Tuesday, December 4, 2007

BAB 5

Hari ini berlalu seperti hari-hari yang biasa. Kuliahku berjalan normal, begitu juga dengan Fairuz. Sebelum aku pulang tadi, sempat dia berkata padaku yang dia rindukan bidadari syurga yang ditakdirkan untuknya. Sayangnya Fairuz, aku bukanlah bidadari syurga yang dijanjikan untukmu. Ummi juga seperti biasa, tetap dengan aktiviti yang mengikatnya pada cinta Illahi, cinta yang paling agung. Cuma yang berbeza hari ini adalah ketibaan e-mel yang tidak pernah aku undang. E-mel yang tidak pernah aku nantikan kehadirannya. Ya Allahu Robbi, apakah yang telah Kau suratkan pada takdirku? E-mel itu aku tatap lagi, cuba mentafsir tiap bait kata yang terungkap…

To : wardatulsyauqah@yahoo.com
From : qanaahbilqalil@yahoo.co.uk
Subject: Salam ukhwah fillah…
Salamun’alaik, mawar berduri…semoga sentiasa berada di dalam rahmatNya,insyaAllah. Ana harap kehadiran emel ini tidak menimbulkan syak wasangka di hati ukhti, kerana itu bukanlah niat ana. Terdetik di hati setelah ummi memberikan nombor telefon dan alamat emel anti untuk ana menghantar sesuatu. Mungkin bait bicara yang akan menitipkan sebuah persahabatan, atau mungkin sekadar sebuah bicara bisu yang akan mengingatkan ukhti tentang indahnya sebuah ikatan yang diikat Lillahitaala, insyaAllah. Namun bukan kehendak diri untuk meneruskan tindak tanduk tanpa panduan Illahi, subhanallah. Keberanian yang timbul di hati adalah berkat munajat dan istikharah yang ana persembahkan pada Al-Kholiq sebelum ini.(MasyaAllah, moga dijauhkan dari setitik pun noda riak di dalam hati ini)Harapan Abi, impian ummi adalah sama. Walaupun mereka orang yang berbeza namun hasrat mereka adalah satu. Ana pasti anti memahami kata-kata ana. Tapi, apakan daya seorang nisa’, yang menyembunyikan rahsia agung kurniaan Illahi untuk memulakan segala sesuatu. Siapa lagi kalau bukan ana untuk memulakan setapak langkah pertama untuk meyakinkan hati ini bahawa mawar berduri yang pernah ana lihat itu adalah bakal suri hati ini. Sejak pertemuan pertama, diikuti pertemuan seterusnya, Abi semakin yakin yang anti adalah bakal suri hati ana. Jika naluri hati seorang ayah yang telah membesarkan anaknya selama 24 tahun ini berkata begitu, apa lagi anak yang tidak pernah mengharap sesuatu ini mampu berbicara?Ukhti fil islam, Katakanlah pada hati, bicarakanlah pada naluri, sabarlah. Andai tiba masa, ana akan hadir membawa khabar gembira buat anti. Maafkan ana. Ana tidak pandai bersimpang siur untuk menyatakan sesuatu. Dari kecil hingga sekarang, Abi hanya mengajar ana untuk berterus terang. Apa yang mampu ana katakan, bila tiba masanya, bila sampai waktunya dan bila tentu tikanya, ana akan hadir, menyunting mawar berduri yang sedang mekar di taman milik ummi untuk terus berbau harum di taman yang ana diami…Jaga diri, ukhti. Jangan difikirkan keterlaluan perkara ini. Ana tak mahu ia menjadi asbab anti lalai dari mengingati Allah. Yakinlah pada takdir ketentuanNya kerana Dia adalah pengarang novel hidup kita yang Maha Mengetahui. Ingat Allah selalu. Salam ukhwah, ukhti habib. Assalamualaikum…Ya Allah…emel itu ku tatap lagi. Berbagai perasaan yang berkecamuk di hatiku. Gembirakah aku? Atau semakin tidak yakinkah aku? Namun pesanan terakhirnya menjadi peganganku, aku juga tidak mahu perkara ini menjadi asbab untuk aku lalai dari mengingati kekasihku yang Agung itu. Pintu bilikku dikuak, ummi berdiri di sisinya. Ummi ku hampiri, cuba berkata sesuatu namun ratu hatiku seolah mengerti akan apa yang cuba aku sampaikan. Ummi terus memandangku, dan menghulurkan sekeping nota. Pemberian Aidil Azhiim katanya. Ya Tuhan, mengapa dia di mana-mana sahaja?Nota itu aku renungi, hampir menitis air mataku membacanya. Peringatan yang diberikannya kali ini benar-benar membuatkan aku jatuh cinta pada ciptaan Allah yang sempurna ini. Subhanallah…inikah perasaan yang lahir dari setitik cinta yang Kau hadiahkan pada setiap ciptaanMu?

Assalamualaikum Mawar Berduri,
puteriku sayang…
Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati
Di sebalik bersih wajahmu
Di sebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung, tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Illahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri…
Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri
Ketegasanmu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya

WAHAI PUTERIKU SAYANG KAU BUNGA TERPELIHARA
Mahligai syurga itulah tempatnya…

Ya Allah, tidak cukup dengan emel, nota pula yang dihadiahkan padaku. Kau peliharalah hati kami agar sentiasa merindukan kasih sayangMu, Tuhan…amin…“Ummi…” aku capai tangan ummi, aku kucup tangan tua itu, lantas aku menggenggamnya erat.“Ummi rasa apa yang Wardah rasa?” aku memandang wajah tenang milik ummi. Ummi mengangguk, lembut. Dia mengusap kepalaku.“Sayang, mungkin dah sampai masanya.” Masa? Masa untuk apa, ummi? Aku hanya merenung wajah yang amat aku sayang itu. “Selama ni, Wardah selalu tanya ummi apa itu cinta. Macam mana ummi nak jawab sedangkan ummi sendiri tak tahu apa itu cinta. Perasaannya sukar ditafsir, payah diertikan. Tapi bila abi Aidil jumpa ummi, berbicara soal Wardah dan Aidil, ummi yakin Aidil dapat bagi erti cinta pada Wardah. Ummi takkan halang Wardah. Ummi yakin Wardah tahu apa yang terbaik untuk Wardah.” Aku masih membisu, keliru apa yang perlu aku jawab. “Sayang, ummi yakin Aidil dapat bahagiakan Wardah.” Selepas menuturkan ayat itu, ummi mengucup dahiku dan terus meninggalkan aku sendirian di kamar itu.

No comments: