Monday, March 12, 2007

USRAH SEBAGAI NUKLEUS DAKWAH


assalamualaikum wahai sahabat


usrah?Kenapa perlunya usrah..?apakah kepentingan usrah..?

USRAH....amat, teramat dan paling penting dalam menuju matlamat yang lebih besar lagi...dan pastinya usrah adalah penting dalam mebentuk biah solehah dan seterusnya "jemaah"...


Kepentingan USRAH :-

1) dapat tarbiyah hati, mendidik diri, menambah ilmu melalui pengisian yang diberi, nasihat dan sebagai peringatan.


2) Dapat menjalin dan mengeratkan ukhwah kerana adanya keterikatan hati antara ahli2 usrah dengan naqibah, di samping hala tujunyaa yang lebih besar, dapat membentuk JEMAAH = kumpulan/komuniti Islam.


3) USRAH is FOR "UMMAH" umat Islam


4) Bila adanya ukhwah, maka terbntuknya jemaah..dengan ini dapat membina satu organisasi untuk mencapai matlamat tertentu yakni untuk ISLAM


5) Usrah-melahirkan generasi terpimpin yang faham & tahu matlamat agama dalam menyampaikan dan mengembangkan ilmu melalui DAKWAH...

sebenarnya peranan USRAH tersangatlah BESAR kerana daripada usrah=keluarga membentuk "baitul muslim" ..kemudiannya akan membentuk masyarakat=komuniti muslim,daripada masyarakat akan membentuk rakyat=ummah dan seterusnya..membentuk negara ISLAM...wallahua 'alam

1 comment:

fathi aris omar said...

Sedutan artikel Fathi Aris Omar, “Di Bawah Mendung Usrah”

[ii]

Mungkin (ulang: mungkin) manusia paling bodoh itu manusia yang tidak rancak berfikir. Yang kedua terbodoh, manusia yang tidak membaca buku, sementara tempat ketiga jatuhnya kepada manusia yang tidak luas pergaulan dan beragam diskusinya. Dan ketiga-tiganya ada pada manusia usrah dan jemaah Islam yang saya kenali!

Jika gejala ini sejenis paradoks – beginilah paradoks, satu-satunya, yang berjaya saya cungkil sepanjang 10 tahun berusrah dan bergerak dalam gerakan pelajar dakwah; dan selebihnya politik kepembangkangan, kewartawanan dan aktivisme era Reformasi 1998-99. Dan lebih parah daripada segala paradoks ini, keyakinan kita untuk menyebarkan dan melaung-laungkan kebodohan kita di depan masyarakat dengan rasa penuh yakin dan bangga!

Tidak lama selepas karya-karya Fathi Yakan, saya dikenali pula dengan karya-karya al-Maududi (khususnya Fundamentals of Islam atau edisi serpihan terjemahan Iman, Islam, Jihad), Hassan al-Banna (Usul 20 dan Dakwah Kita), Syed Qutb (Petunjuk Sepanjang Jalan, Keadilan Sosial dalam Islam atau sebahagian Fi Zilalil Quran), Yusuf Qardhawi (Problema Kemiskinan), Muhammad Qutb (Salah Faham Terhadap Islam), Mustafa Masyhur (Petunjuk Sepanjang Jalan Dakwah), Said Hawwa (Risalah Ufuk Ta’lim atau Jundullah: Thaqafan wa Akhlakan) dan juga Abu Urwah (Risalah Usrah edisi pertama), selain makalah-makalah terbitan persatuan-persatuan mahasiswa universiti, termasuk PMUTM sewaktu Ahmad Lutfi Othman memegang jawatan setiausaha agungnya.

Kalaulah saya mengadakan usrah hari ini, saya haramkan buku-buku ini kepada anak-anak usrah saya.

Mereka sepatutnya membaca Syed Hussein Alatas (Intelektual Masyarakat Membangun atau Sosiologi Korupsi), Goenawan Mohamad (siri Catatan Pinggir), John Stuart Mill (On Liberty), George Orwell (Nineteen Eighty Four), Jean Paul Sartre (The Age of Reason), Alvin Toffler (Future Shock atau Third Wave), Majid Fakhry (A History of Islamic Philosophy), Bertrand Russell (A History of Western Philosophy), Friedrich August Hayek (The Counter-Revolution of Science: Studies on the Abuse of Reason), Seyyed Hossein Nasr (Science and Civilization in Islam atau Traditional Islam in the Modern World), Osman Bakar (Classification of Knowledge in Islam), Shaharir Mohammad Zain (Simbiosis antara Sistem Nilai dengan Tabii Matematik), Syed Naguib al-Attas (Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu) dan beberapa karya tokoh pemikir dan ahli politik tempatan. Mungkin buku Dr Abdul Karim Zaidan, Usul Dakwah, boleh dibaca dan relevan untuk “usrah baru” saya nanti.

Mungkin, selepas sekian lama berusrah, anak didik saya ini akan terkhayal dengan bahan-bahan diskusi yang ditelaah mereka dan mula berlagak sebagai “intelektual muda” dengan istilah-istilah ganjil dan “moden” untuk menakut-nakutkan sasaran sembang mereka. Tetapi, lebih baiklah berlagak dengan gaya ini daripada tidak sedar diri menjual kalimah-kalimah orang Arab, sesekali memetik al-Quran atau hadis, yang sudah basi dan tidak relevan dengan zaman dan geografi kita! Kalau mahu jenama import, pastikan yang bermutu dan tahan lama.

http://patahbalek.blogspot.com/