Friday, May 29, 2009

Muhasabah Solat Kita...

Mungkin ada antara kita merasakan solat mereka sudah baik.Mereka sudah handal dan fasih bacaan dan pergerakan dalam solat.Namun bagaimana pula dengan kekhusyukan?Adakah kita rasa sudah khusyuk?Kita sendiri tidak akan mengetahuinya melainkan Allah SWT.Insafilah diri krn walaupun kita taat mendirikan solat tetapi tempatnya di neraka Wail apbl lalai dalam solat.Nauzubillahiminzalik….
SOLAT…
Ada yang lupa bilangan rakaat,resah bila imam membaca surah panjang,membaca dgn cepat dan rukuk-sujud juga dgn cepat sekaligus menunjukkan tanda2 org yg jemu bersolat!Yakinlah Allah mengetahui apa yang kita fikirkan ketika solat.Percayalah syaitan berjaya membengkokkan hati memikirkan tntg hal keagamaan,hal dakwah,hal2 yg baik semasa solat padahal ianya tetap dikategorikan LALAI.Malah syaitan boleh memberi kita ilham dan idea yg baik semasa solat.Brg yg hilang juga boleh diingati semula semasa solat!Sedarkah kita hny waktu solat kita benar2 terputus langsung dgn urusan dunia! Jika dalam solat yang singkat,kita masih jauh dgn Allah bagaimana pula di luar solat?Tepuk dada,tanyalah iman.

Muhasabahlah diri kita..Adakah kita tergolong dlm klgn yg sempat membaca dlm hati(niat solat),kemudian khayal semasa membaca doa iftitah,tdk mendengar Al-fatihah yg imam baca atau fikiran melayang semasa membaca surah?Atau msh di alam fantasi semasa rukuk dan sujud.Mgkn sedar skejap di tahiyat awal dan rakaat berikutnya terus lalai dan sedar semula bila ingin memberi salam!Sebaik memberi salam ,kita masih ‘selamba’ membaca astaghfirullahalazim krn sdh menjadi kebiasaan.Di mulut memohon maaf kpd Allah krn kelalaian td ttp tdk di hati.Terlintaskah di hati kita ,solat td kualitinya mcmn,diterima Allah atau tidak???

Kata Muaz bin Jabbar:
”Barangsiapa yg ketika solatnya blh mengenali siapa jemaah di sebelahnya maka dia sbnrnya tdk khusyuk”.
Dr saidatina Aisyah r.a.:”Rasulullah saw spt tdk mengenali kami ketika hampir masuk waktu solat dan kami juga tdk mengenali Baginda.”Begitulah keadaan emosi baginda nabi saw dan para shbat .Mrk mementingkan diri sendiri ketika hampir masuk waktu solat dan sedar akn berjumpa dan berkomunikasi dgn Allah ketika solat.

Justeru sebelum solat,mulakan memberi tumpuan dan menghayati azan yg berkumandang,yg membesarkan Allah,seruan mengajak solat dan mencapai kejayaan yg kekal.Cuba khusyuk solat sunat qabliah dan jika msh berbual slps iqamat,peluang utk tdk khusyuk sgt tinggi.Dan membaca surah An Naas bbrp kali sblm dan slps iqamat.Sekiranya ketika hampir masuk waktu kita masih kalut,besar kemungkinan solat kita pun akn kalut.


Waakhiran,tdk sama sekali ingin dinyatakan bhw solat diri ini sudah sempurna.
Tidak!!Ana hny ign berkongsi ilmu yg diperoleh agar kita dapat sama-sama muhasabah solat kita…

7 comments:

Mus said...

Salam..
Btol tu..
Mari la sesame muhasabah diri..

Ajemi said...

nk copy artikel ni boleh?

.....SriKaNdi21... said...

boleh..tafaddol

norulqalbi said...

thanks....
kerana mengingatkan~~~~
huu~~~~
^^

Unknown said...

Betul Sekali. Passs sekali. Tolong Mas kalau punya teori yang ampuh untuk kekhusu an Sholat, mohon di postkan, biar ane coba. Trims

Unknown said...

Betul Sekali. Passs sekali. Tolong Mas kalau punya teori yang ampuh untuk kekhusu an Sholat, mohon di postkan, biar ane coba. Trims

Unknown said...

Betul Sekali. Passs sekali. Khusu' mudah diucapkan tapi prakteknya, masya Alloh. Tolong Mas kalau punya teori yang ampuh untuk kekhusu an Sholat, mohon di postkan, biar ane coba. Trims