Tuesday, March 13, 2007

Keajaiban!

Nak kongsi keajaiban ini bersama sahabat-sahabat sekalian..
Cuma dengan duduk beberapa minit selepas solat..
Dan renungkan segala khabar yang telah kita dengar / lihat..
Berkaitan dengan Gempa Bumi & Tsunami yang telah kita ketahui..
Tidak kira sama ada berita Khabar Angin mahupun laporan media..

Kita duduk dan renungkan..
Mengapa kecanggihan teknologi masih tidak mampu mengurangkan jumlah mangsa, tetapi mampu menghitung jumlah mangsa yang terkorban..

Kita terus fikirkan...
Betapa haiwan yang tidak punya akal, namun mempunyai kelebihan
menjangkakan musibah yang bakal menimpa.. Ikan-ikan rela mati didaratan menjadi rezeki buat umat manusia sedangkan manusia berebut mengaut kelebihan ini sehingga mengabaikan kewajipan kepada ALLAH.

Langsung kita terfikir...
Ombak datang bergulung, semakin riang anak-anak bermain air...
Sedangkan jika benar kita meniti Kisah teladan dari Umat terdahulu..
Gumpalan awan yang datang disangka membawa air yang menyuburkan tanaman... Walhal menjadi Azab buat kaum tersebut..

Kita masih duduk di atas sejadah memikirkan..
Saudara kita yang tertimpa bala-bencana ini, menangis sugul kerana meratapi kematian anak, isteri & ahli keluarga yang lain.. Sedangkan kita.. sambil membaca laporan berkaitan, masih kedengaran gelak ketawa kawan-kawan malah dari kita sendiri..

Masih lagi terfikir dan memikirkan..
Kerana bencana ini, semua konsert dan majlis keramaian dibatalkan bagi menghormati bencana yg menimpa sebahagian rakyat Malaysia.. Namun, masih belum menghentikan Nafsu Serakah yang masih tetap ingin membuat kemaksiatan dan kebinasaan.. Sedangkan kita sedia maklum, bencana ini adalah Bala dari ALLAH, kerana kelalaian dan akibat dari tangan manusia sendiri.. (Bukan saya cakap, ini Firman ALLAH..)

Tanpa kita sedar, sahabatku...
Bahawa Janji ALLAH memang benar.. Bila Bala ALLAH turun.. Bukan sahaja rakyat biasa, para pelakon, penari-penari dan pengamal maksiat disana sini.. Malah Tok Imam, Guru-guru Agama tidak terlepas dari Azab yang ALLAH turunkan.. Jika mereka juga tidak terlepas.. apatah lagi kita.. Dan katalah pada diri sendiri.. "Jika Azab ALLAH datang dalam Nikmat, Entah apa yg terjadi padaku..."

::Wallahu'alam::

No comments: