana mohon semoga kita dipertemukan di sana biarpun bukan sebagai suami isteri. Ana hargai budi baik enta, ana doakan enta berjumpa jodoh yang sekufu…Ini doa ana di depan Kaabah.andai kita tidak ditakdirkan untuk berjumpa lagi, ana tidak ralat kerana mengisihi enta walaupun dalam diam ialah yang membawa ana mengenal cinta agung, cinta Ilahi. Akhirul qalam, semoga enta akan berjaya dunia dan akhirat.
Hanya Tuhan Yang Tahu…
Srikandi Cinta Ilahi…
Iman NurMujahadah binti Abdul Razak.

Friday, September 14, 2007

WAHAI PERHIASAN DUNIA...

surat adam untuk hawaWahai sahabat Muslimat Sekalian,Renung-renungkanlah intipati daripada surat Adam kepada Hawa ini….Ketahuilaholehmu wahai Bunga-bunga Islam,kita adalah sayap kiri pada mereka(kaummuslimin). Sedih rasanya jika teguran baik yang mereka berikan kita takambil kisah. Bukankah ia juga untuk kebaikan bersama.Fikirkanlah wahaisahabat-sahabatku……

SURAT ADAM UNTUK HAWA

Dengan nama Allah swt Yang MahaPemurah Lagi Maha Penyayang………..Didoakan semoga kalian berada dibawahlembayung rahmat dan keredhaan Allahswt….Hawa....Maafkan aku jika coretan ini bisamengguris hatimu. Meskipunkutahu,jiwamu selembut sutera dan bisahancur lantaran kata-kata yang bakalku ungkap ini, mengertilah duhaiHawa....kerana kaulah pengubatkesunyian waktu aku di syurgadulu....dan engkau juga asalnya daritulang rusuk kiriku yangbengkok,lantas kerana bimbang hidupmuterpesong dari landasan yangsebenarnya,kugagahi jua diri ini....Hawa....Maha Suci Allah yang telahmentakdirkan kaummu melebihibilanganku di akhir zaman ini. Itulahkebesaran dan penelitian Allah swtdalm urusan-Nya. BayangkanlahHawa...sekiranya kaumku melebihikaummu, yang pasti dunia ini kanberkecai kerana huru-hara dandiselimuti warna-warna suram lantarankekejaman dan penindasan....Hawa....Suka untukku mengajak dirimu agarberfikir sejenak tentang hakikatkekalutan yang melanda disaat ini.Tapi permintaanku,duhaiHawa...cubalah ! renungkan jua yangsebenarnya dirimu kini sudahberubah...Tidakkah kau mengerti bahwadirimu kini...kian berubah..tidakkahkau mengerti bahwa dirimu adalahumpama sekuntum bunga yang indah dipandangan mata namun bukan perhiasansemata-mata. Duri-duri yangmelingkarimu itulah hijab yangdigariskan oleh Allah swt sebagaipelindung yang diertikan sebagai auratseorang yang bergelar wanita...MengapaHawa? Mengapa harus kau biarkan iaterdedah...kepada kami,kaum ajnabimu?Betapa hancurnya hatiku menyaksikandirimu umpama bahan yang dapatdiperkotak-katikkan. Dimana-manasaja,bisaku lihat dirimu menghayunkanlangkah ,bukan sebaik dululagi...langkahmu kian pantas....apasebenarnya yang engkau kejari?...kusendiri tak pasti! Terkadang, ku takdapat membezakan antara dirimu danteman-teman yang lain...Bersamahayunan langkah itu, suaramu kianmeninggi,diiringi gelak tawa yangcukup memedihkan mata dan hatikuini...Sedarkah kau Hawa.....????Haruskah aku terima hakikat yang kaukini sudah berubah? Semakin jauh darilandasan Tuhan yang pernah kutelunjukibuatmu dahulu!!!

Hawa....Mengapa mesti dirimu kini jaditontonan ramai? Perlukah kau hiasidirimu untuk menarik perhatiansehinggakan yang seharusnya menutupiauratmu, kau miliki dari ciri-ciriyang ditegah dalam Islam? Sukar bagikuuntuk melihat kembali keadaan yangmana sesederhana yang mungkin! Cukupuntukku merasakan kehadiranmu disaatini tidak lebih dari mempamerkanperhiasan diri yang kaupunyai.....Fahamilah Hawa,usahlahmenurut kerakusan nafsu menjelajahisebutir peluru yang bisa hinggap dimana saja meninggalkan fitnah buatkaumku ini....Hawa....Betapa sakit dan pedihnya disaatkulihat auratmu menjala, di sekelilingpandangan....Aku tidak mahuHawa...suatu hari nanti, dinegeri yangabadi itu, memperlihatkan seksaanterhadapmu yang ku kira palingdahsyat, apa tidaknya...seuratrambutmu yang keluar, ular menantidimana-mana, sejengkal tanganmukelihatan ...aduh!! banyaknya seksaanmenantimu!...Mengapa begitu Hawa???Tidakkah kau ingat apa yang perlu kaujaga adalah maruahmu! Maruah seorangwanita yang tersandar di bahumukelemahan dan kekurangan!!! Jadibagaimana seandainya kelakuan danauratmu terpamer di mana-mana saja??


Hawa...Tidakkah kau malu denganpembohongan yang kau sembunyikan dalamdirimu sendiri....Di sini auratmu kauselindungi disebalik pemakaianmu, atasdasar peraturan dan persekitarankalian...tapi jauh nun diluarsana ,tersentak diriku tatkala dirimutelah jauh berbeza! Tudung kemana,jilbab ke mana? Apatah lagitingkah lakumu...!!! Dimana kauletakkan martabat seorang yangbergelar muslimah? Aku diselubungirasa malu atas penghinaan ini!Hawa....Tutupilah auratmu, jagalahdirimu ,bertuturlah dengan suara yanglembut mampu kau kawal lantaran jikaterlanjur, semuanya bisa membawa dosapadamu...Jangan kau memperlihatkan apayang tersembunyi pada dirimu..tapiingatlah ,cukuplah sekadar tapaktangan dan wajahmu yangdizahirkan ,namun bukankakimu,rambutmu,dan jua tubuhmu.....Firman Allah swt:“Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman,hendaklah merekamenahan dari pandangan mata mereka danmemelihara kemaluan mereka dan janganmenampakkan perhiasan mereka kecualiyang zahir daripadanya...”

Hawa……Andai engkau belum berkahwinjangan kau risau jodohmu ,ingatlah hawa janji Tuhan kita,wanita yang baikadalah untuk lelaki yang baik.Jangan dimulakan sebuah pertemuandengan lelaki yang bukan muhrimkerana aku khuatirdari mata jatuh ke hati,maka lahirnya senyumanmaka tercetusnya salamdan sekaligus disususli dengan pertemuantakut lahirnya nafsu kejahatanyang menguasai diri.Hawa…Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,lelaki yang soleh tidak memilih wanitamelalui keseksiannnya,lelaki yang warak tdak menilai wanitamelalui keayuannya, keremajaannya,serta kemampuannya mengoncang iman lelaki.,Tetapi lelaki yang baik akan menilaiwanita melalui akhlaknya, peribadinyadan yang paling penting pegangan agamanya...Lelaki yang baik juga,tidak menginginkan pertemuan denganwanita yang bukan muhrimnyakerana dia takut memberi kesempatankepada syaitan untuk mengodanya.Lelaki yang warak juga tidak mahubermain cintakerana dia tahu apa matlamat dalamsebuah pertemuan lelaki dan wanitayakni sebuah perkahwinan.Oleh itu hawa,Jagalah pandanganmu,awasilah auratmu,peliharalah akhlakmu ,kuatkan pendirianmu.Andai ditakdirkantiada cinta daripada adam untukmu,cukuplah hanya cinta Allah memenuhidan menyinari kekosongna jiwamu,biarlah hanya cinta daripada kedua ibubapamuyang memberi hangatan kebahagiaanbuat dirimu ,cukuplah sekadar cinta adik- beradikserta keluarga yang membahagiakan dirimu.Hawa…..Cintailah Allahdi kala susah dan senangkerana kau akan memperolehi cintadaripada insanyang juga menyintai Allah.Cintailah kedua ibu bapamukerana kau akan perolehi keredhaan Allah...Cintailah keluargamu keranakau tak akan jumpa cintayang bahagia selain dari cinta keluarga.Janganlah sesekalitangan yang mengoncang duniajuga yang mengoncang iman lelaki.Hawa....Mungkin ku harus menghentikanbicara pertama ini di sinidulu...Andai diizinkan Allah swt, kitabersua lagi dilain lembaran dan yangpasti aku tetap terus membimbingmu.Harapanku agar muncullah walaupunhanya secebis kesedaran dihatimu danakan mendoakan moga Allah swt membukahati kalian untuk mencetuskanperubahan....Akhirkata ,ketahuilah.............“DUNIA INI MERUPAKAN PERHIASAN DANSEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITASOLEHAH!!”Sekian........Wassalamm.........................

Tuesday, March 13, 2007

MakLumaT unTuk PerkongSian BerSama.....

Penceramah jemputan yang pihak PIBG sekolah jemput adalah Dr. Rubiah Kulup Hamzah. Selain menjadi penceramah motivasi, Dr. Rubiah juga adalah pensyarah separuh masa di UM, UiTM, UKM dan OUM serta amat bergiat aktif dalam pergerakan NGO Islam.
Disini, saya ingin berkongsi dengan anda sedikit maklumat yang disampaikan oleh Dr. Rubiah mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan, iaitu isu “Murtad” dan “Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan”


PERANCANGAN
Berdasarkan penyelidikan beliau serta anggota NGO Islam yang lain,pihak-pihak yang memusuhi Islam, terutamanya pihak Kristian telah lama membuat perancangan rapi untuk menjadikan remaja-remaja Islam sebagai sasaran untuk dikristiankan. Umumnya, kita mengetahui bahawa mereka telah berjaya menjadikan “Dunia Hiburan” dan “Dunia Sukan” sebagai senjata untuk menjauhkan remaja-remaja kita dari agama Islam. Namun, satu pendedahan yang dibuat oleh Dr. Rubiah mengenai “perangkap” yang digunakan oleh pihak Kristian ini amat membimbangkan kami yang hadir semua.Berikut adalah kronologi bagaimana mereka memerangkap anak-anak gadis kita untuk dijadikan mangsa.

MEMIKAT
Untuk makluman semua, pertubuhan-pertubuhan Kristian telah bersepakat untuk memberi satu bentuk skim galakan kepada para jejaka Kristian serta diberi tunjuk ajar mengenai teknik untuk memikat gadis-gadis Melayu Islam untuk dijadikan pasangan mereka. Berbagai-bagai teknik memikat akan digunakan dan ia bergantung kepada latar belakang gadis yang disasarkan. Tapi, apa yang membimbangkan kami semua adalah sasaran utama mereka kini adalah gadis-gadis bertudung labuh yang berpendidikan agama. Teknik yang mereka gunakan adalah lebih kurang sama sahaja.Pada peringkat awal mereka akan mencari jalan untuk berkenalan dengan anak-anak gadis kita, sama ada melalui hubungan kerja, hubungan sesama pelajar mahu pun hubungan jiran tetangga. Kemudian, mereka akan berlakon seolah-olahnya mereka telah tertarik dengan kesopanan, cara berpakaian serta kelembuatan tingkah laku anak-anak gadis kita ini. Antara ungkapan yang sering digunakan adakah“Adakah semua anak-anak gadis melayu begitu ayu dan sopan?”,“Di dalam masyarakat saya, tidak pernah saya bergaul dengan gadis yang begitu berakhlak”,“Saya tertarik dengan tingkah laku awak”.“Saya ingin mengenali awak dan agama awak dengan lebih dekat lagi”Biasanya, anak-anak gadis yang berpendidikan agama kita ini akan terbuka hatinya untuk menerima kehadiran jejaka Kristian ini apabila si jejaka mula menyatakan keinginan untuk mengenali agama Islam dengan lebih dekat lagi.

PERANGKAP
Apabila si jejaka merasakan anak gadis kita telah menerima kehadiran mereka, mereka akan menjalinkanpersahabatan mereka dengan jujur, ikhlas, bersopan dan begitu “gentleman” sekali. Mereka akan ke perpustakaan, minum serta beriadah bersama dengan rakan-rakan yang lain Pendek kata, sepanjang persahabatan mereka, cubaan “ringan-ringan” pun tidak ada. Tetapi awas, para ibubapa.Satelah sekian lama bersama serta mendapati si gadis telah mula ada perasaan cinta, si jejaka akan menunggu dengan sabarnya ketika untuk memulakan”langkah sebenarnya” yang pertama. Apabila si gadis didapatinya mula terleka, mereka akan digambarkan seolah-olah mereka terbawa-bawa oleh perasan cinta sehingga si gadis ternoda. Ketika inilah, perangkap mereka sudah mula mengena.

DILEMA
Perlakuan noda ini boleh berlaku mungkin sekali, dua, tiga atau seterusnya. Sebab bagi si jejaka, perangkapnya hanya dikira benar-benarmengena apabila si gadis didapati berbadan dua. Pada ketika ini, si jejaka akan menunjukkan kekesalannya yang tidak terhingga. Si jejaka kononnya akan bertanggungjawab diatas perbuatan mereka seraya berkata “Agama kita melarang kita menggugurkannya, maka terpaksa kita berkahwin, tetapi kita berlainan agama”Seterusnya kata si jejaka “Kalau kita ingin berkahwin secara Islam, saya sanggup memeluk Islam, tetapi kita terpaksa berhadapan dengan dua perkara.Pertama, mengikut hukum Islam, kita boleh dikenakan 100 sebatan sebagaibalasan dosa.Kedua, masyarakat Islam akan mencemuh dan meminggirkan kita kerana mempunyai anak diluar nikah yang kita hasilkan bersama. Kita akan berasa amat malu, lebih-lebih lagi awak yang berpendidikan agama. Sanggup kah kita? Saya rasa, saya tidak sanggup menghadapinya.”Kata si jejaka lagi, “Kalau kita berkahwin secara agama saya, awak hanya perlu untuk menukar agama, dan kita akan terlepas dari dua seksa. Pertama, mengikut agama saya, kita hanya perlu untuk membuat pengakuan di hadapan paderi di gereja untuk menghapuskan segala dosa. Kedua, masyarakat agama saya akan menganggap anak kita ini senasib dengan Jesus (Nabi Isa) yang dilahirkan tanpa bapa. Mereka juga akan menganggap awak senasib dengan Mary (Mariam)yang melahirkan Nabi Isa. Maka, kita pasti tidak akan dipersia. Saya rasa ini option terbaik buat kita.”Untuk makluman semua, mereka hanya merancang agar anak jejaka mereka memikat anak gadis kita. Tetapi mereka tidak akan mencuba agar anak gadis mereka untuk mendampingi anak jejaka kita kerana mereka sedar bahawa perangkap mereka yang ini tidak akan mengena.

MURTAD
Mengikut penyelidikan Dr. Rubiah serta rakan-rakan dalam NGO Islam yang lain, amat ramai gadis-gadis melayu Islam yang memilih option kedua walaupun ada segelintir yang berjaya diselamatkan dan terpaksa disembunyikan demi maruah agama & bangsa. Mereka seterusnya mengemukakan permohonan untuk menukar agama (murtad) di pejabat agama. Namun Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan menjadi penghalang utama rancangan mereka.Menurut Dr. Rubiah lagi, pihak IFC (Inter-Faith Council) telah berjaya mendapatkan dua juta tanda tangan sokongan agar Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan ini dapat dipinda. Tetapi katanya lagi, untuk mendapatkan 1 juta tanda tangan umat melayu Islam bagi menghalang usaha mereka, adalah sesuatu yang teramat seksa. Ramai yang terlalu merasa curiga dengan alasan mereka khuatir tanda tangan mereka akan disalahgunakan untuk menyatakan sokongan atau bantahan terhadap usaha yang lain pula. Alasan demi alasan diterima….hinggalah satu masa nanti saudara mara terdekat kita tiba-tiba menjadi sebahagian dari statistik puluhan ribu mangsa.Adalah diharap, satelah perhimpunan di Masjid Wilayah, Ahad yang lalu (23/07/06), lebih 2 juta tanda tangan telah berjaya diterima. Dimanakah semangat kita? Kita belum lagi diperlukan untuk mengangkat senjata. Maka, marilah kita bersama-sama berusaha dan mengembeling tenaga agar gejala ini tidak terus melanda agama dan negara.

DOA
“Doa adalah senjata para mukmin”. Satelah kita berusaha, marilah kita bersama-sama berdoa agar anak-anak gadis kita akan terhindar dari menjadi mangsa. Doa juga dipanjatkan agar umat Islam di Palestin, di Lubnan, di Iraq dan seluruh dunia dihindari dari segala bencana.
Amin……Ya Rabbil A’lamin
.

Keajaiban!

Nak kongsi keajaiban ini bersama sahabat-sahabat sekalian..
Cuma dengan duduk beberapa minit selepas solat..
Dan renungkan segala khabar yang telah kita dengar / lihat..
Berkaitan dengan Gempa Bumi & Tsunami yang telah kita ketahui..
Tidak kira sama ada berita Khabar Angin mahupun laporan media..

Kita duduk dan renungkan..
Mengapa kecanggihan teknologi masih tidak mampu mengurangkan jumlah mangsa, tetapi mampu menghitung jumlah mangsa yang terkorban..

Kita terus fikirkan...
Betapa haiwan yang tidak punya akal, namun mempunyai kelebihan
menjangkakan musibah yang bakal menimpa.. Ikan-ikan rela mati didaratan menjadi rezeki buat umat manusia sedangkan manusia berebut mengaut kelebihan ini sehingga mengabaikan kewajipan kepada ALLAH.

Langsung kita terfikir...
Ombak datang bergulung, semakin riang anak-anak bermain air...
Sedangkan jika benar kita meniti Kisah teladan dari Umat terdahulu..
Gumpalan awan yang datang disangka membawa air yang menyuburkan tanaman... Walhal menjadi Azab buat kaum tersebut..

Kita masih duduk di atas sejadah memikirkan..
Saudara kita yang tertimpa bala-bencana ini, menangis sugul kerana meratapi kematian anak, isteri & ahli keluarga yang lain.. Sedangkan kita.. sambil membaca laporan berkaitan, masih kedengaran gelak ketawa kawan-kawan malah dari kita sendiri..

Masih lagi terfikir dan memikirkan..
Kerana bencana ini, semua konsert dan majlis keramaian dibatalkan bagi menghormati bencana yg menimpa sebahagian rakyat Malaysia.. Namun, masih belum menghentikan Nafsu Serakah yang masih tetap ingin membuat kemaksiatan dan kebinasaan.. Sedangkan kita sedia maklum, bencana ini adalah Bala dari ALLAH, kerana kelalaian dan akibat dari tangan manusia sendiri.. (Bukan saya cakap, ini Firman ALLAH..)

Tanpa kita sedar, sahabatku...
Bahawa Janji ALLAH memang benar.. Bila Bala ALLAH turun.. Bukan sahaja rakyat biasa, para pelakon, penari-penari dan pengamal maksiat disana sini.. Malah Tok Imam, Guru-guru Agama tidak terlepas dari Azab yang ALLAH turunkan.. Jika mereka juga tidak terlepas.. apatah lagi kita.. Dan katalah pada diri sendiri.. "Jika Azab ALLAH datang dalam Nikmat, Entah apa yg terjadi padaku..."

::Wallahu'alam::

EKSKLUSIF:Gambar Masjid Al-Aqsa dikorek Rejim Zionis






















Renungkan,apa yang kita telah lakukan untuk Islam????












COUPLE DALAM ISLAM????



Apa kata Islam ttg couple?....
Sebesar2 tajuk yg ditaip dlm article "percintaan : HARAM !!!!"
Dlm Islam tiada istilah bercouple....

kalau benar seorang lelaki itu mencintai seseorg wanita seikhlas hatinya, tidak blh dia bercouple.... bercouple adlh dtg dari nafsu....buat apa menurutkan nafsu?.... dalam Islam yg ada hanyalah perkahwinan....cara2nya,....bila seorg lelaki itu tersuka kat seorg wanita tak kira lah member ke, tak pernah kenal ke,....dia kena solat istikharah dahulu sblm memulakan langkah....minta petunjuk Allah benarkah si dia itu adlh jodoh yg telah Allah tetapkan.... kemudian, andai dah dpt petunjuk benar si dia jodoh yg Allah tetapkan, kena approach parents dia....bkn nyer approach dia....lelaki ni kenalah minta izin kat parents nak kawan ngan perempuan ni dan niat dia berkawan kenalah nak memperisterikan perempuan ni, bukan sekadar main2 ek.... pastu, kalau perempuan ni pula kena buat solat istikharah minta petunjuk dari Allah betul tak lelaki ni jodoh dia....kalau dah dpt petunjuk dari Allah dan parents kata ok,....tak ber makna blh dating, keluar bersama2 dan sbgnya.... step seterusnya kena cpat2 tetapkan tarikh kahwin....pastu kahwin la, and happy ever after....Insya Allah....

so,....sedar tak yg sebenarnya step2 di atas adlh step utk meminang ?....
kesimpulannya, dlm Islam tak der istilah couple.... kpd sahabat2 yang saya sayangi dan kasihi, marilah kita sama membanteras gejala2 bercouple ni sbb bermula dari couple, mcm2 blh terjadi, tak pyh la di sini saya sebutkan complication2 yg timbul slps bercouple....hehe, mcm hypertension lak ada complication2.... sanggupkah kita gadaikan agama hanya utk kepuasan diri?.... ingat, kita muslim diperhati oleh non-muslim, mcm mana nak berdakwah kalau diri songsang?.... ermm...pada sape yg terasa...maaf dipinta..sekadar renungan kita bersama...