Saturday, February 9, 2008

BAB 20

MONOLOG HATI…WARDATUL SYAUQAH BINTI KHAIRUDDIN

Akhirnya aku kembali lagi ke dunia ini, dunia yang telah lama aku tinggalkan. Aku tahu banyak jiwa yang terseksa sepanjang pemergianku namun aku rasakan, hanya itu jalan yang terbaik untuk melepaskan diriku dari asakan keadaan ketika itu. Aku yakin Aidil Azhiim mampu mengemudi bahtera yang aku tinggalkan seketika. Buktinya, dia memang mampu. Anis Maisarah, puteri yang amat aku rindui selamat di sisinya. Permaisuri hatiku jua begitu. Ummi tampak tenang di sampingnya. Abi, Baba, Mak cik Alia, Habsyah…dan anaknya, jua anakku…A’bid Shuhaimi…semuanya selamat di sisi seorang Aidil Azhiim…aku tahu keputusanku tidak salah…Khairunisa’ Nadia yang meyakinkan aku tentang lelaki ini. Usahanya menghubungiku sewaktu Aidil Azhiim masih di Jordan tidak sia-sia. Akhirnya, aku ke Jordan untuk menetap bersamanya dalam mencari ketenangan. Aku tahu segalanya yang berlaku di bumi ini, melalui Khairunisa’. Dia telah terlalu banyak membantu aku, dan berkorban untuk aku. Aku tahu perasaannya pada Aidil Azhiim, yang dia korbankan kerana Anis Maisarah. Aku juga tahu akan kesanggupannya untuk mengundur diri demi kebahagiaan aku dan Aidil Azhiim. Dan yang paling penting, kesanggupannya untuk membenarkan aku makan pakai di rumahnya selama tempoh aku mencari ketenangan ini. Aku juga tahu nasib yang menimpa Fairuz. Biarlah…aku kira hanya itu yang mampu menginsafkannya. Abang, maafkan Wardah. Wardah bukan sengaja memungkiri janji Wardah tapi Wardah sudah tidak sanggup menjadi permainan nafsu yang cuba abang mainkan. Wardah dah penat melawan takdir sendiri. Wardah perlukan rehat, rehat yang lama dari segala apa yang terjadi. Kerana itu Wardah serahkan Anis Maisarah pada Aidil Azhiim, kerana Wardah tahu dia mampu membentuk anak kecil itu menjadi Anis Maisarah yang sekarang. Maafkan Wardah, abang…Ummi, anakmu kembali lagi. Maafkan Wardah atas segala kesilapan Wardah. Ampunkan Wardah, ummi…Wardah yakin ummi memahami apa yang Wardah lakukan. Bukan Wardah tak rindu, bukan Wardah tak kasihkan ummi. Kerana terlalu kasih, Wardah terpaksa mengambil keputusan begini. Wardah tak sanggup melihat wajah tua ummi meratapi nasib Wardah. Ummi sepatutnya bahagia pada usia begini, bukan turut sama menderita kerana Wardah…ummi, Wardah sayang ummi…Baba, Wardah mohon ampun. Terima kasih atas nasihat Baba seketika dulu. Kata-kata Baba benar-benar memberi kesan pada Wardah, bahawa Wardah berhak mengejar kebahagiaan sendiri…Wardah doakan kebahagiaan Baba bersama Mak Cik Alia…biarpun Baba katakan yang Baba menyintai Mak Cik Alia, Wardah tahu cinta Baba pada ummi…Baba jangan bimbang, Wardah akan jaga Ummi bagi pihak Baba…Habsyah, akak kembali…tapi akak kembali bukan untuk merampas Fairuz, tetapi menyerahkan kebahagiaan itu kepada kamu. Akak harap Habsyah akan terus bahagia menjadi sebahagian dari keluarga kami. Pada akak, apa yang telah terjadi biarkan terjadi. Kini, Habsyah adalah anak angkat ummi, sekaligus adik akak, biarpun hakikatnya tali yang mengikat kita adalah ‘madu’. Akak redha dengan apa yang telah terjadi…semoga Habsyah akan terus kuat untuk menjadi seorang ibu pada seorang Abdullah…A’bid Shuhaimi…Khairunisa’ Nadia, syukran…itu sahaja yang mampu ana katakan pada anti. Telah terlalu banyak yang anti korbankan pada ana selama setahun lebih ini. Bukan setakat makan pakai, perasaan anti juga anti korbankan pada ana. Syukran jazilan…semoga Allah membalas segala pengorbanan anti, insyaAllah…terima kasih kerana sudi mengundang ana untuk mencari ketenangan di bumi Jordan, dan membawa ana mengenal apa itu erti persahabatan yang telah lama ana tinggalkan. InsyaAllah, amanah anti pada ana untuk menjaga ‘hati’ anti akan ana tunaikan. Ukhti, syukran…jazakillahu khairan kathira…Anis Maisarah, puteri hati umi…maafkan umi meninggalkan Sarah terlalu lama. Bukan umi tak rindu, sayang…tapi umi perlu lakukan semua ini agar segalanya tenang seperti sekarang. Satu hari nanti Sarah akan mengerti mengapa umi terlalu lama meninggalkan Sarah bersama abi…Abang, Aidil Azhiim bin Saifullah…Kasih ini amanah kita. Kasih ini adalah erti cinta yang kita cari selama ini. Semoga kita akan terus kuat untuk menentang badai kehidupan yang seringkali mengganas melambung ombak dalam lautan yang bahteranya terlalu lemah! _Wardatulsyauqah_
………………………………………………………………………………………………………………

“Abang…”

“Hmm…?”

“Cinta itu apa?”

“Cinta itu Wardatul Syauqah binti Khairuddin
BAB 19

Lama benar pemergian Wardatul Syauqah aku rasakan. Habsyah telahpun selamat melahirkan anak sulungnya, walaupun tanpa Fairuz di sisi. Lelaki itu akhirnya telah ditahan polis, lantaran tindak ganasnya pada Habsyah, dan aku sendiri. Abi memaksaku membuat laporan setelah aku cedera dibelasah teruk olehnya dan aku hanya menurut. Sudahnya, dia berada di bawah pengawasan pihak polis, sehinggalah dia memukul Habsyah sekali lagi kerana menurut amarahnya. Kini, dia disumbat ke penjara, kerana Habsyah turut akur dengan pujukan Abi untuk membuat laporan dan mendedahkan apa yang Fairuz lakukan selama ini kepadanya. Tambahan, Fairuz pernah mengugut untuk terus membunuh anaknya sebaik sahaja dia dilahirkan. Kudrat Allah tiada siapa yang tahu. Habsyah selamat melahirkan A’bid Shuhaimi, walaupun dia sedang keseorangan di rumahnya. Saat ini, aku rasakan betapa kerdilnya aku di mata Yang Esa. Anis Maisarah yang semakin menginjak usia, kian mengerti yang umi nya menghilangkan diri. Aku semakin bahagia dengan hidupku, biarpun masih diganggu cinta semalam Khairunisa’ Nadia. Pada Borhan, aku telah berjanji untuk mengembalikan Khairunisa’ kepadanya walaupun dia menolak. Pada Borhan, dia tidak layak untuk memiliki cinta Khairunisa’ namun aku yang beriya memujuknya. “Assalamualaikum Aidil.” Salam itu mengejutkan aku. Aku berpaling, seraya melihat ummi menghampiriku. Dia tersenyum.“Alaikumussalam, ummi. Bila ummi sampai?” “Tadi. Saja teringatkan Anis Maisarah. Ummi sampai je, Bibik cakap dia baru je tidur. Aidil sihat?” aku tersenyum lagi. Sudah lama Ummi membiarkan Anis Maisarah tinggal bersamaku. Mujur ada Bibik yang membantuku untuk mengasuhnya ketika pemergianku ke tempat kerja. Wardatul Syauqah sehingga kini belum ada khabar. Aku pula sudah semakin berputus asa untuk mencarinya. Semakin dekat aku rasakan, semakin jauh dia lari. Pernah suatu ketika dia menghubungi ummi namun apabila mendengarkan suaraku, dia memutuskan panggilannya. Aku tak tahu di mana dia sekarang. Aku sendiri bingung, atas alasan apakan Wardah melarikan diri…“Aidil…” ummi mengembalikan aku pada realiti. Aku tersenyum lesu.“Ummi tahu Aidil fikirkan Wardah. Jangan risau, Aidil. Ummi yakin, Wardah dah semakin hampir pulang. Lagipun ummi tahu Wardah dah maklum tentang penangkapan Fairuz. Wardah hanya takutkan Fairuz, sebab tu dia larikan diri. Percayalah, Aidil.” Ummi menenangkan aku.“Aidil tahu, ummi. Tapi salah Aidil juga, dah dua kali Wardah jadi macam ni. Dulu kerana Aidil tak jaga dia dengan elok, dia jadi mangsa Fairuz. Sekarang, sebab Aidil tak ada waktu dia memerlukan, dia larikan diri. Aidil rasa bersalah pada ummi, pada Anis Maisarah…”“Bukan salah Aidil pun…ummi tak pernah salahkan Aidil. Ummi tahu Aidil dah sedaya upaya cuba jaga Wardah. Anak ummi tu je yang degil. Biarlah dia berfikir, Aidil. Biar dia ambil masa selama mana yang dia nak untuk timbangkan mana yang baik dan mana yang buruk. Ummi yakin dia akan kembali nanti.”“Ummi tahu Wardah di mana?”“Ummi tak pernah tahu, Aidil. Tapi dua minggu lepas, dia ada telefon ummi. Bila ummi tanya dia di mana, dia tak jawab pun. Dia banyak tanyakan Anis Maisarah. Dia tahu Fairuz dah kena tangkap. Dia pun tahu Anis Maisarah bersama kamu sekarang.”“Dia ada cakap bila dia nak balik, ummi?” “Tak, Aidil. Ummi pun dah malas nak tanya. Biarlah bila pun dia nak balik, Aidil. Kamu tu, dah selesai masalah dengan Nisa’?” ya Allah, hampir saja aku terlupa akan wanita itu…yang masih mengharapkan aku…“Dia ada hantar emel 3 hari yang lepas. Katanya dia masih menunggu saya. Entahlah, ummi…tak pernah terbuka hati saya untuk dia…”“Kamu dah buat istikharah, Aidil?”“Alhamdulillah, dah ummi…bayangan Nisa’ langsung saya tak nampak. Saya hanya nampak Anis Maisarah.” Aku memandang ummi, melihat wajah tua yang masih lagi kuat mengharungi ujian dan dugaan. “Baba ada hubungi kamu?”“Ada…Baba tanyakan Anis Maisarah.”“Sarah je?” ummi tersenyum penuh makna.“Baba tanyakan ummi, dan Baba tanyakan Wardah. Apa lagi yang perlu saya jawab tentang Wardah, ummi?”“Sabarlah, Aidil. Kalau Wardah tu betul-betul jodoh kamu, insyaAllah tak akan ke mana.”“Abi…” panggilan itu membuatkan aku berpaling. Anis Maisarah yang masih merah matanya kerana menangis terus aku dapatkan.“Kenapa anak abi, ni?” dia merangkul leherku, dan meletakkan kepalanya di bahuku.“Sarah rindu umi…” ya Allah, sabarlah sayang…umi akan pulang nanti, percayalah…abi janji…sabar,
sayang
…………………………………………………………………………………………………

SETAHUN BERLALU…

Tawa Abi dan Ummi jelas di pendengaranku. Aku ke luar halaman untuk menyertai mereka. Lagak Anis Maisarah yang sedang mengusik A’bid Shuhaimi menggelikan hati kami semua. Alhamdulillah, segalanya sudah beransur pulih. Trauma yang Habsyah alami sudah hilang kini. Dia bahagia dengan kehidupan barunya. Ummi yang mengambil Habsyah sebagai anak angkat turut merasakan tempias kebahagiaannya. Fairuz masih meringkuk di penjara. Biarlah, biar dia rasakan padannya balasan itu dengan tindakannya selama ini. Baba dan Mak Cik Alia juga ralit memerhatikan Anis Maisarah. Bagi kami, dia lah satu-satunya insan yang sering mengubat kerinduan kami pada Wardatul Syauqah. Wardah…rindu ini masih ada buat anti. Bila lagi anti akan pulang dan mengubat sendiri kerinduan yang telah lama bersarang di hati kami? Anis Maisarah sudah dewasa, Wardah…dia sering menanyakan anti. Apa lagi jawapan yang harus ana berikan? Ana sudah terlalu sering menipunya, Wardah. Sehinggakan ana rasakan ana sudah tidak mampu untuk menipu Anis Maisarah lagi. Pulanglah, Wardah…pulanglah dan berilah jawapan pada penantian Anis Maisarah ini…dan berilah jawapan pada penantian ana…pulanglah… “Abi…” Anis Maisarah berlari mendapatkan ku. Aku lekas mendukungnya. Dia ketawa melihatkan A’bid yang tidak dapat mengejarnya. Ah, anak kecil ini benar-benar menghiburkan hati kami semua. Anis Maisarah lekas mengerti yang A’bid Shuhaimi adalah adiknya. Dia menerima, namun sering dia bertanya mengapa bukan umi nya yang melahirkan A’bid dan mengapa Habsyah pula yang melahirkannya. Kami sering keliru untuk menjawab soalan ini, bimbang juga Habsyah akan terasa namun bila Habsyah sendiri yang menjelaskannya pada Anis Maisarah, kami mengerti yang Habsyah sudah mula redha dengan nasibnya. “Abi…Sarah nak umi. Kenapa Abid ada mak, tapi Sarah tak ada umi?” Tuhan, soalan itu lagi yang ditanya. Aku memandang ummi dan Baba, cuba meraih simpati agar membantuku. Baba akhirnya menghampiri kami dan mengambil Anis Maisarah dari tanganku.“Cucu datuk pandai, kan?” Baba mengumpan Anis Maisarah. Dia mengangguk perlahan.“Kalau cucu datuk ni pandai, tunggu umi balik, ya? Umi gi kerja…nanti umi balik…”“Datuk tipu! Abi pun tipu! Nenek, Atuk Abi pun tipu! Mak Habsyah tipu! Nenek Alia pun tipu! Bibik tipu! Adik pun tipu! Semua tipu Sarah! Umi tak kerja! Umi lari dari rumah! Semua tipu Sarah! Semua jahat!” Sarah terus melarikan diri dari kami semua selepas menjerit begitu. Aku panik, tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Anis Maisarah terus berlari memasuki rumah sambil menangis. Aku memandang wajah ummi, wajah abi, wajah Baba, wajah Habsyah…semuanya kelu dan bisu. Mereka juga terkejut seperti aku. Dari mana Anis Maisarah punya kekuatan untuk berkata begitu? Ya Allah…Kau bantulah hambaMu ini…serentak itu, sebuah kereta memasuki perkarangan rumah kami…“Abi…umi…” suara itu membuatkan aku mengangkat wajahku memandangnya. Ya Allah, benarkah aku tidak bermimpi? Betulkah aku di alam realiti?
BAB 18

Pedih yang ku rasa menusuk hingga ke hati. Ya Allah, sabarkan hambaMu ini. Tumbukan Fairuz yang singgah di pipi sebentar tadi benar-benar menguji sabarku. Lelaki ini sememangnya tidak layak untuk bersama Wardah! “Hei binatang, mana kau sembunyikan Wardah, hah?” Astaghfirullahal a’zim…sabarkan aku, Ya Tuhan…padamkan api neraka di hatiku ini…“Ya Allah, Fairuz. Ana dah cakap ana tak tahu ke mana dia pergi.” Aku cuba berlembut dengan lelaki ini.“Tak payah cakap macam tu depan aku. Aku kenal kau siapa. Depan Wardah kau boleh tunjuk alim tapi bukan di depan aku. Mana kau sembunyikan Wardah?!” ya Allah, Kau berilah petunjuk pada hambaMu ini…“Astaghfirullahal a’zim…cuba kau beritahu aku apa yang aku dapat kalau aku sembunyikan Wardah?” akhirnya aku mengikut rentaknya, aku ralat dalam keadaan begini.“Aku tahu kau memang sukakan bini aku tu. Dahlah kau rampas dia dari aku, sekarang kau sembunyikan dia pula. Kau fikir siapa kau?”“Ya Allah, siapa yang rampas Wardah? Dia tak pernah beritahu dia milik kau waktu aku meminang dia dulu. Dan dia bukan isteri kau lagi, Fairuz. Dia bekas isteri kau!”“Ah! Dia isteri aku. Dia dah janji nak kembali pada aku. Kau tengoklah nanti, kalau kau berdegil nak sembunyikan dia lagi, kau jangan menyesal tengok mayat Habsyah dan budak sial tu depan rumah kau!”“Fairuz, kau jangan gila untuk mengorbankan nyawa orang lain demi nafsu kau!” dan dengan kata-kata itu, sekali lagi pipi ku menjadi mangsa tangannya yang telah lama digenggam. Aku terjatuh kerana pukulannya yang kuat itu. Bukan aku tak mahu membalas serangannya tapi memikirkan untuk apa, aku biarkan saja Fairuz melayani api kemarahannya itu. Baru saja aku cuba untuk bangun, sekali lagi dia menendang tubuhku. Aku semakin lemah dek pukulannya itu. Ya Allah, Kau kuatkanlah benteng sabarku ini… Aku cuba untuk bangun lagi, dan kali ini, perutku pula menjadi destinasi seterusnya untuk kakinya singgah. Aku terperosok jauh ke belakang. Ya Allah, sakitnya…Fairuz menghampiriku, aku hanya diam memandangnya dan menanti tindakan seterusnya. Dia mengangkat wajahku menghadapnya,“Ini baru sedikit yang kau dapat. Kau tunggulah nanti. Selagi Wardah tak kembali pada aku, kau akan tahu apa yang aku akan buat nanti. Kau tunggu, Aidil Azhiim!” dia terus berlalu meninggalkan aku selepas kata-kata itu. Aku hanya duduk, menahan rasa sakit yang amat. Perutku yang senak ditendang aku pegang. Ya Allah, Kau selamatkanlah hamba-hambaMu dari menjadi mangsa pada nafsu Fairuz yang menggila itu

………………………………………………………………………………………………………

“Abi…cakit tak?” suara Anis Maisarah sayup kedengaran di telingaku. Aku membuka mata, dia hanya tersenyum di sisiku.“Aidil…ok tak?” abi pula yang bertanya. Aku hanya mengangguk lemah. Kerana terlalu lemah untuk bergerak, aku menghubungi abi melalui telefon bimbit yang kebetulan berada di dalam poket seluarku untuk mengambilku tadi. Sudahnya, Abi terus membawaku ke hospital dan menelefon ummi dan Anis Maisarah. “Ummi…” aku bersuara, agak lemah suara ku aku kira ketika itu. Ummi merapatiku dan Anis Maisarah.“Ya, Aidil. Ada apa?” ummi yang umpama ibu kandungku sendiri itu aku tatap penuh harapan. Mata kami berbicara seketika. Ummi hanya menggeleng. Aku kira ummi faham apa yang ingin aku tanyakan.“Belum lagi, Aidil. Semalam ummi ada cuba telefon kawan dia, diorang pun tak tahu ke mana dia pergi. Ummi hampir putus asa, ummi fikir nak buat laporan polis je tapi Baba tak izinkan. Dia yakin Wardah tak apa-apa.” Mendengarkan nama itu, Anis Maisarah segera berpaling pada ummi,“Umi? Umi mana, nenek?” soalan itu lagi yang menjerat kami. Ummi hanya mengusap kepala anak kecil itu dan terus berlalu pergi. Ummi, tabahkan hatimu…“Umi kerja, sayang…” ringkas jawapanku padanya. Anis Maisarah mengeluh kecil. Dia menyentuh tanganku, dan aku menggenggam tangan kecilnya itu. Walaupun dia masih kecil, namun mulutnya sudah cukup petah berkata-kata. Aku yakin anak kecil ini akan menjadi seorang yang amat pintar kelak.“Dulu umi kat rumah, abi gi kerja. Sekarang Abi ada kat rumah, umi pulak yang tak ada. Bila umi nak balik, abi? Sarah nak gi KLCC…” ya Allah, pintar sungguh anak kecil ini. Abi dan Ummi tersenyum memandang kami. Aku tergelak kecil namun kerana sakit yang aku rasa di bahagian perutku, aku terdiam.“Sayang, sabar ye…kita tunggu umi balik dulu baru kita gi KLCC,ya?” aku cuba memujuk Anis Maisarah yang memuncungkan bibirnya. Aku faham dia merajuk.“Sarah rindu umi.” Serentak itu, air matanya mengalir. Wardah, dengar tak apa yang Anis Maisarah katakan? Dia rindukan anti…baliklah, Wardah…“Shh…” aku memeluknya, cuba menenangkan anak kecil itu. Sakit ku tidak ku pedulikan, selagi aku mampu menenangkan Anis Maisarah…Wardah, baliklah…“Assalamualaikum.” Suara itu mengejutkan kami semua yang berada di dalam bilik itu. Aku memandang ke arah pintu yang telah dikuak ummi. Ya Allah, apa lagi yang cuba Kau duga pada hambaMu ini?Usai bersalaman dengan ummi, dia menghampiriku, seraya mengusap lembut kepala Anis Maisarah. Pada Abi, dia hanya tersenyum. Abi memandangku penuh tanda tanya. Ummi juga begitu. Anis Maisarah kian erat menggenggam tanganku. “Bila anti sampai?” akhirnya aku bersuara, memecahkan kebuntuan yang bersarang di antara kami.“Tadi. Ana bertolak pagi semalam. Sampai rumah, ibu cakap anta ada kat sini.” Ringkas jawapannya. Dia memandangku. Aku cuba memohon kepastian dari abi tentang kata-kata ibunya.“Abi yang bagitau tadi.” Abi menyokong kata-katanya tadi. Aku membalas pandangannya namun segera dia mengalihkan matanya. “Borhan tak ikut sama?” aku cuba memancing perhatiannya.“Oh ya, dia sampaikan salam pada anta dengan lafaz Assalamualaikum. Dia tak dapat ikut sama. Katanya peperiksaan final dia dah terlalu hampir.”“Anti pun ada peperiksaan juga,kan?”“Hmm…tapi ana tak tenang. Ana balik untuk bertemu ibu. Kebetulan pula ibu maklumkan anta di sini. Ana ambil peluang menjenguk anta.” Anis Maisarah masih bingung memandang aku dan dia.“Oh ya, yang anti bersalam sebentar tadi tu ummi, mak Wardah.” Dia memandang ummi dan tersenyum. Ummi juga begitu.“Ini Anis Maisarah, anak Wardah.” Anis Maisarah menghulurkan tangan kecilnya untuk menyalami dia dan dia menyambutnya.“Abi, sape ni?” anak kecil ini benar-benar menghiburkan aku. Belum sempat aku menerangkan, dia telahpun bertanya.“Ni kawan abi, Mak cik Khairunisa’. Sarah boleh panggil Mak Cik Nisa’ je.” Khairunisa’ tersenyum lagi, barangkali terkejut mendengar aku membahasakan diriku ‘abi’ pada Anis Maisarah.“Mak cik Nisa’ datang sini buat ape?” Anis Maisarah lekas benar mesra walaupun pada orang yang baru dikenalinya. Nisa’ aku lihat tersenyum memegang pipi Anis Maisarah.“Mak cik datang jenguk abi. Tak salah,kan?”“Nanti umi marah.” Ringkas ayat itu, namun cukup bermakna. Anis Maisarah menggenggam erat tanganku, seolah ingin memastikan yang aku masih ingat akan umi nya. Wardah, anti di mana…“Sayang, tak baik cakap macam tu. Salam tangan mak cik, minta maaf.” Aku cuba memujuk anak kecil itu. Anis Maisarah hanya menurut arahanku. Usai bersalaman dengan Khairunisa’, Anis Maisarah terus turun dari katilku dan mendapatkan neneknya. Ummi hanya tersenyum dan merangkul tubuh kecil Anis Maisarah. Khairunisa’ hanya memandang, bisu…“Ana rasa ana salah pilih masa untuk jenguk anta. Takpelah, take care. InsyaAllah nanti ana contact anta.” Khairunisa’ terus berlalu sesudah mengucapkan kata-kata itu dan bersalaman dengan ummi. Aku hanya diam, mengekorinya dengan ekor mataku. Nisa’, maafkan ana…hati ana tak pernah terbuka untuk orang lain melainkan Wardah…asif, ya ukhti…asif

………………………………………………………………………………………………………

To : qanaahbilqalil@yahoo.co.uk
From : srikandi_kharunisa@yahoo.com
Subject: Assalamualaikum Aidil Azhiim…

Aidil, Ana pulang ke Malaysia, tanah air yang telah lama ana tinggalkan. Ana pulang kali ini, bukan setakat kerana ana tidak tenang berada di Jordan, tapi juga kerana ana ingin bertemu anta, untuk meleraikan kekusutan di hati ana. Ana tahu ana melampau, ana korbankan hati Borhan untuk hati anta yang ana belum pasti akan jadi milik ana atau tidak. Takdir menemukan kita di hospital, kerana ibu mengkhabarkan pada ana akan keadaan anta yang dibelasah teruk oleh bekas suami Wardah. Wardah…ana pasti wanita itu terlalu istimewa untuk anta sehinggakan anta sanggup dibelasah dan menanggung kesakitan kerananya. Ana faham perasaan itu, Aidil. Kerana ana juga menyintai insan yang belum tentu menyintai ana. Tapi bila melihatkan betahnya Anis Maisarah mempertahankan umi nya di depan ana, ana mulai sedar, ana tak sepatutnya berada di tengah-tengah ‘keluarga bahagia’ ini. Tapi ana takkan berputus asa, Aidil. Ana akan terus menanti pintu hati anta terbuka untuk menerima ana. Cinta itu memang buta, Aidil. Dan cinta itu telah membuatkan ana buta dalam menilai erti pengorbanan.

Aidil Azhiim,aasif.
Khairunisa’ Nadia bt Shaharudin.
BAB 17

MONOLOG HATI…Aidil Azhiim bin Saifullah.
Hari ini aku kembali pada dunia asalku. Bumi Jordan telah seminggu aku tinggalkan. Tanpa aku sedari, rijal yang Khairunisa’ maksudkan adalah diriku sendiri. Antara aku dan Borhan, dia minta agar Borhan mengundur diri. Demi persahabatan, Borhan akur. Ya Allah, apa lagi yang mampu aku lakukan? Pada Borhan Khairunisa’ katakan dia telah lama mencintai aku. Dia menerima Borhan suatu ketika dulu pun kerana aku. Kerana aku yang berusaha untuk menyatukan mereka walhal hatinya ketika itu hanya tertulis namaku. Walaupun secara kinayahnya mereka telah pun mengikat tali pertunangan namun pada Khairunisa’, ikatan itu tidak memberi makna. Bila aku maklumkan padanya cintaku pada Wardah tidak berbalas, semakin kuat hatinya mendesak agar memutuskan hubungan bersama Borhan agar dapat bersamaku. Sayangnya hatiku hanya ada nama Wardah. Cinta yang aku landaskan semata-mata kerana Allah ini hanya pada seorang nisa’ yang bernama Wardatul Syauqah binti Khairuddin…maafkan aku, Khairunisa’… “Aidil…” suara Abi mengejutkan aku. Diari yang sering menjadi saksi isi hatiku aku letakkan di tepi. Abi mengambil tempat di sisiku. “Abi…” aku memandang wajah lelaki ini. Dia kuat…dia terlalu gagah untuk menjadi seorang abi. Setelah Ibu pergi meninggalkan kami, abi lah bapa, abi lah emak. Abi tidak pernah mengeluh dengan takdir hidupnya. Abi tidak pernah menyesali takdirnya. Abi adalah kekuatanku, sepertimana ummi adalah kekuatan Wardah. Wardah, di mana anti kini?“Ummi call abi tadi. Katanya puas dia cuba menghubungi kawan-kawan Wardah tapi tak seorang pun tahu Wardah di mana. Ummi hampir-hampir berputus asa, Aidil. Baba pun begitu. Puas dia cuba menjejak Wardah tapi gagal. Bayang Wardah pun mereka tak ketemu.” Abi mengeluh perlahan. Aku faham kekacauan yang melanda hidup Ummi dan Baba kini. Satu-satunya anak mereka, satu-satunya puteri mereka telah menghilangkan diri. Kini masuk seminggu Wardah hilang tanpa jejak. Puas kami mencarinya namun hampa. Pada Anis Maisarah dia hanya tinggalkan sepucuk surat yang menyatakan dia pergi mencari ketenangan. Tapi di mana? Wardah, di mana anti? Ana bimbang akan anti…“Aidil yang silap, Abi. Sepatutnya Aidil check emel Aidil waktu di Jordan dulu. Kalau Aidil reply emel Wardah, mesti Wardah takkan buat keputusan terburu-buru macam ni.” Aku juga mengeluh perlahan. Benar, jika aku membalas emel Wardah secepat mungkin dan merasionalkan dia, pasti dia takkan hilang begini. Aku tahu hanya aku yang sering mengawal emosinya. Aku tahu Wardah sebenarnya memerlukan aku untuk menenangkannya. Ya Allah, Kau peliharalah tiap langkah hambaMu itu. Kau lindungilah dia dari sebarang perkara musibah.“Jangan salahkan diri, Aidil. Abi tahu Wardah takkan buat benda yang akan merosakkan diri dia sendiri. Mungkin benar dia mencari ketenangan. Aidil pergilah rumah ummi, Anis Maisarah dah rindu benar nak jumpa Aidil.” Abi bingkas bangun meninggalkan aku setelah menuturkan kata-kata itu. Anis Maisarah…abi rindukan Maisarah!

……………………………………………………………………………………………………

Sampai sahaja ke rumah ummi, Anis Maisarah terus berlari mendapatkanku. Ya Allah, sudah besar puteri tunggalku ini rupanya. “Abi!!!” Anis Maisarah menjerit memanggilku. Aku hanya tersenyum, cuba menyembunyikan resah di hati. Anis Maisarah, tahukah kau akan kehilangan umi mu? “Assalamualaikum, sayang abi…” lantas aku mengucup pipi anak kecil itu penuh kasih. Ummi di belakang hanya memerhati, sejak dari dulu lagi ummi hanya menjadi pemerhati dalam hubungan kami. “Assalamualaikum, ummi…” ummi tersenyum dan menjawab salamku itu. Anis Maisarah masih erat memelukku. Barangkali rindu sungguh dia padaku sepanjang ketiadaanku. “Abi, umi mana?” Tuhan, lancar sungguh anak kecil ini menuturkan pertanyaan di mana umi nya. “Umi kerja, sayang…” aku berbohong lagi. Aku tahu, Anis Maisarah inginkan umi dan abi nya duduk bersama melayan keletahnya. Ya Allah, walau di mana pun Wardah berada, Kau peliharalah dia. Kau permudahkanlah setiap urusannya. “Ummi, Aidil minta maaf.” Ummi memandang wajahku penuh kasih. Rasa sayang seorang ibu mula menyerap di tubuhku. Bagiku, Ummi ibarat ibu yang telah lama meninggalkan aku dulu. Ya Tuhan, rindunya aku pada seraut wajah yang melahirkan aku itu… “Aidil, ummi tak salahkan Aidil. Ummi tak salahkan sesiapa pun. Ummi tahu, Wardah buat apa yang dia fikirkan betul. Ummi yakin dengan Wardah, sebab tu ummi tak buat laporan polis. Ummi yakin Wardah takkan buat benda bodoh. Dia sayangkan Anis Maisarah, Aidil…dan dia sayangkan Aidil.” Ah, kata-kata itu lagi. Aku tidak peduli siapa yang Wardah sayangi sebenarnya. Cukuplah dia selamat walau di mana pun dia berada. Aku tidak mengharapkan dia menerimaku kali ini. Cukuplah bebanan perasaan Kharunisa’ yang aku perolehi kini. Bagiku Borhan benar-benar seorang rijal yang baik. Walaupun Khairunisa’ memutuskan hubungan kerana aku, dia tidak langsung berdendam padaku malah dikhabarkan pada Khairunisa’ untuk membantunya supaya aku menerima cinta perempuan itu. Sahabat…niatmu suci benar namun sayangnya hatiku ini telah tertutup untuk nisa’ yang lain…cukuplah hanya aku menyayangi seorang Wardatul Syauqah yang masih menjadi bunga larangan di taman yang indah milik ummi ini. Pada Anis Maisarah akan ku cuba curahkan sepenuh kasih seorang bapa kepadanya. Aku tahu Anis Maisarah tidak pernah faham kedudukan aku dan Fairuz. Kami mencintai nisa’ yang sama, yang berbeda hanya Fairuz pernah menggunakan kudrat lelakinya untuk mengikat Wardah. Aku tidak sanggup merampas takhta itu. Aku tidak sanggup meragut mahkota yang Wardah khaskan pada lelaki yang bakal menjadi suaminya yang sah itu…maafkan ana, Wardah…ana gagal menjaga anti…maafkan ana…anti di mana…Hari itu aku habiskan di rumah ummi bersama-sama Anis Maisarah. Tidak jemu aku melayan dan memenuhi kehendaknya. Baru seketika tadi dia melelapkan matanya setelah penat bermain. Aku mengerti, pada siapa lagi dia ingin menumpang kasih kalau bukan padaku. Ummi aku lihat sudah cukup penat menahan perasaannya sendiri. Wajahnya yang cengkung membuatkan aku bertambah kasihan padanya. Tadi aku bawa mereka berdua bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur. Sudahnya kerana tidak tahu ke mana harus ku tuju, aku bawa saja mereka ke KLCC. Anis Maisarah suka benar dibawa ke sana. Padanya, aku berjanji untuk membawanya ke sana lagi bersama umi. Umi? Wardah…baliklah…anak kecil ini sudah terlalu merinduimu!…………………………………………………………………………………………………………
To : qanaahbilqalil@yahoo.co.uk
From : srikandi_kharunisa@yahoo.com
Subject: Assalamualaikum Aidil Azhiim…

Aidil, Ana tahu kedatangan emel ni anta tak pernah nantikan. Ana cuma nak anta tahu, walau apa pun yang anta katakan, ana takkan berhenti menyayangi anta. Ana tahu ana buta, ana tersilap menilai antara anta dan Borhan. Ketahuilah, ana menerima Borhan dulu kerana anta. Ana tak pernah cintakan dia. Kerana itu walaupun Borhan meminta agar dipercepatkan tarikh pernikahan kami, ana tak pernah bersetuju. Ana tahu, anta masih menanti seseorang. Sehinggalah Borhan memaklumkan pada ana yang wanita itu tidak pernah menerima anta, barulah ana yakin dengan keputusan ini. Ana minta diputuskan kerana ana sudah tidak sanggup membohongi perasaan ini. Ana sudah lama jatuh cinta pada anta-sejak zaman sekolah lagi. Ana pendam perasaan itu, ana simpan untuk diri ana sendiri kerana ana tidak yakin pada anta ketika itu. Bagi ana, cukuplah anta sanggup menganggap ana sebagai sahabat baik anta. Namun di hari ana ingin berlepas ke Jordan dulu, ana kecewa kerana anta mengenalkan ana pada Borhan. Ana tahu anta cuba memberikan yang terbaik pada ana tapi hati ini tak boleh dipaksa,Aidil. Ana tak minta ada perasaan ini pada anta. Ana tak minta untuk jatuh cinta pada anta. Ana sendiri tak sukakan perasaan ni. Terlalu lama ana menyimpan perasaan ni, Aidil. Maafkan ana. Pada Borhan, ana dah katakan bahawa sehinggalah anta benar-benar diijabkabulkan bersama Wardatul Syauqah atau nisa’ yang lain, barulah ana akan kembali bersamanya. Itupun jika dia sanggup menunggu ana.Aidil Azhiim,Maafkan ana. Khairunisa’ Nadia bt Shaharudin.Ya Allah, emel itu benar-benar menyentap hatiku. Sanggup Khairunisa’ berkata begitu pada Borhan. Apalah perasaan sahabatku ketika ini…rasa bersalah yang amat segera menyelubungi ku. Aku terbayangkan wajah tenang Borhan sewaktu berhadapan dengan Khairunisa’ di Jordan dulu. Walaupun Khairunisa’ mengaku yang dia menaruh perasaan terhadapku di hadapannya, dia langsung tidak marah. Malah, dia tersenyum pada perempuan itu. Tuhan, tabahnya hati seorang Borhanuddin! Aku beristighfar perlahan, tidak tahu apa lagi yang harus aku lakukan. Kenapa di saat aku mula ingin melakar bahagia bersama Wardah, Khairunisa’ pula yang hadir. Kenapa di saat aku mula ingin membina istana buat Wardah dan Anis Maisarah, Khairunisa’ mula menagih kasihku? Puas aku terangkan padanya ketika di Jordan yang aku hanya mencintai Wardah namun dia tetap berdegil. Tidak pula ku tahu dia sanggup berjanji pada Borhan untuk menunggu saat aku diijabkabul. Sanggupkah Borhan menunggunya? Sanggupkah Borhan menahan perasaannya? Sampai bila Borhan akan berdiam diri?
Ya Tuhan…berikan aku petunjukMu…barangkali inilah perasaan Wardah ketika ingin memilih antara aku dan Fairuz dahulu. Walaupun aku tahu Wardah tidak mencintai Fairuz, namun aku yakin dia menyayangi lelaki itu, lelaki yang pernah menjadi suaminya yang sah. Aku cuba menenagkan diriku, aku cuba merasionalkan diriku. Wudhu’ aku sempurnakan, sejadah aku hamparkan. Semoga munajat ku pada Allah malam ini akan beroleh sesuatu. Ya Allah, tuntuni ku menggapai redhaMu dalam mencari teduhan di bawah rimbunan kasihMu!
BAB 16

To : wardatulsyauqah@yahoo.com
From : qanaahbilqalil@yahoo.co.uk
Subject: Assalamualaikum mawar berduri…

Salamun ‘alaik, mawar berduri. Semoga terus dilimpahi rahmat Allah dan mendapat keredhaanNya dalam menempuh hidup yang sementara ini, InsyaAllah.Mawar berduri, umi Anis Maisarah,Ana masih di Jordan, cuba mencari ketenangan yang sepatutnya telah lama menjadi milik ana. Bukan niat ana untuk berlepas tanpa mengkhabarkan berita ini pada anti tetapi desakan sahabat ana yang memerlukan kehadiran ana di sini memaksa ana untuk terus ke sini tanpa berita. Ana harap Anis Maisarah tidak bertanya tentang ana. Ana tahu, pasti anak kecil itu tercari-cari di mana abi nya yang tiba-tiba hilang. Sampaikan peluk dan cium dari ana untuk anak kecil itu. Ana sudah mula rindukan keletahnya walaupun baru dua hari tidak memandang puteri tunggal ana itu.Ukhti,Sahabat ana meminta ana ke sini kerana masalah peribadi yang dihadapinya. Ada nisa’ yang telah lama bersamanya mohon agar ikatan antara mereka diputuskan. Alasannya amat bersahaja-kerana nisa’ itu telah berjumpa insan lain di sini. Akar masalahnya adalah, mereka telah pun ditunangkan. Walaupun hanya secara kinayah, tetapi ikatan pertunangan itu telahpun ada kerana ana kira anti pun tahu, di dalam Islam sendiri tidak ada istilah bertunang. Hanya melamar dan nikah…nisa’ itu pula adalah sahabat baik ana yang ana kenalkan pada rijal ini sewaktu mereka mula-mula sampai di sini dahulu. Sudahnya, sahabat ana meminta agar ana ke sini untuk menyelesaikan masalah ini.
Ukhti,
Ana tahu ana tak sepatutnya menceritakan hal ini pada anti kerana siapalah ana pada anti. Mungkin pada Anis Maisarah ana adalah abi miliknya namun pada anti, ana tetap orang asing dalam kehidupan anti. Baba ada menghubungi ana sebelum ana berlepas 2 hari yang lepas, menyatakan pada ana tentang perasaan anti. Syukur Alhamdulillah, ana akhirnya ketemu insan yang sudi membalas cinta yang ana landaskan semata-mata kerana Allah ini. Sayangnya, anti tidak sanggup mengejar bahagia milik anti kerana bimbangkan Habsyah. MasyaAllah, mulia sungguh hati mawar berduri yang menjadi idaman insan dhaif dan hina seperti ana ini…sedetik rasa tidak layak singgah di hati. Ana tahu, ana tidak sebaik anti untuk mengorbankan kebahagiaan sendiri kerana insan lain. Ana serahkan segalanya pada Allah, ana harap anti juga begitu. Jika ada cinta pada ana walaupun sedikit, ana harap anti sandarkan cinta itu pada Robbul’izzati. Biarlah cinta yang anti ada itu menambahkan rasa cinta anti padaNya.
Ukhti habib,
Sabarlah…ana yakin anti kuat untuk menempuh semua ini. Ana juga pasti suatu hari nanti Allah akan membalas segala pengorbanan anti ini. Semoga langkah kita untuk mendapat cinta Illahi akan sentiasa di dalam redhaNya. Dan semoga perasaan yang ada di hati kita tidak sedikitpun melalaikan kita tentang tanggungjawab kita untuk terus meng’abdikan diri padaNya.Ukhti, uhibbuki fillah.

Salam sayang dari kejauhan…
Aidil Azhiim bin Saifullah.

Emel itu ku tatap lagi. Setitis air mata mengalir membasahi pipiku. Aku sendiri tidak tahu mengapa aku harus tersentuh dengan emel yang dikirimkan Aidil Azhiim kali ini sedangkan sebelum ini pun dia pernah berkata perkara yang sama padaku. Anis Maisarah di ribaku ku kucup lembut di ubunnya. Lantas aku memeluknya, mewakili Aidil Azhiim yang merinduinya di kejauhan. Anis Maisarah ketawa, suka benar dia diperlakukan begitu. Aku tahu anakku itu rindukan abi nya. Hari ini sahaja sudah beberapa kali dia bertanyakan ke mana abi nya. Yang mampu aku katakan hanyalah abi nya ke tempat bekerja. Entah bila anak kecil ini akan mengerti yang Aidil Azhiim bukan ayah kandungnya. Aku sendiri cemas menanti saat itu. Apa yang bakal anak kecilku rasakan, apa yang bakal anak kecilku lakukan bila dia ketahui yang lelaki yang selama ini dia sayang sebagai abi bukanlah ayahnya yang sebenar. Aku tak ingin lihat riak duka pada wajah kecil ini. Aku hanya ingin Anis Maisarah gembira. Aku hanya ingin Anis Maisarah bahagia. Ya Allah…bantulah aku
…………………………………………………………………………………………………………………

“Umi…Sarah nak abi…” anakku sudah petah berkata-kata. Hari ini genap setahun 6 bulan usianya. Aku mengusap kepalanya lembut. “Sayang, abi kerja…nanti abi datang, ya?” aku cuba memujuk. Demam Anis Maisarah masih belum kebah. Barangkali dia demam kerana terlalu rindukan abi nya. Aku meletakkan kain tuala yang lembap di kepala puteri ku itu. “Sarah nak abi…” sekali lagi anak kecil itu merengek meminta abinya di sisi. Aku mengeluh kecil. “Sabar, sayang…nanti abi balik…” ummi akhirnya bersuara. Dia mengangkat Anis Maisarah dari pembaringan dan meletakkannya di riba. Anis Maisarah menangis lagi. Manja benar dia bersama neneknya. “Shh…kan nenek ada ni?” ummi mengucup pipi cucu tunggalnya itu. Aku hanya memandang, tidak tahu apa yang harus aku katakan lagi. Anis Maisarah sudah cukup mesra bersama Aidil Azhiim. Bagaimana lagi harus aku mengelakkan diri dari lelaki itu. Dan bagaimana lagi harus aku terangkan pada Fairuz yang terus-terusan mendesak aku? Sepanjang ketiadaan Aidil Azhiim, Fairuz tidak putus-putus cuba menghubungiku namun aku tidak menjawabnya. Bimbang andai ada perkara yang akan dilakukannya padaku. Aku tahu dia masih menagih janjiku untuk kembali padanya. Aidil Azhiim pula tidak henti-henti menghantar emel menceritakan apa yang berlaku di sana sekaligus mengingatkan aku supaya tidak bertindak terlalu jauh sepanjang ketiadaannya. Tuhan, Aidil Azhiim cuba melindungiku…lagaknya sahaja sudah seperti suamiku. Ya Allah, Kau berilah petunjukMu pada kedua-dua hambaMu ini… Pada Habsyah, aku sering menghantar mesej menanyakan khabarnya dan anaknya. Syukur, Fairuz tidak lagi mengasarinya selepas dia pulang dari hospital kerana telah diingatkan doktor bahawa anaknya itu sudah lemah, bimbang andai dikasari lagi Fairuz akan kehilangan anaknya itu. Kali ini aku sedar, anak itu adalah benar-benar tanda cinta mereka, bukan seperti aku dan Anis Maisarah. Fairuz menyentuh ku dulu kerana ingin membalas dendam padaku setelah menolak cintanya. Dia cuba membuktikan padaku yang dia mampu memilikiku walaupun aku telah menolaknya. Ya Allah, sedikit rasa gerun hadir di hatiku mengenangkan semua itu. Bimbang juga akan berulang kembali tragedi itu sekarang. Kerana itu, perjalananku kini ke mana-mana ditemani ummi dan Anis Maisarah. Kalau tidak pun Baba dan Abi. Itupun setelah dipesan Aidil Azhiim. Lelaki itu memang telah cukup sempurna untuk bersamaku. Dia sudah cukup layak untuk aku panggil suami! Panggilan telefon mengejutkan aku. Panggilan yang dijawab Ummi itu segera diserahkan padaku. Aku menajwab, “Assalamualaikum.” Ringkas. “Wardah. Kenapa buat abang macam ni?” ya Allah, Fairuz! Bagaimana ummi boleh menyerahkan panggilan Fairuz kepadaku? Aku memandang ummi, ummi hanya menggeleng, tanda dia tidak tahu itu adalah Fairuz.“Wardah. Wardah janji nak kembali pada abang. Abang tunggu Wardah. Jangan buat abang macam ni, sayang…” Tuhan, kenapa selemah ini insan bernama Fairuz ini? Kenapa dia jadi begini?“Abang, bangunlah. Jangan bermimpi lagi. Wardah tak mungkin kembali pada abang. Abang bukan cintakan Wardah. Abang hanya nak balas dendam, kan? Abang ragut kesucian Wardah, abang seksa Wardah sepanjang pernikahan kita. Sikit pun abang tak pernah sentuh Wardah dulu. Kenapa, abang? Kenapa baru sekarang abang nak Wardah kembali pada abang? Untuk apa? Abang nak apa lagi dari Wardah?” aku menuturkan kata-kata itu dengan berani. Semangat yang aku dapat dari ummi, Baba, Abi, serta Aidil Azhiim dan Anis Maisarah menjalar di dalam diriku.“Abang cintakan Wardah. Sungguh…abang betul-betul sayangkan Wardah…” ah,kata-kata yang sama seperti waktu dulu…lelaki ini tidak pernah ikhlas menuturkan kata-kata sayangnya. Dia tidak pernah jujur!“Sudahlah, abang…abang kembalilah pada Habsyah. Anak abang dan dia sedang menanti abang. Dia cintakan abang, abang pun cintakan dia. Di mana kedudukan Wardah antara abang dan Habsyah? Abang sanggup menduakan Habsyah?” aku cuba menduga.“Abang akan ceraikan Habsyah.”“Abang gila? Anak dalam kandungan tu macam mana?”“Abang akan suruh dia gugurkan anak tu.”“Astaghfirullah…abang ingat senang nak gugurkan anak tu? dah lebih 6 bulan dia mengandung, bang…mana boleh gugurkan…abang nak jadi pembunuh ke? Abang bukan setakat membunuh anak abang, abang akan bunuh Habsyah juga nanti!”“Aku akan pastikan dia gugurkan anak tu!”“Ya Allah, abang…mengucap,bang…jangan bertindak menggila macam tu. Ingat Allah, bang…”“Kau ingat kau tu dah baik sangat ke? Jangan ingat kau dah berjaya pujuk aku, Wardah. Kalau bukan nyawa kau yang aku cabut, nyawa Habsyah dan anak tak guna tu akan aku kerjakan!” panggilan itu tamat di situ. Ya Allah…aku beristighfar panjang…kenapa lelaki itu jadi begini…kenapa mesti aku yang tersepit di antara kedua insan ini? Ya Allah…berikanlah aku hidayahMu agar dikuatkan iman yang lemah ini… Seketika aku teringatkan Aidil Azhiim…kalaulah dia berada di sini, pasti dia yang akan merasionalkan aku…Aidil Azhiim…tiba-tiba aku merasakan perlunya dia di sisiku!……………………………………………………………………………………………………

To : qanaahbilqalil@yahoo.co.uk
From : wardatulsyauqah@yahoo.com
Subject: Assalamualaikum sahabat…

Akhi, Bila lagi akhi akan pulang? Ana buntu…ana benar-benar perlukan seseorang ketika ini!

Umi Anis Maisarah,
Wardatul Syauqah
BAB 15

Panggilan Fairuz aku biarkan bisu tidak berjawab. Sudah beberapa kali dia menghubungiku, barangkali mahukan kepastian tentang janjiku padanya. Namun aku buntu, aku tidak tahu siapa yang harus aku pilih. Berita terbaru yang aku terima dari Habsyah, anaknya telah beransur pulih dan dia kini telahpun dibenarkan pulang ke rumah. Fairuz juga katanya telah berhenti menyakiti dirinya. Aku bersyukur mendengar kenyataan itu. Semoga Allah terus membuka pintu hati Fairuz agar dapat melihat intan di hadapannya itu. Aku tak sanggup kerana aku mahligai yang cuba Habsyah pertahankan musnah walaupun pada hakikatnya, dia yang telah memusnahkan mahligai yang pernah suatu ketika dulu milik aku. Rasa rindu itu hadir lagi…namun aku tidak pasti aku rindukan siapa. Rindukan Fairuz…atau rindukan Aidil Azhiim…atau sememangya rasa rindu ini hanya singgah di hati semata-mata untuk menguji diriku. Potret Baba bersama Ummi ku tatapi lagi. Ah, cinta itu apa? Apakah cinta bagiku adalah Anis Maisarah? Kanak-kanak kecil yang sepatutnya menjadi tanda cinta antara aku dan suamiku. Namun yang terjadi adalah Anis Maisarah lahir dari tuntutan nafsu Fairuz yang menggila. Aku pasrahkan hidupku padaMu, Tuhan…aku berserah segalanya pada takdirMu…apa yang terbaik untukMu, Tuhan…itulah yang terbaik bagiku…amin… “Assalamualaikum, mawar berduri.” Aku terkejut mendengar namaku dipanggil. Belum pun sempat aku menoleh ke arah panggilan itu, Baba telahpun menghampiriku. Aku menyambut tangannya dan mengucup tangan tua itu. Walaupun Baba bukan lagi suami Ummi yang sah, dia tetap ayah kandungku. Selepas melahirkan Anis Maisarah, aku mulai sedar perasaan seorang ayah dan ibu. “Alaikumussalam, Baba. Baba sihat?” aku bersuara sebaik sahaja Baba mengambil tempat di sisiku. “Sepatutnya Baba yang tanyakan kesihatan Wardah.” Wajah tua itu mengukir senyuman. “Alhamdulillah, Wardah sihat seadanya. Baba?” “Alhamdulillah aidhan. Wardah dah ok?” “Urm…Wardah memang ok, Baba.” Ringkas jawapanku. aku tahu kali ini Baba akan menasihatiku. Baba memang begitu. Setiap kali Ummi gagal mengawal emosiku, dan Aidil Azhiim tidak mampu merasionalkan aku, mereka akan memanggil Baba. Aku lekas tunduk pada kata-kata Baba. “Baba tak fikir Wardah dah ok.” Pendek saja kata-kata Baba namun penuh makna. Aku memandang wajah Baba. Dia tersenyum lagi. “Wardah nak tahu satu rahsia tak?” aku mengangguk, perlahan. Baba mengambil tanganku dan menggenggamnya erat. “Baba menyesal mentalakkan Ummi.” Aku memandangnya, terkejut dengan jawapan itu. Aku cuba mencari riak bohong di matanya namun nyata, dia jujur.“Baba tak sangka Baba akan buat keputusan sebodoh itu. Tapi untuk menyesali semua itu, bererti menyalahkan takdir. Baba pasrah, mungkin benar Baba bukan tolibun yang baik untuk tolibat semulia Ummi. Tapi Baba ralat. Baba tinggalkan ummi untuk membina rumahtangga bersama wanita bernama Alia. Baba tahu, Wardah sendiri tak pernah dengar nama tu. Ummi sendiri tak pernah kenal wanita yang merampas takhta ummi. Baba bukan sengaja nak rahsiakan semua tu.”“Maksud Baba, ummi tak pernah kenal isteri Baba yang baru?” Baba tersenyum lagi.“Dah tak baru lagi, sayang. Dah dekat 3 tahun Baba menikahi Alia. Selama tempoh tu, Baba tak pernah kenalkan dia pada ummi dan Wardah. Bukan Baba tak nak tunjuk, tapi Baba malu. Baba malu pada Allah, Baba malu pada ummi kerana meninggalkan dia untuk seorang wanita yang tidak setanding dengan dia. Baba mengaku, ummi wanita yang sempurna. Adakalanya Baba rindukan saat-saat Baba bersama ummi. Baba rindukan kesempurnaan bidadari yang pernah Allah kurniakan pada Baba.”“Tapi kenapa Baba tinggalkan Ummi?”“Baba perlu selamatkan perniagaan Baba. Satu-satunya orang yang sanggup membantu Baba ketika itu adalah ayah Alia. Dan dia minta Baba menikahi Alia dengan syarat Baba menceraikan ummi. Baba ralat. Baba nak selamatkan perniagaan Baba. Baba juga nak selamatkan pernikahan Baba dan ummi. Sebab tu Baba tak balik rumah selama 2 tahun. Bukan senang Baba nak buat keputusan. Semakin hari perniagaan Baba semakin teruk. Macam mana Baba nak sara ummi dan Wardah lagi? Duit yang Baba kirimkan pada Wardah sebelum ini untuk pengajian Wardah adalah pemberian ayah Alia. Dia terus mendesak Baba untuk menikahi Alia dan meninggalkan ummi. Akhirnya Baba terpaksa, kerana dia mengugut untuk mengapa-apakan Wardah kalau Baba enggan. Baba terpaksa, sayang…maafkan Baba.”Air mata lelaki tua itu mula mengalir. Ya Allah, baru kali pertama aku melihat Baba menitiskan air matanya kerana ummi. Dalam benar cintanya pada ummi. Aku mula mengerti kini. Segalanya bukan salah Baba. Baba juga adalah mangsa keadaan. Baba juga adalah antara orang yang terpaksa mengorbankan kebahagiaannya demi membahagiakan orang lain!“Wardah dah lama maafkan Baba. Wardah tak pernah salahkan Baba walaupun dulu Wardah pernah membenci Baba. Wardah minta maaf, Baba. Ampunkan Wardah…” aku menyalami tangan tua itu. Aku kucup tangannya itu penuh kasih seorang anak. Aku mula sedar akan salahku pada Baba selama ini. Aku sering salah faham akan tindakan lelaki itu. Aku tahu aku silap. Aku sedar aku salah. Ampunkan Wardah, Baba…“Sayang…” Baba mengangkat wajahku supaya memandangnya.“Baba ceritakan semua ni bukan Baba nak simpati Wardah. Baba tahu Baba salah kerana melakukan semua ini pada ummi dan Wardah. Ummi tak pernah tahu kesulitan yang Baba hadapi. Baba tak nak menyusahkan Ummi. Baba terlalu cintakan ummi.”Melihatkan aku yang kekal membisu, Baba menyambung lagi.“Dan kerana itu Baba tak nak Wardah ulang kesilapan Baba. Baba tak nak Wardah tinggalkan kebahagiaan Wardah untuk kebahagiaan orang lain. Sekarang Alia gembira, Alia bahagia. Tapi hati Baba macam mana? Hati Baba masih pada ummi. Baba rasa bersalah yang amat pada ummi. Baba masih tak dapat lupa kenangan Baba bersama ummi. Baba tak adil pada Alia. Baba juga tak adil pada Ummi. Baba tak nak Wardah korbankan Aidil Azhiim untuk Fairuz.”“Tapi Wardah terpaksa…” air mataku muka menitis lagi. “Wardah tak pernah terpaksa. Baba pun tak pernah terpaksa. Kita ada pilihan, Wardah. Istilah terpaksa tu hanya satu alasan. Baba yakin Wardah mampu buat pilihan yang tepat. Wardah yakin pilihan Wardah untuk kembali pada Fairuz tu betul? Susah payah Wardah lepaskan diri dari cengkaman dia dulu. Sekarang dengan senang Wardah nak serah diri pada Fairuz? Wardah tak bimbang dia akan ulang apa yang dia buat pada Wardah?”“Wardah tak nak dia seksa Habsyah…” aku tidak berdaya menahan tangisku lagi. “Dia hanya seksa Habsyah sebab dia tahu Wardah takkan tahan melihat orang lain diseksa. Baba yakin dia tak berniat nak cederakan Habsyah. Fairuz tu gila, Wardah. Lelaki macam dia tu tamak.” Baba memegang bahuku, cuba memujuk esakan ku yang semakin menjadi-jadi. Aku kerap menangis kebelakangan ini. Sudahlah aku ditinggalkan Fairuz, kini dia cuba menggunakan Habsyah untuk mendapatkan aku kembali. Apa sebenarnya yang dia inginkan? “Wardah tak tahu, Baba…Wardah keliru…Wardah sayangkan Fairuz…tapi Wardah cintakan Aidil…” Baba tersenyum lagi untuk ke sekian kalinya. “Akhirnya Wardah mengaku yang Wardah cintakan Aidil Azhiim…” aku memandang wajah tua itu.“Baba dah sedar perkara ni dari dulu lagi. Baba tahu Wardah ada perasaan yang sama pada Aidil Azhiim tapi Wardah takut. Baba faham perasaan Wardah. Tapi dalam keadaan ni, Wardah memperjudikan perasaan Wardah dan perasaan Aidil Azhiim. Wardah tak kasihankan dia ke menunggu Wardah dari dulu? Sejak kali pertama dia lihat Wardah, dalam hati dia dah berniat nak jadikan Wardah isteri dia. Bila dia kenal Baba, melalui Abi dia khabarkan pada Baba untuk menyunting Wardah. Ummi pun tak ada halangan. Baba dah senang tengok Wardah bertunang dengan dia. Tapi, takdir tentukan Wardah bersama Fairuz kerana tragedi hitam tu. Sekarang, Allah dah tunjuk siapa Fairuz yang sebenar. Wardah sepatutnya tahu macam mana nak buat pilihan. Baba serahkan pada Wardah untuk membuat penilaian seterusnya.” Baba bersuara tenang. Dia megusap kepalaku. Lama aku tidak merasa belaian seorang ayah. Lama tangan tua itu tidak mengusap kepalaku seperti ini. Akhirnya, aku terlelap di pangkuan ayah ku itu…
BAB 14

“Tidak berlaku musibah di bumi dan pada diri kamu kecuali telah ditentukan sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian mudah bagi Allah. (Tujuannya) agar kamu tidak berputus asa atas sesuatu yang luput daripada kamu dan tidak (terlalu) bergembira atas nikmat yang diberikan kepada kamu.”
(Al-Hadid:22-23)
Teringat aku akan antara isi usrah yang aku lalui dulu, bahawa Allah memberitahu kita bahawa semua musibah yang berlaku di bumi telah ditentukan dari awal, yakni telah ditulis di Luhmahfuz. Dan ujian itu adalah sebagai tanda kasih sayang Allah kepada hambaNya. Maka, harus ada rasa bersyukur di setiap kali menempuhi dugaan yang diberikan olehNya. Aku akui, pernah aku berputus asa pada rahmat Allah. Pernah jua aku persoalkan mengapa hanya aku yang dihujani dugaan seberat ujian ini. Namun, bila aku sedari ianya adalah silap ku sendiri. Rahmat Allah menggunung luas, melangit tinggi. Hanya aku yang terlalu sedikit bersyukur padaNya. Ya Allah, aku pasrah akan takdirMu…aku redha dengan janjiMu… “Abang nak Wardah kembali pada abang. Lepas tu baru abang berhenti menyakiti Habsyah.” Suara Fairuz yang aku temui ketika sedang menemani Habsyah di hospital masih terngiang di halwa telingaku.“Abang dah gila? Abang sedar tak anak dalam perut Habsyah tu anak abang?” aku mula meninggi suara. Tak guna bertutur bahasa sopan pada Fairuz. Hormat ku padanya mula meluntur.“Wardah, jaga mulut tu. wardah dah lupa siapa abang pada Wardah?” Fairuz juga mula kehilangan sabarnya.“Wardah ingat. Dan Wardah takkan lupa sampai bila-bila. Abang bekas suami Wardah.” Itu sahaja jawapanku. Fairuz memandang tepat ke wajahku.“Bekas suami Wardah, tapi abang masih ayah kandung Anis Maisarah!” Fairuz bangun, merapati Habsyah yang sedang terlena. Tangannya mula memegang lengan Habsyah. Habsyah terjaga.“Abang jangan cuba…” belum sempat aku menghabiskan ayat itu, Fairuz sudah mula menggila. Dia menggenggam erat lengan Habsyah sehingga wanita itu mula menangis.“Abang…sakit, bang…” Habsyah merayu dalam sendu. Aku bingkas merapati mereka.“Kau pilih antara dua, Wardah. Samada kau nak kembali pada aku atau kau nak aku bunuh Habsyah!”“Astaghfirullahal’azim…mengucap,bang. Habsyah tu isteri abang. Wardah ni bekas isteri abang je. Lagipun Habsyah tu tengah mengandung anak abang, benih abang sendiri.”“Aku tak peduli, aku nak kau kembali pada aku! Betina ni mengandung ke..ape ke..aku tak peduli. Aku cuma nak kau kembali pada aku!” Cengkaman Fairuz semakin menyakitkan Habsyah. Dia akhirnya bersuara,“Akak…tolonglah…saya dah tak sanggup di seksa macam ni. Akak kembalilah pada dia. Saya sanggup dilepaskan. Abang, lepaskan Habsyah…” Habsyah menangis lagi. Aku terdiam, tidak sangka dia seberani itu.“Ah, korang dua orang sama je! Jangan harap aku lepaskan kau, Habsyah!”“Abang nak siapa sebenarnya ni?” akhirnya aku pula yang bersuara, bingung dengan kehendak Fairuz sendiri.“Aku nak kau! Dan aku nak Habsyah!”“Kalau abang nak Wardah, lepaskan tangan Habsyah!” aku menjerit, tidak tahan dengan apa yang dilakukan Fairuz terhadap Habsyah. Aku faham Habsyah menderita, aku mengerti Habsyah tersiksa. Namun aku jua ingin bebas, aku juga ingin lari dari cengkaman Fairuz! Akhirnya Fairuz melepaskan genggaman tangannya itu. Habsyah teresak-esak menangis. Fairuz hanya tunduk, memandang tepat pada lantai. “Bagi Wardah masa. Wardah akan kembali pada abang, kalau abang berjanji pada Wardah yang abang takkan sekali-kali sakiti Habsyah lagi. Berjanji pada Wardah dengan nama Allah!”“Abang berjanji, Wardah…abang berjanji dengan nama Allah abang takkan sakiti Habsyah lagi kalau Wardah kembali pada abang…”

………………………………………………………………………………………………………………

“Anti pasti dengan apa yang anti lakukan?” Aidil Azhiim akhirnya bersuara. Ummi membisu, Anis Maisarah di pangkuannya nyenyak terlena.“Ana dah tak nampak cara lain. Kalau ana tak kembali pada dia, dia akan terus-terusan sakiti Habsyah. Anak dalam kandungan Habsyah dah terlalu lemah. Ana tak nak satu nyawa terkorban.”“Untuk nyawa tu anti korbankan hati anti?”“Ana sanggup korbankan walaupun nyawa ana untuk nyawa tu. Nyawa tu juga anak ana, datang dari benih yang sama.”“Tapi Wardah tak menyesal?” ummi pula yang bersuara, mungkin dia telah terlalu lama mendiamkan diri.“Wardah takkan menyesal, ummi. Sejak dari dulu lagi Wardah tak pernah menyesal. Apa yang Wardah lalui dari dulu, sampailah sekarang tetap sama. Walau Wardah cuba untuk melarikan diri dari dugaan Allah, ujiannya tetap sama. Mungkin takdir Wardah bersama Fairuz.”“Itu bukan takdir. Itu anti yang lemah! Anti yang pilih jalan ni sedangkan ada jalan lain.”“Anta nak ana kahwini anta dan hidup bersama anta sedangkan ada dua nyawa yang hampir hilang kerana kegilaan Fairuz? Anta yakin kita akan bahagia kalau macam tu? Anta sanggup tengok Habsyah dan anaknya menjadi mangsa pada keadaan ni?”“Ini bukan soal nyawa Habsyah dan anaknya. Ini soal hati anti. Fairuz hanya menggunakan kelebihan yang dia ada untuk menutup kekurangan yang menjadi kelemahan dia!” Aidil Azhiim mula meninggi suara, barangkali juga sabarnya telah surut. Aku tahu, aku sering menguji sabarnya. Aku sering menduga hatinya.“Ana tak tahu, akhi…kalau ana nampak jalannya, ana takkan pilih jalan ni. Ana keliru. Ana kasihankan Habsyah. Ana…”“Fairuz cuma gunakan kekasaran tu sebab dia tahu anti akan lemah bila melihat dia mengasari orang lain. Ana pasti dia tak ada niat nak menyakiti Habsyah. Dia cuma nak anti akur pada apa yang dia nak. Sekalipun anti tunaikan permintaan dia, belum tentu dia akan berhenti menyakiti anti dan Habsyah. Sekejam-kejam hati seorang Fairuz, dia takkan sanggup bunuh anak kandung dia sendiri.” Akhirnya Aidil Azhiim merasionalkan aku. Air mataku menitis lagi kali ini di hadapannya. Sudah terlalu kerap aku menitiskan air mata ini di hadapannya. Namun dia tetap sama seperti dulu, tetap tidak pernah penat merasionalkan aku walaupun ada kalanya benteng sabarnya goyah kerana aku.“Ummi percaya kata-kata Aidil, Wardah. Fairuz takkan sanggup bunuh anaknya sendiri. Sedangkan Anis Maisarah pun dia masih sayang, inikan pula anaknya di dalam perut Habsyah tu. Lagipun dia kahwini Habsyah atas kerelaannya. Wardah, ummi tak nak Wardah korbankan diri Wardah untuk dia.”“Dulu ummi pernah tanyakan kesanggupan untuk Wardah melihat anak Habsyah menjadi korban. Wardah tak sanggup.”“Memang anti tak sanggup melihat anaknya terkorban. Tapi kami tak sanggup melihat anti terkorban!”“Tapi Fairuz dah berjanji dengan nama Allah untuk berhenti menyakiti Habsyah kalau ana kembali pada Fairuz.”“Anti masih percayakan dia selepas apa yang dia lakukan pada anti?”“Akhi, kalau ana nampak apa yang perlu ana lakukan, ana dah lama buat. Ana tersepit. Di antara kehendak ana, dan antara keselamatan Habsyah. Ana bingung. Ana tak tahu mana yang harus ana dulukan.”“Anti sepatutnya dulukan diri anti.”“Tapi ana bukan orang macam tu. Ana tak nak Habsyah terima hukuman atas kedegilan ana.”“Kedegilam anti tu yang akan jaga anti. Bukan jaga Habsyah.” Suara itu berbunyi ketegasan. Aku memandang wajah tenang itu. Aidil Azhiim mengeluh lagi. Ummi hanya diam memandangku. Wajah tua itu penuh kesedihan. Rasa bersalah menebal dalam diriku kerana melibatkan mereka dengan semua ini. Anis Maisarah terjaga. Melihatkan aku di hadapan ummi, dia merengek minta diserahkan pada aku. Serentak itu, air mata ku semakin laju menitis. Rasa kasih dan sayang aku pada satu-satunya puteri ku ini semakin mekar. Rasa tidak sanggup untuk mengorbankan kebahagiaan Anis Maisarah mula meresapi urat nadiku. Ya Allah, Kau tunjukilah aku jalan yang benar, jalan yang Kau redhai agar hambaMu ini kekal bertaqwa padaMu…amin…