Tuesday, December 4, 2007

BAB 6

Segalanya berlaku dalam masa yang amat pantas. Berita pertunanganku dengan Aidil Azhiim sudah tersebar luas di kampusku. Aku sendiri tidak pasti dari mana mereka mendapat cerita itu. Setahu aku, aku hanya mengkhabarkannya pada Hajar, teman rapatku di dalam kelas yang sama. Entah bagaimana, Khairiyah juga mendapat berita yang sama, begitu juga rakan-rakanku yang lain. Alhamdulillah, telah hampir sebulan ikatan pertunangan antara aku dan Aidil Azhiim dilangsungkan. Dalam tempoh itu, aku amat bersyukur kerana ditemukan dengan insan sepertinya. Dalam peti masuk emelku penuh dengan tazkirah yang dikirimkannya padaku. Begitu juga dalam peti masuk mesej di telefon tanganku, penuh dengan mesej peringatan yang dia kirimkan setiap waktu. Hingga kini, aku masih tidak percaya akan statusku sebagai tunangan orang. Nyata Aidil Azhiim tidak bergurau bila dia katakan yang dia akan menyuntingku. Kini, kami hanya menanti masa dan ketika untuk disatukan. InsyaAllah dalam masa tiga bulan dari sekarang. Kata Abi, dia tidak mahu kami ditunangkan terlalu lama. Bimbang pelbagai cubaan dan dugaan yang bakal kami tempuhi akan menggugat hubungan kami. Dan dalam tempoh itu, kami tidak pernah keluar bersama. Kalau dikatakan kami bertemu janji pun pasti Abi dan Ummi akan menyertai kami. Baba juga begitu, kadangkala bersama kami. Sejak berita pertunanganku disebar luas, Fairuz langsung tidak menggangguku lagi. Aku sendiri ada ketikanya bila bertembung dengannya, akan menyapa kerana dia pasti akan cuba mengelakkan diri dari bertemu denganku. Ah, aku berangan lagi. Tak ku sedar azan Asar telah berkumandang. Bingkas aku bangun menuju ke bilik air untuk berwudhu’. Masih jelas di ingatanku, ummi pernah berpesan untuk sentiasa menunaikan solat di awal waktu. Ummi sering berkata, apa perasaan kita apabila kita memanggil seseorang namun dia berlengah-lengah untuk menyahut panggilan itu. Begitulah bandingannya dengan azan dan solat. Seruan untuk solat itu andainya dilengahkan, pasti mengundang kemurkaan Allah. Na’uzubillah, aku tak rela hidupku dimurkai kekasihku yang satu itu."Maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang dicintaiNya dan mereka juga mencintai Tuhan; mereka pula bersifat lemah lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya. Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang.(Al-Maidah: 54-56)Usai solat, aku merenung nota pemberian tunangku. Tafsir ayat dari surah Al-Maidah itu benar-benar menyentuh hatiku. Betapa agungnya kasih dan sayang Allah pada hambaNya yang benar-benar mencintaiNya dan berjuang di jalanNya. Subhanallah…terasa diri ini benar-benar kerdil di sisiNya. Ya Allah, ampunkanlah dosa hambaMu yang hina dina ini…amin…Telefonku berbunyi minta dijawab, aku melihat nombor yang tertera di skrin, 017-2048961. Rasanya belum pernah nombor ini menghubungiku. Aku menjawabnya, “Assalamualaikum.” Salamku dibalas bisu. Aku bersuara lagi, “Cari siapa?” akhirnya soalanku berjawab, “Wardah.” Suara itu…Fairuz!“Wardah, saya nak jumpa awak. Tolonglah. Saya ada di depan kolej. Saya tunggu awak biar berapa lama pun awak mahu. Tolong, Wardah. Saya tunggu awak di hadapan pintu masuk kolej. Tolong datang, Wardah.” Panggilan itu tamat di situ. Tidak pernah aku mendengar suara Fairuz begitu. Seolah-olah dia sedang di dalam kesusahan. Aku terus mencapai kunci keretaku. Ah, ummi pula tiada di rumah. Ingin cepat, aku hanya meninggalkan nota ringkas di atas meja makan. Assalamualaikum ummi sayang, Wardah keluar ke kolej. Urgent. Ada panggilan dari kawan Wardah. Jangan bimbang, Wardah akan segera pulang. Sayang Ummi.Sejurus itu, aku terus menuju ke kolej walaupun telah hampir senja. Perasaan bimbang dan ingin tahu menguasai perjalananku tika itu. Apa agaknya yang dihadapi Fairuz. Saat ini, tidak langsung terlintas di fikiranku akan keburukan yang mungkin terjadi. Aku hanya bimbang seandainya Fairuz benar-benar di dalam kesukaran. Setibanya aku di sana, Fairuz ku lihat sedang duduk sambil menutup mukanya. Ku gagahi langkahku menghampirinya.“Assalamualaikum Fairuz.” Salam ku hulurkan, dia masih tunduk, tidak memandang wajahku.“Fairuz, awak ok tak?” soalan bertubi-tubi ku hulurkan kerana dia masih tunduk berdiam diri. “Ya Allah, Fairuz. What’s wrong with you?” aku semakin hilang sabar.“Kalau awak suruh saya datang sini untuk tengok awak diam macam ni, thank you so much, Fairuz. As if I don’t have anything to do!” sabarku hilang. Fairuz akhirnya mengangkat wajahnya memandangku. Matanya kemerahan, wajahnya juga begitu. Aku kira dia menangis. Menangis? Tuhan…“Wardah…” katanya yang sepatah itu diiringi azan Maghrib. Ya Allah, berdosanya hambaMu ini.“Fairuz, dah Maghrib ni. Kita solat dulu, ya?” dia hanya mengangguk lesu. Kami menuju je pasaraya Giant yang berada tidak jauh dari kolej kami untuk menunaikan kewajipan kami itu. Ummi pasti sedang bimbang menanti kepulanganku. Tidak penah aku pulang selewat ini. Usai solat, Fairuz membawaku keluar kembali ke hadapan UNITAR. Katanya ada sesuatu yang amat penting untuk dibincangkan.“Kenapa ni, Fairuz?” aku memulakan bicara. Ku lihat Fairuz sedang menghubungi seseorang menerusi telefon bimbitnya.“Wardah, awak akan jadi milik saya malam ni.” Ayatnya itu menimbulkan rasa gerun di dalam diriku. Miliknya?“Apa maksud awak ni, Fairuz?” “Sudah, Wardah. Tak cukup lagi ke awak dera perasaan saya? Saya cintakan awak. Awak faham tak? Tapi awak terima pinangan lelaki tu kenapa? Apa yang awak nak buktikan pada saya? Awak nak saya terhegeh-hegeh lagi ke?” Tuhan, kata-kata itu menusuk hingga ke kalbuku. Itu bukan niatku, Fairuz. Itu kehendak orang tua kami!Sedetik itu, aku lihat rakan-rakan Fairuz menghampiri kami. Hatiku berdebar, seolah-olah ada sesuatu yang buruk akan terjadi. Ya Allah, apakah ini…bantulah hambaMu ini, Ya Allah. Lindungilah hambaMu ini!!!

1 comment:

Anonymous said...

Salam Ma'al Hijrah from http://malayahistory.blogspot.com/