Wednesday, February 6, 2008

BAB 12

Setahun berlalu…

Alhamdulillah, urusan perceraian antara aku dengan Fairuz telahpun selesai. Walaupun memakan masa selama enam bulan, aku lebih bernasib baik jika dibandingkan dengan orang lain yang masih tertangguh kes nya di mahkamah syariah. Atas pertolongan Abi, aku akhirnya terpaksa Fairuz lepaskan walaupun tanpa relanya. Bukan mudah untuk kami menjejaki Fairuz yang pandai menyembunyikan diri. Kami terpaksa menggunakan Habsyah sebagai umpan. Akhirnya, Fairuz terjerat dan terpaksa berdepan dengan kami. Talak satu aku perolehi, hadiah dari Fairuz atas kesetiaan yang aku pertahankan selama ini. Benarlah, Fairuz mencintai Habsyah. Walaupun Habsyah mengatakan mereka bernikah kerana terpaksa namun akhirnya dia mengakui yang mereka bernikah atas dasar kerelaan. Habsyah menggunakan helah itu supaya aku rela dilepaskan Fairuz. Dia tahu Fairuz juga menyayangiku. Sayang? Erti sayang yang pernah aku tanyakan pada Fairuz dulu masih dibiarkan bisu. Biarlah, biar aku meniti dewasa dengan keperitan seperti ini. Semoga aku akan lebih kuat dan gagah mengharungi sebuah kehidupan. “Umi…” suara itu mengejutkan aku. Aku berpaling. Anis Maisarah yang didukung ummi memanggilku. Aku tersenyum memandang wajah cilik itu, yang sering memutar ingatanku pada Fairuz. Aku menyambut tangannya yang dihulurkan padaku dan meribanya. Ummi duduk di sebelahku. “Wardah dah makan?” ummi bertanya, sambil membetulkan selendangku yang hampir jatuh ditiup angin. Tangan tua ini begitu banyak berjasa padaku. Sewaktu aku masih lelah turun naik tangga mahkamah syariah, dia lah yang banyak berkorban masa dan tenaga menjaga Anis Maisarah untukk. Sewaktu aku lemah dan hampir jatuh tersungkur kerana Fairuz, dialah yang banyak menghembuskan kekuatan dan cuba menggagahkan aku. Aidil Azhiim juga begitu. Dialah yang sering menemaniku untuk ke mana-mana sahaja. Hatta ke pasar raya untuk membelikan Anis Maisarah setin susu. Namun aku tahu, antara kami tiada tali yang mengikat. Dia masih orang asing dalam hidupku. Dia masih lelaki ajnabi yang haram berduaan denganku. Dan dia juga adalah abi pada Anis Maisarah. Ah, anak aku manja bersama lelaki ini. Pernah suatu hari Anis Maisarah enggan tidur sehinggalah Aidil Azhiim yang mendodoikannya. Sudahnya, Aidil Azhiim terpaksa bermalam di rumahku kerana Anis Maisarah. Pernah juga ummi bertanyakan keinginanku untuk menerima Aidil Azhiim sebagai suamiku namun aku hanya membalas soalan itu dengan sebuah senyuman. Cukuplah, ummi…Wardah bukan lagi mawar berduri yang harum di taman yang cantik. Wardah hanya mawar berduri yang telah dicantas durinya, dan dibiarkan gugur menyembah bumi. Siapa lagi yang ingin mengambil Wardah untuk menghiasi tamannya?“Sayang, ummi tanya…Wardah dah makan ke?” soalan ummi mengembalikan aku pada realiti. Jauh aku berada di atas normal rupanya. Aku tersenyum, dan menggelengkan kepalaku. “Belum, ummi.” Pendek jawapanku, sambil mengusap kepala anakku yang satu itu.“Maisarah…” Anis Maisarah memandangku. Dia tersenyum. Ya Allah, senyumnya sahaja mengingatkan aku pada Fairuz. Walaupun telah setahun segalanya berlalu, dan aku bukan lagi milik Fairuz yang sah, namun kenangan bersamanya masih di ingatanku, walaupun bukan kenangan yang indah.“Umi…abi…” Anis Maisarah memanggil Aidil Azhiim. Aku berpaling ke belakang. Ah, lelaki itu sudah berada di belakangku rupanya. Anis Maisarah memberontak minta di letakkan di tanah, membiarkan dia bertatih ke arah abinya. Aku akur, dan membiarkan dia terus bersama Aidil Azhiim. “Assalamualaikum anak abi…” Aidil Azhiim ku lihat mengucup pipi anakku itu. Anis Maisarah tergelak, suka benar diperlakukan begitu oleh abinya. Aidil Azhiim memandang kami, dan tersenyum.“Assalamualaikum ummi, Wardah.” Dia menghampiri kami, dan terus mengambil tempat di sebelah ummi. Rumahku ini bukan lagi tempat asing baginya setelah kelahiran Anis Maisarah. Pada puteri kecilku itu, Aidil Azhiim adalah bapanya. Fairuz tidak pernah memegangnya walaupun telah aku aturkan pertemuan antara mereka suatu ketika dulu. Kata Fairuz, Anis Maisarah bukan anaknya walaupun ada iras wajahnya pada wajah Anis Maisarah. Lelaki bernama Fairuz itu memang sudah buta hatinya. Ummi menyambut salam yang dihulurkan Aidil Azhiim dan terus menuangkan the ke dalam cawan yang telah tersedia berada di depannya. Aku hanha menyambut salamnya itu di dalam hatiku. Anis Maisarah gembira dipangku Aidil Azhiim.“Aidil dari mana?” ummi bersuara.“Dari pejabat abi tadi, ummi. Aidil singgah sana sekejap. Kata abi fail Wardah ada di pejabatnya. Abi minta Aidil serahkan pada Wardah.” Aidil Azhiim masih ralit bermain bersama Anis Maisarah tanpa menyedari aku yang sedari tadi memerhatikannya.“Wardah sihat hari ni?” akhirnya dia memandangku. Aku terkejut, pantas mengalihkan pandanganku. “Alhamdulillah. Ana sihat seadanya.” Ringkas jawapanku, masih cuba menutup maluku kerana terjerat dengan pandangannya tadi. Ummi tersenyum.“Baguslah kalau macam tu. Ana tak nak tengok anti sedih-sedih lagi. Kesian Anis Maisarah ni.” Ah, lelaki ini memang banyak menasihatkan aku. Dari dulu hingga kini dia lah yang sering cuba mengembalikan semangatku selain ummi dan abi. Aku memang banyak terhutang budi pada mereka. Baba juga begitu. Sepanjang tempoh aku masih di dalam dilema, Baba sering hadir menemaniku. Sedikit demi sedikit aku dapat menerima Baba kembali dalam hidup kami. “Umi…” ah, Anis Maisarah menyentuh tanganku. Bila dia mula bertatih mendapatkan aku, aku pun tidak sedar. Puteriku ini banyak belajar dari Aidil Azhiim. Sewaktu aku masih dalam kecelaruan dulu, Aidil Azhiim lah yang banyak meluangkan masa bersama Anis Maisarah. Dia yang mengajar Anis Maisarah menyebut bait-bait perkataan ‘umi’, ‘abi’ dan ‘nenek’. Dia jugalah yang telah mengajar anakku ini bertatih. Aidil Azhiim, banyak sungguh pengorbanan yang kau lakukan pada keluargaku…syukran, sahabat...
………………………………………………………………………………………………………………

“Ana harap anti dah dewasa sekarang.” Aidil Azhiim bersuara, memecahkan keheningan yang tercipta antara kami. Anis Maisarah yang sedang diulit mimpi, masih terlena. “Syukran, akhi. Ana dah ok. Alhamdulillah.” Itu sahaja jawapanku. Aku hanya memandang ke hadapan, ummi di belakang hanya membisu. Kami sedang dalam perjalanan ke rumah abi. Kata Aidil Azhiim, abi mengajak kami makan malam di rumahnya. “Tapi your innerside is still not okay.” Aidil Azhiim cuba beralasan denganku. Aku mengeluh perlahan. Dia diam.“Akhi, anta dah kenal sangat ke siapa ana? Sampaikan dalaman ana pun anta dapat tahu? Ana ok atau tak tu bukan masalah anta. Ana tahu apa yang ana lakukan. Selagi ana dapat jaga Anis Maisarah, selagi ana dapat laksanakan tanggungjawab ana sebagai anak pada ummi, dan ibu pada Anis Maisarah, ana rasa ana ok.” Tegas suaraku tika itu. Aku malas berbicara soal hati saat ini. Luka yang ditinggalkan Fairuz amat dalam. Parutnya masih berdarah sehingga kini. Akhirnya Aidil Azhiim turut mengeluh.“I just want you to know that I care.” Lemah suaranya di telingaku.“Dah cukuplah apa yang anta buat selama ni. Ana tahu anta ambil berat tentang ana. Syukran jazilan. Tapi ana tak nak terlalu terhutang budi pada anta. Anis Maisarah membesar dengan memanggil anta ‘abi’. Abah dia yang betul pun dia tak kenal. Dah cukuplah, akhi…ana dah tak sanggup nak membebankan anta.” Air mata yang ku tahan dari tadi akhirnya turun jua namun aku tangkas mengesatnya, bimbang terkena Anis Maisarah di ribaanku.“Anti langsung tak meyusahkan ana.” Ya Allah, lelaki ini…kenapa terlalu baik padaku?Ummi akhirnya berdehem, cuba mengisyaratkan kewujudannya di belakang. “Wardah, ummi rasa apa yang Aidil katakan tadi tu betul.” Ummi bersuara, lagaknya seperti seorang pemerhati. Aku hanya diam, menunggu kata-katanya lagi.“Lagipun sampai bila Wardah nak seorang macam ni? Wardah tak takut bila Maisarah besar nanti dia tahu yang dia hanya anak angkat pada Aidil? Tak ke hancur hati dia bila tahu lelaki yang dia anggap ayah selama ni hanya ayah angkat?”“Sekalipun Wardah kahwin dengan Aidil, dia tetap bukan ayah kandung Anis Maisarah!” hampir saja aku menjerit dengan kata-kataku itu. Ummi, tolonglah…fahami Wardah…“Walaupun ana bukan ayah kandung dia, dia takkan begitu kecewa bila tahu yang ana ayah tiri dia!” Aidil akhirnya mematikan kata-kataku. Ya Allah, bantulah hambaMu ini…“Wardah, fikirkan masa depan Anis Maisarah. Ummi tak nak cucu ummi tak ada ayah.”“Masa depan Anis Maisarah bukan masa depan Wardah ke, ummi?”“Anti tahu tu masa depan anti, kenapa nak korbankan Anis Maisarah bersama anti?” dan dengan kata-kata itu, kami tiba di rumah abi. Aku terus keluar dari kereta itu, membawa Anis Maisarah bersamaku. Cukuplah…aku sudah tidak mampu berdepan dengan mereka. Anis Maisarah, maafkan umi…bukan umi tak sayangkan Maisarah…tapi umi bimbang kesilapan yang lama akan berulang kembali…kebetulan yang umi sangkakan suratan dulu adalah satu tragedi…umi bimbang untuk menilai kebetulan kali ini…Ummi, maafkan Wardah. Bukan Wardah cuba ingkar dengan permintaan ummi tapi Wardah bimbang Wardah tak cukup kuat untuk mengharungi sebuah kehilangan sekali lagi. Cukuplah Wardah kehilangan Fairuz. Mungkin kehilangannya tak seberapa, tapi Wardah takut seandainya Wardah terima Aidil, Wardah juga akan kehilangan dia…Wardah tak sanggup…Aidil Azhiim, ana akui, ada perasaan itu pada anta. Tapi ana takut untuk mengakuinya. Ana bimbang andai itu adalah bisikan syaitan semata. Ana tak mahu kecewa lagi. Cukuplah apa yang Fairuz lakukan pada ana. Hampir separuh nyawa ana tersungkur kerana Fairuz. Kekuatan ini masih baru pulih, Aidil Azhiim…jangan ragutnya dari ana lagi. Biarkan ana terus kuat dan gagah untuk menempuhi segala ujian hidup ini…maafkan ana…asif ya akhi…

No comments: