Thursday, August 20, 2009

JAULAH IMAN di DARUL RIDZUAN


Ujian 1
Jiwa diteguhkan,tekad dikuatkan,semangat itu pastinya lebih hebat berbanding kerisauan merebaknya virus H1N1 di negeri Darul Ridzuan.Lantas apa sahaja halangan dlm perjalanan yg panjang dr Nilai ke Gopeng bak kata seorg sahabat,naik bas yg ‘beraircond semulajadi’ dan panas yg begitu terik pun kami tak hiraukan demi satu harapan utk 'duduk dlm iman' bersama adik2 SBPI Gopeng.

Ujian 2
Kita hanya merancang,Allah yg menentukan.Dan Allah adalah sebaik-baik Perancang.Cadangan untuk kami membuat program pd malamnya tiba2 tergendala oleh sebab adanya program lain oleh pihak sekolah.Maka bertebaranlah kami di bumi SBPIG mencari ustaz2 dan adik2 BASHAR utk berdiskusi.Tergambar wajah2 kepenatan…peluh masih membasahi baju.Namun dugaan ini sgt manis.Malah Allah memberi yg lebih baik buat kami krn akhirnya impian kami bertemu adik2 dikabulkan.Indahnya pertemuan krn Allah! :-)

Ujian 3
Hari ke-2,sandal saya didapati hilang sebaik shj hndk berangkat ke musolla.Maka selipar jepun pinjam menjadi pengganti..risau sungguh.Tak lama kemudian saya mendapat satu panggilan.Tiba-tiba hati jadi gembira dan serta merta bertukar sedih.Kenapa?Rupa-rupanya sandal kesayangan berjaya ditemui tapi telahpun ‘hancur’ diratah anjing liar.Hu..
“rasa macam nak balas dendam je kat anjing tu.Macamana nak balik Terengganu ni???”
”tak baik ckp macam tu.Td baru awk pesan kat adik2 tu lupakan 2 perkara dan satunya keburukan orang pd kita samala macam lupakan apa yg anjing tu dah buat”
Insaf.Syukran wahai sahabat.

'AHLI BASHAR MUSLIMAT SBPIG'



Demikianlah secebis ujian yang dianugrahkan Allah sepanjang perjalanan saya dan sahabat2 dalam kembara mencari redha-Nya di SBPI Gopeng.Sebuah perjuangan yg benar2 menguji sejauh mana keikhlasan hati2 kami.Bahkan diuji yakinkah kami dgn janji2 Allah buat pejuang agama-Nya.Alhamdulillah krn akhirnya harapan kami terlaksana jua dan pulangnya kami dengan senyuman yg penuh kesyukuran.Thank You Allah!

IKHLASKAN HATI MOHON KEMAAFAN LEBURLAH DOSA DI TAPAK TANGANMU LUPAKAN SEGALA SILAP DAN SALAH...INSAN BERSATU MEMBINA UMMAH...


Akhirul kalam,Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak!

Sunday, August 2, 2009

..BERKORBAN ITU INDAH....

Satu cerita yang memberi seribu makna buat diri.Biarpun hanya satu kisah kanak2.Perkongsian buat adik2 tercinta yg baru ingin memulakan langkah.Agar langkah itu tidak tersalah..Agar semangat dakwah terus mengalir di dalam jasad...Erti hidup pada yang memberi...


Telah dua bulan musim hujan berlalu sehingga di mana-mana pepohonan nampak menghijau. Kelihatan seekor ulat di antara dedaun menghijau yang bergoyang-goyang diterpa angin."Apa khabar daun hijau," katanya.

Tersentak daun hijau menoleh ke arah suara yang datang."Oh, kamu ulat. Badanmu kelihatan kurus dan kecil, mengapa?" tanya daun hijau."Aku hampir tidak mendapatkan dedaunan untuk makananku. Bolehkah engkau membantuku sahabat?" kata ulat kecil."Tentu.. tentu.. dekatlah kemari."

Daun hijau berfikir, "Jika aku memberikan sedikit dari tubuhku ini untuk makanan si ulat, aku akan tetap hijau. Hanya sahaja aku akan kelihatan berlubang-lubang. Tapi tak apalah.""Perlahan-lahan ulat menggerakkan tubuhnya menuju daun hijau.

Setelah makan dengan kenyang ulat berterima kasih kepada daun hijau yang telah merelakan bahagian tubuhnya menjadi makanan si ulat.Ketika ulat mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang penuh kasih dan pengorbanan itu, ada rasa puas di dalam diri daun hijau.Sekalipun tubuhnya kini berlubang di sana-sini namun ia bahagia dapat melakukan sesuatu bagi ulat kecil yang lapar.

Tidak lama berselang ketika musim panas datang daun hijau menjadi kering dan berubah warna. Akhirnya ia jatuh ke tanah, disapu orang dan dibakar.

Ya Allah, mampukah kita menjadi seperti daun hijau itu... berkorban demi kesenangan dan kegembiraan orang lain. mampukah kita berbuat seperti sedemikian? Mampukah?

Begitulah dalam dakwah dan tarbiyah. Sebenarnya dalam hidup ini kita perlu banyak memberi dari menerima...

Setakat manakah pengorbanan kita kepada Islam? Adakah kita mampu menjamin keberlangsungan dakwah dan tarbiyyah sedangkan kita sendiri liat untuk berkorban?

Kita tahu, suatu hari nanti kita pasti akan dijemput oleh Allah, sama seperti daun hijau itu, akan gugur ke tanah. Tapi sebelum dipanggil, terfikirkah apa pengorbanan kita kepada Islam..

InsyaAllah pengorbanan kita yang mungkin terlalu sedikit nilainya di sisi Allah itu, walaupun kita merasakan ia besar, akan menyebabkan generasi-generasi akan datang dapat merasai nikmat iman, nikmat islam dan nikmat tarbiyah dan dakwah...seperti mana berkembangnya generasi ulat hijau itu...

Adakah kita mahu menjadi seperti daun, yang berkorban dan memberi? atau ulat hijau yang menerima dan menghargai pengorbanan itu? Fikirkanlah....