Monday, August 4, 2008

Lepaskanlah...kalau itu memang cinta...






Kisah insan yang marak dengan kasih dan sayang,
namun berpisah atas dasar cinta,
apabila masing-masing mengerti,
cinta mereka mengundang penderitaan lebih parah,
serta hati masing-masing,
diikat cinta dan janji oleh yang maha esa.

Walaupun berat hati melepaskan,
walau terpaksa menangis saban malam,
tetapi demi Allah yang menguasai segala batasan,
dikuatkan dan dimuktamadkan perpisahan,
menjunjung tinggi fiqh aulawiyat.

Jika benar mengasihi seseorang,
tak semestinya perlu dipegang,
tetapi kadang-kadang perlu dilepaskan...

Friday, August 1, 2008

.......MoNoLoG SriKanDi.......



ASSALAMUALAIKUM.....

Hendak kuluah,takut dibenci...Hendak kukongsi,takut ditOlak...Lumrah hidup
sang pejuang..kerna aku ingin menjadi srikandi yg tetap tegar dlm derapan langkahnya.
Terus mantap membawa panji wasilah islam.Menghayunkan langkah mara ke hadapan.Menepis segala ranjau yg bersimpang siur....Duhai teman..dengarlah rasa hatiku....

BAHAGIA,SYUKUR...Alhamdulillah..kerana ana dpt ke ISK.Syukran jazilan kasiran ntuk akhawat yg sudi berkongsi ilmu utk sama2 bermujahadah.Ana jd makin kagum dgn sirah2 Rasulullah sejak kelahiran Baginda seterusnya islam diteruskan oleh para sahabat yg sanggup membawa islam kerana keimanan dan ketaqwaan.Belajar sirah juga menjadi asbab hati tertaut dgn kekuatan dan kecekalan para mujahid.Graf sejarah menunjukkan permulaan dakwah Rasulullah saw di Mekah,Madinah seterusnya disambung khulafa' arrasyidin,zmn umaiyah,Abasiyah1 dan 2 akhirnya zmn turki Uthmaniyah..lalu islam terus jatuh.Persoalannya di mana kita sekarang???Tepuk dada tanya iman.Melihat kesungguhan Rasulullah menyebarkan dakwah,mengambil hati umat manusia bertahun2 lamanya,sabar dan terus bersabar membawa satu pertanyaan kpd diri ana sendiri.Kenapa baru ditolak sikit,dh tak tahan,tak boleh nak sabar,cepat putus asa?MasyaAllah..khilafnya diri ini...

Kata2 org barat "Islam tak boleh dijatuhkan dgn material tp jatuhkan islam dgn pisahkan mrk dgn islam,"Waakhiran,inilah realiti umat islam masa kini.Semakin hanyut dibuai arus duniawi,menentang satu sama lain...Nauzubillahimin zalik...Jadi sama2 kita fikir tntg mslh umat yg kian banyak melanda,semakin lama semakin berat seterusnya cara penyelesaiannya.Tak perlulah memikirkan hal2 yg menyebabkan kita jauh dr Allah..Fikir2kanlah natijahnya teman2..Teringat kata2 al-ukh MPP usim sewaktu kuliah di surau."Kita ni agen2 yg akan menyumbang utk islam.Fikir keadaan umat islam,mampukah untk kita sediakan umat islam yg cemerlang pd masa depan?Adakah p'kara yg kita lakukan sekarang boleh menyumbang utk islam?Apa yg kita nak di universiti?Adkh kejayaan cemerlang dlm akademik semata-mata?"

Hidup ni untuk 2 matlamat seperti yg termaktub dlm Al-Quran.sbg "KHALIFAH" dan "BERIBADAH KPD ALLAH" sekaligus kita mencari keredhaan Allah,juga kasih sayang dan cinta-Nya...Persis Rabiatul Adawiyah-Ana kagum dgn srikandi ini!!Kisahnya menakjubkan-study antr alat untk capai matlamat ini.

Izinkan ana berkongsi hasil pembacaan ana bertajuk "RONA BOSPHORUS" karya Zaid Akhtar-penulis faveret-mumkin antum dh baca.(silakan berkongsi di ruangan komen)Novel berlatarkan Turki ini menceritakan Isu hijab yg diharamkan di Turki serta Bahasa Arab.Mahasiswa Turki tdk dibenarkan bertudung ke pejabat.Malah lebih dahsyat org awam yg mahu berurusan di kaunter2 awam dan premis2 kerajaan untk membayar bil dan sebagainya turut dilarang memakai hijab.Satu reformasi bahasa pula diadakan di Turki demi mengikis pengaruh islam drpd drpd kehidupan rakyat Turki.Segala istilah Arab yg menjiwai bhs Turki Uthmaniyah tlh dilenyapkn penggunaannya.Alasannya?Mentamadunkan bahasa Turki agar setanding dgn bahasa2 Eropah.Lantas tulisan2 rumi tlh diwajibkan dan huruf2 Al-Quran diharamkan.Untuk itu,kita umat islam perlu bersyukur keadaan ini td berlaku di sini.Di negara kita.Utk antum yg belum beli buku ini,ana yakin tdk rugi...

Ana rasa telah jatuh cinta.Ya,kepada Sultan Muhammad Al-Fateh.Pemimpin muda kerajaan Turki Uthmaniyah yg memimpin tentera islam untk menawan Kota Konstantinopel yang akhirnya menjadi Istanbul.Sgt ta'jub tntg perjlnn hidup pemimpin ini.Kpd sesiapa yg tahu cerita selanjutnya tntg pemimpin ini..Ayuh berkongsi!!!!

Maaf tak terkira ana pohon atas kesalahan2 ana.Seharusnya ana menulis lebih banyak.Semoga antum dpt ambil iktibar...

DIMANAKAH UMAR AL-KHATTAB MASA KINI?
SIAPAKAH PEWARIS SALAHUDDIN AL-AYUBI?
MASIH ADAKAH PERSIS SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH?
ADAKAH KITA HANYA INGIN MELIHAT APA YG BERLAKU PD UMAT ISLAM DAN MENUTUP MATA?

Thursday, July 17, 2008

Ijazah vs Risalah

“Ana ada satu soalan untuk antum semua,” Akh Safwan menghentikan sekejap ayatnya dan kemudian menyambung kembali, “Kalau antum berada dalam keadaan untuk memilih antara dakwah dan pelajaran yang mana kedua-duanya sangat penting. Apa pilihan antum?”
Antara menyampaikan risalah dengan ijazah, yang mana menjadi pilihan? Saya tergamam seketika memikirkan jawapan. Kalau hendak diberikan jawapan skema dan menyejukkan hati memanglah terlalu mudah.
Terus sahaja kita katakan, lakukan sahaja kedua-duanya. Tetapi sekadar kata tanpa perbuatan, saya rasakan itu amat tidak patut sekali. Terlalu mudah menyebut badan jadi binasa. Terlalu cepat mengambil keputusan, segala perkara serba tidak kena.
Seorang demi seorang ahli usrah saya yang lain menjawab, dan saya masih lagi merenung memikirkan jawapan. Mendengar jawapan daripada mereka semua memang sangat sesuai dengan apa yang mereka lakukan. Dan memang dirasakan jawapan itu datang daripada hati mereka.
Saya pula masih lagi berfikir-fikir apakah jawapan yang patut diberikan.

Menyampaikan risalah

Telah menjadi tanggungjawab bagi setiap orang muslim itu untuk mengajak ke arah kebaikan dan mencegah segala perkara yang tidak baik. Tidak kira walau apa jua keadaan, belajar atau bekerja atau menganggur atau berkahwin, tanggungjawab ini tetap mesti ditunaikan.
Dakwah itu wajib, maka ia mesti dilaksanakan. Dakwah sebetulnya bukanlah aktiviti dalam jemaah sahaja. Malah kalau kita berseorangan pun, dakwah tetap mesti dijalankan. Ya, meski kita tidak masuk mana-mana jemaah sekali pun.
Tetapi bagaimana cara berdakwah yang dianjurkan? Ada orang kata, “Saya bukanlah tahu macam-macam. Apatah lagi nak kata alim.”
Kita lihat kembali kepada ayat ‘Amar Ma’ruf Nahi Mungkar’. Mengajak kepada kebaikan dan mencegah keburukan. Kita berdakwah bukan untuk menunjukkan yang diri kita tahu tentang perkara tersebut tetapi adalah untuk mengajak ke arah kebaikan.
Dan biarlah diri kita berdakwah kerana kemahuan dalam diri untuk mengajak ke arah kebaikan. Bukannya sekadar untuk memberi tahu apa yang kita tahu. Apabila kemahuan dalam diri itulah yang menyuruh kita supaya menyampaikan risalah, maka dari situlah timbulnya istiqamah atau berterusan menyampaikan risalah.
Bukannya susah untuk mengajak orang berbuat sesuatu perkara. Kalau kita sudah boleh ajak dia pergi makan, cuba kita ringankan mulut ajak solat berjemaah juga. Dan bukannya kita perlu menukar imej kita, teruskan dengan penampilan diri pun boleh juga. Dari situlah kita dapat kepuasan dalam berpesan-pesan.
Kalaupun apa yang kita ajak itu ditolak, tetapi janganlah mengalah. Bukankah kadang-kadang kalau ajak makan pun kawan kita itu menolak? Berdakwah untuk ‘memberi’ bukannya untuk ‘menerima’.
Soalnya adalah mahu atau tidak mahu.

Perlukah masuk mana-mana jemaah?

“Ada ke patut si ‘mamat’ tu kata aku tak nak menjalankan urusan agama. Kemudian dia salahkan aku belajar pula,” Saf yang baru sahaja masuk ke bilik melepaskan buku-bukunya ke atas meja dengan suara yang marah-marah.
“Eh, sebab apa dia kata macam tu?” Soal saya kehairanan.
“Sebabnya aku tak mahu masuk usrah dia. Sebab paling utama sebab aku tak nak join jemaah dia. Ada ke patut sebab aku tak nak join jemaah sahaja terus dilabel antijemaah,” jawabnya dalam nada suara yang masih marah.
“Erm. Itulah sebabnya kalau kita buat sesuatu perkara janganlah kita terlalu taksub, nanti semua perkara yang orang lain buat dan kita rasa tak kena, maka kita katakan dia salah,” Saya cuba menenangkannya.
Ini perkara biasa yang pernah juga timbul kepada saya suatu masa dahulu. Semasa saya masih lagi di sekolah menengah. Saya pernah dilabel begitu kerana saya menolak untuk masuk ke dalam satu jemaah tersebut, tidak mahu pergi tamrin dan sebagainya.
Bagi saya berdakwah bukannya dengan pergi tamrin, pakai kopiah, masuk jemaah dan sebagainya. Banyak cara untuk kita menyampaikan risalah. Kalau mahu lebih baik, apa yang kita belajar, itulah yang kita sampaikan. Tetapi kita masukkan unsur-unsur Islam.
Itu lebih baik saya rasakan.

Risalah dan Belajar

Pernah dulu seorang rakan saya yang suka menggunakan ilmu-ilmu sains yang dia belajar untuk dia jadikan satu bahan dalam tazkirahnya. Sangat seronok dan sangat menyenangkan. Kadang-kadang terasa seperti satu bentuk humor pula.
Antaranya yang masih saya ingat, “Hati kita ini seperti spring. Ada had kenyalnya. Kalau terlalu diregangkan mungkin tidak boleh kembali kepada bentuk asal. Begitulah dalam hidup kita.....”
Lebih kurang begitulah antara ayat-ayat yang digunakan dalam tazkirahnya. Sangat menarik dan sangat berkesan. Menyampaikan risalah dengan belajar boleh disatukan!
Tetapi tidak ramai rasanya yang mampu melakukan demikian. Ada yang ingin belajar sahaja. Itu tidak mengapa. Ada yang ingin berdakwah sahaja, itu pun tidak menjadi kesalahan bagi saya kalau memang itu yang dia inginkan.
Dan beginilah jawapan saya kepada naqib saya, “Kita lihat apa keadaannya pada waktu itu. Lain keadaan maka lainlah jawapannya. Mungkin saya akan pilih 'ijazah' atau mungkin saya akan pilih ''risalah. Dan mungkin juga saya akan pilih kedua-duanya. Saya perlu lihat di mana kemampuan saya pada masa itu. Dan yang mana lebih utama."

Apa pula pilihan anda?

Tuesday, July 15, 2008

......~suara HAWA~.....

Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam...
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu.
Namun... terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu. Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini. Aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam...
Mengapa kau biarkan aku begini. Aku jadi ibu. Aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama. Aku ke muka menguruskan hal negara. Aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam...
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam...
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam....pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu.

bantulah aku menuju ke landasan yang benar, ADAM RENUNGKAN......

Thursday, April 10, 2008

.............akU sAYaNg ALLAH..........


~~~~KiSaH CiNtAkU~~~

Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang melihat mentari terbit. Aaah.. kecantikan alam ciptaan Allah memang tiada tolok bandingnya. Sedang aku memerhati, aku puji Tuhan atas segala keindahan yang telah Ia sajikan .aku duduk dan terasa kehadiranNya di sisiku. Dia bertanya kepadaku, “Adakah kamu mencintai Aku?” Aku menjawab, “Sudah tentu! Engkaulah Penciptaku, masakan aku tidak mencintaiMu.” Kemudian Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan cacat anggota, adakah kamu akan mencitaiKu?” Aku tergamam seketika. Aku lihat tangan,kaki dan seluruh anggotaku; aku teringat pelbagai kerja yang mustahil aku lakukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak kusedari kepentingannya.Kemudian aku jawab, “Tentunya ia amat sukar bagiku, tetapi aku akan tetap mencintaiMu.” Kemudian Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan menyayangi segala ciptaanKu?” Bagaimana mungkin bagiku untuk mencintai sesuatu yang di dunia ini yang tak mampu aku lihat? Kemudian aku berfikir...ramai orang yang ditakdirkan buta di dunia ini, dan mereka masih mencintai Allah dan segala ciptaanNya. Lantas aku menjawab, “Amat sukar bagiku membayangkan keadaanku yang sedemikina rupa, namun begitu aku akan tetap menyintaimu Ya Allah.” Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar kepada kata-kataKu?” Bagaimana mungkin bagiku mendengar jika aku pekak? Kemudian akutersedar bahawa mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga; tetapimenggunakan hati. Aku jawab, “Walaupun takdir itu amat berat bagiku, namun aku akan tetap menyintaiMu.”

Dia menyambung lagi persoalanNya, “Jika kamu ditakdirkan bisu adakah kamu akan terus memujiKu?” Aku tertanya lagi, bagaimana aku boleh memuji tanpa suara? Aku terfikir kemudian yang Allah mahu kitame mujiNya dari dalam hati dan jiwa kita; tidak penting bagaimanakah bunyinya. Kemudian aku menjawab, “Sungguhpun aku tidak mampu untuk mambunyikan pujian bagiMu, aku akan tetap memujiMu.” Dan... Dia terus betanya lagi, “Adakah kamu benar-benar menyintaiKu?” dengan nada yang tegas dan penuh keberanian. Aku jawab dengan yakin, “Ya, benar Tuhanku, aku menyintaimu kerana Engkaulah satu-satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar!” Aku fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk menjawab soalanNya tadi, tetapi Dia terus bertanyakan lagi, “Kalau begitu kenapa kamu masih melakukan dosa?” Aku jawab, “Kerana aku cuma manusia bisa yang selalu lalai; aku tidak sempurna...aku bukan maksum.” “Kalau begitu, kenapa ketika kamu senang dan gembira...kamu lupakanKu; kamu lari jauh daripadaKu? Dan kenapa ketika kamu susah dan mahukan bantuan...kamu terus ingat kepada Aku; kamu datang dekat dan merayu kepada Aku?” Aku tidak mampu berkata-kata. Yang kusedari...titisan panas turun membasahi pipiku. Dia sambung lagi, “Mengapa kamu buat begini...kadang-kadang sujud menyembahKu, dan kemudian membelakangiKu; tidak pedulikanKu? Mengapa kamu hanya datang mencariKu hanya ketika kamu nengingatiKu? Mengapa kamu meminta kepadaKu sedang kamu tidak setia kepadaKu?” Kurasakan titisan panas mengalir deras membasahi pipiku tanpa henti. “Mengapa kamu malu kepadaKu? Mengapa kamu tidak mahu menyebarkan suruhanKu? Mengapa ketika kamu dizalimi kamu adukan kepada yang lain sedang Aku sedia mendengar segala rintihanmu? Mengapa kamu sering membuat alasan ketika Aku memberimu peluang untuk berkhidmat di jalanKu?”
Mengapa kamu sering membuat alasan ketika Aku memberimu peluang untuk berkhidmat di jalanKu?
Ku gagahi bibirku untuk mengucapkan patah-patah perkataan bagi menjawab segala soalan yang bertubi-tubi diajukan kepadaku. Tetapi aku tidak punyai jawapan bagi persoalan-persoalan tadi. Lidahku yang selama ini lancar berkata-kata, kini kelu. Otakku ligat mencari jawapan... atau alasan... namun tiada apa yang kutemui sebagai jawapan. Dia berkata-kata lagi... “Kamu diberikan sebuah kehidupan. Aku jadikan dalam dirimu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu berjuang di jalanKu, tetapi kamu tetap berpaling dari jalanKu. Aku tunjukkan kepadamu kata-kataKu sebagai panduan kamu dalam hidup ini, tetapi kamu tidak mahu mempelajari atau menghayatinya. Acap kali Aku berkata-kata kepadamu, tetapi kamu berpaling daripada melihatnya. Aku turunkan kepada kamu pesuruhKu, tetapi kamu tidak ambil peduli ketika sunnahnya ditinggalkan. Aku dengar segala permintaan dan rayuanmu kepadaKu... dan semuanya telah Aku perkenankan dengan pelbagai cara.”

SambungNya lagi, “Kini... adakah kamu menyintaiKu?” Aku tidak mampu menjawabnya lagi. Bagaimana harus aku jawab persoalan ini.. Dalam tak sedar, aku malu dengan segala apa yang telah aku lakukan selama ini. Aku tidak lagi punya alasan bagi menyelamatkan diriku. Apa yang boleh aku jawab bagi persoalan itu? Ketika hatiku berteriak menangis, dan bercucuran airmata mengalir turun di kedua-dua belah pipiku, aku merintih, “Oh Tuhanku... ampunkanlah segala dosaku. Aku tidak layak menjadi hambaMu Ya Allah...” ..Kemudian Dia menjawab, “Sifatku pengampun...barangsiapa yang memohon keampunan dariKu, nescaya Aku ampunkannya. Dan Aku ampunkan kamu wahai hambaKu.” Aku bertanya kepadaNya, “Mengapa Engkau tetap mengampunkanku sungguhpun aku melakukan kesalahan berulangkali dan memohon ampun berulangkali? Sampai begitu sekalikah cintaMu terhadapku?” Dia menjawab “Kerana kamu adalah ciptaanKu. Aku sekali-kali tidak akan mengabaikanmu. Apabila kamu menangis aku akan bersimpati kepadamu dan mendengar segala rintihanmu. Apabila kamu melonjak kegirangan Aku akan turut gembira dengan kegembiraanmu. Apabila kamu berasa gundah dan kesepian, Aku akan memberikanmu semangat. Apabila kamu jatuh Aku akan membangkitkanmu. Apabila kamu keletihan Aku akan membantumu. Aku akan tetap bersama-samamu hinggalah ke hari yang akhir dan Aku akan menyayangimu selama-lamanya.”Seingat aku... aku tidak pernah menangis sebegini. Aku sendiri tidak mengerti kenapa hatiku ini begitu keras; tidak mampu menangis menyesali segala dosaku selama ini. Dan..buat kali pertamanya dalam hidupku ini... aku benar-benar solat dalam ertikata yang sebenar. Ya Allah..betapa indahnya dapat merasakan kehadiran-Mu di setiap waktu..

....LELAKI IDAMAN MUSLIMAH......


Biarlah dia seorang yang buta

Kerana matanya sunyi dari melihat perkara-perkara maksiat dan laghah

Kerana kedua matanya terpelihara dari memandang aurat wanita ajnabi

Asalkan kedua matanya terang dalam memerhati keagungan ciptaan Allah

Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin,

Bosnia, Ambon dan seumpamanya


Biarlah dia seorang yang bisu

Bisu dari pujuk rayu yang bisa mengoncang keimanan

Bisu dari mengungkapkan ungkapan yang bisa meracun fikiran

Bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran

Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan

Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran

Asalkan dia petah membangkang kemungkaran dan dia lantang

menyuarakan kebenaran


Biarlah dia seorang yang bakhil

Bakhil dalam memberi senyuman pada wanita yang bukan mahramnya

Bakhil dalam meluangkan masa untuk membuat temujanji dengan wanita

ajnabi yang boleh dinikahinya

Bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya kerana seorang wanita yang

tidak sepatutnya

Tetapi dia begitu pemurah meluangkan masanya untuk beribadah dengan

Khaliqnya

Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya

Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran

Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya bahkan nyawanya demi

melihat kalimah syahadah

Kembali megah di muka dunia


Biarlah dia seorang yang papa

Papa dalam melakukan perkara maksiat

Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedah dan tidak bermanfaat

Papa memiliki akhlaq mazmumah

Tetapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan

Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlaq dan budi pekerti yang mulia

Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya

Dan dia seorang yang kaya dalam menanam impian untuk menjadi seorang

syuhada yang syahid di jalan Allah