Saturday, September 27, 2008

APALAH YG ADA PADA DUNIA......

Assalamualaikum wbt..
Moga sentiasa bernafas dalam keikhlasan mencari keredhaanNYA diakhir tujuan setiap amalan Insya Allah. Moga juga sentiasa kekal diatas jalanNya dan tidak sekali-sekali berputus asa untuk terus berjalan.
Sabda Rasulullah S.A.W : "Celuplah jarimu ke dalam air laut...air yang menitis di jarimu adalah nikmat dunia, baki yang terbentang luas itulah nikmat syurga..."

'Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan janganlah (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman' ALI-'IMRAN :139
sejak akhir2 ini pelbagai mehnah datang menimpa...ujian yg terkadang sungguh berat dirasakan tp bila mengingati sirah Rasulullah,subhanallah betapa kecilnya dugaan itu...
Ana sedih dgn pemergian sahabat baik ana ke mesir tp apalah daya ana utk menyangkal takdir Allah..Tawaran itu pun ana dpt,saat itu berlakulah kekeliruan yg amat.3 hari ana istikharah tanda2 jawapan itu belum hadir,mengapa?lantas diberatkan hati ana untuk memilih usim bukannya mesir...keputusan yg ana rasa sgt baik untuk diri,keluarga dan kehidupan ana sendiri.Ada amanah penting juga yg harus diselesaikan di usim.Namun,siapalah ana utk membuat keputusan tnp petunjuk Allah,hanya Dia yg tahu apa yg terbaik untuk ana dan tak semua yg diimpi akn dimiliki.Dugaan yg berlaku bagai memberi jawapan kpd kekeliruan itu.Sedih memang sedih..apatah lg mesir menjadi tmpat yg diidamkan sejak bertahun yg lalu shgga sekarang ditambah dgn course yg diminati(medic)...Mungkin rezki ana belum tiba.Hanya itu yg mampu diungkapkn saat diterjah dgn persoalan dr teman2...Ana redha dgn ketetapan Dia..Namun,ana akan terus berharap dan berdoa,moga2 kaki ini berjaya menjejaki bumi anbiya' itu....
"Ya Allah. Aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu, dengan kemaafanMu daripada siksaanMu, dan aku berlindung denganMu daripada tidak mampu memujiMu seperti Engkau memuji diriMu sendiri.", Ya Allah, Ya Tuhanku, perbaikilah untukku akan agamaku yang menjadi pegangan segala urusanku. Perbaikilah duniaku yang padanya tempat penghidupanku. Perbaikilah akhiratku sebagai tempat terakhir untukku. Jadikanlah hidup ini sebagai bekalan untukku pada semua kebajikan. Jadikanlah mati bagiku yang sejahtera dari segala kejahatan." Amiin Ya Rabbal 'Alamin.....

Jika tidakku perhatikan hikmahnya dengan mata hati,
Jika tidakku zuhud dalam pencarian cintaku,
Jika tidakku teguh mengukir senyum buat pengubat kerunsingan,
Jika tidakku seikhlas jiwa semurni sanubari memohon keampunan-Nya,
Jika tidakku titiskan air mata keinsafan,
Jika tidakku renung dan resapkan keyakinanku pada-Nya,
Jika tidakku pasrah dengan ketentuan-Nya,
Mana mungkin ku dambakan kasih-Nya dalam iman?
Bagaimana pula bolehku harap redha dari-Nya?
Seandainya diri ini
Mampu meraih cinta dan keredhaan-Mu
Seandainya akulah insan yang terpilih
Pimpini hidupku....

Friday, August 8, 2008

WALIMATUL URUS


Akhirnya " MAWAR BERDURI " mengikat "TAUTAN HATI " dengan " SYABAB " yang direstui.. Moga2 ikatan Baitul Muslim ini mampu memberikan impak kepada perjuangan Islam..

Alhamdulillah,penulis faveretku akhirnya bertemu rijalnya...


Monday, August 4, 2008

.....HiDupKu Kini,,,,,,,




Seronok lihat buku2 di library PALACE OF JUSTICE..Sudut yg ana cari tentunya islamic law.
Wah!ta'jub dgn buku2 begini..Seandainya saja ana boleh baca kesemuanya...hehe pandai2 je....
Inilah realitinya hidup ana kini,harus mengadap buku2 law walakin ana bahagia begini!
Tak percaya rasanya,dulu ana berharap menjadi seorang doktor sakit puan.Harapan
mak ana juga.Tiba2,ana membuat keputusan mengambil jurusan syariah dan undang2.Berjaya mengejutkan keluarga dan teman2.Benarlah,Kita hanya merancang,tp Allah penentu segala.....Apapun,alhamdulillah....Ana bersyukur Allah memilih ana sbg student law n syariah...
Ya Allah..gembirakanlah aku dengan ketentuan-Mu....
Doakanlah ilmu2 yang ana peroleh berguna untuk dunia dan akhirat.....

Lepaskanlah...kalau itu memang cinta...






Kisah insan yang marak dengan kasih dan sayang,
namun berpisah atas dasar cinta,
apabila masing-masing mengerti,
cinta mereka mengundang penderitaan lebih parah,
serta hati masing-masing,
diikat cinta dan janji oleh yang maha esa.

Walaupun berat hati melepaskan,
walau terpaksa menangis saban malam,
tetapi demi Allah yang menguasai segala batasan,
dikuatkan dan dimuktamadkan perpisahan,
menjunjung tinggi fiqh aulawiyat.

Jika benar mengasihi seseorang,
tak semestinya perlu dipegang,
tetapi kadang-kadang perlu dilepaskan...

Friday, August 1, 2008

.......MoNoLoG SriKanDi.......



ASSALAMUALAIKUM.....

Hendak kuluah,takut dibenci...Hendak kukongsi,takut ditOlak...Lumrah hidup
sang pejuang..kerna aku ingin menjadi srikandi yg tetap tegar dlm derapan langkahnya.
Terus mantap membawa panji wasilah islam.Menghayunkan langkah mara ke hadapan.Menepis segala ranjau yg bersimpang siur....Duhai teman..dengarlah rasa hatiku....

BAHAGIA,SYUKUR...Alhamdulillah..kerana ana dpt ke ISK.Syukran jazilan kasiran ntuk akhawat yg sudi berkongsi ilmu utk sama2 bermujahadah.Ana jd makin kagum dgn sirah2 Rasulullah sejak kelahiran Baginda seterusnya islam diteruskan oleh para sahabat yg sanggup membawa islam kerana keimanan dan ketaqwaan.Belajar sirah juga menjadi asbab hati tertaut dgn kekuatan dan kecekalan para mujahid.Graf sejarah menunjukkan permulaan dakwah Rasulullah saw di Mekah,Madinah seterusnya disambung khulafa' arrasyidin,zmn umaiyah,Abasiyah1 dan 2 akhirnya zmn turki Uthmaniyah..lalu islam terus jatuh.Persoalannya di mana kita sekarang???Tepuk dada tanya iman.Melihat kesungguhan Rasulullah menyebarkan dakwah,mengambil hati umat manusia bertahun2 lamanya,sabar dan terus bersabar membawa satu pertanyaan kpd diri ana sendiri.Kenapa baru ditolak sikit,dh tak tahan,tak boleh nak sabar,cepat putus asa?MasyaAllah..khilafnya diri ini...

Kata2 org barat "Islam tak boleh dijatuhkan dgn material tp jatuhkan islam dgn pisahkan mrk dgn islam,"Waakhiran,inilah realiti umat islam masa kini.Semakin hanyut dibuai arus duniawi,menentang satu sama lain...Nauzubillahimin zalik...Jadi sama2 kita fikir tntg mslh umat yg kian banyak melanda,semakin lama semakin berat seterusnya cara penyelesaiannya.Tak perlulah memikirkan hal2 yg menyebabkan kita jauh dr Allah..Fikir2kanlah natijahnya teman2..Teringat kata2 al-ukh MPP usim sewaktu kuliah di surau."Kita ni agen2 yg akan menyumbang utk islam.Fikir keadaan umat islam,mampukah untk kita sediakan umat islam yg cemerlang pd masa depan?Adakah p'kara yg kita lakukan sekarang boleh menyumbang utk islam?Apa yg kita nak di universiti?Adkh kejayaan cemerlang dlm akademik semata-mata?"

Hidup ni untuk 2 matlamat seperti yg termaktub dlm Al-Quran.sbg "KHALIFAH" dan "BERIBADAH KPD ALLAH" sekaligus kita mencari keredhaan Allah,juga kasih sayang dan cinta-Nya...Persis Rabiatul Adawiyah-Ana kagum dgn srikandi ini!!Kisahnya menakjubkan-study antr alat untk capai matlamat ini.

Izinkan ana berkongsi hasil pembacaan ana bertajuk "RONA BOSPHORUS" karya Zaid Akhtar-penulis faveret-mumkin antum dh baca.(silakan berkongsi di ruangan komen)Novel berlatarkan Turki ini menceritakan Isu hijab yg diharamkan di Turki serta Bahasa Arab.Mahasiswa Turki tdk dibenarkan bertudung ke pejabat.Malah lebih dahsyat org awam yg mahu berurusan di kaunter2 awam dan premis2 kerajaan untk membayar bil dan sebagainya turut dilarang memakai hijab.Satu reformasi bahasa pula diadakan di Turki demi mengikis pengaruh islam drpd drpd kehidupan rakyat Turki.Segala istilah Arab yg menjiwai bhs Turki Uthmaniyah tlh dilenyapkn penggunaannya.Alasannya?Mentamadunkan bahasa Turki agar setanding dgn bahasa2 Eropah.Lantas tulisan2 rumi tlh diwajibkan dan huruf2 Al-Quran diharamkan.Untuk itu,kita umat islam perlu bersyukur keadaan ini td berlaku di sini.Di negara kita.Utk antum yg belum beli buku ini,ana yakin tdk rugi...

Ana rasa telah jatuh cinta.Ya,kepada Sultan Muhammad Al-Fateh.Pemimpin muda kerajaan Turki Uthmaniyah yg memimpin tentera islam untk menawan Kota Konstantinopel yang akhirnya menjadi Istanbul.Sgt ta'jub tntg perjlnn hidup pemimpin ini.Kpd sesiapa yg tahu cerita selanjutnya tntg pemimpin ini..Ayuh berkongsi!!!!

Maaf tak terkira ana pohon atas kesalahan2 ana.Seharusnya ana menulis lebih banyak.Semoga antum dpt ambil iktibar...

DIMANAKAH UMAR AL-KHATTAB MASA KINI?
SIAPAKAH PEWARIS SALAHUDDIN AL-AYUBI?
MASIH ADAKAH PERSIS SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH?
ADAKAH KITA HANYA INGIN MELIHAT APA YG BERLAKU PD UMAT ISLAM DAN MENUTUP MATA?

Thursday, July 17, 2008

Ijazah vs Risalah

“Ana ada satu soalan untuk antum semua,” Akh Safwan menghentikan sekejap ayatnya dan kemudian menyambung kembali, “Kalau antum berada dalam keadaan untuk memilih antara dakwah dan pelajaran yang mana kedua-duanya sangat penting. Apa pilihan antum?”
Antara menyampaikan risalah dengan ijazah, yang mana menjadi pilihan? Saya tergamam seketika memikirkan jawapan. Kalau hendak diberikan jawapan skema dan menyejukkan hati memanglah terlalu mudah.
Terus sahaja kita katakan, lakukan sahaja kedua-duanya. Tetapi sekadar kata tanpa perbuatan, saya rasakan itu amat tidak patut sekali. Terlalu mudah menyebut badan jadi binasa. Terlalu cepat mengambil keputusan, segala perkara serba tidak kena.
Seorang demi seorang ahli usrah saya yang lain menjawab, dan saya masih lagi merenung memikirkan jawapan. Mendengar jawapan daripada mereka semua memang sangat sesuai dengan apa yang mereka lakukan. Dan memang dirasakan jawapan itu datang daripada hati mereka.
Saya pula masih lagi berfikir-fikir apakah jawapan yang patut diberikan.

Menyampaikan risalah

Telah menjadi tanggungjawab bagi setiap orang muslim itu untuk mengajak ke arah kebaikan dan mencegah segala perkara yang tidak baik. Tidak kira walau apa jua keadaan, belajar atau bekerja atau menganggur atau berkahwin, tanggungjawab ini tetap mesti ditunaikan.
Dakwah itu wajib, maka ia mesti dilaksanakan. Dakwah sebetulnya bukanlah aktiviti dalam jemaah sahaja. Malah kalau kita berseorangan pun, dakwah tetap mesti dijalankan. Ya, meski kita tidak masuk mana-mana jemaah sekali pun.
Tetapi bagaimana cara berdakwah yang dianjurkan? Ada orang kata, “Saya bukanlah tahu macam-macam. Apatah lagi nak kata alim.”
Kita lihat kembali kepada ayat ‘Amar Ma’ruf Nahi Mungkar’. Mengajak kepada kebaikan dan mencegah keburukan. Kita berdakwah bukan untuk menunjukkan yang diri kita tahu tentang perkara tersebut tetapi adalah untuk mengajak ke arah kebaikan.
Dan biarlah diri kita berdakwah kerana kemahuan dalam diri untuk mengajak ke arah kebaikan. Bukannya sekadar untuk memberi tahu apa yang kita tahu. Apabila kemahuan dalam diri itulah yang menyuruh kita supaya menyampaikan risalah, maka dari situlah timbulnya istiqamah atau berterusan menyampaikan risalah.
Bukannya susah untuk mengajak orang berbuat sesuatu perkara. Kalau kita sudah boleh ajak dia pergi makan, cuba kita ringankan mulut ajak solat berjemaah juga. Dan bukannya kita perlu menukar imej kita, teruskan dengan penampilan diri pun boleh juga. Dari situlah kita dapat kepuasan dalam berpesan-pesan.
Kalaupun apa yang kita ajak itu ditolak, tetapi janganlah mengalah. Bukankah kadang-kadang kalau ajak makan pun kawan kita itu menolak? Berdakwah untuk ‘memberi’ bukannya untuk ‘menerima’.
Soalnya adalah mahu atau tidak mahu.

Perlukah masuk mana-mana jemaah?

“Ada ke patut si ‘mamat’ tu kata aku tak nak menjalankan urusan agama. Kemudian dia salahkan aku belajar pula,” Saf yang baru sahaja masuk ke bilik melepaskan buku-bukunya ke atas meja dengan suara yang marah-marah.
“Eh, sebab apa dia kata macam tu?” Soal saya kehairanan.
“Sebabnya aku tak mahu masuk usrah dia. Sebab paling utama sebab aku tak nak join jemaah dia. Ada ke patut sebab aku tak nak join jemaah sahaja terus dilabel antijemaah,” jawabnya dalam nada suara yang masih marah.
“Erm. Itulah sebabnya kalau kita buat sesuatu perkara janganlah kita terlalu taksub, nanti semua perkara yang orang lain buat dan kita rasa tak kena, maka kita katakan dia salah,” Saya cuba menenangkannya.
Ini perkara biasa yang pernah juga timbul kepada saya suatu masa dahulu. Semasa saya masih lagi di sekolah menengah. Saya pernah dilabel begitu kerana saya menolak untuk masuk ke dalam satu jemaah tersebut, tidak mahu pergi tamrin dan sebagainya.
Bagi saya berdakwah bukannya dengan pergi tamrin, pakai kopiah, masuk jemaah dan sebagainya. Banyak cara untuk kita menyampaikan risalah. Kalau mahu lebih baik, apa yang kita belajar, itulah yang kita sampaikan. Tetapi kita masukkan unsur-unsur Islam.
Itu lebih baik saya rasakan.

Risalah dan Belajar

Pernah dulu seorang rakan saya yang suka menggunakan ilmu-ilmu sains yang dia belajar untuk dia jadikan satu bahan dalam tazkirahnya. Sangat seronok dan sangat menyenangkan. Kadang-kadang terasa seperti satu bentuk humor pula.
Antaranya yang masih saya ingat, “Hati kita ini seperti spring. Ada had kenyalnya. Kalau terlalu diregangkan mungkin tidak boleh kembali kepada bentuk asal. Begitulah dalam hidup kita.....”
Lebih kurang begitulah antara ayat-ayat yang digunakan dalam tazkirahnya. Sangat menarik dan sangat berkesan. Menyampaikan risalah dengan belajar boleh disatukan!
Tetapi tidak ramai rasanya yang mampu melakukan demikian. Ada yang ingin belajar sahaja. Itu tidak mengapa. Ada yang ingin berdakwah sahaja, itu pun tidak menjadi kesalahan bagi saya kalau memang itu yang dia inginkan.
Dan beginilah jawapan saya kepada naqib saya, “Kita lihat apa keadaannya pada waktu itu. Lain keadaan maka lainlah jawapannya. Mungkin saya akan pilih 'ijazah' atau mungkin saya akan pilih ''risalah. Dan mungkin juga saya akan pilih kedua-duanya. Saya perlu lihat di mana kemampuan saya pada masa itu. Dan yang mana lebih utama."

Apa pula pilihan anda?

Tuesday, July 15, 2008

......~suara HAWA~.....

Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam...
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu.
Namun... terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu. Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini. Aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam...
Mengapa kau biarkan aku begini. Aku jadi ibu. Aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama. Aku ke muka menguruskan hal negara. Aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam...
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam...
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam....pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu.

bantulah aku menuju ke landasan yang benar, ADAM RENUNGKAN......