Thursday, April 10, 2008

....LELAKI IDAMAN MUSLIMAH......


Biarlah dia seorang yang buta

Kerana matanya sunyi dari melihat perkara-perkara maksiat dan laghah

Kerana kedua matanya terpelihara dari memandang aurat wanita ajnabi

Asalkan kedua matanya terang dalam memerhati keagungan ciptaan Allah

Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin,

Bosnia, Ambon dan seumpamanya


Biarlah dia seorang yang bisu

Bisu dari pujuk rayu yang bisa mengoncang keimanan

Bisu dari mengungkapkan ungkapan yang bisa meracun fikiran

Bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran

Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan

Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran

Asalkan dia petah membangkang kemungkaran dan dia lantang

menyuarakan kebenaran


Biarlah dia seorang yang bakhil

Bakhil dalam memberi senyuman pada wanita yang bukan mahramnya

Bakhil dalam meluangkan masa untuk membuat temujanji dengan wanita

ajnabi yang boleh dinikahinya

Bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya kerana seorang wanita yang

tidak sepatutnya

Tetapi dia begitu pemurah meluangkan masanya untuk beribadah dengan

Khaliqnya

Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya

Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran

Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya bahkan nyawanya demi

melihat kalimah syahadah

Kembali megah di muka dunia


Biarlah dia seorang yang papa

Papa dalam melakukan perkara maksiat

Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedah dan tidak bermanfaat

Papa memiliki akhlaq mazmumah

Tetapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan

Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlaq dan budi pekerti yang mulia

Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya

Dan dia seorang yang kaya dalam menanam impian untuk menjadi seorang

syuhada yang syahid di jalan Allah

1 comment:

Ajemi said...

truknya aku...aku xde sume tu...