Tuesday, December 4, 2007

BAB 3

Langkah ku atur pantas, tak mahu aku bertembung dengan Fairuz hari ini. Cukuplah dugaan dan badai yang menghempas hatiku kebelakangan ini. Ya Allah, ku pohon dariMu perlindungan dari berputus asa pada nikmatMu! “Wardah! Wardatul Syauqah!” nama ku jelas dilaungkan oleh siapa, aku tidak pasti. Aku berpaling. Ya Allah, kenapa dengan lelaki ini? Fairuz menghampiriku. “Assalamualaikum, Wardah.” Dia berdiri di hadapanku. Aku tidak memandangnya. Dalam hatiku rancak berzikir, biar Zikrullah memadamkan api kemarahan yang menyala di hati ini. “Wardah, saya nak minta maaf tentang hari tu. Saya tak bermaksud nak tengking awak tapi, awak pun tahu kan bila manusia dikuasai nafsu amarah, macam-macam benda boleh jadi. Saya harap awak dapat maafkan saya.” Fairuz cuba memujuk hatiku. Ya Allah…tabahkan aku. “Wardah, saya tahu saya bersalah. Saya tak patut buat awak macam tu tapi saya kecewa sangat, Wardah. Awak tahu saya sayangkan awak. Awak tahu saya cintakan awak tapi awak tak bagi saya peluang langsung.” Sayang? Huh, tahukah kau kerana sayang itu hidup ummi tergadai? “Wardah, sebab awak, saya dapat semangat baru untuk belajar. Saya dah banyak berubah sejak kenal awak. Saya teruskan pengajian saya pun kerana awak. Banyak perubahan pada diri saya sejak kenal awak. Tolonglah, Wardah. Saya harap awak sudi jadi teman hidup saya.” Ya Allah, mengapa ujian ini yang Kau berikan padaku? Astaghfirullahal’azim…tenangkan ombak yang deras berkocak di hatiku ini, Tuhan… “MasyaAllah…kenapa awak ni, Fairuz? Kenapa awak niatkan semuanya kerana saya? Awak tahu tak betapa bersalahnya saya pada Allah? Allah selayaknya menerima segala pujian tu. Tolonglah, Fairuz. Saya tak nak jadi penyebab pada fitnah seorang lelaki. Awak pun tahu kan fitnah terbesar untuk seorang lelaki adalah wanita? Betulkan niat awak, Fairuz. Saya tak layak terima cinta awak tu. Awak serahkanlah pada Allah, Dia selayaknya menerima cinta tu. Percaya pada takdir Allah, Fairuz. Percayalah toiyibun diciptakan untuk toiyibat dan toiyibat diciptakan untuk toiyibun.” Aku terus beredar setelah menuturkan kata itu. Aku tahu jika aku menunggu, masih banyak yang akan Fairuz bicarakan. Aku sudah tidak sanggup untuk berhadapan dengannya. Perasaan bersalah pada Allah menggunung di hatiku. Astaghfirullah, ya Allah swt jauhilah diriku dari menjadi punca fitnah kepada hambaMu yang lain. Ya Allah swt sesungguhnya aku memohon perlindungan dariMu kuatkanlah iman dan ketaqwaan kepadaMu dalam menempuh dugaan ini dan yang akan datang. Hijabkanlah diriku dengan perkara yang mendatangkan kemurkaanMu. Sesungguhnya aku memohon rahmat dan barakah dariMu wahai Tuhan yang Maha Penyayang dan Pengasih. “Wardah, tunggu!” ya Tuhan, apa lagi yang lelaki ini mahukan dari aku? “Wardah, saya sedar, saya tak layak untuk bersama awak. Saya tahu saya bukan orang-orang yang baik untuk bersama awak. Saya tahu saya siapa. Tapi, siapa yang tak nak orang sebaik awak untuk jadi bakal isteri? Saya betul-betul dah jatuh cinta pada awak, Wardah. Bukan senang saya nak meluahkan perasaan saya ni. Tolonglah, Wardah.” Fairuz cuba meraih tanganku. “Fairuz! Jangan sekali pun awak cuba untuk sentuh saya. Cinta? Atau nafsu yang bersarang di hati awak tu? Cukuplah, Fairuz. Erti cinta pun tak dapat awak berikan pada saya. Awak fikir saya ni apa? Sudah, Fairuz. Jangan berharap lagi pada saya. Tak mungkin saya akan terima cinta awak tu. Saya dah lambat, izinkan saya balik. Assalamualaikum.” Aku melukis langkah pantas mendapatkan kereta ku. Sampai di keretaku, aku terus menguncikan diriku. Biar aku mengasingkan diri sementara dari dunia ini. Aku sudah penat melarikan diri dari Fairuz. Sejak semester pertama lagi, lelaki itu cuba meraih cintaku. Namun selama dia mencuba itu, sekali pun hati ini tidak pernah terbuka walau dipujuk rayu. Aku serahkan segala-galanya pada Allah, pengarang novel hidupku ini. Setiap malam, aku pastikan Istikharah, solat sunat hajat dan taubat menjadi penutup pada hariku. Aku yakin pada janji Allah, aku yakin pada aturan Allah yang cukup sempurna. Seandainya ditakdirkan aku tidak bersama mana-mana rijal hingga akhir hayatku, aku pasrah. Biarlah aku menjaga ummi hingga akhir nafasnya. Ya Allah, seandainya hati ini yang ada pada diriku lalai dalam mengingatiMu maka gantikanlah hati ini dengan hati yang bercahaya yang sentiasa mendahulukan cintaMu ya Ilahi dari segala sesuatu..ya Allah kurniakanku dengan hati yang selalu mengingati nikmat-nikmatMu dan selalu mensyukurinya. Telefon tanganku berbunyi minta dijawab. Aku memerhatikan nombor yang tertera, milik Fairuz. Tuhan, mengapa lelaki ini tidak pernah berputus asa? Aku hanya membiarkan telefonku senyap sendiri. Biar Fairuz tahu aku tak ingin menjawab panggilannya. Setelah 2 percubaan, dia berhenti. Namun, nada dering mesej pula yang berbunyi. Aku membacanya,Assalamualaikum Wardah, maafkan saya. Walaupun awak masih tidak sudi menerima saya, saya akan tetap menunggu. Saya cintakan awak, Wardah. Sungguh! -Fairuz Tunggulah, Fairuz. Tunggulah sehingga dirimu sendiri lelah dengan permainan yang kau mulakan. Pelangi itu untuk ditatap, Fairuz. Bukan untuk dimiliki…maafkan aku. Aku terus menghidupkan enjin kereta, Ummi pasti menunggu aku di rumah. Kereta ku pandu perlahan. Hati ini masih berombak deras, umpama gelora Tsunami yang menghempas pantai dan menghadiahkan bumi selautan bencana. Aku gelisah, tidak tenang dalam menghadapi dugaan itu. Subhanallah, terasa begitu kerdilnya aku di sisiNya. Cubaan yang begitu kecil aku rasakan begitu besar. Rapuhnya imanku bila dicemari bisikan syaitan laknatullah. Astaghfirullahal’azim… Akhirnya aku tiba di hadapan rumah. Ummi dapat ku lihat sedang menanti di halaman. Aduhai, gerangan apa pula permaisuri ku ini menunggu kepulanganku? “Assalamualaikum, ummi.” Aku mendapatkan ummi dan menyalami tangan tuanya, tangan yang tidak pernah berputus asa dengan ujian dan cubaan Allah. Ummi, sesungguhnya ummi ratu hati Wardah yang menjalar di tiap urat nadi…“Alaikumussalam. Mari, sayang. Temankan ummi minum kat luar.” Ummi menarik tanganku. Aku hanya menurut. Seingat aku, jarang ummi berada di rumah pada masa begini. Biasanya dia sedang berada di masjid.“Kenapa ni, ummi? Biasanya ummi di masjid,kan?” aku memulakan bicara.“Hmm…hari ni Ustaz Syed tak dapat datang. Jadi, ummi buat keputusan nak duk kat rumah je. Lagipun, dah lama sangat ummi tak sembang ngan puteri ummi ni. Wardah tak suka ke?”“Eh, ada pulak macam tu. Lagilah Wardah suka, ummi. Memang dah lama Wardah tak bermanja ngan ummi. Banyak yang Wardah nak ceritakan pada ummi.” Aku menggenggam tangan ummi.“Ummi tahu. Hari-hari ummi tengok kalau Wardah balik dari kuliah, mesti muka monyok. Kenapa, sayang? Ada apa-apa yang tak kena ke kat Unitar tu? Atau Wardah tak suka belajar kat sana?”“Bukanlah, ummi. Wardah suka belajar kat sana. Ramai yang jadi kawan Wardah, study pun okay. Lecturer semua baik. Bukan sebab Unitar, ummi…tapi sebab sorang rijal tu…”“Ummi tahu, dia minat kat anak ummi ni,kan? Tapi sayangnya hati anak ummi ni pada orang lain. Betul tak?” ummi memotong cakapku. Ah, sememangnya kau ibu yang memahami, ummi. Apa saja di hatiku walaupun aku rahsiakan tetap kau tahu.“Hmm…gitulah ceritanya. Tapi yang ending tu salah sikit. Hati Wardah bukan dekat orang lain tapi hati Wardah memang tak terbuka untuk mana-mana rijal pun…”“Termasuk Aidil Azhiim anak Tuan Saiful tu?” Err…nama itu? Apa pula kaitannya dengan ummi ku?“Aidil Azhiim? Kenapa pulak ummi sebut nama dia?” dapat ku lihat senyuman sinis di bibir ummi. Ya Allah…tidak pernah hatiku berkocak begini deras.“Baba telefon ummi tadi, ceritakan tentang makan malam hari tu.” Menantikan jawapanku namun aku masih bisu, ummi menyambung,“Fatwa Saiyidina Umar r.a :Orang yang bijaksana,tidaklah dia mahu mencari sahabat melainkan orang-orang yang panjang fikirannya,kuat agamanya, luas ilmunya, tinggi akhlaknya, lanjut akalnya, dan di waktu mudanya bergaul dengan orang-orang yang soleh. Barangsiapa yang melalaikan keteguhan percintaan dari sahabatnya, maka tidaklah dia akan merasai buah persaudaraan orang itu terhadapnya. Barangsiapa yang memutuskan persaudaraan sebab takut dikhiyanati, maka hiduplah dia dengan tidak bersaudara. Tidaklah ada kesenangan hati yang menyamai kesenangan bersahabat, dan tidaklah ada kedukaan yang melebihi kedukaan apabila putusnya persahabatan itu.” aku tersenyum, senang mendengar kata-kata ummi kerana aku tahu, tiap apa yang dikatakan ummi pasti disokong mana-mana dalil. Aku gemar meluangkan masa bersama ummi begini, sekurang-kurangnya terisi ruang hatiku dan mengelakkan titik hitam dari bersarang di dalamnya. Teringat aku akan kata-kata Naqibahku ketika usrah di sekolah menengah dulu, “Sehari kita tidak mendengar tazkirah, akan terbit satu titik hitam di dalam hati”. Na’uzubillah…“Wardah, ummi rasa Wardah faham kan apa yang ummi cakap tadi?” kata-kata ummi mengembalikan aku pada kenyataan. Tuhan, jauhnya aku mengembara mengenang kenangan bersama ahli usrahku dulu.“Faham,ummi. Syukran ummi. Terisi jugak hati Wardah hari ni.” Aku membalas, pendek. Ummi memegang tanganku lembut, aku membalasnya.“Sayang, ummi tak kisah siapa pun pilihan Wardah. Yang penting, menantu ummi tu nanti yang akan mengimamkan solat Wardah, yang akan berkongsi tazkirah, yang akan mengingatkan Wardah tentang Islam, yang akan menjaga Wardah, dan yang paling penting, akan menjadi nakhoda pada kapal kehidupan Wardah. Faham, sayang?” aku mengangguk, lemah.“Wardah faham,ummi. Memang itu yang Wardah impikan. Wardah impikan suami yang akan bersama-sama Wardah berjuang menegakkan agama, suami yang akan bersama-sama Wardah dalam berjihad. Wardah impikan untuk menjadi sayap kiri pada suami Wardah. Wardah nak jadi pendokong dan pendorong,ummi…bukan sekadar pengikut.”“Alhamdulillah, sejuk hati ummi mendengar semua itu. InsyaAllah, sayang…doa ummi sentiasa bersama Wardah. Berdoa itu penting,sayang. Allah paling suka hambaNya merayu dan merintih. Sebab tu Allah selalu uji kita, selalu duga kita. Kadang-kadang kita sendiri tak sangka kita sebenarnya kuat untuk menempuh segala ujian tu. Sebab tu Allah uji kita, Dia nak kita sedar, kita sebenarnya kuat.” Aku memandang wajah ummi. Tidak sedikit pun wajah itu terganggu dengan ujian dan dugaan dari Allah. Ya Tuhan, Kau tabahkanlah hati ibuku. Kasihi dia sebagaimana dia mengasihiku ketika aku masih kecil, Tuhan. “Eh, dah dekat Maghrib ni. Mari masuk, nak. Wardah bawa sekali cawan tu ke dalam. Ummi nak bersiap ke masjid ni. Wardah nak ikut ke?” “Boleh jugak,ummi. Lagipun dah lama sangat Wardah tak ikut ummi ke masjid. Ummi tunggu Wardah, ya?”“InsyaAllah. Cepat, sayang. Pergi mandi dulu. Wardah tak rehat pun hari ni.”Aku berlalu ke dapur. Ummi terus sahaja ke kamarnya dan menyiapkan diri. Mujur tiada tugasan yang perlu aku siapkan hari ini. Bolehlah aku mengikut ummi ke masjid malam ini. Tambahan pula, hari ini hari Khamis. Malam ini pasti ada ceramah sesudah Isya’. Beginilah hidup ummi sehari-hari semenjak Baba meninggalkannya. Aku tidak pernah bimbang dan runsing akan keadaan ummi kerana aku tahu, dia benar-benar kuat. Aku harap aku juga akan jadi sepertinya, kuat dan tabah! InsyaAllah…

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahuTak siapa pinta ujian bertamu
Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandangMempunyai berbagai tafsiran
Segala takdir, terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatnya
Allah rindu mendengar rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah
Menghadapi segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu…
*rahmat ujian-mestica

No comments: